31 March 2010

~Kalau le Shaheizy Sam tu kenai aku~


Semenjak dua menjak ni aku sangat minat kalau mamat yang namanya Shaheizy Sam ni berlakon. Dulu mana la tau nama dia. Aku tau Pa'e tu je. Bila Pa'e berlakon, confirm aku nak tengok. Cam Adnan Sempit, giler berapa kali aku tengok. Tv3 ada Asmaradana~~ oh, dia sangat smart dalam drama ni. Rambut pendek~~ aku suka laki rambut macam tu. Kemas! Tapi kalau rambut panjang, ikat,macam Adnan Sempit tu ok gak kan.


Dia pandai menjiwai watak. Rambut dia memang tukar2 ikut filem, drama yang dia berlakon, prasan tak?Ke aku je yang 'lampi'? ?Nak kata hensem giler tu tak la, tapi dia ada tarikan tersendiri. Shaheizy, bleh tak I jadi awek U? Hahaha. Giler gatal cikgu ni.


Biodata Shaheizy Sam

NAMA SEBENAR: Shaheizy Sam Abd Samad

TARIKH LAHIR: 4 September 1982

UMUR: 27 Tahun

ASAL: Petaling Jaya, Selangor

KERJAYA: Pelakon


Tengok fanpage dia kat FB, ramai btoi pengikut dia~ Aku ni yang ke berapa ribu la ye? Apa2 pun, I minat U la. Hik ^__^

Orang kata dia anak mak. Bagus la tuh, tau2 dah dia kuar dengan mak dia jer....tak menggatal dengan pompuan lain, kan.

28 March 2010

~Sekali sekala kuar dengan orang lebih tua buat kita cepat tua ker?~

Semalam adalah Hari Anugerah Kecemerlangan kat skolah aku. Patutnya ada Mesyuarat PIBG pastu. Tapi sebab ada technical problem, mesyuarat tangguh ke April. Kejap je majlis tu. Ada ucapan, persembahan budak2 pendidikan khas, persembahan koir, bagi anugerah, tamat. Simple sangat. Tu la, cut budget banyak2 lagi. Nasib la. Parents yang datang pun rata2 ada anak yang dapat anugerah. Makin kurang anak Melayu dapat anugerah kat skolah aku ni T__T.

Pas anugerah tiba2 je ada plan nak g karok. Yang nak p ni bukan la geng muda2 remaja. Geng mak2 budak. Ada geng muda tapi more to mak budak la. So, aku fikir y not aku join. Nak relax dan release tension jer. Lagi pun kalau kat rumah kat kampong aku segan nak karok dengan adik2 aku walau pun ada full set karok kat rumah. Yela, jiran2 bleh dengar.

Happy! Tengok cikgu2 yang sebelum ni skema berebut nak nyanyi. Yang memang kaki karok tu takpe la, memang suara sedap. Ni yang baru semalam try, suara ke bulan bintang. Sapu jer, kalau sedap dah jadi artis kan! Mula2 eksyen tak mau nyanyi. Tapi bila dah skali pegang mic, tak sanggup nak lepas.

Aku kategori paling muda kat group tu. Soalannya, salah ke join geng mak2 budak sekali sekala jika sebelum ni kuar dengan geng seangkatan seumur jer? Bleh jadi tua ke? Kalau setakt kuar, happy2, bagi aku ok jer. Tak la plak aku kuar dengan geng2 senior aku nak tiru dressing code depa ke, cakap isu2 berat rumah tangga je ke, aku pun tak suka. Just kalau hari yang sama ko ada 2 choices of plan; 1) geng muda p tempat boring, 2) geng senior p happy, release tension~~ mana ko pilih? so, i choose happy2! Dressing semalam--> skema ler sebab trus dari majlis rasmi sekolah. Kalau tak, giler aku nak pakai kebaya g lepak2 karok?

25 March 2010

~'Beruk' bertukar jadi 'Broad' ^---^ ~

Aku suka giler ni. Tengok berapa hari aku tak tulis kat sini. Aku takleh bukak Maxis Broadband aku. Dari semalam bergayut dengan 'orang' Maxis kat 1800 82 2000. Penat la aku dok hurai apa jadi kat broadband aku ni. Tak gak boleh settle. Depa pun pening siap suh aku p Maxis Center lagi. Ikut sakit hati, nak je campak buang. Tapi, memandangkan aku baru je semalam bayar bil broadband ni, aku tahan la jugak.

Apa jadi kat broadband aku?

K, bila aku bukak mobile connect, masuk password, trus laptop ni tak leh detect modem ni. Kuar 'wireless does not exist or unable'. Dok ulang2 pun kuar benda yang sama ni gak. Mula2 aku ingat kot2 la aku ni lupa bayar bil bulan lepas. Rasanya aku bayar dah la. So, semalam aku p la bayar bil bulan ni. Balik try connect lagi. Sama gak!!!! Tensyen la.

Semalam aku kol Maxis Broadband, try wat apa depa cakap. Tak boleh. Ni, tadi aku try kol lagi. Dari uninstall, install balik, tukar kabel~~ tak bleh gak. Pastu mamat india tu suh aku masuk internet explorer, masuk no 192.168.0.1, enter. Try~ tak boleh. Bengang lagi. Pastu Ida try kat laptop dia.

TIBA2~~~~

Boleh!!!!!! Aku suka! Lompat2 setempat, senyum sampai lenguh, sampai nak kuar air mata. Aku suka sangat.

Skarang bleh la post entry baru! Suka!

