26 September 2010

Not in a good mood. Then, how to prepare myself for the exam?

Why she keep annoying me? Now, wearing like me? Copy-girl! You know how much I hate you????

:P

25 September 2010

~4-4 siku lipat~

Mood: swing-swing.

Ada 2 buku best.

1. A Walk To Remember by Nicholas Sparks
2. P.T.K

No.1 confirm best! Sebelum ni aku cari, awek Popular tu kata habis stok. Time ni plak stok dia nak datang kan. Mana tahan!

No. 2 tu tak bleh blah bila aku kata 'best'. Ni dah lebih kurang macam zaman study kat USM, time baca buku2 pedagogi. Atau macam zaman induksi, study malam2 untuk exam. Atau, BTN baca buku undang2 untuk hafal akta2. Kena lalui sekali lagi untuk PTK 16/10/2010 ni. Wish me luck sebab aku target 4-4 untuk kedua2 exam paper tu; Generik dan Fungsional.

Seriously, aku blur jugak PTK tu macamana. Mengikut kawan2 yang dah pernah ambil, just jawab 40 objective questions in 1 hour. Tapi soalan objektif jangan pikir senang nak tembak. Pilihan jawapan hampir sama dan kemungkinan semua boleh terima, but which 1 is the BEST? O_O

Ada kata boleh bawak buku dalam dewan peperiksaan, tapi seriously, takkan sempat nak selak buku pun. Selalunya, kalau cakap opened-book-test, jawapan takkan ada direct fro the book pun. Buang masa cari je.

So, semalam dah beli buku kat Popular. Siap bersimpuh sopan depan rak buku tu. Masa nak bayar,

"Bila exam kak? Selalunya dekat2 nak exam ramai orang beli buku ni.''

Termasuk aku la tu =__='
Baru 1st time boleh ambil, mana la nak tau dik. Slip exam pun baru dapat, baru akak beli buku ni. Akak study kuat ni. Tengok kaki la. Hahahaha. Cakap dalam hati je pun :P

Dilema betul! Buku betul2 best ada depan mata tapi tak boleh baca lagi sebab kena baca buku best no.2. Takpe, kalau dapat 4-4 untuk PTK lagi best. Best giler! Doakan aku dapat 4-4 untuk PTK!



Tajuk 4-4 siku lipat tu takde kaitan pun. aku minat angka 4-4 tu jer.

23 September 2010

~Tiru macam lalat~

Bahaya makan ikan. Kenapa?

Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya bagi orang Islam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu disebarkan khususnya pada semua umat Islam.) Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang kita makan setiap hari adalah diimport dari negara Thai. Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura. Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam.... dan masa itu ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia dan Singapura dengan keadaan lesu dan kurang segar. Untuk
mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihak pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahukah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu?

Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam air yang dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adala bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama Dan kelihatan masih 'fresh', keras dan segar bila sampai ke distinasinya.

Tahu kah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN? FOMILIN merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama. Bahasa omputih 'embalm'.

Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini. Sekarang... Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari mengandungi kimia itu. Apa hukumnya pulak? Kalau Kita beli ikan di pasar...

Ada caranya untuk Kita mengesan. Kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Fomilin... Kerana ..
Lalat lebih mengetahui.

~Rambut gugur, tiada lagi~



Mak incik suka hati sebab rambut dah tak gugur lagi kurang gugur berbanding sebelum ni. Kalau sebelum ni syampu rambut je gugur la rambut. Bukan 1, bukan 2 helai tapi berhelai-helai-helai-helai. Banyak! Gugur sebab apa? Takkan suka-suka kot. Bila check balik, rambut tak sihat, kelemumur pun ada gak. Walau pun kelemumur bukan tahap garu terus jatuh bertabur atas baju (tidak!), sedikit sebanyak kelamumur tu menyumbang kepada rambut gugur (selain sumbangan daripada makan megi dan junk food).

Banyak jenama aku cuba termasuk yang buat iklan sesuai untuk rambut Asia, bukan tested kat rambut orang Eropah. Tapi, po-dah, tak jalan. So, aku penah dengar jenama ni baik untuk kelemumur. Cuba je la.

