30 June 2010

~Apasal bila tengah tahun jer ada ramai budak nak pindah~

Pindah kuar, lega la cikgu kelas. Kurang skit anak murid yang perlu dijaga. Kalau pindah masuk???

Minggu selepas cuti sekolah, sorang masuk. Masuk melalui Kak Nolie la sebab aku g BTN kan. Semalam ada lagi sorang dari Bukit Maluri. Aku suh balik sebab banyak benda tak lengkap. Ari ni ada 2 orang lagi. 1 dari Manjalara, 1 dari Sentul Utama. Tengah tahun je, PPD jadi baik hati melayan kes pindah sekolah. Awal tahun bukan main demand lagi! 2 orang tadi pun aku suh balik settle semua benda dulu, dari borang maklumat diri dan SMM sampai le ka markah kerja kursus. Ada ke datang bawak surat kelulusan bertukar dari PPD jer? Sorang lagi bawak maklumat, tapi yang dibawa bukan maklumat dari sekolah menengah sebelum ni, dia bawak maklumat dia dari zaman sekolah rendah. Ingat tengah tahun bleh masuk Form 1 guna result UPSR lagi ke? Jawapan bajet-glemer parents bila bawak anak bertukar:

''Cikgu sana cakap barang itu tak ada.''

"Cikgu tu belum siap buat. Boleh anak saya masuk dulu, nanti saya pergi cari.''

Oh, berdasarkan pengalaman, kalau penyelaras baik hati bagi masuk, semua maklumat tu~ yakin 90% takkan dapat dah. Bukan bertindak kejam, tapi nak meringankan beban guru tingkatan di sini. Kalau anak murid kita nak bertukar ke sekolah lain, macam2 reject. Ini tak cukup, itu tak cukup. Belajar dari pengalaman tu, kawan2 aku yang jadi guru tingkatan akan cari semua maklumat, PEKA, markah kerja kursus anak murid yang nak pindah tu. Jangan ada problem. Ni, anak murid diorang nak masuk sekolah ni bawak badan dengan surat tukar jer~ Adoi! Semalam paling klakar le aku rasa. Cikgu sana bagi alasan kad gigi (kad yang kaler hijau nurse tanda waktu check gigi tu) budak tu ada kat klinik. WTH! Doktor dan nurses datang ke sekolah check gigi budak. Apa kejadah kad tu tetiba ada kat klinik? Aku pun cikgu kesihatan la. Nak kencing ke? Cakap je la malas nak cari! Macam2 alasan.

Subjek KHB: pun masalah. Budak2 selalu tak tau diorang amik PK / KT/ ERT. PK tu more to Perdagangan, KT macam teknikal yang selalunya lelaki je la amik, ERT tu untuk perempuan. Bila tanya jer, selalu budak2 ni taktau diorang amik elektif mana 1. Salah sapa ni ye? Penempatan kelas di sini kena ikut KHB ni gak. Kelas 1A-1F amik PK, 1G-1L plak KT dan ERT. Kalau tak tau, macamana nak bagi kelas?

Esok aku layan semula 2 pelajar baru tu. Masalah gak, 3 yang datang sejak semalam tak faham sangat BM or BI. Dah cakap macam ayam ngan itik jer aku rasa. Parents pun ada yang tak berapa faham kita cakap. Man, we are Malaysian. Born in Malaysia. 1 Malaysia kan. Tolongla belajar kuasai BM.

29 June 2010

~Memang syok cuti~

Selalunya, kalau Isnin jer, ramai yang alami Monday blues. Aku pun. Kadang rasa weekand pun tak rehat. Badan rasa penat, keje bawak balik sampai rumah. Tapi ari ni aku cuti hari Isnin sebab Ahad ada Hari Terbuka. So, dapat la cuti peristiwa. Kalau last year, buat hari Sabtu, Isnin dah kena sekolah. Penatnya badan. Jangan ingat cikgu keje relax je yer. Keje berdiri, menjerit bercakap. Penat! Tapi, minat dan dah jadi kerjaya pun. Aku terima la. Ada time bila mood swing~ aku jadi malas. Hehehe.

