31 August 2010

~Merdeka!~

SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
YANG KE-53

Semoga kenikmatan yang dikecapi berkekalan. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi (bagus gak ayat yang diorang selalu guna dalam rancangan Melodi TV3 tu).

Aku dah menyampah dengan berita2 orang buang anak.

BENCI!

Merdeka tak bermaksud kita bebas buat sesuka hati. Merdeka pun kena ada landasan, kalau tak, kita terbabas.

Sambutan merdeka kali ni di bulan Ramadhan. Alhamdullillah. Ada yang 'merdeka SAKAN' malam tadi?
Nanti kita sama2 tengok kat berita ye.

28 August 2010

~Patut g bayar duit keta jer, tapi~

Tadi petang kuar ke pusat bandar. Did I mention before? I balik kampong la :)

Parit Buntar sangat crowded. Nak parking pun susah. Dah rasa macam kat Jalan TAR je. Parking Billion yang sebalum ni agak lengang, masuk memang akan ada ruang parking, tapi ari ni, keta parking kat dalam tu pun bertindih2. So, kat luar jangan harap le ada ruang parking kosong. Tepi2 jalan pun penuh. Orang MDK ronda2 pun tak gamak nak saman rasanya. Bukan sebab kasi chance bulan posa, tapi aku rasa dia memang penat giler la kalau nak kuarkan kompoun banyak2. Keta penuh tu parking tepi jalan, parking kat tempat yang tak sepatutnya!

Parit Buntar dah ada HARI HARI! Penuh la manusia masuk kedai tu. Kedai baru le katakan. Aku pun masuk gak tengok (tengok?). Harga~Berbaloi2 la. Ramai la yang beli baju raya untuk anak, bini dan laki masing2.

Pastu ada lelong beg RM15. Aku sambar 1. Hahahaha. Aku memang dah set dalam kepala otak ni nak beli lipstik baru memandangkan lipstik aku dah kontot. G ushar kat Watson. Amik Silky Girl punya jer. RM17.90. Aku penah cilok try Angah punya lipstik tu. Moist sangat. Pilih warna nude plak. Hahaha. Yang best tu, time aku nak bayar cashier tu cakap ''Akak, amik 2 la. Yang ni beli 1 percuma 1.'' Wah, dengan pantas aku g cari lagi 1. Hehehe. Kan berbaloi2 tu.

01 Naked
18 Appealing

Tau tak motif utama kuar ari ni nak g bayar duit keta jer????

Hai~ Pompuan. Tu memang bukan benda pelik

~Budak baru belajar kena rendah diri bertanya~







Wahida, thanks ajar wat line kelabu tu untuk tulis atas gambar. Jadi kan macam you ajar? Hehehe. Ni gambar sebelum puasa. Tahla apa pendapat korang. Orang buta ilmu gambar ni tengok mungkin takde salah apa. Otai2 tengok~ Eeee, malu I! Malu bertanya sesat plak.

Ok, kawan2 sila beri tunjuk ajar ^__^

26 August 2010

10am; 26.8.2010


Pengorbanan besar untuk melihat seseorang bahagia

~ Redha~

Mula lepas raya
Habis sebelum raya
Dulu raya tu seronok
Kali ni raya tak rasa apa2.


25 August 2010

~Sorry, saya busy makan malam ni~



Burk! Alhamdulillah. Sorry, tu bunyi dalam hati jer. Kat luar aku tak reti sendawa kuat macam tu. Buruk! Tapi kawan2 aku masa matriks dulu suka lawan sapa bleh bunyi paling kuat kalau makan kat bilik. Depa kata puas! Pelik kan manusia.

Sebenarnya tadi makan besar di Setiawangsa. Sapa penah p uptown Setiawangsa tau la tempat ni. Betul2 depan uptown. Aku makan di sini dengan kawan2 sekolah.



Kat sini banyak makanan yang dibakar. Aku nampak kerang je bulan puasa ni. Kalau bagi pilihan, aku suka kerang rebus lagi daripada bakar. Tapi kalau takde, aku belasah jer. Dulu kecik2 aku tak suka kerang tak reti makan kerang sebenarnya. Semenjak dua menjak ni aku jadi giler makan kerang rebus especially.


