31 January 2011

~Eyeshadow baru cikgu ^__^~

TQ En. Google

Jumaat lepas aku beli eyeshadow seperti di atas. IN2IT sheer colour no.7 fame. Kaler hitam dan pink. Agak moist. Saja nak try sebab sebelum ni guna eyeshadow dari palette dan jenis debu. Kulit aku jenis berminyak, so tak boleh tahan lama. Pas beberapa jam nampak agak comot dan huru-hara jugak la eyeshadow kat mata aku. Tapi pas guna eyeshadow ni, wow, dah tak sememeh lagi mata gue! Aku suka pakai eyeshadow hitam menggantikan black liquid eyeliner aku sebab lebih cepat, tambah2 bila nak p sekolah, lagi senang cuci jugak sebab aku mengajar petang, nak solat 2 waktu. Liquid eyeliner agak susah nak cuci dengan air paip yang sejuk tu kan. So, black eyeshadow la yang selalu aku guna untuk gantikan eyeliner. Pas guna IN2IT ni, macam tadi, wow, tahan lama dan dah tak comot kalau berpeluh. Eyeshadow ni ada shimmer, so kilat sikit la. Tapi jangan risau, cantik u! Sapa nak try? Aku beli kat Watson jer RM17.++ jer. Murah tapi hasilnya, I suka sangat ^__^


Eyeshadow lama perlu ditukar baru :)

29 January 2011


Esok

cuti

oh!

yeah

27 January 2011

~Cikgu, ini kerjain di rumah ya?~

Situasi ini berlaku dalam kelas 1H kelmarin di mana aku mengajar Science untuk 1 masa sahaja. Disebabkan next year dah mengajar fully in BM (cet, nak speaking pekejadah lagi!), this year boss cakap dah boleh campur2, dan depends on the students dalam kelas tu depa selesa guna BM or BI. Mostly aku tengok budak2 dalam kelas yang aku ajar tahun ni suka cakap BM, tak sampai 40% yang boleh speak in English (boleh cakap tapi depa tak confident la kot kan). 1H.... majoriti Melayu. So, paham2 la anda. Sekian....

cikgu, hari ni kelas kita ada budak baru. cikgu tau tak?

tau. ok. ari ni 1 masa cikgu nak buat latihan pasal yang kite blajar semalam je. semalam boleh buat, kan? so, cikgu nak tengok hari ni boleh lagi ke tak.

kamu baru masuk tadi kan. nama apa?

(sorry, dia cakap aku tak dengar. aku dah cakap telinga aku makin jadi looser kat skoalh ni yang tiap2 ari cakap guna volume max!)

dulu sekolah mana?

sk aman puri

ok.

(for ur info, budak ni bukan warganegara Malaysia tapi warganegara Indonesia. so, nak settle semua benda dengan JPS pasal bayaran untuk bukan warganegara, tak boleh dapat SPBT dan skim makanan percuma tu)

sebelum ni tak pergi sekolah la? dah seminggu tak belajar?

ye cikgu?

oooo. ok!

bla

bla

bla

bla.

ringggggggggg!!!!!!!

ok. monitor!

tq teacher......


Tempat budak baru dekat dengan pintu keluar. Sekali sebalum aku melangkah keluar.


cikgu, ini kerjain di rumah ya?


???????

(aku dah blur kejar 2 saat. pesal dia ni p cakap endon ngan aku dalam kelas ni)

ah???

Dan aku hanya mampu cakap ''YA''.

.......................................................................................................................

Masuk bilik guru terus tengok surat penempatan, passport, sijil lahir dan bukti2 pembayaran JPS.


TEMPAT LAHIR: MEDAN, INDONESIA!

oooooo

Then aku cerita kat ckigu yang tolong letakkan dia ke kelas tu. Dia sekolah kat Aman puri tu 2 bulan jer. UPSR pun tak ambil. Pastu budak2 kata dia selalu tak pergi sekolah. Laaaaa, ye ke? Now I wonder.... yang aku ajar dia banyak2 dalam kelas tadi guna BI mix BM tu dia paham ke? Dah le BM pun cakap laju semacam nak kejar ajar 1 masa. Damn!!! Kesian itu budak.


''Fiza, tak lama hang pandai cakap endon macam sinetron la.''

Haip, gue benci sama sinetron. buang masa gue. ngomong2 gue bisa ngomong endon lancer sekali....