Yes! Selsun Blue. Memang dicipta untuk penyelesaian masalah kegatalan dan kelemumur. Bahan penting dalam syampu ni dipanggil selenium sulfide. Nak rasa kesannya, sila pakai 2 kali seminggu. So far, aku dah guna hampir 2 minggu sejak lepas raya. Nampak la rambut kurang gugur masa sikat rambut dan mandi. Kalau tidak, mau pengsan aku tengok rambut aku gugur pas mandi!

Ada banyak jenis, korang boleh pilih. Aku guna extra moisturizing for dry and damaged hair sebab rambut aku jenis kering kontang.

Sekarang aku menikmati saat indah menyikat rambut tanpa rambut gugur di celah gigi sikat dan di laintai bilik. Syok wo! :)

21 September 2010

~4 Perkara: Petua Imam Syafie~

Salam semua rakan blogger. Aku mendapat e-mail ni dan rasanya baik untuk aku share di sini dengan korang :)


4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging

2. Memakai haruman

3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata

1. Duduk mengadap kiblat

2. Bercelak sebelum tidur

3. Memandang yang hijau

4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan Mata

1. Memandang najis

2. Melihat orang dibunuh

3. Melihat kemaluan

4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong

2. Rajin bersugi (gosok gigi)

3.. Bercakap dengan orang soleh

4. Bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit
Dan
Bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat

Malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak

Dimakan.


4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

--------------------------------------------------------------

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........


Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ...
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,

Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

~No tittle~


Kadang suka
Kadang benci
Kadang happy
Kadang sakit hati
Kadang tenang
Kadang tensyen
Kadang sayang
Kadang boring~

Argggghhhhh~

Giler ke hape?
Macamana nak cakap ek?
Macamana nak cakap aku boring dok rumah sorang2 macamni.
Huhuhu

16 September 2010

~Kekalkan kelembapan kulit terchenta~

Salam dan hai!

Hari ni dah raya ke berapa ek? Aku tak kira berapa hari raya la. Dah nak balik KL! Uish, balik ke kota batu.

Lupakan itu~

Selasa lepas aku dah menjadi model tak rasmi. Hahaha. Gambarnya? Tungguuuu~~

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Pernah dengar jenama ini? Sebelum ni aku guna Vaseline macam kat atas tu jer-petroleum jelly. Sangat moist. Tambah2 kalau selalu alami bibir kering dan merekah. Masa bulan puasa, bibir aku kering dan pecah2. Bila jadi macam tu, makin rajin la aku guna Vaseline. Dalam 2 hari, insyaallah baik. Vaseline ada produk baru, macam kat bawah tu. Sebab aku percaya tahap simpanan kelembapan kulit oleh Vaseline yang agak lama, aku cuba lotion di bawah. Hasilnya, kulit lembap sepanjang hari. Tap kalau dalam aircond kena kerap sikit la sapu lotion ni. Wangi
tau. Kalau orang tersayang nak cium tangan pun, ''wanginya tangan sayang~''. Senyum lebar korang :)

Try la

Kalau nak lembap lagi, try ni sekali. Memang terbaik kombinasi 2 benda lembap ni. Best sangat.



Olay Total Effects ni ada body butter. Moist la kulit korang.Kulit korang akan nampak berkilat sikit pas dikeringkan. Best!



13 September 2010

~Mode: CUTI~


Masih dalam mode CUTI (bukan raya ye). Raya bila dah dewasa ni kureng terasa sikit. Kuar duit banyak la. Hahahaha. Sebab mode CUTI, blog pun CUTI. Baru menulis pas 4 hari beraya. Sakan!

Raya Pertama:

Solat sunat raya-pusara-driver-ziarah-Tanjung Piandang-Titi Serong-Selama-hujan lebat-Batu Kawan-nasi-kuih raya-briyani-kenyang-penat-ngantuk-tido.