Makan 4 orang dewasa + sorang budak (anak kawan aku). Apa kami order? Kerang bakar (aku punya. Huahahaha. Tamak!), sotong bakar 2, udang bakar (aku tak kire la plak berapa ekor), kembung bakar 1, keli bakar 1, pari bakar, air yang berjenis2, nasi 4 pinggan. RM120! Amboi. Kalau bandingkan makan kat Kuala Juru ke, Telok Tempoyak ke, sure lagi murah. Ni makan kat tengah bandar, of coz la harga~ Bleh tahan!

Pas makan, jalan2 kat uptown. Ni 1st time aku g uptown Setiawangsa. Besar gak ye. Kul10.30 lebih kurang kitorang balik. Sekarang aku balok! Makan banyak, ngantuk. Nak tido. zzzzzzzzzzzzzzz

Bubbye

23 August 2010

~Teknik Potret Mudah: En.Abdul Rahman~

Saya mendapat ilmu baru daripada En. Abdul Rahman mengenai teknik merakamkan gambar potret. Sila ke blog beliau di sini

Menurut beliau, terdapat 11 teknik potret mudah:

1. Shooting mode
2. ISO
3. Exposure
4. Metering
5. White balance
6. Autofocus
7. Depth of field (dof)
8. Arah cahaya
9. Penyebaran cahaya
10. Menghilangkan distraction pada latar belakang
11. Persediaan untuk post-processing

Bahasa yang digunakan mudah untuk difahami. Tidak terlalu meleret, straight to the point (cikgu sains memang suka kalau straight je cakap takde kiasan ke hape ke, senang paham).

Ada banyak lagi tips mengenai photography. Sila terjah k :)

~Colour Lens: Untuk perempuan silau macam aku, ade tak?~

Nak contact lens raya yang cute2 macam Fyna slalu pakai. Bleh jadi macam mata awek Japan tak? Hahaha. Tapi aku ni silau. Sekarang dah mula degil tak mau pakai cermin mata retro aku tu sangat pas contact lens aku abis Julai lepas. Tak buat dah pun sebab tensyen takde lens silau yang kaler maler tu. Benci I!

Kalau ada sepe2 yang tau brand apa yang ada colour lens untuk silau, plz help me :)

TQ

19 August 2010

~Go and get yourself a train too~

Aku tak sedap badan. Sakit kepala, badan sakit2, selsema. Wait a minute, kenapa orang selalu kata tak sedap bada, tak bleh kat tak lazat badan ke, pada hal sedap dengan lazat tu kan lebih kurang jer? Otak tak normal jap. Patutnya, makan ubat pastu bawak2 le tido, mata tak mau lena la. Aku nak share e-mail kawan aku forward la. Gelong betoi, kaya sangat la tu~

-------------------------------------------------

Dear Dad

Berlin is wonderful, people are nice and I really
like it here, but Dad, I am a bit ashamed to arrive at my college with my pure-gold Ferrari 599GTB when all my teachers and many fellow students travel by train.

Your son,
Nasser



My dear loving son


Twenty million US Dollar has just been transferred
to your account. Please stop embarrassing us. Go and get yourself a train too.

Love,
your Dad


-------------------------------------------------------

HAMPEH!

Kalau ditukar ke situasi di sini (jari telunjuk tunjuk kat diri sendiri):

Dear Boss,

Kepong is wonderful, people are nice and I really
like it here, but Boss, I am a bit bored to arrive at my school with my students so like 'monkeys' now when all my USM's friends and many of my senior didn't have students like that.

Your staff,
Secret


My dear loving staff


Application for tranfer will be in September. Don't forget to fill it. Please stop embarrassing us. We'll help you find your dream school at Penang. Go and get yourself ready to be tranferred.

Love,
your Boss

--------------------------------------------------------

KAN BEST!

Motif? Kan best kalau dapat tukar mengajar kat lain. I dah boring tengok environment yang sama je


17 August 2010

~Sang Pemimpi~

Filem ni merupakan sambungan filem Laskar Pelangi, adaptasi daripada novel glemor di Indonesia. Dulu aku penah citer pasal trilogi novel Laskar Pelangi. Ni sambungan ke-2. Sang Pemimpi ni memperkenalkan watak sepupu Ikal, Arai selepas Ikal kesedihan kehilangan kawan baiknya si Lintang yang genius tapi tak dapat sambung belajar sebab kesempitan hidup. Arai jadi kawan baru Ikal sampai ke sekolah menengah.

