31 December 2010

~Mesyuarat guru kali pertama sesi 2011 baru je habis~

1st meeting for 2011 session. Tugas lama dan beberapa tugas baru. Mungkin tugas lama akan diberi nafas baru. Tahun ke-2 menjadi penyelaras, 'takkan tak tau apa nak wat lagi kot'? Yes, I know! Guru Tingkatan 1 banyaknya cikgu baru posting dan cikgu2 yang bertukar dari sekolah lain. guru tahun lepas cuma Kak Norma, Kak Yat, Ang, Lydia dan Mira. Ada lagi ke aku tertinggal?

Cikgu baru hanya kenal 2-3 orang atau lebih tepat kenal muka tapi tak tau nama. Pelik jugak kenapa sekolah aku selalu dapat guru2 yang sama nama dengan cikgu2 yang sedia ada kat sekolah ni. Naimah sekarang ada 2, Rosnita, Rosanita, Hafizah, Hafiza Azura, Azmi ada 3, Hazwani ada 2, Suriati ada 2, Redzuan ada 2, Ilyana, Liyana, Aslina, Rozita, Ruzitah, Zaraida dan Zuraidah. Amboi! Ramai betul yang sama atau hampir sama nama.

Tahun ni rumah sukan Ungu dah tak ada. Rumah aku la tu. So, guru2 penasihat rumah Ungu akan dicampak sesuka hati ke rumah2 yang lagi 4 tu : Biru, merah, kuning dan hijau. Aku kat rumah mana pun aku tak tau.

Persatuan? Oh, I love this year sebab aku akan jadi salah seorang guru penasihat Kelab Fotografi. Hehehe. See..... love it!

Uniform; as usual since 2007- tekwando. Macam la aku reti tekwando. Aku ni silat cekak je la, tu pun dah ingat2 lupa buah2 yang aku belajar kat USM dulu. Ilmu tak diamal mudah lupa =__=

Mesyuarat dari pukul 9 hingga kul 4. Patut mula pukul 8 tapi biasa la, masih ramai yang mengamalkan jam dan janji Melayu, bukan janji Jepun. Kesian orang2 yang ikut janji Jepun ni kena tunggu orang2 yang janji Melayu, lambat! Mesyuarat pertama tiap2 tahun selalunya di'sponsor' oleh tokey kantin: sarapan dan makan tengah hari. 1 je aku amat malu kalau tengok kawan2 guru makan. Sungguh aku malu. Tak kira meeting kat mana2 pun, cikgu2 memang gelojoh ambil makanan, sanggup beratur panjang untuk makan free sampai kadang2 tak hirau kawan2 lain. Buat apa berebut, makanan tu dah di'budget' cukup2 ikut jumlah guru. So, mesti ada bahagian masing2. Tapi tu tak termasuk kalau ada kawan yang haloba ambil makanan macam dah tak makan seminggu la. Apa salahnya bagi cikgu2 laki makan dulu sebab depa nak p solat jumaat? Tapi tadi yang paling cepat, sorry to say la kawan, yang paling cepat ialah cikgu2 Cina perempuan. Agaknya depa nak p solat jumaat gak kot :P Serius aku malu tengok! Pengalaman......

Weh, sedar tak sedar, tahun depan masuk tahun ke-4 aku mengajar kat situ. Dah tukar jadi guru senior. aku dah ramai junior kat sini tau. Hehehe. Tapi tadi ayat paling best aku dengar ari ni,

''Kak Fiza dah keje sini berapa tahun?''

"Ni nak masuk tahun ke-4 dah. Dah tua."

"La...ye ke? Akak nampak muda. Macam baru posting tahun lepas''

????

:D


Oh adik, kembang akak ni tau tak? Hahahaha.



p/s: korang boring ke citer pasal sekolah jer 2 hari ni? nanti I citer pasal photography dan makan2 plak k. bubbye


30 December 2010

~Kisah puan 1 dan 2 l Annoying lah kau~

Hari ni dah bermula kerja2 di sekolah. Ye, hari ni Hari Orientasi pelajar baru Ting. 1 dan Peralihan 2011. Ramai pelajar, ramai jugak parents, dari ibu bapa atok nenek dan cucu2. Ramai kan? Anak murid yang masuk Ting katan 1 makin kecik jisim badannya aku tengok. Comel2, cute2, kecik2. Rasa nak cubit2 dan lambung ke udara!

Guru kelas sementara dilantik untuk menguruskan pelajar mengisi borang di dalam kelas. aku selaku Penyelaras Tingkatan bersama beberapa geng bas sekolah yang lain menguruskan kemasukan pelajar baru yang tak ada nama dalam senarai nama streaming. Ni termasuk la budak2 yang transfer dari sekolah lain ke sekolah aku.