22 March 2010

~Aku Ingin Pulang~

Sudah sampai di Kota Batu pukul 10 pagi. Jalan tidak sesak, lengang. Bolehla cikgu merempit ^__^. Aku kuar rumah pas subuh, dalam kul 6.20 pagi. Brenti sekali je kat Tapah tu pun sebab tak tahan 'mau pecah' kata anak murid aku. Dok maintain 110-120, tapi bila tiba kat Sabak Bernam aku rasa nak relax2 je tak pecut2. Skali kat depan ada pakcik traffic baek punya dok 'amik gambaq'. Speed trap!

Sehari ni rasa penat skit la. Tapi takde la lembik cam sotong!

21 March 2010

~Aku cinta, aku rindu~

Universiti Sains Malaysia
Menara ilmu tercinta
Jadi tumpuan antarabangsa
Untuk segala cita2.




Tadi tengok filem Soal Hati, cerita lama, Afdlin Shauki kegemaran aku dengan Erra Fazira (aku tak minat dia sangat). Masa ni Afdlin tak la bulat sangat, sweet la dia senyum. Bila tengok dia aku teringat kat tutttt~~~~ (Kalau tuttt tu masih ingat aku suka kata kareaktor dia, muka dia macam Afdlin, tengok Afdlin teringat dia~~) Bila tengok cerita ni aku jadi rinduuu sangat kat USM tercinta. Cite ni wat kat USM. Kebetulan citer tu buat masa aku baru masuk USM, minggu orientasi. Tudung kaler light purple yang Erra pakai masa nak g orientasi, kami semua dapat. Tu la tanda untuk batch baru masuk dan sedang orientasi. Kena pakai seminggu tu. Hai, tudung tu giler lembut susah nak bentuk. Kena pakai lilin segala nak bagi keras dan bentuk cantik ^__^. Last2 tudung tu jadi tudung pc aku masa 1st year. 1st year guna pc jer, pertengahan 2nd year baru beli laptop aku guna sekarang ni.

Masa orientasi tu aku tak tau pun ada orang belakon kat situ. Erra beratur amik beg kat DTSP (Dewan Tunku Syed Putra) tu sesi petang, sama dengan batch kawan aku kat Saspend.(Sastera Pendidikan), aku batch Sainspend. sesi pagi. Bed purple tu, ooo aku sayang sangat. 1st year memang aku ganyang beg tu jer sampai tali putus pun aku sanggup jahit. Sekarang sejak banyakkkk beg ni kan, beg tu dah hilang T__T.

Lagi 1, kami dapat beg kaler hitam yang ada logo USM. Yang ni still ada. Aku tak penah guna pun time blajar kat USM sebab besar sangat. !st aku guna time praktikal kat SMK Tunku Adb Rahman, Nibong Tebal. Skarang, bes tu dah jadi harta abah. Hehe.

Dalam citer tu, Erra dok kat Desa Gemilang. Aku dok Desa Indah Kembara dulu. Tapi aku selalu la p Gemilang sebab adik aku dok kat hostel tu. USM tak panggil hostel tu as kolej macam U lain, Kami panggil desa. Nama pun U dalam taman kan. Tak percaya, p la melawat USM sendiri. Rasa tenang, aman je sebab banyak pokok, naik bukit, turun bukit~

Erra masuk School Kaji Hayat. Sepanjang 4 tahun aku kat USM, ada 3 schools yang aku kerap pergi : School Pendidikan, School Kimia dan School Kaji Hayat. Kami kat USM tak panggil fakulti ye, kami panggil school. Kalau budak2 pendidikan kat U lain, rasanya selalu kat fakulti pendidikan je la kan, tak merayap ke fakulti lain. Macam kami, contohnya aku la. Aku Sains dengan Pendidikan, major kimia dan minor biologi. So, aku akan merayap kat 3 schools ni la. Tu tak termasuk school bahasa lagi~ Tiap kali nak buka sem baru, kena merayap ke semua school, amik jadual, susun jadual takmau clash any of the classes yang aku nak amik untuk sem tu. Dah siap susun jadual (selalunya aku ada 4 keping jadual dari school berbeza), baru jumpa PA aku kat school pendidikan, minta tandatangan, baru bleh daftar kursus. Penat kan~ Sekarang junior2 USM dah tak lalui semua ni kan, semua online. Aku tengok adik aku ari tu la.

Citer tu ada scene kat tasik kan? Tu Tasik Harapan. Tu shortcut aku dari desa aku nak ke pagar USM bila nak balik kampong. Dekat skit dari guna main road. Tapi 1 je aku tak suka tasik tu. Banyak biawak besar!!! Kalau aku guna jalan tu petang2, ada la biawak berkesidai kat tepi2 tasik tu, siap nganga lagi, panas kot. Penang kan panas! Penat berebut naik bas kat Penang, pastu kena sambut dengan biawak besar, marveles!

Dulu time p dating suka sangat nak p tepi pantai. Aku suka main pasir, main air~ Sekarang tidak lagi. Dah jarang p tepi pantai~ Tiap2 kali cuti sekolah p bazar Chawrasta ---> beli jeruk kawan2 order. Kenangan time study, indahnya. Trasa nak sambung belajar lagi, tapi tak tau bila~ Rasa grad lagi sekali. Seronoknya!


Rindu!!!!

~Driver biasa perlu rangsangan yang mengujakan untuk 'happy journey'~

Gambar tu time suka suki. Sekarang mood dah opposite dengan mood dalam gambar tu. Haiiishhhhh!!!!