WTFish aku cakap endon plak ni. Bahaya!!!! Aku dok terngiang2 ayat budak Pachrus ni, "cikgu, ini kerjain di rumah ya?''

Waaaaaaaa.

24 January 2011

~TQ my lovely and handsome followers~


TQ
followers.
I
love
u
and
u
and
u
yes
u
of
coz
u
too.


^_^

23 January 2011

~Ida, guess what? Aku beli buku, pastu aku tinggai.~

Orang tu kata aku ni kelam kabut. Haish, tak mo tak mo. Ok, tapi tadi kena accept aku ni kelam sungguh. Balik sekolah kul 6.45 petang, keluar pagar tiba2 rasa 'oh, boringnya Sabtu ini sebab i tak pergi ukur mall.' Bleh gitu? Yela, sapa suh wat skolah ganti ari ni. Cuti mau panjang, nak ganti malas. No no no no! So, keluar jalan sekolah kena lalu 1 roundabout. Kalau ikut kul 12, aku balik rumah. Kalau ikut kul 9, aku pegi Selayang Mall. Selayang Mall je pun dik oi, takkan nak turun KL senja2 nih dengan baju kurung pakai dari siang tadi. 12 ke 9? 12 ke 9? Padahal tangan kanan dah bagi signal ke kiri dan stereng dah kilas baek punya ke pukul 9. Otak ngan tangan tak selari btoi =__='
Panjangnya mukadimah! Sebagai guru yang berniat lebih dedikasi, proaktif, gigih dan berwawasan daripada tahun lepas, aku terus pergi Popular. Nak usyar novel sebenarnya. Tetttt! Nasib baik Allah bukak pintu hati dalam Popular depan rak novel2 English tu, 'belilah buku2 buatan Malaysia latihan untuk anak2 kamu yang ada lebih kurang 210 kepala tahun ini.' Alhamdulillah, 3 buku latihan selamat masuk plastik, plus tag besar untuk buat PAS KELUAR KELAS untuk Cik Noor Hafizah. Aku still guna pas tahun lepas. ''Oit orang opis, tahun ni tak bagi pas keluar kat cikgu2 lama ke? Ape ke bias korang ni bagi pas free kat cikgu2 baru je.'' Tahun ni budak2 cepat ingat nama aku sebab tiap kali greet depa sebut nama, ''Good afternoon Teacher Hafizah'', ''Good evening Teacher Hafizah'', "Assalamualaikum Cikgu Hafizah" atau budak Cina pelat yang susah nak sebut 'zzzzz' "Good afternoon Teacher Hapija" =__+, oh takpe, saya terima aje dengan senyuman. Hahahaha.
Ape de kes plak cerita pasal sekolah, sebab tadi mula2 cerita pasal Popular? Cikgu, mana2 tempat pun nak cerita pasal budak2, sungguh cikgu2 ni dari golongan makhluk penyayang kan. Hahahaha. Jangan2 hari kawen pun ingat budak. Tet! Tidak! :P
Ok, sambung, pendekkan cerita sebab aku rasa ada yang dah pikir 'cikgu ni sawan ke?'. Beli buku, jalan2 usyar baju (pompuan, pompuan!), pergi Giant. Tu je motip asal, nak p Giant beli sabun basuh cecair tu ngan Downy sebab sekarang makcik dah tak payah basuh baju guna tangan lagi nak, makcik guna kaki mesin. Hari ni hari Sabtu, kawan2, HARI TANPA PLASTIK, tipu, "kak nak plastik? kena tambah 20 sen.'' " takyah dik, ari ni akak bawak beg sendiri, lagi lawa dari plastik hingaq hangpa guna tu.'' Muka blagak je jawab. Haish, tak la, I sopan. ''no, thanks. guna beg akak ni.'' Ada gak kegunaan beg2 isi biskut beli kat Jom Heboh Penang last year ;P
Ok, barang sudah penuh beg, sabun basuh + dawny + 2 Nestle yogart Ida + susu kotak Dutchlady untuk saya. Hahaha. Senget bahu aku. Jalan dengan 100% confident terus naik escalator pergi parking lot, tut tut tekan kunci keta yang bunyi dah macam alarm kat lori tu, masuk, drive keluar dengan harapan sampai rumah dalam masa 10 minit dah boleh urut kaki depan tv. La la la la la, parking Selayang Mall, i hate u. Naik sikit punya best terus je mencanak2 naik macam parking Jusco, tapi nak turun kena pusing2 360 darjah. Tingkat 3 rasa macam turun dari tingkat 6, paham tak? Sampai bawah sekali, dah keluar bangunan, dah nampak palang nak keluar 'apasal aku rasa miss something ah?' Raba dalam handbag (hangpa jangan gatai2 raba benda lain!!!), ada kad-tinggal-barang kat kaunter tinggal barang Giant. Woiiiii! Buku aku!!!!!! Terpaksa cari tempat parking kat bawah, tepi2 jalan yang sesak orang parking keta semata2 nak p amik buku latihan yang dah aku beli dengan niat suci murni nak memajukan anak bangsa tadi. Aku tak suka parking tepi jalan macam orang lain sebab aku tak suka berebut parking pastu terhegeh2 plak nak masuk parking, kat belakang keta beratur panjang tengok cara2 ko parking keta lembap cam kura2, pastu lalu kat tepi 'patut la lembap, pompuan'. Bias tau korang, aku ok je bab2 parking ni, cilok baik punya, kadang2 je kelepiaq :P Jangan buat lawak nak tinggai buku2 tu, aku beli guna RM bukan bulu roma! Amik buku, masuk keta balik, drive balik rumah dengan selamat. "Ida, guess what? Aku beli buku, aku tinggai kat tempat tinggal barang time nak beli barang kat Giant. Bijak tak aku?" Minah tu sengih tak hengat....Hang sungguh memahami aku T__T
Fiza, tolong la jangan kelam kabut! Chill man, baru rock. Dush! Macam baling bola tenis kat dinding pastu lantun kat kepala sendiri +__+'