Kadang2 kita tengok anak yang datang tu slumber je. Tak kisah pun dapat kelas mana. Parents plak yang sibuk nak mintak tukarkan anak dia ke kelas yang lebih elok. Dari H nak mintak naik ke E ke F ke. Dear sir, we put your on there for a reason. Kami susun kelas ikut result UPSR anak2 anda. Kelas mana bagi aku tak kisah sangat. Anak anda kena dok di kelas yang sesuai dengan aras mereka. Kalau anak berminda aras D nak diletakkan di kelas aras B, saya risau anak anda tak dapat catch-up apa cikgu ajar. Cikgu akan ajar ikut speed tertentu ikut kemampuan pelajar2 dalam kelas tertentu. Kelas A kena sesuai dengan speed aras A, kelas B sesuai dengan aras B dan seterusnya. Jangan pikir nak kelas atas tapi kesian anak tak boleh belajar. Ini kisah situasi dengan ibu nombor 1.

Ada lagi 1 kes dengan ibu nombor 2. Hai, agaknya ibu2 ni begitu prihatin nak kejar bagi anak belajar di kelas bagus2. Sedap sikit nak cakap anak dok kelas mana bila kawan2 tanya. ''Anak I belajar kat kelas 1A. Anak U?''

Sambung ke ibu nombor 2. Aku terngiang2 lagi dialog2 best dia.

''apasal nama anak saya tak de dalam senarai?''

''puan ada datang masa hari pendaftaran tak? kalau datang takkan nama tak ada. mesti ada....''

''saya datang! macamana ni, anak I takde kelas?''

''takpe, sekarang kita masukkan anak puan ke kelas sementara, 1F. next week buka sekolah kita buat streaming semula ikut result UPSR.''

''anak I patut masuk 1A ni. Kawan2 dia semua masuk kelas 1A.''

So, what? Oh, lupa nak cakap puan tu orang MELAYU kita ye yang galak berbahasa Inggeris dengan angin UK. Aku cakap BM jer tadi, dia tak reti cakap BM kot. So dia prefer cakap BI. Ok, fine with me. But she prefer not to talk with me and chose my Chinese's friend. Ingat aku tak reti cakap BI ke? Aku mengajar Sains guna BI la puan! Anak puan no.2 ni bersekolah di SJKC. Anak dia dapat 4A1B, another 2 for Bahasa Cina aku lupa plak result dia, yang pasti bukan A. Hello puan! For ur info, as the result of our son are not all straight A's how can I put him in 1A? And then, us said all of his friends are in 1A. Damn! U r cheating! All students in 1A from SJKC got straight 7A's and more they are not from your son's class! Rasa nak mencarut jer. Muka sombong, pilih bulu. Sabar! Dari aku naik angin macam perempuan period, I let my friend yang Chinese tu cakap. Dia pun dah berasap sebenarnya. Ayat habis power terakhir puan no.2,

''so, macamana ni? kalau tak boleh tukar gak nanti, I tak tau la! Apa ni?''

Siap dengan aksi mata dan kesombongan yang maha dahsyat lagi. Hallo! U mau tukar ka? Boleh. Tukar sekolah terus la. Lagi gua suka! Menyusahkan betul. Orang lain ada transfer dari Ipoh lagi, tak cukup barang kami cakap elok2 tak boleh nak daftar before semua barang ada, parent tu boleh senyum dan cakap,

''ya ka cikgu? saya tak tau ooo. ok, ok.''

Ha, see. Kalau macam tu sape pun tak bengang even ada tak cukup barang or U tak reti something. Ini tak, sombong nak mam***.

Kadang2 aku terfikir balik, aku berkerja dengan anak2 sekolah, tak berurusan dengan orang dewasa tiap2 hari. Macamana kalau kerja kat kaunter hospital? Kerja kat kedai? Kalau jumpa orang2 macam puan no.2 tu, macamana korang buat? Tu kalau sorang, kalau sehari ada 10 orang macam tu, tak biol ke? Aku bernasib baik =__=

Korang, kalau nak naik hantu pun, tolong dengar penjelasan lagi sebelah pihak tu dulu. Dia belum dengar aku explain pasal KELAS SEMENTARA, NANTI ADA STREAMING SEMULA, dia dah naik hantu. Sabar la. Chill man! Orang berkerja ikut prosedur, ada etika, takkan la nak buat kerja jahat tiba2 letak anak ko kat kelas last kan. Ikut prosedur la. Dah la main terjah tak bagi salam kan. Tet! Lagi mau marah!

Kerja aku ajar aku kuat SABAR lebih sabar setiap tahun. Tapi jangan cabar sabar cikgu. No no no! Hehehe.

OK, esok last day in 2010. Happy new year. May 2011 in bless and prosperity! Good luck, happy working! :)



29 December 2010

~Tahniah team Malaysia l kita menang Piala AFF Suzuki~

Malam ni aku agak yakin ramai yang jatuh cinta ngan si Fahmi gol keeper dan Safee Sali scorer Malaysia! Btol tak? Eleh. Tak ngaku plak. Takyah le jatuh cinta sesangat. Fahmi tu dah ada awek la. Lagi pun tu adik jer, dah tua aku ni ye. Hehe. Tapi aku respect dia sebab berjaya tangkis serangan Endon walaupun 2 gol bolos. Takpe2. Kita menang agregat 4-2. Yahoo! Kawan aku tanya, esok tak dapta cuti ke? MC ada la kot. Hahaha.