Malam tengok bola : Germany vs England. Bye England. I memang tak pernah sokong U dalam Worldcup since mula kenal player hensem baru nak minat bola 1998, waktu Form 3. Giler time tu kumpul every single article dalam newspaper pasal pemain hensem each of the team. Malam Brazil vs Portugal, aku tengok kapten Brazil masa Worldcup 1998, Dunga, dok kat tepi padang pakai kemeja. Rupa2nya dia dah jadi jurulatih Brazil! Sungguh aku ketinggalan. Aku minat la tu dulu. 1998 Perancis menag, tahun ni Perancis out awal2! Huhu.

Wo, malam ni Brazil vs Chile. Ada kata depa ni main laju. Best kalau tengok. Aku tak kenal players kali ni. Maknanya kalau aku tengok ni, aku memang tengok game. Dulu aku bias, aku tengok players hensem. Hahaha. =__=

Petang tadi aku g The Curve sebab ada appoinment facial. Hai, aku dah jadi macam pompuan2 lain dah. Sedap kalau kena urut. Aku lena!

Ok, dah 2.30am. Aku nak layan bola jap sambil tengok nama players hensem dalam team Brazil yang aku tengok ari tu. Hai, ni la pompuan tengok bola.


Hantu btoi! Baru teringat aku ni takde Astro! Tv1 galak dok ulang game Germany-England. Berapa kali mau ulang de?

27 June 2010

~SMKTE Report Card Day~

Sejak 7am dah di sekolah. Tugas pertama, lekatkan nama2 kelas bermula 2G hingga 2K. 1 kelas ada 5 kaunter. Setiap kaunter mewakili 1 kelas la. aku bertugas di kaunter 1B, bergilir2 dengan guru kelas tu. Sepatutnya bergilir2 la, tapi aku rasa boring plak dok kat dalam bilik guru. So, aku stay kat kaunter tu dari awal sampai habis (10 minit sebelum habis sebetulnya).

Majoriti parents 1B datang. Ada 8 je yang tak datang ari ni termasuk si Haikal yang patah tangan. Macam2. Buas sangat la tu!

Aku paling tunggu Calvin datang dengan parents dia. Tiap kali aku mengajar, muka dia macam orang pandai giler yang tak perlu cikgu. Aku nak cakap kat parents dia yang dia sorang jer dari 1B tak hantar PEKA Sains dan boleh jawab ''Tak tau''. Hotak ko tak tau! Alasan dia, masa aku bagi assignment tu dia kena denda oleh cikgu disiplin. actually, tu tugasan berkumpulan. 4 orang dalam 1 kumpulan. Aku takde la pilih ahli kumpulan sebab ingat biarlah diorang pilih kawan sendiri yang senang diorang buat kerja. Memang akan ada gruop yang lebih dari 4 orang. Takpe, asal buat kerja. Aku bagi end of April, kutip Mei. Tiap kali masuk kelas aku akan tanya pasal assignment tu. Sapa yang tak faham, ada soalan, boleh tanya on the spot, boleh tunjuk hasil kerja masing2 sama ada betul ke tak. Even geng dia pun buat benda yang sama. How come dia boleh cakap dia 'TAK TAU'? Mana aku tak berasap? Buku Adab Belajar paling teruk aku komen: buku dia. aku cakap semua pasal dia punya bad attitude bagi parents dia tau. Terkejut bapak dia. Tu pun ada hati nak back-up diri tu tak salah! Dia tengok aku semacam jer. Ada aku kesah? Ingat aku suka2 suh buat PEKA? Dia bukan tak pandai, tapi sikap tu buat dia nampak teruk.

Rupanya bukan kelas aku jer macam tu. Almost every class dia macamtu. Muka konon bagus! Parents punya la bagus. Anak wat perangai plak.