Nasib baik "Ida, guess what? Aku beli buku, aku tinggai." bukan "Ida, guess what? Aku bawak baby aku, aku tinggai."

21 January 2011

~Briyani Serban~

Ni cerita basi skit la. Cerita semalam. Semalam kan kami kuar p jalan2 dengan Emon, ngan adik dia. Kami p Jalan TAR. Depa cari barang, kami cuci mata. Nak beli, tengah2 bulan ni, poket kempeh sikit. Padahai mata dah julin2 tengok ''oh, baju tu lawa, tudung tu lawa, kain cotton ni cun, tu...ni...arghhhh!'' Mak kami kata jangan buang duit tak tentu hala. Dak la mak, kami guna duit lebih kat makan2 ja. Hehehe.
So, pas cari barang, kami p 1 kedai briyani. Liz adik Emon cakap briyani dia sedap. Kami pun teruja sebab dah lama tak makan briyani. Tringat briyani kat Penang, hari tu balik tak sempat cari. Nyum2. Kedai makan ni kat Chow Kit. Chow kit Road, Chow Kit Road.......tringat lagi Sudirman plak. Kalau hangpa lalu Chow Kit Road, kedai makan tu dekat2 dengan Pizza Hut, sebelah kedai tudung. Nama kedai tu Thalappakattu. Kedai lain guna lambang gah2, depa guna lambang serban kaler merah jer. Sempoi! Hangpa rasa ni kedai apa? Ni kedai makan India mari wooo, Chennai mari. Banyak cawangan kedai ni.......kat Chennai la. Mula2 masuk dah kena ushar baik punya, lain2 yang masuk stok India dan anak mami. Pas dah nak licin pinggan baru ada 2 kakak Melayu masuk. Licin ke? Aku yang sebelum tu kebuluran pun tak abis makan. Banyak wo! Lauk briyani dimasak dalam nasi, so lauk tu memang rasa la rempah briyani dia. Daging pun lembooot je. Ada sup, dal dan bawang potong campur tairu. Tengok 'salad tairu' tu teringat roti nan kat Nilai 3. Hahahaha. Tapi briyani, tau2 je la, makan banyak2 muak kan. Minyak sapi kaw sangat. Sebab tu aku tak abis. Alasan! :P Tapi aku suka jus kedai ni. Kow siot! Aku order orange juice, rasanya bleh order air kosong campur dengan jus tu dapat minum 2 orang. Memang peel fresh betol. Lain kali kalau p kena order 1 briyani dan 1 jus pas tu mintak air kosong dan pinggan kosong, share 2 orang, baru romantik boleh abis makan.
Emon cakap sorang mamu tu hensem! Stok boleh jadi pelakon Hindustan la. Tapi aku ngan Liz reject, ''bulu bersepah!''. Nahi, nahi. Cukur bulu baru aku kata hensem. Hemsem ke? Tamao, tamao, aku nak laki Melayu! Hahahaha.
Depa 2 orang sangat suka briyani kat sini since depa makan kat kenduri sepupu depa kat Selayang ari tu. Aku? Aku rasa briyani kat Penang...the best! Kapitan, Line Clear, mana lagi ye tak ingat, tapi Penang lagi best. Yang ni aku cepat muak skit. Nasi dia terlalu lembut la bagi aku dan lemak minyak sapi tu sakan sangat. Emon and Liz, korang patut rasa briyani kat Penang. Nanti aku bawak. Hehehe.
Aku tak de gambaq, nak tengok gambaq tengok kat blog Lizzie.