Weh, tadi siaran langsung kat TV1 tu guna kamera Endon ke? Apa-ke-jadah depa keje tunjuk aweks jer? Aweks tu bukan main bola pun. Ke depa nak cari Julia Perez, kot2 la dia wat serangan laser dia tu. Hahahaha.

Lagi, mana tak geram depa p tembak laser kat muka gol keeper kita. Fanatik btol orang Endon tengok bola. Kalau lawan dengan negara lain ok jer, apasal lawan dengan Malaysia jadi tak tentu hala? Tensyen players kita kan.

Apa2 pun, Malaysia dah menang buat kali pertama untuk Piala AFF Suzuki 2010. Tahniah!




p/s: btoi ke tadi Buletin Utama tunjuk team kita p stadium naik kereta kebal? Sapa tengok? Gila la depa kat sana.

~Good luck Harimau l jangan gatal2 nak cari Julia Perez kat stadium yer~

Good luck Harimau Malaysia. Walaupun macam2 ugutan dan gangguan yang diterima di tempat orang, bertahanlah. Lagi 1, hati2 yer. Julia Perez nak bagi tembakan lesernya. Hahaha. Kelakar la! Main tengok bola atas padang ye. Takyah cari Julia Perez. Paham tak ni korang? Baca ni k ;)


~Pertunangan Zue & Sham l 25.12.2010~


Tahniah kawan2ku. Aku dan Emon ke majlis diorang berdua ni bertunang Krismas lepas. Sedara2 Zue ni tanya ''ni kawan Angah ye?''. Jawapannya ''haah''. Dari kawan Sham terus sangkut jadi kawan Zue. Kenal pun ikut FB jer. Tapi sekarang kalau borak, kalah kenal 10 tahun kot. Hehe.

Ok, setelah mendapat keizinan daripada tuan tanah, aku 'post'kan kat sini beberapa keping gambar (jer) di hari pertunangan depa. Shhhh! Tuan tanah tak tengok lagi gambar2 ni sebab esok baru aku nak pos cd ke Kemaman, rumah tuan tanah. Hehe.

Kawan2, sila komen membina untuk 1st job aku ni k ;)









27 December 2010



Bukan senang ambil job untuk sesuatu majlis.
Hai!
Aku cuba yang terbaik ye lalink.
Ko jangan marah ek :)
Aku sedang berusaha keras ni.
Weh,
aku lapaq ah~
:P

24 December 2010

~Abang Sam dapat anugerah!~


Yeh yeh

Abang Sam aku dapat Anugerah Khas Yasmin Ahmad!

Abang? Oi mangkuk. Sama umoq la. Hahaha. I love him his acting!

~Kita pakai tudunglsila tengok jangan jadi begini~

Kawan2 perempuanku, JAUHILAH PEMAKAIAN TUDUNG DENGAN MENAMPAKKAN BENTUK LEHER anda. Bukan kerana takut tercekik semasa makan susah nak bercakap tapi AGAR TIDAK MENYERUPAI PEMAKAIAN BIARAWATI KRISTIAN.


credit to:pakzue

23 December 2010

~2011: mengajar dan jadi lebih baik dari 2010~

Lagi sehari.....nak balik KL
Lagi 2 hari.....nak tangkap gambar kawan bertunang
Lagi 7 hari.....nak jumpa pelajar baru 2011 di Hari Orientas
Lagi 8 hari.....nak hadir mesyuarat guru kali pertama 2011
Lagi 11 hari.....nak buka sekolah
Lagi 14 hari.....nak buat streaming kali ke-2

Lagi

Lagi

Lagi


Tahun ni tak rasa nak balik lambat2 ke KL macam tahun2 lepas. Nak make sure well prepared sebelum masuk mengajar semula. Minggu pertama minggu yang sangat sibuk. So, be prepared physical and mental. Aku bakal terkejar2 menempatkan murid baru, aku bakal mengadap laptop sampai lewat malam untuk buat streaming lagi 2-3 kali.

Aku tak telefon PK Petang pun aku kena mengajar apa tahun depan. Rasanya Sains Ting.1 itu WAJIB, yang sampingan tu yang tak tau. 2010 aku kena mengajar Pendidikan Seni. Mengajar pulak kelas 2A, enjoy giler! Bawak sabun, ukir buat arca, wangi 1 kelas; menganyam, lukis poster, mengecop dll. Banyak yang budak tak tahu dan budak sekarang tak sekreatif zaman aku belajar dulu. Kalau dulu zaman aku belajar, budak2 Cina kelas aku memang kreatif dan lukisan tip top. Sekarang sama jer, apa yang aku cakap, aku bagi contoh, yang tu je la diorang buat.

"Cikgu, kamu memang suka seni yer?"

"Dulu cikgu study seni ke?"

"Cikgu pandai lukis, cikgu pandai warna, cikgu pandai....."

