30 October 2010

~Takwim Sekolah 2011~

Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Kumpulan A
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan02.01.201131.01.201122
Hari Persekolahan01.02.201128.02.201120
Hari Persekolahan01.03.201110.03.20118
Cuti Pertengahan Penggal11.03.201119.03.20119
Hari Persekolahan20.03.201131.03.201110
Hari Persekolahan01.04.201130.04.201120
Hari Persekolahan01.05.201126.05.201120
Cuti Pertengahan Tahun27.05.201111.06.201116
IIHari Persekolahan12.06.201130.06.201115
Hari Persekolahan01.07.201131.07.201121
Hari Persekolahan01.08.201125.08.201119
Cuti Pertengahan Penggal ke II26.08.201103.09.20119
Hari Persekolahan04.09.201130.09.201120
Hari Persekolahan01.10.201131.10.201122
Hari Persekolahan01.11.201117.11.201113
Cuti Akhir Tahun18.11.201131.12.201144
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78

Kumpulan B
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan03.01.201131.01.201121
Hari Persekolahan01.02.201128.02.201120
Hari Persekolahan01.03.201111.03.20119
Cuti Pertengahan Penggal12.03.201120.03.20119
Hari Persekolahan21.03.201131.03.20119
Hari Persekolahan01.04.201130.04.201121
Hari Persekolahan01.05.201127.05.201120
Cuti Pertengahan Tahun28.05.201112.06.201116
IIHari Persekolahan13.06.201130.06.201114
Hari Persekolahan01.07.201131.07.201121
Hari Persekolahan01.08.201126.08.201120
Cuti Pertengahan Penggal ke II27.08.201104.09.20119
Hari Persekolahan05.09.201130.09.201120
Hari Persekolahan01.10.201131.10.201121
Hari Persekolahan01.11.201118.11.201114
Cuti Akhir Tahun19.11.201101.01.201244
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78


Kumpulan AKumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

28 October 2010

~HPV~


Siap marking 1I's science paper 2. Ada yang bagus, ada yang~~~ biasa la tu. What do I expect? :P

Then, doing my report for Unit Kesihatan. Laporan suntikan HPV: kanser servik utuk Form 1s' girls. Ada nangis meraung semua la. Actually, suntikan 1 dan 2 dah lepas dah pun. 23/9/2010
dan 19/10/2010. Aku jer yang tak update kat sini. Tu zaman kemalasan mengupdate aku la tu.

Cerita sikit, apa itu suntikan pelalian HPV?

Cegah kanser servik melalui pelalian HPV

Kanser servik:

Terjadi pada pangkal rahim(servik). Kanser ke-3 paling kerap meragt nyawa wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Dianggarkan 1500 wanita di Malaysia mendapat kanser servik setiap tahun! Kanser servik penyumbang 6% kematian di kalangan wanita.

Human Papilloma Virus(HPV):


HPV merupakan penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Pelalian HPV:

Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian percuma diberikan oleh KKM kepada pelajar perempuan berusia 13 tahun di sekolah2. Disuntik di atas lengan sebanyak 3 kali suntikan (3 dos suntikan) dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual:

Suntikan 1: tarikh pelalian pertama
Suntikan 2: selepas sebulan daripada tarikh suntikan 1
Suntikan 3: 6 bulan selepas suntikan 1

Suntikan adalah selamat, mungkin sakit atau bengkak sedikit di tempat suntikan.

Ok, tu serba sedikit pasal suntikan tu. Mari tengok muka anak2 muridku. Hahahaha.

Ambil tinggi dan berat

Yang kat luar, kena isi borang dulu

Injection's time!


WAAAAAAAAA


26 October 2010



kecil hati :(

~Aku Hanyut ;( ~


Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja



Ketaqkah lutut aku kalau tak dapat jalan2?


Lega bila kaki ni dapat jalan2, mata dapat 'dicuci'. Adakah aku akan jadi seperti seorang senior aku yang akan ketaq lutut kalau tak dapat pergi jalan2?