20 January 2011

~Patut ke aku sain perjanjian Ujrah 1% PTPTN ni?~

PTPTN buat tawaran ujrah dari 3% turun ke 1%. Tapi bila baca banyak sumber pasal ujrah ni, aku jadi pening. Patut sain ke tak? Arghhh!
Ini cerita macam bagus. Ini plak cerita sebaliknya. Kalau nak tau, aku grad 2006. Sebelum ni PTPTN dah turunkan 4% masa perjanjian pinjaman aku dulu ke 3&. Sekarang ada tawaran ujrah ke 1% plak. Aku dah buat 2 salinan, dah mintak tandatangan parents aku, photostat ic parents aku. Tapi bila terbaca semua ni, aku jadi was2. Sapa yang paham tolong pahamkan aku pasal bende2 ni. Aku kalau pasal kira2 ni agak looser skit. Tak faham sangat. Bagi aku soklan Sains ok la, Math...sorry der. Kalau ikut yang aku faham, kira2 ujrah ni bukan kira dari jumlah pinjaman yang aku buat mula2 dulu RM28K tapi dikira dari baki terakhir pas pertukaran ke 3%. Baki tu pun dulu dah amik kira tambahan kos pentadbiran 4%. So, maksud dia, lagi tinggi la jumlah yang aku kena bayar? Kalau aku salah tolong betulkan ye.
Aku amat hargai kalau ada sesape yang sama situasi dengan aku dan LEBIH PAHAM daripada aku untuk cerita pasal PATUT KE AKU SAIN PERJANJIAN UJRAH 1% PTPTN ni. Ade sesape boleh tolong???
Terasa macam kena cekik jer sekarang. Kalau aku kaya aku tak kisah le. Ni cukup bulan makan gaji yang agak cukup bernafas kat bandar besar ni. Bukan jumlah kecik 50 hengget. Ini cerita RM28K++ !

19 January 2011

~Salah Ke?~

Is it ok to feel like this? Normal ke tetiba rasa sangat sakit hati dan kita tak boleh cakap apa2? Tambah sakit bila rasa semua tu kat tempat keje. Asyik pikir bila la last bell rings? Tak sabar nak balik. Rasa nak nangis, tak mau cakap ngan sapa2. Salah ke?



Ok. Suck!

And more,




aku lapar......

18 January 2011

Gila cotton, gila Dean Supernatural?

Saya makin gila cotton! Cotton candy? Yang tu pun dah lama aku jatuh cinta. Ni bukan citer cotton candy la. Ni kain cotton. Bila kerja bermula waktu tengah hari dan tamat waktu petang, apa lagi yang paling selesa dalam erti kata baju-perlu-formal-bukan-stok-g-mall kalau bukan berasaskan cotton/kapas. Gula kapas tak tahan panas plak ek? Argh. Saya amat, amat, amat tensyen bila tengok kain cotton cantik2 tapi harga mahal2. Nasib baik bukan jenis kena upah jahit baju sebab saya amat beruntung jadi anak tukang jahit. Dan...teringat mesin jahit lagi....ape daa.
Maka, jika 'terbeli' kain lagi, wajiblah ia dari jenis cotton, bukan sunat atau harus. Bunga kecik2, warna ceria2...kan cantik! Suka.
Eh, viscose pun ok gak kan. Sejukkkkk!


Sapa tengok Supernatural ni? Dean aku ni jadi gila plak dah.

