30 May 2010

~Cerita kurang cakap lebih imej~

Hasil kerja tangan tanpa photoshop, dapat la siri imej2 ini
(Tah kenapa aku suka gambar potret dah tumbuhan. Lagi2 kalau gambar tu aku wat background blur)































27 May 2010

Esok cuti!

Tu je nak cakap

~Orang tengok, sambil tengok mereka menilai~

1) Budak dah exam- aku kena wat smart scan untuk objective papers Ting.1
2) Pot-luck : hi-T --> join group bihun sup (order je la!)

Sejak beberapa hari lepas aku menjenguk blog ini. Terpersona dengan item2 kat situ. Cute macam artis Korea! Dan, tadi aku dah register jadi ahli! 1st item bought through internet. Giler ke? Saja mencuba benda baru.

Tadi Ida cerita 'bila pentadbir bertanya'. Dan yang paling tak-bleh-blah~~

''Antara 4 orang tu, Fizah la yang paling matang. Kalau bagi kerja dia buat. Kalau tak boleh dia cakap, tolak depan. Bukan cakap belakang. Tu lagi bagus.''

Oh, adakah ini keluar daripada mulut PK Petang aku a.k.a Kak Mas? Kembang seketika. Istighfar~ Antara 4 orang itu - Kak Nolie, Kak Zainon dan Zati : aku paling matang. Macam pelik bunyinya.

Pentadbir melihat dan menilai. Jangan ingat FB tu wadah merapatkan silaturrahim atau egen mencari jodoh atau pengiklan tegar wajah dan produk, FB jugak menjadi medan menilai pekerja bawahan. Inilah yang terjadi. Kalau bergosip terlalu hebat, tanpa sedar kawan2 boss2 tengah menilai anda. Susah la kalau dah kena 'cop' dengan orang atas kan.
Sejak beberapa kes yang takkan aku share di sini (cukup la aku kata aku tak suka apa yang jadi tu), buat aku makin berhati2 bila bercakap. Setakat ni 'Kempen kurang bercakap dan lebih kerja' aku tu berjaya ^__^. Sebelum ni aku ---> mulut bising =__=


Sekarang, lebih tenang ;)

26 May 2010

Semalam siap susun. Ari ni dah siap stapler.

Arghh! Migrain lagi!

Benci!

25 May 2010

~Susun sebaris. Tarik sehelai2~

Susun sebaris

Tarik sehelai2

Letak, susun sama2

Tindih silang2

Watpe? Ha? Watpe? Susun kertas soalan exa budak la. Science paper 1 - siap dan sedang disusun dengan jayanya. Exam hari Khamis ni. Selalunya aku siap awal bab susun2 ni. Tapi kesihatan yang tidak mengizinkan ia siap cepat. Plan asal, hari Jumaat lepas bawak balik soalan dan buat time cuti weekend. Hampa~

What is science?
Draw and label an animal cell.


Sorry, soalan bocor takde kat sini. Kalau alang2 nak bocor, aku bagi soalan level U trus.

Explain each processes in photosynthesis.
Explain an Evolution theory.

Rindunya nak sambung blajar! Mr. Biologi, I rindu u! Lecturer Biodiversiti aku slalu ulang phase ni 'The Bumi......' rather than 'The Earth....' don't know why he loves to say that. Argh, tetiba je tringat zaman study~

-----------------------------------------------------

"Hang kena p check darah dara la. Cepat demam. Bahaya! Antibodi kurang.''

Ooooo. Aku dok terpikir gak ni. Bulan ni saja dah 2 kali demam. Sungguh badan aku lemah~

Tadi berYM dengan seseorang. Pengajaran hari ini : kalau tak kelakar takyah try wat lawak. Jadi lawak dibuat2 yang bodoh pada pandangan orang lain. Lebih baik jadi manja, ayu dan comel! Ah, aku suka itu.... manja dan comel! Paling senang, be yourself. Tapi tak salah kan kalau try to be someone else that can make us better and good in others eyes! ^__^


Kalau le lens tuk silau aku tu ada kaler2, dah lama aku try pink!