Motif tangkap gambar nampak tapak kasut? Kebetulan..... kasut baru. Hahahaha. Bau kedai!

#Baru perasan. Aku suka shoot gambar kat objek berwarna merah. Obses???


23 October 2010

Perempuan dan aktiviti yang paling depa suka

Eleh, buat2 tak tau plak. Tadi merupakan hari jalan2 cari makan, baju, seluar dan kasut baru. Hahahahahaha. Gelak panjang lagi keji! Sapa p Mutiara Damansara tadi? Ada banyak sale kan???? Syok betoi. Kat pintu masuk Ikano ada sale, siap longgok2 lagi. Pilih la. Dari T-shirt, seluar, skirt hingga ke bra dan panties. Lelaki, perempuan dan untuk kanak2. Sale 30%, 50%, 70%! Ada yang lepas sale harga tinggal 90sen jer. Tapi aku tak jumpa le plak tadi apa yang 90 sen tu. Bra tu kot. Panties pun 3 RM11, aku agak confused gak la apa yang harga 90 sen tu.

Baju untuk hi-T sudah dapat! Blaus tema biru. Jeng3.

Pipah beli kasut baru kat Primavera. Less 50% kaler hitam. Macam cute plak. So, aku pun angkut design yang sama tapi kaler putih. So, kami ada kasut sama! Angah sure jeles ni.

22 October 2010

~Tolong, mau beli hadiah apa untuk birthday budak perempuan umur 11 tahun????

Sapa kata hidup ini senang? Banyak liku2. Tapi, dari liku2 tu la aku belajar. Aku bukan asal orang senang. Tapi aku berusaha untuk menyenangkan hidup aku. Kadang2 rasa penat nak melawan liku2 hidup. Selagi ada nyawa, gagahkan jua kan.

Aku tak suka soalan tentang 'kahwin'. So, jangan tanya aku tentang hal nak berkeluarga. Sapa tak teringin kan? Tapi, belum tiba masa. Selagi tak tiba masa tu, jangan tanya aku. Sebab aku dah muak nak menjawab soalan2 tu semua.


Mode: sakit jiwa!!!

--------------------------------------------------------------------
Esok cuti!!!!

Indahnya. Nak relax, cuci mata. Best kan. Tak beli pun tak pe. Jamu mata je. Esok petang nak ke birthday party anak akak x-sekolah aku. Aku tak tau nak beli hadiah apa. So, any suggestion for a present for 11 years old girl????


#Arghh! Cikgu, mudah betul berubah mood. Luaran sebenarnya tak menggambarkan apa yang ada di dalam.

20 October 2010

Me~


is reading A Walk To Remember.

So, patient my dear.


XOXO

~Work out~


Hilangkan lemak2 berlebihan. Hate it! Berat badan sudah turun ke berat asal selepas raya. Cuma perlu work out untuk lemak2 sampingan yang mencacatkan mata. Buat 1/2 jam tiap2 hari boleh ilang tak lemak degil itu? :P


19 October 2010

~Figure Watcher ala Cik Hanis Zalikha~

Wah! Giler! Aku dah terlajak zon tidur yang selesa. Sekarang mata tengah segar bugar, bulat, galak, seksi, aww. Sedang menjelajah blog yang aku suka singgah (silent reader je pun). 1 of them, blog Cik Hanis Zalikha.

'Figure Watcher'

Interesting la post kali ni. Sorang awek patut ada figure watcher sendiri, bukan hanya ada timbang kati! Hahaha. Timbang kati? Ape2 je la Cik Hanis. Menurut Cik Hanis glemer ini:

Carilah baju atau anything yang boleh kita guna untuk sukat sama ada badan sudah kembang. Dia guna hot pant. Kalau muat sengan jayanya, bentuk badan sungguh mantap. Kalau tidak, anda faham apa maksudnya. Dan, ops! 'figure watcher' anda itu patut/wajib dalam kategori BUKAN strecthable punya barang ah.