Nak balik ari ni~

Tak mau balik ari ni~

Nak balik ari ni~

Tak mau balik ari ni~

Nak balik ari ni~

Tak mau balik ari ni~

Nak balik ari ni~

Tak mau balik ari ni~


Memang takde mood nak balik ari ni T___T. Penat la kalau balik esok. Sapa rela nak jadi driver I? Tak pun jadi teman tapi mesra dalam keta while I'm driving pun bleh la. Kalau la driving 3 jam setengah tu sesuatu yang best giler, tentu aku tak sabar2 nak balik kan. Lain la ada pakwe hot kat sebelah. Hik! T__T Itu cerita lain.


The Lovely bones -----> baru baca sampai m/s 78. Banyak btoi aktiviti aku sampai baca novel pun slow macam dugong kan.



~Chef penggoda itu driver yang beretika~


Suka ramas2 muka Mr.Sweetheart!!!
(nampak kaler dinding bilik I?)


Intro takde kaitan dengan entri hari ini. Aktiviti tu dah berlaku sejak dapat present di atas. Lembut, gebu, merah menyala, membara! Suka~~ ^__^

Hari ni kenduri anak sepupu aku kat Selama, Kedah. TUDM, rasanya bini dia pun sama TUDM gak. Aku jadi orang dapur ----> tukang hias makanan pengantin. Banyak lauk!




Petang, p Seberang Jaya. Lepak kat rumah sewa member. Dia praktikal kat Hospital Seberang Jaya. Banyak keta. semua balik ke tempat cari rezeki masing2. Isnin dah keje kan, aku je tak sedar diri tak mau balik lagi. Tengok cd (kawan aku pakai cd lagi T__T), tanya dia nak balik rumah tak? Laki dia keje esok, so, dok kira2 nak balik ke tak. Last2 balik gak, nak teman aku konon~ ceh! :P Berjaya goda dia teman aku dalam keta balik rumah. Giler sopan aku drive tadi. Ujan di setengah2 kawasan di highway. Pecut pun malu2 80, 90, 100~~ Bukan slalu aku drift + rempit ke? Tadi jadi sopan dan beretika sebab ada teman leh sembang, slalu drive sorang2, kalau slow aku ngantuk.

Malasnya nak balik KL esok. Tapi kalau balik pagi Isnin penat la plak. Sampai dalam kul 11, kul 12 dah kena p sekolah~~~~penat! Arrgghhhhhh~~Tak suka

19 March 2010

~Baby - Justin Bieber~

Ohh wooaah (3x)
You know you love me,I know you care
Just shout whenever, And I'll be there
You want my love, You want my heart
And we will never ever ever be apart

Are we an item? Girl quit playing
Were just friends, What are you saying
Said theres another, Look right in my eyes

My first love broke my heart for the first time,
And I was like
Baby, baby, baby ohhh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine,mine (oh oh)

For you, I would have done whatever
And I just can't believe, we ain't together
And I wanna play it cool, But I'm losin' you
I'll buy you anything, I'll buy you any ring
And im in pieces, Baby fix me
And just shake me til' you wake me from this bad dream

Im going down, down, down, dooown
And I just cant believe my first love would be around.

And I'm like
Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohhh
I thought youd always be mine, mine

Luda
When I was 13, I had my first love,
There was nobody that compared to my baby,
And nobody came between us or could ever come above
She had me goin' crazy,
Oh I was starstruck,
She woke me up daily,
Don't need no Starbucks.
She made my heart pound,
And skip a beat when I see her in the street and,
At school on the playground,
But I really wanna see her on the weekend,
She know she got me gazin',
Cuz she was so amazin',
And now my heart is breakin',
But I just keep on sayin'...

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

(I'm gone)
Yeah, yeah, yeah (6x)
(Now Im all gone, now im all gone, now im all gone)
Gone, gone, gone,(gone)
I'm gone.



Vid in Youtube . Tengok kat sana la ye :)

~Besar + Lawa------> Bangunan tu la~





Jalan2 di Penang. Jumpa bangunan lama ni. Cantik! Tiang besar2 macam zaman eropah dolu2 jer. Ingat nak p lagi, amik gambar kat sini. Nak masuk cam takut jer. Hahaha! Kat atas bukit skit. Tengok dari bawah memang cantik dan BESAR~ Konon2 macam Cik Irine Nadia Marcello kita yang amik gambor kat bangunan tinggal lama dengan abang dia. Hahaha. Bleh gitu? Dia lagi cantik la. Abang dia pun guna DSLR, aku guna digicam biasa jer +__+.

Nanti aku mai lagi wat siri photoshot kat sini. Giler bergambar pompuan ni~


* ada gambo jalan2 kat tepi pantai gak.

15 March 2010

~Giler! Aku nangis tengok My Name Is Khan. Tu without subtitle darling! Bayangkan ada subtitle~

Merujuk kepada perkara di atas, saya Cik NHH telah menangis.

Ggggggggggggggggggrrrrrrrrrrrrrrrr-------------------------------------------------------------

Aku bukan nak wat surat rasmi ni. Sebelum cuti sekolah, aku suh adik aku yang keje kat USM tolong download citer My Name Is Khan. Ari tu kan aku melepas nak tengok citer ni time kuar dengan Kak Nolie. So, ari ni baru sempat nak tengok.