Lain2, ok. Ada yang bercakap tak berenti. Ada yang nak kondem anak depan cikgu, banding dengan dia punya abang dan kakak yang pandai2. Nasihat aku, jangan kondem atau bandingkan setiap anak. Otak dan kemampuan setiap orang tak sama. Cian anak tu. Biar dia belajar ikut cara dia, kan cara belajar setiap seorang tak sama. Ada yang pandai, cepat dapat; ada yang lemah, lambat, kena banyak ulang. Ada beberapa orang parents tadi yang cerita kehebatan anak2 yang lain, tapi kat anak yang ni ''saya tau cikgu, dia ni lemah, tak macam abang dengan kakak dia.'' Anak pun tunduk jer. Down! Bagi semangat ok! Ada parents yang klakar, kami keje gelak jer. Patut la anak dia banyak cakap, suka buat lawak. Rupanya genetik mak dia tu kuat turun kat dia. Paling rasa terharu, bila anak murid salam dan cium tangan kita. Terasa macam ada ramai anak plak. Cikgu doakan korang berjaya ^__^

Bila habis cakap, baru rasa lapar. Nsib baik dah sarapan pagi2 buta. Abis sesi 'bercakap', perut terus nyanyi keroncong. Sama le macam sekarang. Habis taip jer, aku lapar. Grrrrrrr.


Yang penting~~ESOK CUTI!!!!

26 June 2010

~Persiapan Hari Terbuka. Dan oh sebelum lupa, sila komen. Saya dah ubah setting~

Argh. Malas la nak sambung citer BTN hari 4 dan 5. Hari ke-4 LDK jugak. Hari ke-5 ada senam 1 Malaysia kul6.30 pagi. Pastu ada test. Alhamdulillah.

Oh, semua tu cerita lepas. Past tense.


Esok ada Hari Terbuka kat sekolah. Report Card Day. Pastu ada jualan koperasi. Macam hari kantin masa kita sekolah dulu la. Pengetua dah warning, cikgu2 tak dibekalkan makan dan minum kali ni. Nak save budget kan~ (again). Then, Pengetua warning tak boleh seludup keluar g makan kat Najath (kedai mamak paling glemer di Taman Ehsan! Hahahaha!) So, jangan risau ye kawan2, esok kita ada banyak makanan. Lab assistant kata nak bukak gerai yong tau fu. Pastu ada jualan nasi ayam AYAMAS. Tu tak masuk gerai anak murid lagi. Kenyang le kome semua!

Woi, aku rotate jaga kelas mana esok? Lupa plak tadi nak usyar jadual bertugas pas lekat penunjuk arah pagi tadi. Pengetua tegur,

"Wat pe Pjah?''
"Lekat arrow.''


CHECKLIST esok:

1) No. giliran untuk parents Form 1 - DONE
2) Senarai nama kedatangan pelajar dan parents Form 1 - HALF DONE. Belum print!
3) Pnunjuk arah - DONE
4) Nama kelas di setiap pintu kelas - NOT YET. Esok pagi2 buta kena lekat.


Esok pakai wedges Vinci baru beli semalam. Huhu. Suka!


p/s: Wahai rakan blogger, sila try comment. Saya nak tau sudah boleh comment ke belum sebab dah berapa kes tak boleh comment. Sekarang saya wat pop-up comment! TQ

~Tak bleh komen---> Kenapa?~

Kenapa ye, dah berapa orang tanya ni~ kenapa tak boleh komen kat post aku? Aku rasa takde la plak aku adjust apa2 setting pasal comment. Apa nak buat ye? Sapa tau, tolong chek A.S.A.P plz

24 June 2010

~BTN - part 3~

Hari 3:

Sepanjang hari ada LDK. Kumpulan aku ada 21 orang. Gambar kat atas tu tak cukup orang sebab ada yang dah kuar awal sebab nak kejar makan...kot. Hahaha. Sini, lambat jer tak sempat makan. Ramai sangat kan.

Fasi kami yang namapak kepala saje tu la - Along. Group aku ada 6 orang ibu mengandung. Tapi dalam gambar ni tinggal sorang jer.

Depan dari kiri:
Aku, Kak Zan, Kak Zura, Kak Farah, Kak Ani, Kak Tina, Kak Lin.
Belakang dari kiri:
Kak Fiza, Ida, Kak Lilah, Along, Kak Zai, Yati, Ila, Jue.
Yang takde dalam gambar:
Ijan, Sue, Kak Nisha, Heong, Lee, Kak Vashanti, (lor, sapa lagi sorang ek?)