Cikgu kena pandai dan kadang2 berlagak pandai depan korang =__+

Kalau dapat PS lagi, hope...should be no problem la kan. Jangan kembali mengajar Pendidikan Moral. Boring! Tambah2 budak tak berani keluar pendapat, terima apa kita suap jer. Kalau kelas hujung2, kesian, tak faham BM (walaupun lahir kat Malaysia. Hantar balik 'Tongsan' mau?), kena ajar sambil melukis, buat teka silang kata, word puzzles dll.

Tapi tu la hakikat kerja cikgu. Yang tak boleh, kita nak gak ajar sampai budak tu boleh; walau hakikat lebih banyak macam jaga kambing masuk kandang, cakap ayam itik, budak sekarang dah kurang hormat cikgu kat sekolah sebab sayang cikgu tusyen yang bagi diorang pakai baju-tah-hape-hape masa p tusyen tak yah hirau disiplin bagi jer latihan tak yah risau silibus; tu la apa yang perlu dikorbankan oelh cikgu2 zaman sekarang. Weh, tahu tak cikgu tusyen tu ramai bukan lulusan perguruan, ajar je apa diorang rasa perlu, ingat sikit2 zaman diorang PMR, SPM, STPM dulu jer? Kalau nak jugak hantar anak tunsyen, cari la pusat tusyen yang memang cikgu sekolah yang mengajar kat situ, tu lagi bagus. Cikgu sekolah yang lebih tau pasal p&p, bukan budak degree yang cuti sem, bukan engineer boring pas tu ajar tusyen sebagai part time!

Emo plak aku!

Ye la. Mana tak emo. Konon p tusyen.
"Teacher, ini sudah belajar di tusyen ma.''

Cuba suh jawab, takde retinyer! Bazir duit mak pak hang jer mangkok!

Tahun 2011:

+ Jadi lebih rajin tak kira time kerja ke tak kerja ker.
+ Positif
+Cerdik
+Lagi?
+Lagi?
+Lagi?

Buat pe nak senarai semua kat sini? Simpan dalam otak la!

Kalau tak de cikgu, tak de PM. Kalau pun anak murid aku tak mampunak jadi PM, jadilah manusia lain yang berguna. Ramai2 nak jadi PM rosak Malaysia ni kot. Walau pun budak tu tak pandai belajar, bentuklah dia jadi orang berakhlak. Cuba cikgu2 fikir balik, sapa yang selalu tegur kita lepas waktu sekolah? Anak murid bijak atau anak murid nakal yang selalu kita tegur tu?

Minggu depan dah sibuk prepare nak masuk sekolah. Sekarang rasa seronok ni. Lama betoi tak mengajar kan.....hehehehe.


22 December 2010

~Speedlite baru aku=hot!~

Isnin lepas ke Penang lagi. Huhu. Agaknya aku ni sesuai dok Penang je la. Asal balik kampung je keje ke Penang. Oh, tapi Isnin lepas pergi ke sana sebab ada benda nak dibuat. Aku nak tambah gear aku. So, aku beli speedlite aku sendiri. Sebelum ni pinjam2 je kan lalink :P

Aku post di FB dan sorang akak di sekolah aku 'like' status aku dan tanya is it nikon?900?600? Eh, tak la kak. Murah2 punya tapi hasilnya outstanding jugak la. Semalam aku dapat ilmu baru dari seseorang yang banyak ajar aku. Dia share how to use our sppedlite in a room/house. Tak payah guna difuser. Guna jer speedlite dengan reflection board. Speedlite aku ni ada reflection board tau :). Kan I dah cakap, murah2 tapi hasilnya outstanding untuk aku la setakat ni. Mana tau lepas2 ni bleh tangkap gear yang lagi bagus kan... Kalau speedlite korang takde reflection board, guna je manila card putih as a reflector. Ok jugak. Difuser tu fungsinya untuk difuse and reflect light kan je kan.Kalau salah tolong betulkan. Kalau kita dalam bilik yang kecil atau dalam rumah, dinding pun dah bagus nak reflect cahaya.

Semalam belajar teknik2 nak guna speedlite untuk gambar secara horizontal and vertical. Balik terus try kat rumah. Oh, begitu ye :) Cantik! TQ :D



Nanti aku cuba ambil gambar with and without my speedlite k :)


19 December 2010

~nose and Vincci in my hands l sumpah aku tak tengok baju~

Yesterday, I was at Queensbay Mall with my sis coz she wanted to buy new heels. New year means new shoes, new baju kurung etc. Hahaha. Macam budak kecik pulak. But, that's a kind of motivation to be better than last year....at work of coz. New things, new moves. Hope so :)

She got new black heels, me too. I bought from Padini Store ----> Vincci. Last two weeks dah usyar heels tu tapi tak beli. Balik teringat plak. 3 inch! Huahahaha. Ambik ko! Than, ya Allah, I saw a platform wedges and I love it. So, end of the day I bought 2 shoes. Ok la, aku jarang beli kasut bandingkan dengan baju kan. Ops!