Takde subtitle! Berbekalkan vocab Urdhu sebab tiap2 minggu tengok hindustan time kecik2, aku paham la jalan cerita ni. Di sini, aku tak rasa teringin nak bagi sinopsis citer ni pun. Boleh cari kat blog orang lain yang dah tengok. Aku syorkan, tengok la. Tak rugi pun. Walau ada part2 yang kita tak bleh nak terima, over all, best. Lagi pun dah lama Shah Rukh Khan tu tak berlakon citer yang btol2 best macam zaman Kuch Kuch Hota Hai tu kan.

Autisme? Boleh belajar dalam filem ni, apa ciri2 autisme? Macamana nak kawal anak2 autisme? Aku kagum kalau parents berjaya besarkan anak2 autisme macam dalam cerita ni.

Autisme tu apa? Ok, kat bawah ni aku sedut bulat2 dari http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/autisme.htm. takyah la rajin2 nak ke site tu sebab aku dah rajin2kan diri copy ke blog aku ni. Sila tambah ilmu pengetahuan kita bersama~

AUTISME

Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.

Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.

Tanda-tanda

  • Tidak suka bersosial.

  • Pendengaran tidak normal.

  • Mengelak daripada bertentang mata.

  • Gangguan pertuturan.

  • Corak kelakuan yang berulang.

  • Tidak mengendahkan rasa sakit.

Apakah yang boleh dilakukan?

Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa anak masih kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah yang mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai terapi bagi autisme telah dicuba. Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan. Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi sebarang tindak balas manakala ubat yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan untuk mengawal kelakuan yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa digalakkan memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 59.



* Hujan turun dengan lebatnya. Macam tau2 aku baru pas nangis :P

14 March 2010

~Derita Merindu~


Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita

Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

~Selain perut kenyang, tekak hilang dahaga, otak dapat rangsangan baru~

So sleepy~~

Esok balik kampong. Tengok baby kitten baru! Gebu2 belaka. Semalam, Tina plak beranak. Wah~ Giler banyak koleksi anak2 baru. Kalau la boleh bawak sekor datang sini =__+

Beli novel baru. Bila mau baca bai??? Tadi petang kuar ke Selayang Mall. Sudah bengong sorang2, dah tamat marking paper, baru rasa lapar. Cari makan, cuci mata, cari novel. Hasilnya, ini ---------------------------------------------
l
l
l
V



The Lovely Bone by Alice Sebold

Sebelum ni hanya baca novel Melayu. Dari genre cinta2 ke seram suspen triller. Sekarang tambah lagi novel2 baru untuk English version collections.

My collections:

1) P.S.I Love U - Cecelia Ahern
2) Remember Me - Sophie Kinsella
3) Can You Keep A Secret? - Sophie Kinsella
4) Does My Head Look Big In This? - Randa Abdel-Fattah
5) The Lovely Bone - Alice Sebold

Sekarang masih dalam proses mengkhatam novel ke-4.


ESOK BALIK!!!!!!!

12 March 2010

~Eyelash~






Let's try new thing.
Ya, me do!
I'm trying my new eyelash (not so new actually).
Forgot where I bought that eyelash, not so expensive.
So, this the result.
Later, I'll buy more.
^___^

11 March 2010

~Can I eat them????~

"Teacher, you mark our paper oredy?"

"Not yet."

"Teacher, I don't how to answer this question coz I didn't study it yet in my tuition class."

T___T


How do you feel if you have this situation???? Can I eat them?????



*Short entry to show I'm not in a good mood.....now

p/s: tak bleh comment kat entri saya ke? sila beri respon kat shoutbox. tq

10 March 2010

~Esok pagi boleh jadi koala~


Ok, sebab tak mengantuk, aku dah siap susun kertas ujian PS ni.
Test ari Jumaat.
Tak cukup lagi 7 set sebab riso ari tu ada dapat kertas kosong je.
So, esok kena photostat yang tak cukup tu.




Ni belum susun.



Ini dah siap!



Ini

l
l
l
l
l
l
l
V
V




Tak de kaitan dengan ujian PS Jumaat ni.
Ni aku punya Teddy


* Esok pagi boleh jadi koala!

09 March 2010

~Test week : double 'B', 1st boring then busy~


1st day of test week. So boring. Can I read my novel in the class? Haha. Tu kire brani mati la tu. Buatnya boss lalu kat luar kelas kita jaga tu....selamat.

Ari ni aku puasa. Jangan la buat nak tanya kenapa aku tiba2 rajin berpuasa di sekolah dalam keadaan cuaca yang sangattttt terik dan panas -__- Mengantuk bila jaga kelas test dalam cuaca yang macam ni. Budak pun gelisah je. Dok berkipas macam nyonya relax kat kerusi malas tunggu customers kat kopitiam zaman dulu2. Biasanya petang kan hujan je, so, budget hujan le ari ni. Baru rasa nyaman berpuasa. Tapi ya Allah, hari ini sangat panas. Aku rasa aku lembap setahap beruang koala kat Australia nun. Tak larat le. Padahal kelas ari ni ada 4 masa je, dapat relief 1 masa, so total baru 5 masa. Tapi rasa lama sangat.