Raya kedua:

Bangun-sup ayam-sup daging-koew teow-bihun-menber kamcing-ziarah baby-rumah kawan-gosip-laksa-balik rumah-geng-makan lagi-penat-tido.

Raya ketiga:

Karaoke-penat-makan-tido-driver-Sungai Bakap-mee goreng-lembu-busuk-pasar malam-boring-tv-tido.

Raya keempat:

Laksa-kucing-family pakcik-makan-penat-sakit perut-tido-orang datang-Abang Jamil-Aishah banyak cakap-pukul 12am-belum tido-tulis blog-kena tido gak-zzzzzzz.

Aku suka CUTI. Tapi cuti raya~~PENAT!!!!!!!



09 September 2010

~Selamat Hari Raya~


Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

Pecah kaca pecah sampan,
sudah baca harap simpan.

Pecah kaca pecah tong,
sudah baca harap gantung.

----------------------------------------------------

Sejak zaman pandai menulis kad raya masa sekolah rendah, pantun di atas dah jadi kewajipan dalam setiap kad yang ditulis. Masa tu, memang dapat banyak kad raya, dari kawan-kawan, adik beradik, secret admirer. Pantun pun siap warning minta dibalas :P

Masa sekolah rendah, bila dah dekat raya, orang dari Haniff Book Store akan datang buat 'show' kat kantin sekolah. Buat jualan la. Aku yang rasa macam 'show' sebab aku tergoda tengok kad raya. Kad raya pun banyak jenis dan masa tu murah-murah lagi. Ada kartun-kartun, yang skema tentulah corak bunga, ketupat dan gambar masjid. Masa sekolah rendah mana layan gambar skema-skema tu. Musti beli gambar kartun! Sambil beli, pilih kartun yang ada dialog best punya! Kad raya yang jenis lipat dua tu baru 20 sen, yang sekeping tu 10 sen. Budak-budak sekarang tak sempat tengok la. Simpan duit belanja mak bagi, tiap-tiap hari beli kad raya. Marvelous!

Pastu, pakat tulis kad raya kat rumah. Mana boleh tulis kat sekolah, nanti kawan tiru nak tulis apa. Naive betul. Padahal isi kat dalam tu semua lebih kurang sama jer:

Hari ni hang posa dak?
Mak hang buat koi banyak dak?
Baju raya hangpa berapa?
Nanti kita pi jalan raya sama-sama.

Tulisan~ Ya Allah. Ampun, masa tu tulisan menang besaq nak mampus! Orang rabun pun senang nak baca.

Sekolah menengah? Masih layan kad raya. Tapi upgrade sikit la. Kad raya dah tak guna yang 10 sen, 20 sen (10 sen punya dah tak dak la time tu :P), paling cikai 50 sen. Pilihan pun lebih teliti, tak la hentam beli jer ikut kartun mana best. Masa Form 5, ku dapat 1 kad raya, tak de nama. Tulisan tu macam familiar jer. Tapi, issshhh, nak tanya malu plak. Hahahahaha. Masa tu kan dah besaq, dah zaman dok control ayu. Cet! Hehehe.

------------------------------------------------------

Panjangnya kenangan zaman kecik-kecik. Tahun ni aku tak pegang dapat kad raya. Orang sekarang dah buat E-card guna komputer, letak kat FB, pastu tagged kawan-kawan. Sama le aku pun. Tradisi yang aku buat sejak Darjah 1 dah tak berulang tahun ni.

Hari ni last day puasa. Semalam pakcik kegemaran dah buat pengumuman raya hari Jumaat. Kalau ada salah dan silap, aku susun 10 jari memohon kemaafan. Takpe korang tak nampak jari aku, emagine je la aku hulur tangan nak salam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
:)




07 September 2010

~Ipoh's Outing: Old School~

Salam dan hai,

Bersiaran langsung dari rumah kegemaran (bilik kegeramaran I) selepas makan roti Butterscotch. Roti jer ke? Dah2 la. Buka puasa semalam dah makan nasi. Pastu, kul 10pm g makan laksa ngan kerang rebus plak kat rumah acu aku di Titi Serong.