Yesterday sumpah aku tak tengok baju! Betul. Sebab aku dah borong sakan kat bundle ari tu. Tak agak2 aku beli. Sapa tak mau, 1kg=RM15. Ko campur la baju, jeans, skirt dll, semua 1kg=RM15. Suka! :) Sapa tak mau baju banyak dengan harga yang murah berbaloi2? Orang yang tak layan bundle je la kot ye ;P


17 December 2010

~Ini BUKAN Broga Hill~























Nak muntah tak?

Ini bukan Broga Hill. Ini kawasan berbukit on the way ke Jeti Pulau Aman. Cantik kan view kat situ. Awan sangat cantik, baru lepas hujan. Suka awan dan langit yang cantik, biru!



~Salam 'ngulat' dan kisah perlu sedar diri~

Ada cara baru bagi salam kat FB ke selain 'salam' dan 'as-salam'? Dah lama tak jumpa kawan sekolah rendah ni. Dengar kata baru berFB. Tetiba chat kat FB 'ngulat'. Setau aku sekarang aku tengah cuti sekolah. Aku ni tengah ngulat dari buat apa bai? Ngulat goyang kakike bai? Sambil on FB pun boleh goyang kaki bai. Nak layan laki ke layan anak ke, aku ni belum kawen lagi la bai.

Dulu dan sekarang tak sama. Kalau dulu dia bestfriend kita masa sekolah pun, kalau lama tak jumpa kita jadi kelu sekejap nak borak pasal apa. Kalau dulu boleh gosip2 pasal mamat hensem, cikgu tu, cikgu ni, sekarang nak sembang apa. Kalau dulu masa kecik2 kita boleh main aci ligan sama2, boleh gaduh2, tolak2, sekarang xkan hang nak tolak aku gak kot?

Kawan2 lama, anda tetap di hati. tapi cara kita sekarang mungkin berbeza. Tambah2 yang jarang jumpa. Kalau selalu jumpa, lepak sekali, tu no hal. Mesti ada keserasian sampai boleh lepak sama2 lagi. Tapi kalau lama tak jumpa, cakap plak tah hapa2, tanya soklan yang bodoh2 like aku tengah chat kat FB, dia pun tau, tapi lagi nak tanya, ''hang tengah buat apa tu?''. Ye, aku tengah memancing ni =__+

Aku bukan tak mau layan, nanti orang cakap sombong. Aku tau tu. Tapi kalau perbuatan, percakapan hangpa minta macam 'jangan layan aku lagi bagus lah', takkan aku nak layan. Lama tak jumpa, tiba2 on chat, terus sound kita takde salam apa pun. Tanya plak soklan pasal kawen jer macam tak de soklan lain dalam universe ni, sorry, aku layan gitu2, biasa2 je la.

Korang, jangan kecik hati atau terasa kalau ada kawan2 masa sekolah aku yang baca. Aku bukan nak kutuk, tapi nak hangpa sedar, kita sekarang bukan kita 10 tahun lepas. Kita dah nak masuk alam 30-an lagi beberapa tahun jer lagi. Adakah hangpa nak assume kita masih sama macam zaman 10 tahun lepas? Mungkin masih ada 1-2 benda yang masih sama, tapi bukan semua kan.

Nasihat aku, kalau baru add kawan2 lama kat FB, cakap biasa2 je dah la dulu. Tengok mood dia macamana, kot2 dia dah berubah 100% tak macam dulu dah ke, kalau still boleh mood bergurau senda kasaq2 tahap mencarut dan hang boleh layan, hang layan je la. Aku tak suka. Ada ke patut lama tak sembang, sekali sembang keluar perkataan mencarut2? Tidakla boleh yong nak layan ye. Sila fikir, adakah sorang cikgu yang suka dengar dan bercakap mencarut2? Jangan sampai aku remove ko dari FB aku ye.

15 December 2010

~H.A.P.P.Y~

Hari ni aku HAPPY

1) jalan2
2) makan2 (restoran pak arab, cha koey teow best)
3) 9 helai baju baru! o_O
4) d****g
5) photoshoot


Conclusion : HAPPY :)

Another reason to be happy: I've got 4 new followers. Love all of u my followers! Muahhhhh :*

14 December 2010

~TQ Ben Ashaari :)~

Sapa tak kenal BEN ASHAARI, kamu bukan kaki blog. Hahaha. Btoi ke? Ben selalu update blog dia. Follower pun dah ribu raban.

To Ben,
actually nak cakap trimas sebab link blog ni kat blog u. Hehe.


Ni le maksud I. Wek! Korang tak rasa geli ke aku ber'I'2 ni? Sila melawat ke blog beliau.

Blog ini sebenarnya bukanlah 100% cerita pasal dunia perguruan, tapi as long aku ni cikgu, akan ada jugak la cerita pasal kerja2 guru, daily life kami, pasal kerja kerajaan. Tak bleh cerita semua, nanti aku kena! Haha. Paham kan :P

Blog ni kisah hari2 cikgu, cikgu yang kuat nak bergaya (sekarang la), cikgu yang gila gambar (dan diambil gambarnya), cikgu kaki jalan (walaupun bila tiba hari2 berkerja, kaki dirantai, asyik sekolahhhhhh je) dll.