Wah! Ini sudah bagus. Kenapa sebelum ini tidak terfikir semua itu? Thanks wahai Cik Hanis :)

~Muntah hijau ke?~

Siap menyalin nama, jantina, nama sekolah dan kelas pelajar yang akan ke Tingkatan 1 2011 daripada helaian dari PPD ke lembaran Excel lappy. Semua sekali (setakat ini) bersamaan 350 nama pelajar. Bayangkan nama pelajar2 sekarang terutama pelajar Melayu yang telah diberi nama2 bombastik kebaboom oleh ibu bapa. Terbelit lidah menyebut, tergagau2 jari mencari huruf. Itu tak termasuk nama kebaboom pelajar Cina dan India. Sekarang, tak kira apa kaum sekali pun gemar memberi nama2 unik kepada anak2. Bagi pelajar Melayu Islam, harap nama2 tu 'bermakna' la ye. Jangan nama panjang2 tapi takde maksud apa2 pun. Biarlah nama pendek tetapi bermakna. Cikgu2 pun senang nak ingat nama anak2 anda tu. Bukan bermaksud nama panjang cikgu tak boleh ingat ye. Tapi kalau diberi pilihan: yang pendek dan panjang, mana lebih senang dan cepat diingat?

Patutlah Kak Ida cakap Penyelaras Ting.1 bakal mengingat nama budak siap dengan bin, binti, a/l, a/p siapa. Yela, ini baru 1st round. Bakal ada 2nd round bila sampai result UPSR, 3rd round untuk streaming ikut kelas, 4th round untuk sort nama pelajar yang bertukar dan tambah nama pelajar baru bertukar dari sekolah lain, 5th round untuk kelas tetap. Aku tak mau 6th, 7th, 8th....... argghhhhh.....muntah hijau!!!!!!


# Bersedia untuk Mesyuarat Guru Pertama Sesi 2011 yang sangat awal= 27/11/2010.

17 October 2010

~Awek vs Mamat Komuter Hensem~

''Hi, awak.'' Sambil tersenyum paling manis malam ini.

''Hi, awak.''

Dalam hati, 'Kuat sikit la. Kot dia tak dengar. Kan suara I tadi soft sangat.'

"Hi!''

Apesal takde respon??????????

Kelakar! Kesian pun ada. Aku tengok situasi ni masa hantar adik aku naik train balik ke Nilai tadi lebih kurang 8.45pm train tu jalan. Awek ni dari train bertentangan. Mungkin dari KL la kot. Dia asyik dok Hi! Hi! kat mamat yang kutip tiket train sebelum keluar kawasan komuter tu. Kawan dia kot. Tapi mamat tu buat tak tau macam tak kenal, tak perasan kewujudan dia pun. Macam iklan kat SinarFM plak. ala, iklan yang semua orang tak perasan dia walaupun dia wujud tu. Lebih kurang sama la. Ye la, mamat tu hensem. Aku rasa tahap adik umur 20 tahun kot mamat tu pun. Macam perempuan tu plak lebih berumur. Tak tau la, aku tak p tanya umur dia berapa. Awek ni sanggup bagi semua orang lain beratur keluar, dia plak berdiri ke belakang sikit dari mamat tu. Yang aku tak tahan, dia dok tersengeh2, kira praktis senyuman paling anggun la. Aku terpaksa tengok adegan yang tak perlu kita lihat tu sebab adik aku baru gerak nak naik train. Show tu depan mata aku. Nak tengok adik aku, terpaksa tengok dia dulu. Train jalan, aku pun blah. Apa jadi kat awek tu ye? Harap2 tu memang kawan dia dan akan layan dia bercakap pas siap keje. Cian plak aku tengok kalau sampai ke sudah laki tu tak layan dia. Kalau dia cun macam Tiz ke, Lisa Surihani ke, sure laki tu layan kaw2, kot.