23 May 2010

~I like Sazzy Falak!~








Dia kecik comel. Muka pun cute! Aku pernah terserempak Sazzy dan husband kat 1 Utama. She's so cute! Rasanya tinggi dia pun lebih kurang aku je. Walau pun dia pakai sempoi giler, tapi nampak stylo gak. Aku suka la. Tak kira rambut panjang or pendek, berseluar or skirt~ dia memang pandai bergaya. Tapi aku lagi prefer dia mekap natural dan tak tebal sangat. Mekap tebal macam opera cina je. Kalau le aku sepandai itu.

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/eizynoorizza

22 May 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/eizynoorizza

~Tebang pokok = soil erosion~

Aku baca blog ini
l
l
l
V
Komuniti Bloggers Penang

Kan aku dah rindu nak balik Penang ni! Kan, kan. Hai, memang lumrah dalam tabii aku. Bila ada je oang sebut, baca apa2 tentang Penang, aku rasa nak je cepat2 balik sana. Ni plak blog tersebut cerita 6 benda menarik yang wat aku sakit ati bila aku baca dan diri aku dok kat KL. Aku rela jadi orang pulau dari jadi orang bandar metropolitan ni!

Tamat iklan.

********************************************
Cerita asal:

Time aku demam ni, aku menghabiskan 100% masa aku di rumah. Kaki patah la bila badan sakit. Ati meronta2 nak kuar pun aku boleh sabar lagi. Lagipun poket kering! Bila aku boring tengok benda dalam rumah, aku 'cuci mata' mencari pemandangan indah di luar apartmentkalau ada. Kalau setakat muka pakgad yang meronda tu bukan indah ye :P

Bila mencari yang indah, sekali aku nampak yang sangat tak indah! Bila bukit tu botak? Aku selaku rakyat Malaysia yang sayangkan bumi hijau, yang selalu sokong Earth Hour tiap2 malam pun aku sokong Earth Hour, hati aku menjadi sangat sakit melihat keadaan itu. Bila makin panas, semua marah. Asalnya sapa yang menambah degree kepanasan bumi ni? Oxygen decreases, carbon dioxide increases!!! No, no, no. Itu aku tak kaitkan lagi fotosintesis berkadar langsung dengan kandungan oksigen bumi! Fotosintesis bla, bla, bla~~~~ (macam nak mengajar plak).

Tolongla, apa motif anda menebang pokok2 kat lereng bukit tu? Kan dah jadi soil erosion kat situ. Pokok tu kan dah dicipta Allah untuk jadi 'pemegang' tanah tu. Rugi simen je kalau nak wat tembok simen kat situ. 'Tembok' asal diruntuhkan untuk ganti dengan tembok buatan manusia ek?

GERAM!

Aku ambil gambar dari dalam rumah disebalik tiang2 besi.
MOOD : nak conteng2 muka. Sapa nak jadi modelnya? pas conteng kita amik gambar, nak?

~New Template....again~

Kalau pakai baju kaler hitam waktu panas terik kita akan rasa macam ikan kena bakar sebab hitam penyerap haba yang baik. So, sekarang aku nak jadi 'pemantul', tukar ke kaler putih. Putih kan suci. Walau pun hitam itu mutu, keunggulan~ lama2 aku dah boring tengok keunggulan hitam tu. Aku nak mesrakan mata aku dengan kesucian yang mutlak.

Motif???

Nak cakap tukar template je.


** Demam makin kebah. Semalam 38 degree Celsius. Hari ni dah turun rasanya....

20 May 2010

Kenapa?

Sendi badan sudah sakit.
Tekak sudah bengkak.
Hingus macam budak Darjah 1.

Itu tandanya, aku sudah demam! Tapi badan tak panas la. Biasa, cuma badan lemah.

Tadi kat sekolah ada buat pot-luck. Aku tak rasa nikmat makan sebab deria bau dah terganggu. Semua makanan rasa sama, tawar, pahit. Sekarang, kembali lapar, tapi nak makan apa yer? Cup cake aku masih ada. Jom minum susu!

Mood: masih di bawah. Kempen baru terlaksana dengan jayanya tadi dengan 2 sebab. Sebab 1) tak sihat, sebab 2) takde mood nak happy macam selalu. Rasa boringnya. Bila la nak dapat pindah dari sini?