Ok, rajin2 la singgah :)

Bye

~Are u normal healthy person?~

Blogwalking from here, and I got 1 good info bout waist-hip ratio. Many of us knew about Body Mass Index (BMI) already right? How to calculate or BMI?

BMI = weight(kg)/ height(m)2

Eg. BMI= 46kg/(1.5 x 1.5)m = 20.4

The value are:

• Underweight = <18.5
• Normal weight = 18.5-24.9
• Overweight = 25-29.9
• Obesity = BMI of 30 or greater

So, if I got 20.4, I'm in normal weight category. How's yours?
BMI is not a diagnostic tool, it just an indicator of your healthiness in terms of weight. If your BMI jumps to underweight or moves to overweight, you've got to do something right.

OK, now we go to waist-hip ratio. What is waist-hip ratio?

See your body now either you got an apple-shaped body (more fat stored around your waist area) or pear-shaped body (more fat stored around your hips). Usually, apple shape is more dangerous than pear shape because he/she has a greater chance to get a lifestyle diseases such as heart disease! Be carefull k ;)


Waist Circumference
Men> 90cm
Women> 80cm


Is your ratio healthy?
Healthy for men: 1.0 or lower
Healthy for women: 0.8 or lower


Now you wanna know your waist-hip ratio. Go to Nestle Malaysia and measure your ratio.

And me, I'm a normal healthy woman with BMI=20.4 and waist-hip ratio=0.72 :)


Happy measuring :)


13 December 2010

~Jangan cakap tinggi sangat, kang jatuh, teruk~

Kalau pun anda orang yang kaya, duit ringgit berbongkah2; jika anda berada/ pijak kaki dalam kedai 'orang biasa', janganlah mengeluarkan ayat berlagak/sombong/perasan

"Abang tak layan barang murah2 ni. Apa kelas! Seluar jeans kedai macam ni mana ada kualiti."

Sakit hati orang2 lain yang jenis 'orang biasa' ni dengar.

Tapi ayat ke-2 tu yang aku tak tahan...

"Pilih la, nak jeans yang mana satu."

Aik, tadi bukan eksyen sangat ke, apasal suh bini/adik pilih beli jeans kat situ?

~Keghairahan jangan dibendung. Ha?~


Mengenang nasib diri

Ngeh3. Geli plak anak mata aku. Huhu.

Ini bukan cerita kesedihan, cerita kegembiraan sebab dapat berjalan2 (maknanya tidak duduk melangut di rumah tak tau buat apa tah) melepak di tepi pantai kegemaran. Walau pun pantai tu dah tak sebersih, secantik zaman aku umur 7 tahun dulu. Oh! rindu. Aku suka pantai dari kecik rupanya. Ni bahana cuti sekolah je mesti mandi-manda di pantai berangan tu private beach. Lari2 sambil pakai bikini. Padahal, manusia beratus2 orang tengah mandi laut sambil mengusyar awek2 nak masuk line. Eh, aku tak de plak bikini. Bikini pink! Awesome!
Sekali depa tengok aku,

''alahai budak jer. tak leh ngorat. tapi adik cute la, tarik tocang kang aaaa.''

Ha? Zaman kecik2 mana aku tau apa itu mengorat dan di'mengorat'i. Tak pe, pakcik tu kata aku cute. Cukup kembang untuk 2 hari. Abang kot lebih layak. Tidaklah tergoda kalau pun masa tu aku berumur sebaya anak sunti Pak Non, sebab selera hilang menonton badan abang itu yang kurung kering dan agak berkilat dipantul cahaya suria. Tak mau la. Aku berselera lelaki badan besar/tough. Tapi aku tak mau 'sepupu' Malek Noor ye. Aku geli! Ketul2, urat timbul! Nahi!


Sungguh melalut lagi. Tiba2 tengok ke arah pulau. Cantik, hijau lagi walaupun dah banyak bahagian yang botak. Manusia la punya pasal tu! Eh, aku pun manusia. Kaum aku punya pasal la tu. Malu sendiri =__+

Tengok apa ada kat atas air tu? Atas air? Permukaan la ngok. Ada nampak puting beliung! Makin lama makin besar.

''Mak, kena lari sekarang ke mak?''

"Tu kepala angin."

Ha? (Ha lagi). Tak sangka, aku ingat aku je ada kepala.


Ramai2 dongak ke langit biru. Eh, langit dan awan sangat cantik hari itu. Sambil makan ABC, mari kita kira berapa kapal terbang yang lalu. Setakat duduk hari itu, ada 4 bijik. 4 bijik? Salah, 4 buah sebenarnya. Kenapa kena kata 4 buat sedangkan tu kapal terbang, bukan lai, epal atau tembikai kegemaran?

Ok, sekarang tengok atas semua! Abah jugak tidak mendengar arahan komander, dok nikmat rasa ABC lagi best dari tengok kapal terbang lalu.