#Hancus plan nak berjalan2 cuci mata sebab mengalami sakit orang perempuan yang....adusss!!!







~Biru itu blue~

Aku suka langit

Aku suka awan
Aku suka laut

Aku suka pantai

Aku suka biru



Biar diri ini bernafas lega

Bila kaki menjejak pasir itu

Tenang bila mendengar desir air

Hilang resah bagai buih dibawa ombak

Cintaku termaktub pada pantai dan awan

Kerana di situlah tempat kau bertemu

Biru.......


eizynoorizza

15 October 2010

2 + 1

Kawan,

setiap sel dalam otak aku menolak layout ini. Bila neuron bersambung menghantar mesej ke reseptor tangan menaip address blog sendiri, tiba2 kepala berdenyut2.

Hai, cepatlah PTK. Aku tengok orang lain relax jer. Ni mesti la sindrom 1st time nak ambik PTK. Lepas PTK, dah ada 2 kerja menunggu giliran,

1) Perancangan tahunan untuk Persatuan Sains dan Matematik 2011 yang mana aku kena jadi ketua penasihat 'terjun' setelah 2 nama guru di atas nama aku di'cancel'kan sebab sorang naik pangkat menjadi ketua bidang Sc&Math dan sorang lagi ditukar ke sekolah lain.

Due date: 29/10/2010 =__=

2) Senarai nama pelajar baru ke Tingkatan 1 sesi 2011 sudah sampai. Senarai mengandungi 351 nama lengkap dengan alamat dan beberapa maklumat lain yang perlu di'key-in' dalam Excel untuk streaming. Wah, bakal berpinau bijik mata aku. (Adakah aku akan kembali rabun selepas ini?)

Due date? Hehehehe. ( korang bakal baca banyak tentang ini selepas ni)

Itu 2 kerja sekolah yang menunggu yer. Sekarang aku dah tambah lagi 1, TUKAR LAYOUT blog ini. Aku dah boring tengok ni la. Sebab tu semangat pun kurang jer nak update2 ni.


# Kawan aku tak sabar2 menunggu sesuatu pada 16/11/2010. Aku???? Ye jugak la walaupun aku nampak coooolllll jer :P

Cikgu2, anda tahu apa yang ditunggu pada tarikh itu

12 October 2010

~Wahai pemandu dan penumpang~

Nasihat aku:

1) Jangan drive rapat dengan bontot bas/ kenderaan besar seumpamanya yang dipandu laju.

2) Kalau kenderaan2 jenis itu mengekori rapat di belakang kita, ada peluang, bagi je la dia nak potong dulu pun. Aku sanggup mengalah.

3) Jangan beli tiket bas daripada 'ulat'.

4) Baca doa, mengucap banyak2 masa di jalan raya/ lebuh raya dll.


TheSharkox ada share pasal kemalangan 101010 lalu.




# Ni buat fobia denagan bas balik ni. Aku banyak pengalaman berkaitan bas ni.

~Peperiksaan~

PMR dah tamat. Berakhirlah tugas sebagai pengawas PMR 2010.

Sekarang mencari kekuatan untuk memecut mengulangkaji kerana banyak lagi yang tak terkejar.

Mengulangkaji melalui buku-buku latihan rupanya memeningkan jika kita belum menbaca nota-nota penting.

Masa yang tak seberapa, gunakan sepenuhnya.

Kalau dulu masa di U ada 'study week', sekarang~ janganlah berangan ye.

Mulakan memecut macam kereta-kereta di lebuh raya.

(Teringat kemalangan ngeri bas di PLUS. Ada video yang di'share' di FB tapi rasa tak terdaya nak tengok sebab tau kemampuan diri menahan keseraman dan ketakutan menonton. Aku tak suka tengok darah!)

Sampai bila-bila pun hidup tak dapat dipisahkan dengan peperiksaan.