Best! Mula2 nampak kumpulan ni macam skema. Tapi bila kenal, kelakar. Ada time kena wat debat. Giler kentang bercakap tak mau berenti. Ada yang tak cakap pun ada. So, ada 2 kelompok la : yang banyak cakap dengan yang tak sanggup nak cakap. Diam! Ada sorang tu sampai fasi tanya pun tak mau jawap. Jawapan dia ''tak tau'', tu je. Macamana nak bagi markah?

Malam:
Tengok movie. Prince Of Persia? No, la! Tengok Hati Malaya. Sedih. Nangis la beberapa kali. Gelap kan, sapa nak nampak. Lampu dewan semua off. Macam dalam wayang plak. Cerita ni ada banyak gambar2 lama zaman penubuhan UMNO, zaman awal pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Nak cari cerita ni kat kedai. Tapi katanya dah susah nak cari sebab ni cerita lama gak kan. Lagi pun BTN dah beli filem ni. Susah skit nak cari kat pasaran kot. Dulu masa mula2 citer ni kuar, tak rasa teringin nak tengok pun. Rupa2nya cerita ni bagus. Naik semangat patriotik! Orang kita, biasa la, cerita ilmiah ni susah skit nak tengok. Kalau Remp-it tu, berduyun2 nak p tengok. Geli! Aku tak tengok citer tu masa mula2 tayang.Agaknya, aku pun penyumbang filem Hati Malaya ni rugi besar kat panggung =__=

23 June 2010

~BTN - part 2~

Hari ke-2 penuh dengan ceramah jer. Penceramah bukan calang2 orang. Sebab hari Jumaat, rehat tengah hari sangat panjang dari 12.30 sampai 3.30pm. Lama betul, dan kami yang pompuan ni tak boleh balik bilik. Ceramah tak buat kat Serumpun tapi combined dengan 3 kolej lain. Semua dalam 2400 orang. Dewan Banquet tu jauh gak dari kolej, naik bas, sebab tu tengah hari tak boleh balik.
Petang, takde riadah. Sampai ke kolej dalam 6pm, tunggu terus untuk makan malam kul6.30pm.
Malam ada mini ceramah. Tengok Konvensyen kemerdekaan. Sejarah Malaysia. Banyak yang kita tak tau. Belajar dari buku dengan cerita dari orang lama lain feelnya. Depa cerita ikut pengalaman. Ada kronologi dalam cerita tu. Buku sejarah tak boelh nak tulis semua selain tajuk penting, tarikh, nama yang terlibat.

Aku insaf!

18 June 2010

BTN @ UPM,SERDANG-part 1

1st time buat entry menggunakan Nokia N82 ni.Blogging live dr Dewan Banquet,UPM.tengah rehat tengah hari sebelum sambung ceramah ke-3 kul3pm nanti.ceramah 1 pasal patriotisme,ceramah 2 pasal negara dan 1 Malaysia.aku pening kepala g ni.smlm tak boleh tdo.biasa la 2 1st night kat tempat baru.ok,flash back.smlm smpai around 4.30pm.memang untung naik 1 keta dgn ibu mengandung sbb blh terus masuk area hostel smpai dpn tangga.haha.ingat senang nk dpt parking mcm 2.dapat bilik tingkat 3,sebilik dgn ida n kak fiza plus kawan baru: kak mastura.mlm ada taklimat pasal btn.untung btn kat upm ni.jadual xpacked sgt.pagi petang xde riadah.riadah dlm bilik jer.haha.last day pun xdak kembara.makan 6 kali wo!kursus bina bdn btol.kolej serumpun smua pompuan,714 org smuanya with 89org preggy!dasyat.ketua fasi kata ni kursus ibu mengandung.to be continue.....(tu pun klu esok dpt free wifi gak)