17 January 2011

~Mesin jahit, bila saya boleh dapat awak?~


Saya rasa nak beli mesin jahit.
Dah lama pendam tapi tak tunaikan.
Agak2 dah lama macam ni skill menjahit makin tumpul tak?
Jahit, saya ok, potong kain saya malas.
Macamana tu? :P

16 January 2011

~Selamat untukmu kawan~


Balik kampung 11.30 malam hari Jumaat. Hari Sabtu kenduri orang2 di atas ini. SELAMAT PENGANTIN BARU APIT & ANN. Korang memang la sempoi. Pengantin laki tak sabaq nak naik pelamin pas siap mekap kul 11 pagi. Mana de pengantin naik pelamin pagi2 Apit oi! Slumber je hang ye. Hari kawen hang pun hang boleh cari rokok. Lupakan rokok sehari tak boleh ke wahai lelaki? :P
Jumpa kawan2. Photographer: Amin, kawan yang aku kenai sejak sekolah rendah (ke tadika? tak ingat la). Tak larat le aku nak ikut korang outing petang tu. Kat landasan ketapi lagi. Jenuh la pengantin tu nak main dukung2 lambung2 kat railway tu kan. Setakat tengok dalam Canon Amin ''awesome!". Teruja nak tengok dalam album. Hang memang photoG sejati la. Tak sia2 usung kamera berat nak mampus. Tu nyawa hang cari makan hang cakap. Btoi!
Tadi balik halfway dari kampung by road. Aku nak jugak naik ETS! So, kena mendarat kat Ipoh la memandangkan ETS kat Parit Buntaq 2013 kot dengar kata. Laju! paling tinggi aku tengok tadi 142km/j. Mau la dari Ipoh-Rawang around 1 jam 45 minit je. Plus minus berenti seminit kat 6 stesen sebelum Rawang. Laju kan, macam speed kat highway jer. Lagi 1, aku agak seram naik bas. Tak boleh lelap beb. Asal bas memotong je aku terjaga. Paling kuat lema 1/2 jam. Mana tahan. Merasa gak la naik ETS. TQ kepada orang2 belakang tabir yang terlibat secara langsung dan tak langsung untuk menjayakan misi ETS aku tadi.




Aku tak banyak ambil gambar kenduri ni sebab aku lagi banyak jadi tukang sembang dan tukang makan :P

14 January 2011

~Kalau kena kunci....~

Gigih btoi mengajar. Nasib baik tadi tak kena kunci kat bawah. Ok, kisahnya....
Tadi last period aku ada kelas dengan 1H, 1 masa je. Budak2 pun dah boleh tahan sebab dah nak balik. dok discuss nak beli makan apa kat pasar malam lagi! Memandangkan budak2 ni terhegeh2 buat exercises yang aku bagi,

''Ok, taksiap tak boleh balik. Siapa siap, tunjuk kat saya, baru boleh balik.''

Baru la kalut nak buat kerja laju2. Sebab denda budak2, kami turun lambat la dari blok tu. Aku bukan takut blok kelas tu yang kunci. Blok ni pak gad kunci lambat skit. Aku risau kawan aku kunci blok bilik guru jer. Laptop aku kat bilik guru lagi! Hahaha. Turun paling akhir dari blok kelas dengan 3 orang students, tolong angkut buku latihan. Jalan laju giler!

"Cikgu, Jefri tak boleh jalan laju2. Kaki dia sakit."

"Oh, cikgu lupa. Tak pe, kita jalan2 slow skit."

Dalam hati, 'Wahai Cikgu Azmi, jalan kunci pagar blok lagi. aku tak amik barang lagi. Tolong!'

Dan.....






nasib baik depa tak kunci lagi. Aku teringat si Zafran je terkunci sebab lambat sangat naik last week. Nasib baik tak kena kunci. Laptop aku kat bilik guru tu tadi, tak siap keje aku malam ni kalau takde laptop kesayangan tu.

12 January 2011

Pre Menstrual Syndrome a.k.a PMS : eyes of Maria Elena


This is Maria Elena. I like her style. So, spontaneous! And the accent, awesome!

For men, if u cannot understand ur opposite gender well, see this vid. U can get some of it. PMS! Men always ignore it. Women not being so 'waras' that time. Emotional plus crazy kot. Mintak yang bukan2 or says yang bukan2.

I think she's a good actress. Hahahahaha.

Ok, bye. Assalamualaikum. Tak jawab dosa, kalau jawab saaaaaaaaaaa-yang. Cute na!