19 May 2010

Berapa Gelen?

Rasa kalau dihitung, ditakung, bergelen-gelen dah air mata aku kuar. Bila:

Sedih ------> aku nangis

Happy ------> pun aku nangis. Pelik!

Buat salah kat orang ------> aku yang nangis dulu sebab aku geram kenapa aku bleh wat macamtu

Kawan~

Aku rasa sedih + salah + happy = sebab kawan. Orang kata kawan ketawa senang dicari. Kan~

Tensyen bila kita terpaksa lalui ni sedangkan kita akan jumpa tiap2 hari. Aku ini, ya, senang memaafkan tapi susah melupakan. Tertulis sejak azali aku begitu. Sama macam menangis, aku memang begitu sejak dulu. Bukan bermakna lemah, tapi aku rasa tu terapi terbaik diri aku. Bila dah nangis, aku lega!

Apa2 pun, semua dah settle. Mula dengan salah paham, macam2 boleh jadi lepas tu kan. So, macam yang aku post kat FB ----> saya perlu kurangkan bercakap selepas ini.

Berapa gelen dah air mata aku ni luak? Rugi wooo.

18 May 2010

~Aww. Tadi aku kena peluk!~

Semalam sambutan hari guru kat sekolah aku. Kan aku dah kata nak bawak 'baby' aku p skolah. Ada banyak gambar tapi mega malas nak upload banyak2. Macam biasa, tiap2 tahun ada baca perutusan, dapat hadiah, tukar2 hadiah dengan kawan2, hadiah dari students, free show, soh cikgu, show budak2, cikgu nyanyi, budak nyanyi~ bla~ bla~ bla~ tu yang biasa. Semua orang tau, semua pernah alami. Aku dapat adiah gak, tapi tak sebanyak tahun lepas. Aku suka hadiah student aku sorang ni. Mak dia buat kek buah, letak dalam bekas, bagi kat cikgu2. Tu lagi bagus dari beli hadiah mahal2 bagi kat cikgu. Daya usaha, buat sendiri, tu lagi tinggi nilainya. Lagi pun, cikgu bukan mintak hadiah, cikgu rasa bangga kalau anak murid berjaya dan ingat dia. Jangan bila berjaya, sombong, jumpa pun buat bodoh je. Lumrahla kalau kita jumpa cikgu kita dulu2 dan dia tak ingat nama kita, kena cerita skit baru dia ingat. Cikgu kan ada ramai students. 1 tahun mengajar 6 kelas contohnya. Tiap2 kelas ada ~40 orang pelajar. Bayangkan 10 tahun, 20 tahun~ berapa orang cikgu tu dah ajar. Lumrah la kalau cikgu tu tak ingat nama penuh ko. Jangan la terasa, k :)

Tadi lagi pelik. Aku tak pernah expect kena peluk dengan student. Boleh ke sebenarnya? Bukan anak kat kampung je susah, anak kat KL ni pun ramai gak tergolong dalam golongan tu. Broken family, terbiar. Sama la student aku sorang ni. Aku tau dia anak orang susah, dok dengan single mother. Mak selalu sakit. Tapi bagusla dia ada kesedaran diri, rajin nak belajar, buku memang ada. Tak macam sesetengah tu. Nak kata susah tak jugak, tapi buku latihan tak beli2 sampai tengah tahun ni.

''Teacher, saya takde duit nak beli present kat teacher. Tapi saya ada ucapan untuk teacher. Saya akan belajar sungguh-sungguh sampai berjaya. Saya mintak maaf kalau buat teacher marah atau saya buat salah. Teacher doakan saya berjaya k :) ''

Pastu?

Aku kena peluk.

"Thank you teacher. I love u."

Giler terharu. Aku memang kaku la. Mana de anak murid peluk cikgu dalam citer hidup aku. Bleh senyum je la pastu. It's all happened before aku mengajar dalam makmal. 1 kelas macam aaaaaaaa. Terharu le konon. :P

Razman: Teacher, best ke kena peluk? Nak gak!

Mau kena sekeh? Blehhhhh!