Dan, lihatlah dunia.... Ni dari negara mana tah la. Sebenarnya kapal terbang tu nak landing, sebab aku baring kuak lentang, tetiba nampak macam kapal terbang tu nak naik plak. Sungguh WTFish?


Abah tanya,

''amik tak gambar kapal terbang tadi?''

Ha, tu la. Orang suh tengok tadi abah kata ABC lagi best. Ok, senyum semua! Say cheeseeeeeeeeee~Panjang sungguh. Ni untuk effect senyum sampai ke telinga yang lebih menawan dari senyum kerang busuk. Sorry paksu, kepala sudah kena potong la. Nampak sangat kepala Angah besar, berjaya melindungi wajah paksu dari memandang kamera.


Akhir sekali, terimalah muka tuan kamera selaku tuan tanah kedaung blog ini yang sedang berangan2 'indah ke ada kembar? meh nak rasa sikit.' O__0
Eee, tak jadi la. Kena share banyak benda.




Pantai Queensbay
12-12-2010
6.00 petang

12 December 2010

~Keredhaan dalam hidup itu penting~

Hari ni hari kenduri. Aku dah tua2 ni (tua?) malas betul la nak pergi majlis orang kawen ni. Tensyen! Tadi sebab kena pujuk rayu dengan mak kena pergi jugak la. Tu pun sebab jauh dan hari pun macam nak hujan. Kejam la kan kalau suh mak p dengan abah je. Takpe aku redha. Kul 12 baru nak iron baju segala, bersiap, 12.30 gerak. Cepat kan? Yela, takyah mekap mapan. Hahaha! Selama ni mekap mapan 5 inci ke?

Kenduri jauh. Ok, fine. Sekali dah sampai, kena masuk jalan tebuk aka jalan ban (jalan serius kecik!), sebelah kanan semak, sebelah kiri parit besar. Bayangkan time keta nak selisih! Sungguh tensi aku ni tau. Nasib baik En. Viva aku comel. Depan keta aku ada Waja, belakang aku ada van. Ada Myvi nak keluar. Belakang Myvi tobat banyak keta nak keluar. Myvi tu malu2 je nak keluar budget dia besar sangat ke nak gores dan menang Waja depan aku tu? Jauh lagi la jarak ko
dengan Waja tu. Tapi dia takut2 nak jalan. Dari jauh aku ingat pompuan, sekali laki weh! Laki bukan patutnya terer drive ke? Oooo, nombor plat KL. Ala, aku pun drive kat KL gak, ok jer. Oh, lupa, KL takde jalan kecik kiri kanan semak, kiri parit besar T__T Aku redha je la dalam keta dekat 10 minit. Abah pun dah turun, diikuti pemandu Waja depan aku, dari driver turun pangkat jadi jaga lalulintas. Pastu, dengan keredhaan yang ikhlas menunggu dalam kereta, hujan rahmat pun turun. Lengkaplah cerita redha hari ini.

Korang, kalau nak kenduri nanti, kena pikir semua tu tau. Dari jalan jem hingga ke tempat parking. Sungguh renyah kerja kawen ni kan. Dahla nak pikir dalam rumah, luar rumah, diri sendiri, keluarga dan masyarakat, ni kena tambah pikir jalan dan parking! Ya Allah =__=

Pakai baju cantik2 pun kena hujan. Hahaha. Tapi kesian tuan rumah kan kalau hujan masa hari kenduri. Susah! Oh, lupa. My girly purple flat shoes kena pijak2 dan dilanyak2 dalam hujan masa makan kat dalam rumah! Arghhh. Redha lagi. Takpe T__T

Tensi pun boleh senyum yek. Ni sebelum bertolak. Dah redha, bolehla senyum kan :)


~Tutorial: edit gambar ala2 vintage menggunakan Photoshop~

Aku telah berjalan2 ke Sifoo.com dan telah mendapat ilmu baru ini. Seperti aku cakap sebelum ni, aku sangat suka gambar vintage style. Cool! Sebelum ni jugak kalau aku nak gambar aku ala2 vintage, aku guna Photoscape jer. Ni aku nak share ilmu editing for vintage menggunakan Photoshop.

OK, tarik nafas:


1) mesti la kena ada Photoshop dan di sini aku guna PS CS4.

2) cari 1 gambar yang berkenan di hati. Sebelum edit vintage, pastikan gambar tu cerah/pencahayaan bagus.


3) buat 1 layer baru (ctrl-j) dan fill dengan kaler biru (#1f1b62).


Ctrl-A ---> pergi kat gambar ---> right click ---> fill ---> content: foreground colour, mode: lighten, opacity:70% ---> OK.


4) ulang langkah 3 dengan warna kuning( #fff79d).

5) siap ni, tengok kat layers. Tukarkan layer blend normal---> multiply dan opacity 70%.


6) ulang langkah 3 dengan warna hitam untuk mendapatkan efek vignette. Ambil eraser brush saiz yang paling besar dan padam bahagian tengah gambar anda.