15 June 2010

~Where's My cute Tops?~

Dah lama tak pakai blouses and tops rasanya. Banyak membeli t-shirt aje lately sebab rasa selesa dan tak nampak berpeluh sangat. Bright colour t-shirts. Merah la, oren la, hijau la. Baby T pun dah banyak sebab selalu pakai dengan cardigan. Bila window shopping, tengok blouse yang cute, kaler putih @ cream @ grey~ hai, macam tergoda jer. Tu baru masuk Padini yang memang tiap masa ada sale tu. Perasan tak? Everytime aku balik cuti, aku pergi Queensbay or Gurney Plaza, mesti Padini ada sale. Everyday ada sale ke kat situ? Ari tu ada tengok blouse kaler cream. Sweet sangat. Sebab dah beli benda lain, aku tinggal jer blouse tu kat situ. Balik rumah teringat~ Pompuan, pompuan~



p/s: navy blue pun cantik kan~

12 June 2010

~Hari ini cikgu nak ajar Genetik sebab cikgu rindu Bio: Beta Talasemia Trait~

Tadi aku kuar berfoya2. Berfoya2 di sini bukan bermaksud aku pergi clubbing walau dalam hati nak gak tau 'best ke clubbing tu?'. Cikgu beli 4 dvd ye. Balik, aku terus online. Biasa le tu. Kalau kat KL pun, balik sekolah terus online sampai anak murid pun perasan teacher diorang almost every time online. Bila ke FB (hal biasa lagi), aku terbaca post kawan aku di sekolah 'Beta Talasemia Trait'. Aku pun~ Oh! Macam tak percaya ada antara kenalan aku yang alami ni.

Ok, kawan aku ni Puan M. Dia sama umur dengan aku dan kuat merapu. Dia baru mengandung anak sulung. Masa mula2 mengandung, dia alah. Pastu cepat sangat penat, kerap la amik MC. Pas berapa bulan ek kita bleh rasa baby gerak dalam perut? Ye, ni aku tak amik port sangat~ Dia kata dia tak rasa pun baby dia bergerak. Kitorang suh pergi check, may be baby lambat skit respon, mana tau kan. Bila dia pergi check-up, paras Hb makin kurang dalam darah dia, sangat rendah. Bahaya tau! Hb? Oh, lupa. Ok, Hb tu singkatan untuk hemoglobin yang menjadi komponen utama pembinaan sel darah merah ye anak murid. Cikgu ajar macam semua amik science stream plak ye. Jenuh la dia dengan husband mencari solution untuk tambah paras Hb dalam darah. Selalu jugak ulang alik ke hospital buat check-up. Bila hari ni dia post pasal Talasemia, OMG~ aku rasa~~ aku tak tau nak cakap macamana aku rasa.

Murid2, disebabkan cikgu rindu sangat nak ajar BIOLOGI, cikgu akan ajar sikit ilmu GENETIK yang merupakan 1 cabang dalam Bio k. Dulu time study, cikgu memang minat sangat genetik. Susun2 kromosom. Ye, tersasar sedikit~

Sebab tadi cikgu terkejut pasal kawan cikgu dan Talasemia, hari ni cikgu nak ajar pasal genetik Talasemia. Sebelum tu, apa itu Talasemia? Secara saintifik, Talasemia merupakan masalah gangguan pada sel darah yang diwarisi secara genetik. Pembentukan sel darah merah pesakit mengalami gangguan dan mudah pecah. Maka, kandungan sel darah merah mereka kurang (paras hemoglobin rendah). Ok, nak terang pasal genetik, lebih mudah kalau cikgu lukis ye~



Nak lagi clear? Klik kat gambar tu ye murid2.

Murid2, jangan ingat dalam trait darah kamu ada gen huruf 'p'. Takde ye. P tu cuma huruf yang cikgu guna untuk perlambangan sahaja ye. P besar untuk mewakili gen dominan manakala p kecik mewakili gen resesif.

Ringkasnya di sini, Kalau kedua2 ibu dan bapa pembawa gen Talasemia (Pp), kebarangkalian mendapat anak yang normal ialah 25%, mendapat anak pembawa Talasemia ialah 50% dan mendapat anak Talasemia ialah 25%. Tu sebab kita kata bahaya kalau 2 orang pembawa Talasemia berkahwin, risiko mendapat anak Talasemia tu ada ye murid2.