Bila teringat, aku mesti senyum. Padahal tadi aku migrain tu! Kenangan baru untuk tahun ke-4 aku~~

14 May 2010

~Selamat Hari Cikgu~

Semangat jer. Hari Ibu tak mau post pe2 pun :P. Hari Ibu aku bergayut ngan mak aku lama giler dari pagi. Anak tak boleh balik T__T.

Hari ni nak bungkus hadiah Hari Guru yang disambut Isnin ni kat skolah aku. Hadiah yang nak dibungkus ni ehsan dari syarikat guaman husband kawan aku. Dapat la RM tuttttt. So, semalam dah g beli hadiah, hari ni dan esok kena bungkus semua 160 pcs hadiah tu. Banyak! Cikgu kat sekolah aku 150++ dengan beberapa cikgu praktikal yang baru masuk last week rasanya.

Esok ada Gotong Royong Perdana. Nak sambut Hari Guru pun cikgu2 kena turun padang kemas kawasan sekolah. Huhu. Terima la hakikat cikgu memang kena wat semua kerja. Dari mengajar sebagai kerja utama, kerani, penyanyi, pelakon, sekarang jadi tukan kebun dan tukang sapu plak. Ni wat aku rindu cikgu2 aku dulu~ Cikgu2 aku yang sporting join semua aktiviti kami bila diajak join.

Esok nak bawak 'baby' jalan2 kat sekolah. Bagi 'baby' exercise skit. Hehehe

13 May 2010

~Kalah dicerca, menang dipuji~

Nasib la kan. Semalam waktu makan tengah hari, aku dengar ulasan free tentang badminton kat kantin sekolah. Yang kena kutuk teruk mesti la abe Hafiz Hashim kita. Ala2 je main, takde semangat katanya. Aku tak tau la plak macamana dia main sebab aku tak tengok game tu. Aku tengok sampai Choon Han main jer. Sebab Choon Han kalah ngan Jepun tu, aku dah geram. Nak elak tambah dosa kutuk2 tu, aku terus tukar channel tv. Kat kantin, cikgu laki berasap2 komen. Aku pun join gak la komen pasal badminton ni skit2. Depa kata Choon Han tu dah tua, patut tukar orang jer. Sapa la lagi yang ada yek? Hafiz Hashim kena kutuk kaw2 punya!

Tapi tadi, pas beregu takde ranking kita kalah bergaya gak la dengan Denmark (mata tak lari jauh kan), semua cam suspen je sebab last game ni Hafiz main lagi. Lawan dengan mamat Persson hensem dari Denmark. Orang dah cuak sebab semalam Hafiz kalah ngan Jepun.

Akhirnya, pas macam nak luruh jantung, menang plak si Hafiz tu. Tahniah! so, Malaysia menang 3-2 dengan Denmark. Separuh akhir jumpa China! Arghhhh! Ni lagi tensyen!

* Aku 99.99% sure esok Hafiz Hashim kena puji kat kantin sekolah! Tahniah team Malaysia!

11 May 2010

~No Tittle~

Malam ni siap memberi markah untuk projek Pendidikan Seni 2 Amanah. Total untuk projek ialah 30 dan malam ni 5 orang dapat full mark! Kan aku dah kata dulu, cantik2. Tambah2, cikgu kan pemurah~

Esok, ajar budak2 nasyid untuk persembahan Hari Guru. Kawan aku suggest nak combine cikgu ngan murid. Aku takut cikgu yang meroyan nyanyi lebih2 nanti. Nak tarik2 Ziana Zain plak nanti. Hahaha.

~Mode: Membaca. Bukan Mengarang~

Tapi aku cian tengok blog aku ni tak berupdate. So, aku tukar skit la mode tu kepada mode mengarang laju2 .