Sang Pemimpi lebih menceritakan pengalaman Ikal, Arai dan sorang lagi kawan baru di sekolah menengah. Kena hidup sendiri jauh dari keluarga. Bukan duduk asrama, tapi menyewa, pastu terpaksa kerja sendiri untuk sekolah. Sampai akhirnya Ikal dan Arai berjaya cemerlang dan boleh sambung belajar di universitas. Pastu buat tesis untuk dapatkan biasiswa untuk capai cita2 sambung belajar hingga ke kota Paris. Tengok la filem ni. Best! Se'best' Laskar Pelangi!



~Nude Lipstick~



















Pucat ke? Tapi ni la trend skarang rasanya. Sesuai untuk raya nanti. Nampak ayu, tulus dan mulus jer. Hahahaha. Nak sambar 1 lipstick nude colour ni. Natural look. Nice.

Kalau takde lipstick kaler ni tapi ada kaler pink je, macamana nak buat? Senang jer. Masa pakai foundation dan conceler, sapukan sekali ke atas bibir mulus anda. Ratakan, jangan bertempek2, tak elok. Pastu, sapukan lipstick pink anda tadi. Kan dah tukar colour ke lebih natural. Nak effect lebih mungkil dan segar, sapukan glos untuk kemasan. Siap!

Lipstick I dah kontot. Nak beli yang baru :)






~Cik Awek, Tolong Jangan Kunyah Makanan Dengan Mengeluarkan Bunyi Yang Kuat~

Semalam tukar layout. Hehehe. Saja nak cakap padahal sah2 orang bleh tengok tukar layout kan. Semalam (tadi le maksudnya. Skarang kan baru kul 5.30 am), aku tertidur di ruang tamu sambil tv tengok aku tidur. Pembaziran btol. Aku tak sedar le bila lena. Jaga je dah kul4.30.

Ni bukan topik utama aku nak post.

--------------------------------------------------------------------------------------

Sari berita penting:

Weh, sapa geng dengan aku? Aku tak boleh dengar orang mengunyah kuat masa makan. Aku terbayang apa ada dalam mulut dia. Kalau adik aku sure aku ketuk dah. Kalau orang lain, takkan nak ketuk gak? Kunyah kuat2 kot le rasa nikmat makan tu lebih kot ye. Aku tak bleh dengar la. Rimas. Kalau boleh memang aku elak pun duduk dengan orang2 macam ni (kalau kat tempat awam le). Kalau geng baik kita a.k.a geng bas sekolah? Wahai perempuan, makan la dengan sopan. Rasa bab lain ko sopan tapi makan bunyi dengan kuat agak kurang sopan gak kan. Aku perempuan pun rasa macam tu, laki rasa apa yek? Slumber je ke kalau awek ke bini ke makan stail tu?

--------------------------------------------------------------------------------------

SELAMAT BERPUASA semua.
Bukan selamat BERPUAS makan masa berbuka nanti :)


16 August 2010

~Puasa dan mengajar~

Mengajar di bulan Ramadhan memang mencabar. Tolak la cabaran menonton budak2 non-muslim meneguk air dengan rakus dalam botol mineral 1.5L, tu cabaran untuk rakan seusia mereka. Tiap kali Ramadhan di sekolah majoriti pelajar non-muslim, aku akan jumpa budak2 yang akan jadi lebih nakal berbanding bulan2 lain. Depa ingat cikgu2 ni tak larat sebab puasa, tak de kuasa nak jerit marah diaorang jadi 'monyet'. Oh, tidak. Allah dah bagi kekuatan extra kat cikgu2 ni. Takkan nye cikgu nak tengok saja budak2 ni naik hantu.

Mengajar tetap macam hari2 biasa. Mungkin volume suara tak selantang hari biasa, waktu awal masih suara kuat, waktu hujung2 suara dah low, tapi jangan ingat cikgu2 mengajar cara salin penuh whiteboard jer. Tak ajar, salin jer. Ajar macam biasa la jugak.