Kalau salah seorang ibu atau bapa sahaja pembawa Talasemia, kebarangkalian mendapat anak Talasemia hampir 100% tiada (tapi kalau Allah nak bagi mana kita tau kan, tu kuasa Allah). 50% kemungkinan mendapat anak normal dan 50% lagi mungkin pembawa Talasemia sahaja.

So, kalau ada P dalam gen anak tu (PP atau Pp), tak perlu risau, takde la anak Talasemia (Pp akan jadi bahaya jika kawen dengan pasangan yang juga ada gen Pp). Kalau ada pp, baru la anak tu kemungkinan menghidap Talasemia.

Gejala Talasemia

  • Lemah

  • Nafas pendek

  • Wajah yang pucat

  • Jaundis

  • Pembentukan tulang muka yang tidak normal

  • Proses pembesaran yang perlahan

  • Air kencing berwarna gelap

  • Perut buncit


  • Pembawa gen Talasemia sememangnya takkan sedar gen tu ada dalam badan sekiranya tak melakukan pemeriksan sebab mereka tak menunjukkan sebarang simptom pesakit Talasemia.

    Ini cikgu cerita pasal genetik aje, tak cerita pasal perbelanjaan yang perlu ditanggung pesakit ni sepanjang hayat. Memang banyak duit kena habiskan di situ ye. Ok, ada soalan????

    Homework: Sila baca artikel di sini untuk maklumat lanjut mengenai Talasemia.



    p/s:
    Sebab tu la ada kempen pemeriksaan Talasemia dan tak digalakkan 2 orang pembawa berkahwin. Tapi kalau jodoh, nak buat macamana kan. Banyak la pasangan tersebut kena aware dan jika berlaku apa2, jangan tak mau tanggung plak k.

    10 June 2010

    ~Ganglion Cyst~


    Ganglion kat tangan aku tak sebesar ni beb! Kat sebelah atas pergelangan tangan


    Benda tu dah lama wujud kat atas pergelangan tangan kiri aku. Tak besar sangat. Aku dah pernah check kat Klinik Taman Ehsan. Tapi doktor tu kata, tu ganglion cyst. Kecik aje dan kalau ia tak ganggu hidup aku, tak perlu buang (aku bertanya tu pun dalam nada penakut jer, aku tak suka klinik dan hospital). Lega aku dengan jawapan doktor tu. Macam paham2 je aku ni penakut!

    Sebenarnya, cyst tu jarang2 timbul. Kalau ia timbul, aku suka 'main2', urut2. Lama2 dah tak nampak bonjol tu. Pas 3-4 bulan, mungkin keluar balik. Nak kelan kerap urut2 ke? Tah. Aku buat jer. Aku dok bayangkan, doktor bius, belah, korek2 tangan aku, jahit. Waaaa! Adik aku yang bongsu pun pernah wat small operation tapi bukan cyst macam ni la. Kat lain. Slumber je dia kata tak sakit, pas ilang ubat bius rasa macam kena gigit je. Wo, seriau!

    Ni, sejak 3-4 ari lepas, cyst ni dah keluar bonjol balik. Kalau aku bengkokkan pergelangan tangan, kulit cekang, rasa pedih gak. Kena operate ke?


    Hasil bacaan 1:

    If you notice a bump on the back of your wrist, don’t just ignore it and get a diagnosis from your doctor as this condition may be or may not be Ganglion Cysts. In Ganglion Cysts, this fluid is filling the cysts located by the join of the wrist, elbow or knee and is jelly like.

    To give you a complete and appropriate diagnosis, your doctor may do several tests like using ultrasound and also x-ray to analyze its condition. Very seldom, the doctor will suggest for an MRI due to its cost. Eventually, you will need treatment no matter what test that the doctors are suggesting.

    In yesteryears long ago, Ganglion Cyst is also known as Bible Bumps and mostly diagnosed in women more than men. This maybe because the women did most cooking, cleaning and fieldwork during the years. The cyst had to be taken care as soon as possible once it is diagnosed. A family Bible will be used for the treatment where the book will be dropped upon the wrist of the patient, thus the name Bible Bumps surfaces.