Jaga dalam kelas, biasa la. Budak test, cikgu ronda skit2 (rasanya aku dok banyak tadi kot, korang jangan heboh. shhhhh!). Nak duduk pun kena ikut protokol, tanya anak murid dulu. Sopannya la cikgu sekarang kan~~

* Tadi giler banyak idea nak tulis T_T

Keje aku sejak jejak kali kat sekolah tadi:

1)
Baru letak bontot kat kerusi, teringat pasal latihan untuk Cuti2 Belajar (modul latihan budak2 time cuti sekolah). Aku kan penyelara tingkatan, So, bersam2 Kak Nolie, kami melenggang ke office jumpa Cik Rosnah. Tanya pasal modul, nak buat ke tak? Bila tanya boss, of coz la jawapannya KENA BUAT! BM, BI, Science and Math. Sempat ke? Boleh, tapi kalut skit la. Dah la tak boleh riso kat office (kempen jimat kertas sebab budget tahun ni SIKIT). Nak kumpul duit dari budak lagi, riso luar lagi. Sangat kalut. Tapi pas beberapa minit Kak Nolie bincang dengan Kak Yus, depa kata baik buat latihan dalam buku latihan yang budak2 tu wajib beli. BM memang dah ada modul. BI dengan Science pun ada buku latihan, buku practical. So, guna latihan dalam tu je la. Math tak de modul, tak de buku latihan luar, so Cuti2 Belajar Mac ni tak de Math. Tukar dengan Geografi. Ahhhh~~ Lega! Senang keje. Hahaha!

2)
Cik Rosnah minta penyelaras tingkatan tolong siapkan data pelajar yang dah bayar insuran Takaful RM1.50~ Sebenarnya insuran tu tak wajib, tapi better la parents beli, in case ada something yang jadi kat anak2 kan. Ala, sehengget lima kupang je pun. Apa la sangat berbanding McD dan KFC kan. Aku kena cari guru2 tingkatan dan minta depa tick ( /) nama pelajar yang dah bayar hingga Mac 2010. Ada lagi beberapa kelas belum settle. Insyaallah esok siap ^_^.

3)
Cari nama cikgu2 yang ajar PS tingkatan 2. Aku kan buat soalan PS. So, kena la isi borang pergerakan kertas soalan tu. Penggubal soalan : Cik Noor Hafizah, pemeriksa kertas? Aiiii, kena cari plak. Hasilnya, selain aku ada4 orang cikgu lagi yang ajar PS tingkatan 2 : i) Kak yus, ii) Kak Son, iii) Rapisah, iv) Nurul Naimah. So, dah siap tulis, malam ni kira kertas soalan ikut kelas =__+ Sila tabah, ada 415 calon ye dalam 11 kelas.

* malam ni aku mengantuk sangat, bleh kira pagi esok tak?

08 March 2010

~Popo dah selamat bersalin 4 ekor gojes~

~I've been blogging for 1 year now~

Ingat boleh publish entry ke-300 untuk anniversary ni tapi terlajak jadi entry ke-301 untuk entry semalam: entry pengumuman umur 1 tahun. Tahun lepas, aku banyak cerita pasal sekolah, pasal minat aku. Entri tahun ni akan bersambung tentang tu jugak. mungkin ada penambahan, later ^_^

Kelmarin aku download Adobe Photoshop CS3 tapi aku tak pandai guna. Baru sempat explore sikit2. Susah! Sapa pandai, tolong ajaq bleh~~

Bosan!

Aku rasa kalau kat Penang, aku dah merayau sorang2 time bosan macam ni. Sini tak best pun. Tengah2 town tu of coz la best. Banyak tempat boleh p. Kepong~~ apa ada? Pasar malam cina ada la. Uptown sri gombak tu best tak? Tak penah p lagi. Housemate aku bukan kaki jalan macam aku T_T. Sini jarang sangat aku merayap sorang2. Takat JJ, Selayang Mall tu ok la. Dulu penanh sekali aku 'merambu' sorang2 kat JJ, ada sorang mamat niger gatai dok ikut aku. Tersengeh2. Time nak bayar, siap beratur belakang aku, then~

"She'll pay for me."

Aku tengok muka dia yang tersengeh2 tu. WTFun?

Nak je kata, 'Do I know you?'. Siap nak cuit2 bahu bagai. Oh, sungguh WTH are you just doing?

Agak2 macam tu ke mamat niger nak try line awek Melayu. "I loveeee Malays girl.'' Sumpah aku geli.

Pas situation tu, aku sangat aware kalau jalan sorang2. Jalan sorang2 kadang2 best gak tau!

-----------------------------------------------------------------------------

Lupa, Popo si kucing-gemok-mata-biru-hijau dah selamat bersalin semalam! So, aku dapat kucing baru. Tak sabar nak balik tengok. Pipah kata ada 4 ekor. Miraclenyer apa? Ok, aku ceritakan kisah hidup Popo 4 months back~~

Popo (in BC means nenek or atok). Bulu cantik, macam Persian. Pelik aku kalau ada orang buang Persian~ Adik2 aku bagi nama Popo sebab dia nampak sangatttt tua (padahal dah berapa bulan dok kat rumah baru realise Popo takde la tua sangat, baya2 Tina aje). Popo bukan lahir kat rumah aku. Dia ikut abah balik dari jalan besar depan rumah aku. Lemah sangat. Adik aku budget dia dah lama tak makan. Badan lembek jer, mana korang letak, situ la dia duduk. Bagi dia makan. Tak memilih makanan pun. Penah adik sepupu aku pandai sangat la konon gaul nasi, ikan dengan kuah masak lemak (ingat tu budak ke?), Popo makan sampai licin! Baik kan dia, pandai makan sayur.