Masa mengajar di bulan Ramadhan dipendekkan. Aku, masuk 12.45 tengah hari dan balik 5.30 petang. Hari Jumaat lagi la pendek, masuk 2.30 balik dan 5.30 petang. 3 jam jer. Budak2 memang suka. Masalahnya, sapa lagi suka? Aku mengajar 4 kelas Sains. 2 kelas ada pelajar Melayu+Cina+India, lagi 2 kelas Cina dan India jer. Kalau mengajar waktu akhir, otak budak2 dah keluar dari kelas, kalau Melayu, mesti dah pikir balik ni nak berbuka apa? Cina? Tah, nak main kot. Sejak aku mengajar, yang selalu tanya, ''bila nak balik, jam pukul berapa, cikgu tak payah ajar la cikgu kan puasa, cikgu duduk saja tak payah ajar hari ini'', tu semua dari pelajar non-muslim. Macam diorang plak yang puasa kan. Bagi diorang kalau puasa tu bleh separuh nak mati.

''Cikgu, bila cikgu boleh makan?''
"Nanti pukul 7 lebih, dengan azan, boleh la makan. Malam pun boleh makan.''
''Boleh minum tak kalau puasa?''
"Mana boleh. Puasa tak boleh makan dan minum la.''
''Waaaa, macam tu saya boleh mati wooo!''

Ada 1 cerita kawan aku. Dia suka senyum. 1st day puasa budak tanya,''cikgu senyum jer, cikgu tak puasa ek?'' Wah, macamtu plak. Diorang budget puasa jer mesti penat terkelepet sampai tak larat senyum. Hai la budak~


13 August 2010

~3 Ramadhan~

** Bangun sahur 5.35am

**Housemate balik kampung


Arghhhhh~ Tak bestnyer! Hari Jumaat pertama Ramadhan 1431H. Redup dan selesa.

Aku suh adik aku kat Nilai tu datang sini. Alih2 aku plak yang disuruh pegi sana coz Ahad ni diorang nak pindah rumah. Agen rumah tu makan duit sewa rumah. So, tuan rumah nak amik balik rumah tu. Diorang dah report polis sebab tiap ari agen tu datang konon2 diorang tak penah bayar sewa. Ada resit, tapi buat2 lupa plak. Tah, Ahad ni insyaallah, kalau sihat walafiat aku pegi tengok kat Nilai tu.

Ari ni buka puasa sorang2, sahur pun bakal sorang gak. Sedih betoi. Ari ni pun masak je la. Lauk semua dah beli kat pasar malam semalam. Mari memasak ye. Esok wat laksa nak? Hahaha. Rindu masakan mak la~

12 August 2010

~Petua: Bukan Untuk Jadi Tua~


2 Ramadhan 1431H:


Pagi2 selepas Subuh berniat tak mau tidur balik. Baguskan niat tahun ni? Jalan2 ke serata alam blog, singgah ke blog Kila dan mendapat petua yang bagus untuk men'slim'kan bentuk muka yang tembam ala2 belon (macam aku T__T). Bukan nak susut banyak sangat, kang orang tak kenal aku plak. Cuma nak balancekan nisbah muka dan badan. Muka tembam:badan kecik, adalah kurang hot! Cuba tak salah kan. Sila ke link di bawah untuk share petua Kila. Tapi nasihat aku, cubalah di rumah. Kalau cikgu2 buat di sekolah, kang ada anak murid yang pengsan apasal cikgu diorang berubah menjadi dugong atau tenuk hari tu~ Petua tu memerlukan kepantasan. Hehehe. Lagi laju, lagi bagus rasanya.

Petua kuruskan muka

Semalam pun aku ada dapat 1 petua daripada Fatin Liyana, madic student kita kat Indonesia. Kawan2, kalau nak kurus jangan diet secara extreme. Yes, itu saya tau sebelum ni. Tapi bila dia kata, haramkan diri dari makan junk food~ oh, mampukah diri ini? T__T Ada yang diet secara skip waktu makan, ada yang tak makan nasi, ada yang senaman secara melampau~ Ikut kemampuan badan la kan. Kalau senaman teruk2 1 hari, pastu sakit badan, esok mesti dah tak sambung senaman tu kan? Makan plak, kurangkan portion makanan yang diambil, bukan skip terus. Sape kata makan nasi tak bagus masa nak kuruskan badan? Takla. Oh, sebelum terlupa, kalau nak diet, sarapan jangan ditinggalkan k. Ok, for further and more info, sila le baca di blog Fatin Liyana ni k ;)