    Due to the chance of infection, this treatment is no longer used as there are new ways available for treatment. The fluid from the cyst can be withdrawn by placing a needle into it. This can be done if the cyst is not painful and after the fluid has been drawn, your doctor will inject a steroid liquid into the cyst. This helps with the swelling and remove the infection that may come from the less painful cyst. However if there is a tingling or numbness in your hand or fingers, a minor surgical procedure to remove the Ganglion Cyst may be suggested. In a statistics, it is shown that 85% is cured from Ganglion Cysts if the fluid extraction is done 3 times or more and 74% who have them removed once will not have reoccurences of the cyst. This shown that, with surgical procedures there are less chances for reoccurences from Ganglion Cyst. Depending on the surgery and the cyst positioning, the surgical procedure will have you splinted for 7 to 10 days and also care or physical therapy.


    ** Seriau! Cuak aku baca tu.


    Hasil bacaan 2:

    This rubbery, compressible, cyst-like swelling develops on the tendons or joints, usually on the wrist, but it can also occur on the knee or ankle. It is usually painless and harmless. A ganglion can be removed by surgery, but it frequently disappears of its own accord. However, it is wise to have any unusual lumps or swellings checked by a doctor.

    Complimentary Remedies For Ganglion

    Regular, firm massage can help a ganglion disperse. Add 2 drops juniper berry and 2 drops lemon essential oils to 2 tsp grape seed or sweet almond oil and use the pads of your fingers and thumb to massage over and around the ganglion, and around the wrist and hand area, for 10 minutes every morning and night. It’s also wise to exercise the affected area for several minutes 2 or 3 times a day. If pregnant, avoid juniper berry oil.


    ** Yang ni buat aku lega. So, btol la cara aku mengurut2 manja tu kan ^__^


    Penat!

    07 June 2010

    Romantic Valentine Look

    ~Tamat temboh hibernasi pendek~

    Kan aku dah kata. Tempoh 'hibernation' aku paling gagah 2 hari jer. Pas 2 hari, aku akan terkinja2 nak kuar berjalan2. Mana mungkin cikgu yang secara logiknya tiap2 hari berjalan 'berkurung' dalam rumah, tawaf bilik-dapur-toilet-tv. Aku cuba menjadi anak dara kampung sejati yang tempatnya di rumah tapi hati memberontak paksa jasad aku 'keluar la beb p jalan2, boring woi!'.

    So, esok aku KENA gak keluar. Kesian badan aku. Kaki aku ni mintak pijak tanah yang pastinya bukan tanah kat keliling rumah aku ni jer. Kuar pekan tu pun jadi la. Esok nak kuar dengan mak ke kedai feveret tukang jahit, cari butang baju etc. Aku kena pergi kedai kain.

    Tadi usyar2 tutorial by Michelle Phan. Dia memang terer la. Aku suka. Bila rambut aku bleh jadi curl macamtu? Aku rasa dah cukup lama aku bela rambut ni gara2 nak bagi wavy-curl. Bila sejak azali tengok lurus, nak ada gelombang2 atas kepala~ lumrah manusia.

    Ada member lama dah puji aku makin ehem~ jadi pompuan. Bukan gaya skema dulu. Just nice~ aku tunggu ni kuar dari orang2 yang aku sayang plak. Adik aku malu nak puji aku kot. Haha! Pompuan memang nak cantik, mampu ngan tak jer. So, mari kita jadi cantik!

    06 June 2010

    ~ Aku teringin rambut macam ini! Guna paper bag aje~

    ~Hari 1 di kampung~

    Bunga mak


    dan

    1 dari set abah
    l
    l
    l
    V
    Memang lain kan? Sorang luv nature, sorang suka sumbang ke arah sound pollution.


    Kumpul idea nak abiskan cuti dengan indah!

    1) Jalan2! Ya, ini indah. Jalan2 bukan makna nak shopping2 je ye. Window shopping? Haah, ni jalan2 yang indah (Aku window shopping, mesti ada gak yang aku terbeli. Ye, pompuan normal macamtu =__= )

    2) Ambil gambar! Indahhhhh sangat. Asah lagi bakat itu, aku suka.