Dan, Popo tak penah bunyi! Tak penah dengar Popo meow! meow!. Tak macam Gogo kucing kami, bising je kalau lapaq! Popo kaler putih kuning. Lagi 1, dia special sebab warna mata dia tak sama~sebelah kaler biru, sebelah lagi hijau. adik aku cakap Popo pakai colour contact lens. Popo baik sangat. Kalau kita panggil, dia bukak mulut, macam nak jawab tapi takde suara. Kami dah budget Popo ni bisu gamaknya.

Balik cuti CNY ari tu aku tengok perut Popo boyot semacam. Aku cakap kat mak, Popo pregnant. Mak kata tak, dah lama macam tu. Ha~Ahad lepas Pipah kol, Popo dah gelisah nak cari tempat nak beranak. Kan betul instinct aku tu. Da best thing is~~ Pipah kata Popo bunyi. aku kata Pipah tipu, dia kan bisu. Pastu Pipah soh aku diam dan dengar, Popo tengah mengiaw! Btol la. Aku kenal suara Gogo, Aku kenal suara Tina. Suara tadi aku tak penah dengar. Rupanya tu suara Popo. Lembut je. Agaknya dulu tu Popo phobia apa la sampai tak mau bunyi???

Petang ahad, 7/3/2010, Popo beranak 4 ekor anak. Adik aku tak tengok lagi. Biar dulu dia kata. Takut Popo bawak lari sorok anak dia. Aku cari gambar Popo, tak jumpak la. Kat folder mana tah.





~HaPpY 1st AnNiVerSarY~

07 March 2010

~Bye Bye :P ~

TOBAT mak serik guna Internet Explorer. Ada je problemnyer. Sekarang aku beralih arah kepada Mozilla Si Musang Api. Harap makin ok. Sebelum ni bukan tak pernah guna Mozilla, aku je malas nak download kat lappy ni.

Sekarang, aku nak guna dia. Bye bye Internet Explorer. Selamat jalan Romeow Romeo.


p/s: Romeow adalah salah sorang budak Form 1 sekolah aku. Unic name!

~mood makin turun ke paras minimum. p/s: tolong, saya nak cantik jugak~

Tah kenapa 2-3 hari ni hormones inbalance again. Rasa ada sesuatu yang kurang tapi tak dapat detect...which one? May be kaki jalan tak dapat g jalan2...may be la. Bosan bila weekdays asyik ulang alik rumah-sekolah. Memang takde life. Weekend ni rasa nak sangat g jalan2. Tapi ke mana ye? Badan pun rasa weak semacam. Tambah pulak mood yang kurang berahi. Rasa rindu sesuatu yang jauh. Nak pegang tak sampai.

Kawan, aku nak tanya. Kenapa kita akan rasa kawan2 kita yang dah kawen sangat jauh dengan kita? Bukan kawan2 di tempat kerja. Kawan2 tu kita masih ada modal nak bergosip. Kawan2 yang aku kata ni merujuk kepada kawan2 seperjuangan zaman berhingus. Zaman kita lap hingus dengan lengan baju kurung dan sedut hingus dalam2 supaya meleleh ke bibir, konon2 tu la cara paling pandai nak sorok hingus. Simple kan pikiran zaman budak2.

Walau pun kita berlagak biasa, sedar tak sedar, memang ada gap. Kalau perempuan, dah tak boleh pergi merambu tengok wayang dan window shopping dari pagi sampai malam. Laki mana yang nak bagi bini jalan2 sampai macam tu sekali? Sembang pun dah lain. Ala mak2 orang. Aku agak tu persediaan nak jadi mak budak. Dan lagi, sembang2 lucah dalam kain masing2 mungkin akan terselit dalam sembang2 biasa kita. Itu kawan perempuan. Kalau lelaki...yang pasti dah tak boleh merambu malam2 kan.

---------------------------------------------------------------------------------

Ok. tinggal tu.

Aku ni nak cakap aku down pun intro punya la panjang.

Cuti sekolah ni ada kawan aku kawen. Rasanya tak dapat p sebab sama hari dengan sedara aku kawen. Betul la cuti sekolah tu musim orang hebat mengawan. Bertunang pun ada gak, sorang junior sekolah menengah. Tu pun tak p la. Ahad, 21hb. Aku dah kena gerak balik KL. Ye, lari topik lagi....

----------------------------------------------------------------------------------

Aku rindu,
rindu senyum,
rindu gurau.

Walau jumpa tak lama,
lebih baik dari tak jumpa.

Sabar,
tiap hari aku ingat,
perlu sabar kalau nak lebih baik.

Kuat,
aku kena kuat buat apa yang aku dah janji,
walau kadang2 kena kritik, sakit, sedih,
aku tau tu untuk dapat sesuatu yang lebih baik.

---------------------------------------------------------------------------------

Sebab mood turun dan tak tentu arah tujuan mana nak jalan, aku berjaya jadi tukang masak ari ni. Jadi perempuan melayu terakhir : kemas rumah, masak. Kan baik jugak kesan takde mood tu. aku masak laksa. Kurang kick sebab aku guna cili boh. Tak best. Lain kali tak mau guna dah. Tu je yang ada. Cili kering habis dan lupa dibeli semalam. Sekian.

Lagi 1, mood down sebab....

Eh, kawan,

Aku tengok ramai blogger yang pandai giler bergaya. Sila bantu saya cantikkan diri....sebab saya nak cantik!

06 March 2010

~Tengah download Adobe Photoshop sambil tengok citer Dalil Cinta~

Petang tadi ke HKL tengok sepupu aku kat wad 23. Kerap btol dia masuk wad. Dulu denggi. Kali ni kurang garam plak. Aku p tadi dah masuk botol ke-4 masuk air sodium chloride. Telam garam bebanyak la pas ni....