Tambah lagi 1 petua. Aku baca kat majalah tips nak rampingkan pinggang. Berdiri tegak dengan keadaan kaki dikangkangkan sikit untuk keselesaan dan kestabilan. Kempiskan perut. Pastu gerakkan bahagian atas badan sahaja ke sisi kiri. Tahan beberapa saat. Kemudian ulang langkah yang sama ke arah kanan plak. Ulang la steps ni beberapa minit. Kalau buat betul2, akan rasa tegang di bahagian abdomen. Diameter pinggan akan berkurangan sedikit kalau buat secara konsisten. I'm working on it! :)

-----------------------------------------------------------------------------------

Ramadhan je aku akan kena sindrom tak tau nak makan apa. Bukan pening sebab terlalu banyak pilihan, tapi sebab tak lalu nak makan. May be sebab jauh dengan family kot. Kalau kat rumah mak masak biasa2 je pun aku lahap lalu je nak makan. Semalam berbuka dengan laksa sebungkus yang dibeli dari pasar ramadhan. Biasa la, cekik darah dan~ belum tentu sedap. Dan pas makan hakikatnya~ memang tak sedap. Mengenangkan 'jangan membazir!', aku makan gak la. Sahur tadi dengan laksa tu jugak yang tak abis dimakan masa berbuka. Panaskan kuah. Makan laksa tu dengan air masak dan kurma. Tu pun susah nak habiskan. Pengalaman lepas, aku selera gak nak makan. So, kiranya aku boleh jadi kurus ke raya ni? Badan aku naik sikit la dari sebelum ni. Dulu berat paling tinggi pun 45kg. Sekarang dah jadi 47kg. Naik sikit, tapi aku cepat penat. Tak selesa kan. so, kembali ke berat asal yang tak lebih 45kg tu la :)


10 August 2010

~Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 1431H~


Esok, 1 Ramadan 1431H. Selamat berpuasa semua! Mohon maaf jika ada salah silap. Maaf zahir batin.

Jangan lupa bangun sahur sebab sahur tu sunat. Kena sabar tambah2 esok mula puasa, budak2 kat sekolah yang tak puasa tu akan tumbuh tanduk. Pengalaman lepas2, tetiba je diorang jadi baik ada makna tanya nak minum pastu teguk air depan kita. Eleh, macam le kita ni budak kecik terlioq nak ayaq botoi depa tu! Sekarang cuaca panas, masa bersahur dan berbuka, pastikan minum air banyak2.

Selamat berpuasa semua :)

07 August 2010

04 August 2010

~Salt Is Garam~

Pagi2 ni tak boleh tido, tetiba aku teringat weekend lepas aku melepak di 1Utama. Dari main belajar main pool hingga ke foosball. Dari usyar ikan kat Rainforest hingga try makanan dia beberapa restoran. Dari yang sedap hingga yang...worse!

Mendapat hadiah belated birthday :) dan beli chopstik comel kaler pink. Chopstik untuk aku yang kurang bijak guna chopstik tapi teringin nak guna jugak.


Kawaii kan chopstik saya! Totally sama macam pic ini.

Petang: nak jugak tengok movie even citer tak berapa best. Partner pada hari itu belum tengok Despicable Me, so aku suggest tengok in 3D. Aku tak kisah ulang citer tu kalau best. But, unfortunately, citer tu lewat malam. Cian plak dia nak balik jauh pastu. So, tengok la citer GARAM. Suka sebab Angelina Jolie berlakon sebab mulut dia sexy hot, dan....dia makin cantik! Tengok, punya le suspen. But, ending....paling tak bleh blah. Ape kes ending macam tu? Sungguh tidak best. Tergantung! Sebab ending yang 'great!' tu aku rasa, wah, berbaloinya tengok citer tu!!! Berbaloi giler! :P




* oooo, dah abis merepek pagi ni!

03 August 2010

Aku suka gambar potret. Mana lagi bagus?



Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX Lens for Nikon Digital SLR Cameras
or






Kalau dibandingkan harga, lens 50mm lebih murah (murah skit je la pun) berbanding 35mm.
Dulu mula2 rasa nak beli lens, aku nak beli 35mm sebab view angle lebih luas. Tapi bila baca balik di forum etc, rasanya 50mm tu dah cukup. Murah skit doh! Hehehe.


* Akhirnya CS4 yang aku install boleh digunakan. Sebelum ni sakit hati aku, boleh buka, tapi bila nak edit gambar yang aku pilih tu, page tu terus hilang. Bengang!