Lama tak hupdate kan~ ni kira hupdate gambar je la. Aku pergi Ipoh City last week. Ini la hasilnya~


Bas sekolah pun old school punya version. Zaman aku sekolah dulu memang takde peluang ke sekolah naik bas. Sekolah sekangkang kera. Naik basikal pun tak sempat berpeluh (melainkan aku racing dengan geng aku la!) Sebelah tu public bus. Pun old school. Kalau KL ada Rapid KL, Penang ada Rapid Penang, Ipoh ada~~Oh, aku lupa nama syarikat bas tu. Tapi menang bas lama. Lama, sampai kalau berenti, kena ada sorang tolak pintu bas untuk bukak betul2. Tu aku tengok depan mata aku la. Sorang pakcik tolak pintu bas. Old school!

Kedai hujung tu kedai CD yek. Lawa kan bangunan-bangunan lama ni. Aku suka tengok design bangunan lama. Memang orang dulu-dulu pandai buat bangunan. Kukuh sampai sekarang.


Memory Lane: jalan ni hidup waktu malam. Aku p tu siang. So, tak dapat le tengok apa ada kat situ. Happening katanya kalau waktu malam! Ye tak orang Ipoh?

Banguna lama, keta lama~Waksegan! :P

Bangunan ni pun cantik! Masa ni memang hujan dah nak turun. Sebab tu dapat awan macamtu.

Masa lalu kat tepi pasar ni aku cakap kat kawan aku, ''Besarnya market ni!''
Memang la besar kan, tengok nama la. Siap ada parking lot kat bawah bangunan pasar tu. Ni aku tak pernah jumpa sebelum ni. Pasar : ada tempat parking kat bawah dia. Biaq betoi?


Komplek Yik Foong. Dulu ni tempat femes budak2 sekolah melepak. Sejak ada Jusco, Greentown Mall etc, lengang la sikit. Aku masuk jer ''Rasa macam kat Pertama kat KL jer.'' Masuk 1 kedai keset. Sempoi! Kedai tu ada banyak stok keset lagi tau. Sekarang ramai dah layan CD, MP3, MP4; tapi situ banyak lagi jual keset. Lagu-lagu pun, maveles la~ dari pop, rock, ska, punk, metal etc. Nama kumpulan pun banyak yang aku tak penah dengar. Underground!

Ada sorang cakap apa barang dok kat Ipoh. Bagi aku, ok jer aku tengok. KL lagi crowded woi! Kalau nak happening, KL memang happening. Tapi bila dok lama-lama kat sana, boleh pening!


p/s: Ramai dah mood raya. Aku je tak mau tulis pasal raya lagi. Hahahaha. Klah~ SALAM AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN :)

02 September 2010

~E-Tukar l Sambutan Merdeka

Betul ke sistem tahun ni akan blok siap2 borang pertukaran guru-guru yang belum berkahwin? Kalau macamtu cikgu2 yang belum berkahwin ni tak de harapan pindah kecuali ada surat pengesahan sakit kronik daripada doktor dan laporan polis tentang ancaman keselamatan. Last month la, kerani kat office sekolah aku dok isi maklumat dalam sistem apa tah aku tak pasti tapi ada kaitan dengan pertukaran guru. Kecewa betul kalau reason tu digunakan. Macam sebelum2 ni, aku nak sangat bertukar. Ye, mengajar kat mana pun sama. Tapi semangat kurang kalau jauh daripada orang tersayang. Cewah! Geli ke korang? Aku jauh daripada parents ni. Lagi pun mak ngan abah aku dok 2 orang je sekarang. Anak2 kerja jauh. Angah kat Kuching, Pipah kat KLIA (susah plak nak cuti). SO, how?

Bantuan

PERHATIAN :

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN MELALUI SISTEM EGTUKAR BELUM DIBUKA KERANA KERJA-KERJA PERPINDAHAN SERVER YANG SEDANG DILAKUKAN. SISTEM AKAN DIBUKA SEMULA APABILA SEMUA KERJA-KERJA TEKNIKAL SELESAI DILAKSANAKAN.
SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM.