    3) Cari makan makanan yang takde kat KL. Bukan takde actually, rasanya tak sama. Aku sangat cerwet bab makan rupanya T__T. Nasi kandar, briyani, siput sedut, laksa Penang---> 2 makanan tu bukan penunjuk aras aku anak mami. Aku BUKAN anak mami.

    4) Time to sing! Ye, apa guna set karaoke yang abah aku kumpul tu kalau bukan anak dia yang kena guna? Hahaha.

    5) Kenduri! Kawan aku kawen cuti ni. Sepupu aku pun ada yang kawen. So, makan nasi kenduri. Sekarang dah rindu lauk kenduri.

    6) Apa g ek???? Pikir, pikir, dan pikir lagi.


    Semalam kul 3.30 pm sampai rumah. akhirnya, sedut udara Kedah-Penang-Perak yang aku rindu (aku anak sempadan =__= ). Sampai rumah still ok. bila dah petang skit, batuk makin teruk.Sebab pe ek? Aku makan laici yang masam-manis Ida beli. Mak kata laici panas. Oh! Mana I tau. Baru plan nak p Rope Walk kat Penang pagi ni. Tergendala! Dah lama tak p. Last pun time aku final year kat USM. Mmmmm, nearly 4 years tau! Lagi pun ari ni abah jaga set karaoke dia kat kenduri. Abah aku wat bisness tau! Demam, sakit tekak, abah p kenduri ----> tak boleh jalan2!

    Oh, lupa. Cuti ni aku kena cari baju kurung putih dan kain hitam untuk BTN di UPM 17 Jun ni. Sapa lagi dapat BTN kat sana? C u there!



    Balik, tengok kad kenduri yang member2 pos. Kenapa? Kenapa tulis macamtu? Aku rimas la.
    @ hometown!

    02 June 2010

    ~Operator mesin~

    Kerja aku minggu ini:

    Jadi operator mesin smart scan! Aku diarahkan men'smart-scan'kan kertas jawapan objektif mata pelajaran teras untuk pelajar2 Ting.1 (kerja penyelaras la tu). Penyelaras sesi petang ada giliran untuk buat smart scan. Kalau ari ni aku pas rehat, esok aku sebelum rehat la plak wat keje2 tu, bergilir2 dengan penyelaras Ting.2 a.k.a Kak Nolie. Actually, ni 1st time aku handle kerja ni sebab last year aku jadi penyelaras disiplin Ting. 1. Tukar jawatan jetapi gaji tetap sama kamu cikgu2 DG41 yang lain dong!

    So, step-by-step tugas minggu ini (macam carta top 20 plak):

    1) Cikgu yang pungut kertas jawapan OMR akan serah kertas2 tu kat aku (Ting. 1 nyer je la)
    2) Dah ada kertas jawapan, aku pun memetap kat bilik peperiksaan-yang-panas-dan-ada-sistem-kabel-letrik-yang-tah-hape2 (ada ke patut kipas siling betul2 bawah lampu pendarflour? giler! pening beb!)
    3) Scan master (master=jawapan ler)
    4) Scan jawapan budak ikut kelas masing2.

    Tu urutan peristiwa kalau mesin smart scan tu tak meragam atau nak bermanja la. Kadang2 paper jem, kena bukak dan tiup habuk kat mesin tu ala2 tiup kek besday. Kalau pun mesin tak meragam, budak plak wat durjana tak lorek no.ID ngan nama kelas. So, invalid la, mesin tak boleh baca. Cikgu ni la yang kena lorek balik. Ada conteng2 tu kena padam. Hatta, kalau kualiti kertas tu tahap "MASYAALLAH!'', smart scan tu confirm tak boleh baca walau ko jolok berapa kali pun, kena la cikgu ni copy jawapan tu kat kertas OMR yang baru. Aduh! Konon guna smart scan memudahkan, sebenarnya bagi aku menyusahkan, memenatkan! Smart scan manja sangat.


    * dah lama aku tak tulis pasal hal cikgu2 ni kan (baru sedar?)