26 July 2010

The Sorcerer's Apprentice - "Secrets" by OneRepublic

Weekend lepas aku dah tengok movie ni. Best! Kelakar! Enjoy! Ni kira anak murid Merlin, tapi aku tak sure la Merlin yang citer kat TV3 dulu tu ke. Rasa-rasanya macam ye. Lagu pun best.

Enjoy~~

^__^

21 July 2010

Patutkah aku jadi sekeras batu? Nampak keras, kuat. Kekal di situ, walau orang tak suka? Atau, yang orang tak tahu, batu tu lembut. Bila kena ombak, lama2 batu tu berubah jugak. Kalau ikut, salah; kalau tak ikut?

Aku tau dia sakit. Tapi kenapa aku tak boleh trima? Hidup aku dah biasa ada dia. Kalau pun dia marah, lama2 dia ok balik. Apa2 jadi dalam hidup aku, aku ada dia. Banyak dia berkorban untuk aku. Kenapa aku tak boleh bagi 1 tu aje kat dia?

19 July 2010

~Aku ingin yang indah2 =__=~








Sapa tengok drama ni kat 8TV sebelum ni?

Lama tak menulis entry kerana sibuk tengok drama korea. Brilliant Legacy. Aku beli DVD cemetakmak romompakmak :P. Best! Sekarang dah disk ke-4. Dah nak abis~ Ada part sedih memang nangis.

Ni pelakon2nya:

Han Hyo Joo as Go Eun Sung , Lee Seung Gi as Sun Woo Hwan, Kim Mi Sook as Baek Sung Hee, Moon Chae Won as Seung Mi, Bae Soo Bin as Park Jun Se, Han Ye Won as Woo Jung , Jung Seok Won,Min Young Won

Han Hyo Joo sangat comel!!!
-------------------------------------------------------------------------
Lately aku sering diserang migrain dan sakit kepala. Lagi teruk jika menjelang dan time period. Tahun ni saja rasanya MC aku banyak sebab ni jer. So, latest aku ke klinik, doktor suh aku try makan evening primrose. Mula sebiji hari pertama period hingga hari ke-15, then continue 2 biji setiap hari. Banyak lagi kelebihan evening primrose. Sila google ye ^__^.

--------------------------------------------------------------------------------

Weekend lepas Pipah mai rumah aku. Ke Klang, hantar baju makcik. Pastu, petang almost 5 ke sekolah plak sebab giliran menjaga budak2 petang yang terlibat dengan Kem Ehsan yang melibatkan pelajar Islam jer. Actually kem ni lebih kepada kem ibadah, tapi kalau cakap tajuk kem tu awal2, korang rasa ramai ke budak yang nak datang? Bertugas 4.30pm hingga 10pm. budak2 ni tak pernah kem rasanya. Yang pompuan, nak mandi, tukar baju, kemas beg baju~~ ramai yang tak tau! Malam, menonton persembahan pelajar. Budak2 ni, lakonan dengan conclusion takde kaitan pun. Merepek meraban, pastu abis, bagi conclusion yang what the fish?
:(
--------------------------------------------------------------------------------
Ahad pagi aku ngan Pipah ke The Curve melayan wayang. Tengok Despicable Me 3D! Best. Sila pergi tengok citer ni. Kelakar, cute, comel. Budak2 pompuan citer ni~ very cute! Kemudian, membeli dan membelah ini:


Pearl shine shadow RM8
Blusher RM12
Brush RM16

Agrhhhhh~ Sayang kamu! :P Hatiku memang melonjak gumbira kalau dapat barang2 ni.

----------------------------------------------------------------------------------

Tadi, balik sekolah aku ke Selayang Mall. Tolong bayar bil Celcom Broadband Pipah. Masuk Watson nak cari 1 benda tapi takde. aku try ni


Kulit kering sejak akhir2 ni. Tolong tutup kekurangan aku T__T


15 July 2010


Rindu
kamu







* Esok ke sekolah memakai baju sukan for the whole day. Petang esok ada senamseni untuk bulan kecergasan. Mari bersenamseni!

14 July 2010

~My BDay~

Semalam ada jamuan perpisahan. Kak Fatihah bertukar ke Kelantan. Makan2!

Last class, 5.40pm, budak2 1B bangun dan bagi salam. Macam biasa, aku suh kutip sampah. Kalau tak suruh, sampah tepi kaki pun buat bodoh je. Aku dengar sorang kira~


ONE

TWO

THREE!





HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY DEAR TEACHER HAFIZAH
HAPPY BIRTHDAY TO YOU~


Nak kata apa yer? Thanks =__=.

Giler kuat. Kelas tu bawah bilik guru. Terkejut berok cikgu2 dalam bilik guru! Marutha lalu tepi kelas. ''Today's your birthday ke? La, kenapa tak cakap tadi?"

Hai, apa la sangat birthday. Dulu time sekolah, time matriks, USM: suka la (excited sebenarnya di situ) nak sambut birthday. Sekarang dah tak rasa macam zaman study. Tambah lagi 1 tahun tua. Cuak gak kan? Banyak benda tak dapat lagi, banyak benda kena ubah dalam diri, banyak wish terbengkalai last year nak buat di tahun ini~~~


Mmmmmmm~~ But, seriously, apa yang jadi dalam kelas petang semalam akan jadi sweet memory on my birthday. Aku tak harap kek besar (sebab aku tak minat kek sangat), aku tak harap hadiah (tapi kalau dapat....best gak), aku harap orang yang aku sayang ingat dan wish birthday. Tu je ^__^

08 July 2010

~Ya Allah, aku jatuh cinta!~

Pertama kali mendengar lagu Always Be There by Maher Zain~Oh, indahnya! Sedap suara dia. Pastu dengar Palestine will Be Free, aku nangis. Tambah2 plak dengar sambil tengok videoclip dalam youtube~ sedih siot!