.....................................................................

Semalam tido agak awal. 11 lebih dah mengantuk. Mungkin sebab pagi2 dah drive jauh. Pastu, tengah hari dah masuk kerja. Malam, mata pun cepat layu la. Banyak gambar belum berusik. Konon, semalam nak sentuh sikit-sikit. Touch up mana yang mampu, malangnya, mata aku memang tak mampu nak celik. Maka, harap bersabar ye.

Terjaga untuk sahur, aku ni mimpi ke mengigau ke apa ye? Boleh plak aku mimpi (kalau dikatakan mimpi la) teknik balingan bola jaring. Siap gaya lompat-lompat segala! Wah, jiwa kacau ni! Tak pasal-pasal mimpi bola jaring T__T.

......................................................................

Semalam sepatutnya ada sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 di sekolah. Tapi aku pelik bin ajaib, boleh plak pihak pengurusan meluluskan sambutan dalam 2 sesi. Sesi pagi semalam buat sambutan sampai sehari tak de P&P. Tapi kami di petang, perhimpunan pun tak ada. Fikir positif, nak buat hari lain kot? Apalah salahnya sambutan dibuat 1 sesi, pelajar datang pagi. Pagi pun, bukan ramai pelajar yang datang. Majoriti yang terlibat aktiviti je yang datang. Kami di sesi petang mengajar seperti biasa macam tak ada sambutan apa-apa. Sungguh unfair! Pelajar pun asyik tertanya-tanya pasal sambutan. Cikgu-cikgu sampai tak tau nak jawab apa sebab kami pun tak dimaklumkan apa-apa maklumat pasal sambutan Hari Kemerdekaan. Yang cikgu-cikgu tahu, sambutan dibuat berasingan. Pengisian? Sumpah tak diberitahu! Jawapan selamat untuk pelajar, ''Kita tunggu pengumuman,k.'' Sungguh lemahnya pengurusan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini!

Aku sungguh tak puas hati kenapa perlu diasingkan sambutan kali ni. Bayangkan sesi petang buat sambutan waktu petang: Ramadhan, sesi persekolahan bermula awal (dan sudah tentunya balik awal) bermula 12.45 hingga 5.30 petang. Pukul berapa nak mulakan perhimpunan? Ramadhan ni selalunya panas terik waktu petang. Bayangkan pelajar berdiri masa perhimpunan (paling awal boleh buat dalam pukul 4 petang), lepas nyanyian pelajar boleh duduk, tapi duduk pun masih tengah-tengah panas. Sekloah kami tak ada dewan besar. Dewan kami cuma buka 4 kelas, tak muat semua pelajar petang. Kalau ada yang pengsan macamana? Bukan cikgu tak mahu uruskan tu, tapi kalau ramai yang mengadu nak pengsan, nak pitam, tiba2 sakit; jenuh jugak cikgu nak uruskan. Sebab tu aku 'pangkah' buat sambutan 2 sesi.

Ada dengar kata, sambutan sesi petang dibuat Jumaat ni. Harap2, buka la dewan sekolah tu ye. buat dalam dewan. Tak boleh muat semua pun, pandai-pandai la cikgu uruskan pelajar di tepi-tepi koridor dewan tu. Rasanya, Jumaat dah ramai yang tak datang.

01 September 2010

~Model ke photographer?~

Ada banyak gambar outing kat Penang dan Ipoh. Cuma gambar2 tu belum diedit dan diupload sama ada di FB atau di blog ni. Nanti aku akan curi masa buat semua tu.

Tadi dah giler amik gambar makro sebab baru beli macro converter hari Ahad lepas. Semua benda nak snap. Aku upload di FB aku jer.

Outing~

Aku ni modelnya atau jurugambarnya? Sebab aku rasa gambar aku snap lebih kurang sama banyak dengan gambar yang aku posing. Hahaha!









Ha, kan aku kata dah. Aku ni banyak jadi model dari jadi photograper :P