Weekend lepas bukan dihabiskan secara boring dan tidak berfaedah dengan tidor sepanjang hari. Aku takmau bela badan naik berkati2. Sabtu, sekolah aku ada Program Mesra kat Ulu Yam. Mesra macam Bob Mesra. But, up to 10 aku bleh bagi 6 je. Aku tak expect bayar duit untuk dengar ceramah dan LDK kat bawah bangsal, pastu sebelum balik baru ada 1 aktiviti outdoor. Apalah makna buat di Nur Laman Bestari jika aku tak tau apa yang ada kat dalam tu. Turun bas, kami terus daftar diri dan duduk kat dewan yang aku rasa layak panggil bangsal sebab ada bumbung, tiang2 dan lantai simen berhimpit2, makan, solat, sebelum balik ada aktiviti kumpulan : bawak sebotol mineral guna kertas majung tapi takleh tumpahkan. Best la lagi kami bila dalam bas pergi dan balik. Pengisian tak lekat kat otak aku sangat. Macam p suka2 jer. Aku bagi 6 sebab pe?

1) Ada kawan2. Ok, so not tooooo boring la even though group yang aku dapat agak skema nak mampus. Geng petang aku gak best. Ada cikgu yang mempertikaikan word 'geng', eh, ada aku kesah? Upin Ipin pun guna 'geng' kan?

2) Makanan dan minuman yang sesuai untuk menjaga kesihatan. Bihun tawar, sirap tawar: kan elok untuk mengelakkan diabetis? Tengah hari ada AYAM! Oh, for sure aku tak sentuh sebab aku on 'SAY NO TO AYAM' sebab aku alergik makanan gatal2. Maka, aku berubah menjadi vegetarian: nasi berlauk tauhu dan kobis masak lemak je. TQ =__=

3) Ada la 1 game yang boleh buat kami pecah perut. Actually tu bukan game membina sangat pun. Each group kena hantar cikgu paling hensem dan paling cun untuk diperbodohkan di tengah2 crowd. Bukak 1 way macam stage catwalk, so, depa2 tu kena menari macam orang bodoh ramai2 sampai orang lain gelak2, kutuk2 pastu sorang2 kena belakon adegan kekecewaan. Ada la yang wat adegan mati bini, tumbuk, bunuh pakwe, nak terjun bangunan etc. Kreatif btoi! Yang lain? Tumpang gelak.

4) Wat kat luar kawasan sekolah, kat Ulu Yam. Dah nampak air, tapi takde masa nak p main air. Tak ke menyakitkan hati? Tah apa ada kat dalam Nur Laman Bestari tu pun kami tak tau. Tak sempat jalan2 cuci2 mata pun. Jalan2 time melilau cari tempat amik wuduk, pastu ada sorang pakcik cakap ada kat kantin (air kecik btoi macam iklan Suparjo: air kuar macam kencing tikus!). tu je la.

5) Ada lagi~ Simpan je la. tulis banyak pun tak guna (-__-)''


Ahad. Aku rasa Ahad lagi best! Aku kuar dengan Emon and Lizzie tengok Iron Man 2! Hahaha. Puas ati aku! Lizzie tu nak tengok Toy Story. Sorry Lizzie, bila 2 kepala lawan 1, 1 kepala tu kena redha dan mengalah ikut lagi 2 kepala. Kak Ijah tau ko boring giler tunggu biler citer nak abis! Hahaha.

Pas wayang, lapar le. So, cari makan. Banyak la songeh kami. Mula2 nak g Subway. Dah sampai depan Subway, mmmmm, tukar nak try kat Garden, tukar lagi ke Apartment, lastly, Winter Warmers. Makan la di tepat ala2 English dengan meja bulat yang betoi2 muat air dengan makanan! Makanan: ok la. Nak kata best sangat2 tu tak la. Kata pun nak terjah dan try!




* sambil menaip aku membelai rambut. OMG, rambut gugur lagi =__=. OK, sekarang boleh sambung baca Cinta Sufi dengan aman. Amin!

08 May 2010

~Cinta Sufi~



Setelah berapa lama aku mencari, setelah aku tau habis stok kat Pesta Buku KL, baru hari ni aku mendapat. Tak sabar nak baca. Kalau la esok takde program, akan ku khatam malam ini jugak. Apa kan daya. Esok, I'm off to Ulu Yam. Ada program sekolah. Kelab Guru dan Staf buat team building ' Program Mesra: Model Perkasa' kat sana. Mesra cam Bob mesra ke? Tah, tengok la esok.