7) siaplah gambar anda.




Dari ini


dapat ini



SELAMAT MENCUBA :)

11 December 2010

~Semua kerana dia yang selalu buat aku gundah gulana~

Rasa tak best plak ari ni. Dah la hari mendung jer. Basuh baju pun tak kering2. Huhu.
Semalam dah best g jalan2. Walau pun jalan2 tu sat jer, drive lagi lama dengan jem sekali. Damn!
Hari ni dah tak best balik.
Kenapa?


Kenapa?


Kenapa?

l

l

l

V

Rasa nyesal plak tak beli heel2 semalam kat Vinci. Ada 50% diskaun plak tu.

Tu je pasalnye ari ni rasa tak best. Tringat heels semalam. Hitam berkilat.

Hitam :mutu, keunggulan.



OK dah. P solat.


~Dah check saman?~

Klik untuk tumbesaran yang sihat


Sila ke link di bawah ini untuk check saman anda. Ada registration sikit tapi jangan risau, kejap jer dah boleh check. Tahu tak Isnin ni last day bayar saman berdiskaun? Cepat yer. Pagi2 buta pergi bayar.



Check guna sms pun boleh: POLIS SAMANIC ke DAPAT

Tadi aku check guna Rilek. Senang. DAN....yang penting aku tak kena saman! Berhemahkan. Hahaha. Pecut tu pecut la jugak, tapi pecut berhemah. Ada ke? Hehehe.




09 December 2010

~Cuti2 Melaka~

Gambar dah diupload di FB. Ini sikit je la. Dah penat nak letak banyak2.

Ke Melaka pada pagi 6/12/2010. Keluar tol Ayer Keroh terus pergi Taman Mini Malaysia. Tiket RM5 jer. Rumah2 tradisional tu cantik2. Tambah2 lagi bila guna kayu-orang-kaya. Kalau sekarang orang mampu buat rumah macam tu, kira orang tu orang kaya la. Kayu mahal kan sekarang. Sejuk je bila masuk dalam tiap2 rumah yang berbumbung tinggi2 belaka dan semestinya daripada atap. Rumah plak kat kawasan banyak pokok, sejukkkkk. Rumah2 ni kebanyakannya dah reput. Maklum le kena hujan panas tiap2 hari, usia pun dah 20 tahun. Rumah Sabah dan Serawak terus ditutup, tak boleh naik. Ada sesapa lagi ada rumah tradisional macam ni? Best kan.




Ni rumah Perak. Ada kat kawasan Kuala Kangsar. Suka gambar ni sebab time aku amik gambar, awan cantik!




Rumah Selangor: sangat luas. Kalau zaman kecik2 dulu tinggal kat rumah macam ni, sure aku main basikal BMX aku dalam rumah. Hahahaha.


Pas ke Taman Mini, teruk gerak ke Bandar Hilir sebab dah booking family's room kat Seri Costa Hotel. Berapa bintang ek? yang pasti bukan 4-5 bintang la.

Petang, jalan2 di Bandar Hilir je. Aku dengan Pipah jer yang naik Menara Tamingsari. Lain2 tak mau naik. Takut pening la, gayat la, macam2 alasan btoi. Tiket RM10 untuk warganegara dewasa. Masa mula2 gerak naik menara, ras gayat gak. Tapi bila dah sampai atas, dah tak rasa apa pun. Dok layan view cantik je la.


Jalan2 lagi, amik gambar. Aku suka! Hahahaha.


Aku tak tau la time ni Cina datang dari mana tah amik gambar aku sekali. Aku posing untuk kamera aku sebab time ni Pipah amik gambo. Elok jer dia berdiri belakang Pipah dan snap! aku rasa dia ni pun stok macam aku suka snap anything yang aku tengok kot. Lupa plak nak tanya kat apek Canon tu, ''cun tak gambar i?'' :P

Jangan main2, abah ngan mak aku pandai posing walaupun mak ala2 senyum rela tak rela jer.


Woi angah, buruk btoi la gaya hang macam nak berak! Angah ni konon pembersih sangat. Hang nak suh dia duduk atas jalan ke,dok atas rumput ke, atas tanah ke semata2 nak ambil gambar cun, takdenye dia nak layan. Sebab tu gambar dia bertinggung, berdiri, tonggek2. Duduk2 takde ye! Lagi 1, kalau dia amik gambar, sure paras tinggi je, dia takkan ada kuasa nak layan kalau kita suh amik gambar dari paras bawah. Teruk btoi!


Minah sekoq ni tak kisah. Kalau suh tidoq atas jalan pun dia sanggup. Kan Pah....


Aku? Aku mana kisah semua tu. Hahahaha!


Gambar kat Muzium Samudera ni actually ari ke-2.

Gambar2 lain tengok kat FB aku je la ye. Oh, aku dah remove plak link FB kat blog ni. Cari le nama macam kat gambar aku tu.


Ada to be continue tak????

zzzzzzzzzzz

OK, nanti aku citer lagi k. Pappye!