11 January 2011

~Best ko kat sana kan Sue~

Tadi kawan aku kol. Ari tu aku teman dia wat rayuan pertukaran ke Ipoh. Dia dapat pindah ke SMK Convent. Dia cakap best kat sekolah tu. Jumpa senior2 umur 40-an tapi still nampak muda. Mungkin sebab kurang stress macam kami kat sini kot. Seria seronok dia di sana, aku pun boleh rasa aura dia. Seronok ye ko kat sana, Sue.

''Fizah, aku tunggu ko kat sini.''

''Haah. Nanti aku p.''

"Jangan putus asa minta tukar."

"Yes. TQ."


Waaaa. Aku nak tukar gak. Sekolah ni sayang aku sangat ke sampai aku tak leh pindah? Pgawai kat Putrajaya tu cakap,

"Kawen dulu, next year datang balik ye.''

Dulu cakap 4 tahun boleh minta tukar, ni cakap tak kawen lagi tak boleh tukar. Nanti dah kawen, cakap baru kawen takpe jauh2 jap, bukan ada anak lagi. Banyak btol alasan kan. Hidup penuh alasan betul :(


10 January 2011

Shutup not shutup, AJL25 dah abis~

Bengong kan bleh plak shutup not shutup (diam tak diam)! Hahaha.

Ana Raffali menang AJL25? Hah? Speechess Speechless! Tahniah k Ana :) Lagu tu pun sedap. Boleh dikatakan semua lagu sedap2 belaka la malam tadi. Semua orang dok budget Yuna Zarai or Faizal Tahir menang kan. FT menang persembahan. Hanyut aku tengok dia nyanyi. Hehehe.

Tahniah!

06 January 2011

~Gelak macam ringtone? Ada ke?~

Sangat sleepy!

Jadual hari ni betul memenatkan. 1 masa kat blok hujung tingkat 3, 1 masa turun ke bilik guru. Habis tu naik plak tingkat 3 1 masa, turun lagi untuk 1 masa dan naik lagi 2 masa, turun lagi terus ke surau akhir sekali naik tingkat 2. Kalau tiap2 hari jadual macam ni, aku kurus. Yakin!

Tapi masa berjalan ke bilik guru waktu loceng akhir, aku asyik tersenyum jer. Sress pun hilang. Ada sorang budak lelaki Melayu Ting 1 yang sangat comel. Badan? Kecik sangat, beg sekolah sah2 besar dari badan dia. Tapi yang lebih comel, dia gelak macam baby dalam iklan ringtone kat tv tu. Mula2 ingat dia gelak buat2 jer. Tapi bila sepanjang jalan dia gelak macam tu time gurau dengan kawan2..... ''budak ni memang gelak macamtu rupanya.'' So cute! Tak tau le kelas mana sebab aku tak cam muka2 baru tu lagi. Lagi pun tadi depa jalan depan aku. Dah.... aku senyum sorang2 plak! Gilak!

05 January 2011

~update yang cepat~

Maaf kawan2. tak sempat nak jalan2 ke blog korang. sekarang sangat2 busy di minggu pertama persekolahan. nanti saya serang balas ke blog korang k ;)

untuk follower2 baru, tq guys. same goes to sesape yang baca blog ini. blog ini bukan berisi maklumat jitu lagi padu sebab ini blog yang berkisar sekeliling kerja seorang guru yang juga gila gambar.

oh, banyaknya gambar tak diupdate. banyak juga cerita di sekolah yang masih terperap dalam otak. lama2 basi plak. dah tak syok nak cerita kan :)

ok, stay cool and enjoy ur work

bubbye kesayangan saya semua ;)

01 January 2011

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"


Jalan2 ke blog dan jumpa ini. Macam hensem mamat ni best contest ni. Hehehe.

Selamat tahun baru 2011 kawan. Moga lebih baik daripada tahun2 lepas. Ni niat untuk aku jugak. Tahun baru istimewa. Bakal jumpa lagi ke? Takdenyer. 1.1.11. Serba SATU! Nombor yang cantik kan.


FIE RAHMAT, saya tag awak k

Ok, ini syarat2 nak sertai Giveaway ni :)
l
l
l
V

1. Jadi Followers eqbalzack.com. DONE
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU" DONE
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com. DONE
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu. DONE
5. Tinggalkan link anda pada entry ini.


Tarikh Tutup:
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan:
1.1.11 jam 11.11 pagi