Tak leh bawak DSLR. Bahaya! Lense takde cover. Lagi pun, risiko, bahaya kot ilang. Kan ada aktiviti kat luar dewan, kena tinggal barang. Bahaya kan~

Patut tidor ni. Hai, aku tak sabar nak khatam Cinta Sufi!

06 May 2010

~D.S.L.R. K.A.M.I~


Dah berapa hari keje senyum ni? TQ dear. I love it! Gambar ni aku amik pas balik sekolah tadi. Itu la harta baru yang buat aku senyum. Harta kita~

Hari ini di sekolah hanya menyiapkan fail PEKA Sains dengan anak2 kelas 1F dan 1I. Harap siap PEKA 1 dan 2 hingga minggu depan!

Oh, nak beli cover @ glass filter untuk cover lense D5000 ni supaya aku boleh usungnya ke sana ke mari tanpa rasa risau pada habuk or moist yang bakal melekat di situ!

05 May 2010

~Ape beza jd seorang adik dan kakak/abang.. pada korang... ??~

Ape beza jd seorang adik dan kakak/abang.. pada korang... ??

perbezaan dari segi pemikiran
perbezaan perangai
perbezaan rupe dan lain yg korang nk share...
ape yg korang nk dari seorang adik /kakak/abang..
ciri2 adik n kakak/abg pilihan anda


Tag dari Lizzie:

Aku anak perempuan sulung. Aku ada 2 adik perempuan. Tu je la siblings yang aku ada. Tak ramai~

Bab pemikiran, kalau pasal keje aku rasa aku bleh pikir dengan waras. Tapi kalau bab2 lain, aku suka ada orang sama2 guide aku. Bukan tak boleh fikir, tapi sentiasa pikir ''boleh ke?'', ''ok ke?''. Aku pikir, pastu tanya pendapat orang. Kalau dengan adik2, mmmm, aku agak diktator! Aku kan KAKAK! I like that phase.

Kalau bab perangai.... aku manja! Suka je kalau ada orang yang sanggup layan aku ni. Sebenarnya aku bukan sulung btoi2 pun. 2 abang aku meninggal masa kecik2. Aku pun tak sempat tengok muka depa. So, biasa la. Apa korang boleh teka? Apa tahap manja aku? Hahahaha.

Perbezaan rupa? Actually, orang selalu confuse bila tengok aku dengan Angah. Orang cakap kami kembar coz muka nearly, closely.....same! Tapi yang paling aku suka bila orang cakap dia kakak and aku adik! Hahaha. Dia tensyen giler!

Apa aku nak dari adik2 aku ha? Dulu aku nak depa beli present kat aku DSLR sebijik! Tapi sekarang dah dapat :) Aku dengan adik2 sangat close. Gosip2, share banyak benda. So, aku tak demand lebih2. Kami kamceng. Sekarang semua dah jauh2. Aku kat KL, Angah kat Kuching, Pipah kat Kuantan. Aku denagan Angah kira ok sebab dua2 cikgu, cuti sama. Pipah? Haiii~ =__=

Dulu aku kecik2 aku jeles bila tengok orang ada abang, ada kakak. Bila depa citer gaduh2 ke hape ke, aku selalu marah. ''Hgpa masih ada abang, ada kakak. Aku?'' Jeles giler kan. Sekarang, tak rasa macamtu dah. Dah tak kesah. Nanti aku dapat abanga gak kan! Hahahaha.

Lizzie, kena tag orang lain plak ke? Ok, sapa2 nak wat tag ni boleh k. U r welcome. Aku takkan wat senarai sapa kena tag ni ^__^

~Mata, tangan, minda --> tak izinkan aku mengarang~

Malas nak mula mengarang. Padahal, banyak benda happened last week, last weekend!

Secara rumusannya, (cikgu Sains suka point form!)

1) Weekend dapat balik kampung walau ada benda tak best jadi sebelum balik.
2) Anak kucing bulu macam persian mati sebab sakit.
3) Balik kampung naik bas terasa macam zaman study dulu. Yang pasti, aku memang tak boleh tido dalam bas!
4) Dapat DSLR idaman kalbu. D5000 kita :) (you know who you are!)
5) Soalan dah siap ditaip, tapi bengong~ printer ink habis!