Pastu dah tanam niat. Aku nak cari CD dia. Kawan aku yang dok sebelah dalam bilik guru pun giler lagu dia. Kawan aku dah cari area Sri Gombak tapi semua da abis. Frust la konon aku ni. siap post kat dalam FB kat mana lagi nak cari CD dia? Abang senior masa sekolah menengah aku cakap dia ada nampak iklan kat kedai mamak. Allooo abang! tu kat Penang la. Cet!
Tadi jalan2 cari makan kat pasar malam Taman Ehsan pas sekolah. Rasa nak usyar kat gerai jual keset2 agama, nasyid. Kata hati, 'Mungkin ada. Tengok je. Tak luak pun.' Skali ada! Wah! Zati, ko jangan jeles aku dapat CD ori Maher Zain ni. Selaku kawan yang sayang kawan ni, aku tanya la ada lagi 1 tak? Pokcik tu kata ada yang ni 1 je Zati. Takpe, memandangkan ari ni besday hang yang ke 27, aku akan burn CD ni sebagai besday present hang tahun ni. Haha! Aku tau hang suka punya! 100% yakin sebab aku tau kegilaan hang mencari CD ni sampai ke Sri Gombak nun.
Sambil tulis entry ni, aku sedang dengar track ke 9, For The Rest Of My Life. Semua sedap! Ada lagu bahasa Urdhu. Bahasa Hindustan yang jadi bahasa kegilaan aku kecik2 dulu. Aku belajar Urdhu dari cerita2 hindustan la ni. Dulu punya hindustan kan best, skarang hampeh. So, aku paham la skit2. Wah! Sedapnya. Kalau boleh digambarkan dengan aku tengah makan, lagu2 dia rasa macam makan nasi kandaq di tanah tumpah nasi kandaq: Penang! Macam makan nasi kerabu kat Kelantan. Sedap! Lazat! Lazat? Gila la lagu lazat~
Kalau rasa nak dengar tanpa beli CD ni, sila ke www.maherzain.com .



Lagu2 dalam CD pertama ni 'Thank You Allah':

1) Always Be There
2) Ya Nabi Salam Alayka (English mix with Turkish, Urdhu and Arabic)
3) Insha Allah
4) Palestine Will Be Free
5) Thank You Allah
6) Allahi Allah Kiya Karo (English mix with Hindustan)
7) The Choosen One
8) Baraka Allahu Lakuma
9) For The Rest Of My Life
10) Hold My Hand
11) Awaken
12) Subhana Allah
13) Open Your Eyes
14) thank You Allah (acoustic)

05 July 2010

~Outing~

Sabtu:

Ke Nilai menghantar budak ini


pindah ke apartment ini
untuk praktikal under GEMS di LCCT.

Balik, singgah ke Nilai Square meng'usyar' karpet. Selepas membodek dan memujuk menurunkan harga, mak dapat 2 karpet merah baru! Aku berkenan 1, kaler pink. Tapi bawah karpet tu dah agak berbulu la. Tak jadi amik.


Mak datang sini dengan budak di atas pada hari Khamis. So, sekarang mak stay di rumah aku sampai next week. Yahooo!



Ahad:

Ke Jalan TAR sebab mak nak mencari tudung bawal baru. Aku plak.... angkut shawl seberapa banyak yang boleh! Aku punya saje dah ada 5. Mak nak 1 tapi rasanya lepas kat aku gak nanti.




04 July 2010

~Tahniah Jerman Berjaya Membuli Argentina~

4-0

Bagus! Tak sia2 tunggu sampai habis. Jentera pertahanan dan gol keeper German bagus wo. Aku cian kat Argentina. Cian kat Messi sebenarnya. Kena kepong teruk je. Lain2 tak terer ke? (Messi nampak comei plak, tak macam dalam iklan).

Muller! Kenapa ko buat akai nak kad kuning! Kan dah tak leh lawan dalam next game. Takkan nak harap Klose je? Ada lagi 2-3 orang kan. Aku tak ingat nama depa la.

Game malam ni lagi best dari semalam (bagi aku la). Semalam lagi menyampah tengok. Tendang2 kaki, keje tergolek jer. Serabut!

Ok!

Espana! Good luck!

**Paraguay terer ke weh? Aku tak tengok game diorang.

03 July 2010

~Malam ni ramai marah Brazil~

Macam pelik jer Brazil kuar dah. Sila balik bilik kemas baju balik Brazil. Belanda menang!!! Sapa pilih pilih oren tu suka la tuh. Apa aku tengok game ni macam game budak rebut bola dari kaki ke kaki? Tendang2, pijak pun ada. Wah! Jatuh skit, tergolek lebih. Brazil tensyen jer main, bukan anda jagoh ke? Bleh plak kalah ye. Dulu aku suka sokong Brazil.Tapi, tengok game tadi~ mmmmm, apala korang buat kan? Ada peluang, tapi tak masuk2 pun. Dutch: memang diorang terer tanduk2 bola ker? Kepala besi btoi! Game diorang sebelum ni pun aku macam dah minat.Pandai diorang control game. Skali game lawan ngan Brazil pun diorang yang control, hebat la. Brazil macam sakit jiwa jer melayan Belanda?




Aku takde Astro. Tengok TV1 jer. Sebab tu lambat respon.