Balik, singgah JJ cari makan. Lapar!

''Nasi goreng cili padi 1. Tambah telur mata separuh masak.''

Giler makan telur goreng je. Kolestrol naik mencanak2 pe. Ari tu check ok je paras kolestrol. Tapi tu bile tahun ek? Rasanya last two year la :P

Pastu, I perah beli susu Dutch Lady lagi! Sedapnyaaaaaa susu ^.^

Aku tengah download Adobe Photoshop CS3 ni. Memandangkan DSLR hanya igauan indah yang belum dirialisasikan lagi, aku TERPAKSA la edit gambor guna lappy ni. Sebelum ni aku edit guna Photoscape. Nak try Photoshop plak. Macam best skit la dari Photoscape aku nih.

Hobi tangkap orang gambar semakin menjadi2. Digicam sentiasa ada dalam handbag. So, bila teruja skit (teruja?) AUTOMATIK camera kuar. Kamera kuar je, automatik aku TERUJA! Ha, macam tu la perumpamaannya. Syok ambil gambaq orang, edit. Bagi blur!

Iklan: tengok DALIL CINTA kat TV3. Cepat!!!!

K. Aku nak layan citer sat. Cari ilham sat. Jiwang2! Awwwww :P

~Nak kurus kan~

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
Ikan + teloq ---> aku selalu buat sebelum ni.
Ikan + Daun salad ----> laksa aku!!!
Salah cara makan kita sekarang kan. Lagi 1, makan pastu baru mandi. Berbaloi2 badan naik! Eeeee, tak suka. Tapi kadang2 bali sekolah, lapaq sangat, aku makan dulu, dok sat baru mandi. Patut la....T_T buncis!
Tadi aku jalan2 kat blog mamat di Jepun ni. Bila baca, aku teringat zaman kecik2 aku. Tengok citer katun apa, main apa, kat sekolah macamana, simpan duit belanja mak bagi kalau nak buat apa2. Wa, sumpah terkenang kisah silam. Kisah silam aku yang tak dapat lupa, kalau aku pergi rumah sorang member aku ni, sure aku kena kejar ayam piru dan itik2nya. Giler banyak 1 kumpulan serang ko. Apa perasaan kalau ko sorang yang kena kejar, geng lain sumpah dok bantai gelak kat aku. Bias la ayam itik tu T_T. Kenapa musti aku sorang jer????
Itu perenggan merapu yang takde kaitan dengan kurus2kan badan ni. Makanan kita tu jangan campur2 antara makanan laut dengan makanan darat. Ni pun sumpah baru tau hujung tahun lepas. Betapa kurang infonyer aku ini T_T.
Orang kita.... kalau makan kat hotel...cukup syok la. Kerja kerajaan bila kursus kat hotel, makan mewah la skit. Ada dessert bagai. Makan berat dulu baru dessert dan buah2. Salah btoi la konsep kita tu kan. Patutnya, makan buah2andulu at least 1/2 jam before makan benda berat. Baru betul. Ni, glemer ikut cara kat hotel punya pasal, buah last baru makan.
*Ggrgrrrrr, perut aku bunyi. Lapaq!
Sila p kat blog En.Zackzukhairi untuk info lanjut. Betul best blog dia, aku tak tipu.
**I wish: aku seslumber dan sejujur dia menulis blog.

05 March 2010

~No Tittle~

Sedap btoi tido semalam. Sesedap gulai kari ikan keli mak aku kat kampong. Huish! Semalam, aku gagahkan diri nak tengok gak citer Penunggu Gunung Raya tu. Tapi yang aku ingat, aku tengok sampai part si Fauziah Gaus tu dah sedar diri dari nak bunuh kawan dia tuh. Bukan kawan sebenarnya. Abang or adik dia sebab depa sebenarnya adik-beradik. Pastu, aku tak tau dah pe jadi. Tido itu lebih indah. FB ke mana blog ke mana. Aku tido dengan internet tak off. Terjaga kul 3 lebih sebab rasa muka panas (laptop betul2 depan muka aku). Haba weh, haba! Bangun, tengok FB (sempat!) , off, tido.
Semalam ingat nak g skolah awal pagi ni. Rasa malas plak awal2 ke sekolah last day of da week ni. So, aku nak pegi pas zohor je. Sekarang, breakfast (kul 11.18am kira breakfast lagi x?) dengan susu Dutch Lady dan Lite Cream Crackers. Sedap!

03 March 2010

~This mission is possible, baby~

You know who you are baby?

Hehehe.

Actually, aku ada wat mission. Mission to be a beautiful woman. Yang penting, kena rajin. Kalau sebelum ni foundation tu just sekali pakai sebelum p sekolah, sekarang, foundation dah jadi bestfriend.

Aku suka pakai celak mata, tapi mengajar petang ni renyah skit la. Kalau pakai waterproof, nak solat, giler payah nak cuci. Kalau pakai yang tak-water-peruf, paham2 je la. sure bersememeh je kat mata. 2 kali solat, bayangkan aku nak tenyeh mata tu. Melaram sakan, sure lama aku kat surau tu. Bukan wirid panjang, tapi mengadap cermin memanjang. Oh, suka la anak murid nak ponteng kalau cikgu masuk lambat. So, faundation, bedak and gloss je la aku pakai. Kalau le aku mengajar pagi.....

''Cikgu, kamu pakai itu.'' (sambil tunjuk kat mata).

"Yes."