Sebab~~

Tiap-tiap hari dalam kehidupan pun sama macam peperiksaan.

Buat baik, dapat la keputusan baik.

Kalau tak, esok tunggu la keputusan tindakan hari ini tu.


# Pesal boring ek???? Mood: skema semula menjelang peperiksaan :P


10 October 2010

10-10-10


10-10-10

Cantik tarikh hari ni.

Kalau terlepas untuk special event, tunggu la next year for

11-11-11

Kalau terlepas lagi, ada

12-12-12

Pastu.....

Takde dah tarikh berulang macamni dalam hidup

melainkan kau cukup alien untuk hidup hingga

01-01-01

akan datang.


p/s :

1. Hari ni kawan aku si Johnny dan Ann bertunang.
2. Malam ni wedding of the year of doktor kesayangan Malaya.

08 October 2010

~Nafsu naik pastu.....down!~

Aku baru bernafsu nak update blog ni. Tapi sebab upload gambar tak masuk2, aku jadi fed-up. ada cerita tapi tak boleh share. Apa la malangnya? Esok takde paper PMR. So, kena ke sekolah seperti biasa. Selamat ke sekolah semula. Dengar kata bilik guru macam rumah mayat dah sebab kaki bising sudah pergi keluar sekolah jadi pengawas PMR secara berjemaah. Esok bising balik la bilik guru tu~~

04 October 2010

~Menakutkan:pilihan untuk percaya atau tidak?~

Kalau kita terlalu fikir akan sesuatu benda, kita boleh gila. Mencari jawapan untuk satu2 benda, kita akan cari benda2 lain yang berkaitan. Kadang bila dapat 1 benda dan ada nampak dalil2 di situ, kita sebagai manusia biasa akan terjurus untuk percaya. Kita bukan ilmuwan yang tau banyak benda.

Tengok video2 ini untuk faham luahan di atas:


Video ini agak panjang. Total kedua2nya lebih kurang 20 minit. Pertama kali tengok, terdetik jugak 'betul ke macamtu?' Susah nak kata ye ke tak.

Kemudian, baca artikel ini plak k. Sorry, ini pun panjang. Artikel ni macam menyokong video tu. Sekali, bila nak habis baca, jumpa link ini pulak yang menolak dakwaan video tadi.

Aku manusia biasa ni, tidakkah pening membaca semua ini? Mana 1 nak percaya. Zaman sekarang kita dah susah nak bezakan mana yang boleh terima dan mana yang songsang. Orang terlalu pandai putar belit. Akhirnya, ramai yang terbelit :(


~PMR 2010~

Lamanya tidak menulis. Macam la terlalu sibuk. Padahal jalan2, baca buku sikit2, makan2~~ Tadi ada mesyuarat pengawas PMR 2010. Esok PMR dah mula. Sapa2 ada ahli keluarga yang nak ambil PMR esok? Wish them good luck. Amin~

Kena jaga di SMKSB. Besar sekolah ni, banyak blok. Banyak betul tidak puas hati terutama condition bilik peperiksaan. Sekolah tu sekolah lama, mula pada 1968. !st impression, kurang terjaga. Pernah dulu kami syorkan kat pengetua sekolah buat besi je pagar semua tingkap kelas sebab banyak sangat kes kaca tingkap pecah. Pengetua tak mau, dia kata nampak sangat budak teruk, macam zoo. Sekali tadi kat sekolah tu memang banyak kelas ada dawai besi jer. Kaca dah tak ada. Memang macam zoo plak aku tengok.

SMKSB ada 3 pusat PMR. Aku mengawas di pusat pertama BG073. Kelas budak2 pandai katanya. Harap2 tak ada masalah la ye.

Balik, badan rasa tak selesa. Nak demam ni. Selsema sekali. Sungguh tidak enak!

Tadi jalan2 di Selayang Mall. Tengok jam tangan cantik. Tapi kenapa mahal sangat? Huhuhu