Cikgu pakai celak pun korang kelebek ye.
Cikgu punye barang:

Aku suka Silky Girl's foundation ni. Sebelum ni aku guna Maybelline. Berminyak. Tak minat tambah kilat kat muka ni. Macam cermin!

Bedak compact ni aku 1st kenal masa aku keje kilang pas abis degree dulu. Pelik apasal kak2 kat kilang tu minat sangat bedak ni. Boleh guna 2 ways. Boleh pakai kering or basahkan span baru pakai. Gebu!

Dulu aku tak minat lipgloss sebab rasa melekit. Nak cuci pun susah. Pas cuci, bibir jadi keringggg sangat. Tapi pas guna lipgloss Maybelline ni, ok, I like!
Check Spelling
Unstoppable Eyeliner Maybelline ni lembut. Senang nak bentuk. Sebanrnya kurang sesuai kalau selalu berpeluh. Aku pakai kat skolah je sebab senang nak cuti before solat.

In2it Liquid eyeliner. I loveee it! Smooth jer. Susah skit nak cuci sebab ni waterproof. Tapi, hasilnya cantik.


Blusher ni aku beli time Jom Heboh kat Penang last year. Dah nak abis. Ok la. Tak terang melampau sampai aku jadi wayang cina.
**Setakat ni aku guna barang murah jer. Ada ati gak nak guna produk mahal. Apa perasaan guna produk cam Loncome, MAC, Stage tu ek? Aku rasa nak try gak la next time.

p/s: Sapa tau cara nak kempeskan perut dengan agak cepat? Takmau spare tyre dah! And....sapa ada tips ilangkan parut jerawat tegar?


02 March 2010

~Reproductive System~

Dah dekat entri yang ke-300. Agak2 entri ke-300 tu time blog's anniversary x?

Apasal citer kat tv semua tak best? Sapa layan Hotel Mania tadi????? Eeeee, awat aku rasa geli jer nak tengok tu? Konon2 musical ala2 High School Musical la tuh. Tengok 5 minit, time dia nyanyi jer, terus tukar channel. Geli je rasa!

Tadi ajar Cell Organisation In Human Body.

Ok, anak2....

CELL --> TISSUE --> ORGAN --> SYSTEM --> ORGANISM

Sempat cikgu mengajar yer.

Standard budak laki, bila sampai bab reproductive system, semua celik. Tak kira kelas depan atau kelas belakang. Yang teror, budak2 kelas belakang la. Ala, korang yang namanya ber'bin' atau a/l....korang pun sure terer tahap terorist la bab ni time study dulu. Tak yah cikgu terang, korang dah tau part2 dalam system tu.

Tadi kelas 1B tanya, apasal lain2? Ada gak yang blur ek. Aku ingat semua terer. Bila terang, depa malu2 plak. Kelakar.

"So, if someone have both testis and ovary, that's means....."

"Pondan!" Saufi jawab. Hahaha.

Sorang budak cina 1F punya respon,

" Teacher, itu sistem lan#$% ka?"

T_T kenapa la budak2 cina suka mencarut macam tu? Kat lain aku tak tau la. Ni in my school situation. Tu dah jadi macam makanan diaorang. Kena (wajib) sebut!

p/s: Kalau aku buat test esok, sure budak2 score kan....

01 March 2010

~New colour~


I tukar template lagi!


Sebelum ni dunia blog ini kelam hitam dengan sedikit kehadiran cahaya. Sekarang, aku tukar. Lebih banyak putih dengan harapan hati aku pun makin cerah ^_^


Tengok berapa lama plak template ni boleh tahan.....

~Hujan lebat, anak2 jadi katak, cikgu terpaksa jadi ular~

Petang hujan lebat. Selebet Selebat balik dari Klang semalam. Kilat! Ni yang buat aku takut nak drive balik ni. Nasib baik rumah dengan sekolah sekangkang kucing kera aje.

Bila hujan, cikgu pun pening. Tadi last period dah tak boleh buat perhimpunan. Kalau tak kawal betul2 budak2 tu dalam kelas, mau la ada yang bercanda di bawah hujan. Macam tak penah tengok hujan. Di sini, kalau takde perhimpunan, guru kelas kena masuk kelas masing2. Kadang2 cikgu terlambat masuk kelas. bukan sengaja. Bayangkan kelas di blok berlainan, turun naik tangga. Mungkin la lewat 2-3 minit.

Time cikgu takde ni la budak2 bakal jadi katak kodok main air. Kalau hari hujan, hari tu akan jadi hari paling bahagia budak2 terutama budak2 kelas Peralihan. Tahla apa badi peralihan tu. Bila anak2 masuk kelas tu , automatik perangai still sama takuk lama. Dok rasa diri tu macam kat sekolah rendah lagi. Bakat bermain lebih terserlah mengalahkan bakat2 lain. Bakat belajar memang di tangga paling bawah la, of coz.

Bila cikgu datang, anak katak lari merata2. Mak ular sudah sampai! Kena menyorok. Tapi katak sekarang dah maju. Tengok ular pun ala2 tengok arnab je. Penat la ular tu dok panggung kepala, jelir lidah, katak2 ni dok berdancing gak kat lopak2. Ular la ni plak dah tak segarang dulu, dah tak boleh patuk ikut suka, kang bomba tangkap. Ni la perumpamaan anak2 murid sekarang yang tak takut cikgu.... Kang cikgu maki2 mencarut se'standard' mulut budak2 mencarut, ada plak parents yang nak saman masuk court kot. Eeee, payah.