31 January 2010

cOntesT sErLaHkAn DiRiMu

1. terbuka sesiapa sahaja yang ade blog sendiri - DONE

2.Letakkan contest banner berikut di sidebar blog anda dan banner tersebut tersebut mestilah link ke kepada blog cik pinky pwincess ini (klu xde link, penyertaan anda dianggap tidak lengkap syarat ye) - DONE

3. sila letakkan blog cik pinkypwincess di bloglist anda - DONE

4. WAJIB jadi follower sy agar anda tidak terlepas daripada mengetahui siapa pemenang contest ini kelak.. ;) - DONE

5. Buat entri mengenai contest ini dgn tajuk "cOntesT sErLaHkAn DiRiMu" .... - DONE

6. Letakkan gambar individu anda yg mane anda rase anda kelihatan menyerlah didalam gambar itu..xkisahlah gmbr close up muke je ke, half body ke, full body ke..yg penting pic itu adalah diri anda sendiri - DONE

7. Nyatakan ape masalah kulit anda atau pun ape yg anda inginkan untuk kulit wajah anda..contoh nye masalah jerawat, masalah kulit berminyak, masalah kulit kering ..pigmentation,nk mencerahkan kulit, nk kecikkan liang pori2, nk menegangkan kulit muke dan ape2 sajelah. ini penting supaya sy tahu ape yg sesuai untuk kulit anda apabila pemberian hadiah kelak sekiranya anda berjaya - DONE

8. Di dlm entri anda sila nyatakan anda mengetahui contest ini dari blog siapa - DONE

9.Sila tinggalkan URL contest anda di ruangan komen pada entri ini.(sekiranya letak url di komen pada ruangan entri yg laen, penyertaan anda tidak akn diterima.) dats it! - DONE



Tadi saya jalan2 ke blog Cik Rash dan terjumpa contest ni. Tetiba rasa nak join. Rasa teruja macam 1st time join contest ari tu. Contest Serlahkan Dirimu ni dianjurkan oleh Cik Nurul Shaqeera Azizan atau korang lebih kenal dengan nama pinkypwincess.

Gambar tu (konon2 la sangat terserlah -_-) adalah semasa jalan2 kat Penang hujung tahun lepas. Nampak macam...awwww....cute abis la. But, actually I've got some skin prob la. Kulit muka berparut, liang roma besar. Alangkah bagusnya kalau dapat muka licin dan mulus tanpa parut. Masalah jerawat sudah tak sekronik dulu. Cuma parut! Eeeee, mak tak suke! Macam2 dah try tapi mmmmm.... Hilang sikit je la. Kalau dapat atasi problem ni, alangkah terserlahnya diri ini. Hahaha. Bukan untuk menunjuk kat orang lain, tapi untuk menaikkan self-esteem dan confident level bila berada di kalangan awek2 cantik ^_^

~Belum kawen tapi beranak ramai -_-'~

Siap buat hand out untuk anak2 1K (anak?). Ye, aku beranak ramai walau belum kawen. Hahaha. Di 1K saja aku sudah ada 39 anak. Tidak termasuk 1B, 1F, 1I dan 2A. Maka, boleh kau hitung bilangan anak2 ku? Tidak termasuk anak2 sejak 2 tahun lepas. Cikgu muda yang beranak ramai. Hakikatnya cikgu ini belum kawen. Beruntunglah kita cikgu2 yang beranak ramai ni.

Anak ramai, banyak karenah. Ada yang skema, kuat memberontak, kaki pukul, kaki tido, manja, suka mengadu, loyar buruk, kuat bersembang, malas, rajin. Macam2. Dalam beratus2 anak, ada la yang suka buat perangai.

Hakikatnya, kaki memberontak tu ada sebab dia jadi macam tu. Sama juga macam yang lain. Ada sebab..... Cuba tanya elok2. Take time bersembang dengan diorang. Ada yang sebelum ke sekolah, waktu malam....kerja part time. Sorang student aku last year, kuku sangat panjang. Cikgu2 disiplin dok aim dia je. Dah la kaki melawan. Bila aku tanya elok2, "teacher, saya kerja saloon. Kena kuku panjang baru senang mau cuci rambut maaaa." Ohhhh! Betul juga. -_-'

Sebelum ni aku ada letak nama Law Jia Yi (1K). Sekarang kawan2 dah panggil dia Stella. Yela, aku pun panggil guna nama tu jugak kat dia dalam kelas. Suka je dia! Stella suka cakap kuat. Last year dah pernah kena gantung masa wat problems kat kelas Peralihan. Aku tanya dia "kenapa suka melawan cakap cikgu? Kenapa suka cakap kuat2?" Kadang2 alasan budak ni tak la kita boleh percaya 100%. Kena pikir gak. "cikgu itu cakap suka marah2!" Sebelum ni dia suka ponteng, lewat masuk kelas aku. Sekarang pas cakap baik2, ok, aku tengok dah lekat dalam kelas. Kalau lewat pun tak sampai 5 minit. Aku cakap elok2 dengan dia, sembang2, baru mau buat kerja. Huhuhu! Sabar je la. Aku tau dari Pn. Cheong, Stella ni dari broken family. Sekarang dok dengan mak, tapi selalu kena tinggal sorang2. Takde orang peduli. Patut la kan....Dia nak tarik perhatian orang lain. Nak skor exam, otak tak bijak sangat. Wat la problem disiplin, maka ramai la cikgu yang kenal dan sentiasa panggil nama dia. Glemer kan?

Ni baru sorang. Subjek Sains kena ada buku practical yang kena guna kat dalam kelas. Ada gak yang tak boleh beli walau harga RM7.20. Selidik2, bapa keja bawa teksi, mak tak kerja, adik beradik ramai. Maka, salah ke kalau dia lewat beli buku? Kita marah2 students tak beli buku, rasa bersalah tak kalau kita marah2 pastu dapat tau family dia susah? Rasa menyesal nanti.....

Apa2 pun, kena selidik, tau latar belakang students walaupun kita tak jadi guru tingkatan dia. Tak boleh kenal 100%, kenal certain parts pun dah cukup baik kan ^_^

30 January 2010

~Kenapa perlu tambah sakit hati jika kita boleh elak?~

Daripada sakit hati jumpa dan dengar ayat2 pedas dari orang yang kurang kesedaran untuk faham perasaan orang lain, baik duduk rumah.

Semalam aku post sajak (oh, sajak ke itu? wat ever) sebab ada orang lain terasa dengan gurauan kami. Kami assume dia tak rasa apa2 sebab masa tu sama2 bergurau and sometimes dia pun kuarkan statement lagi tak agak2.

Maaf sahabat.

Kami tak budget ko sesensitip tu. mungkin sebab ko sekarang berbadan dua. Atau mungkin ko tensyen jem teruk kat Batu Caves sebab Thaipusam. Mungkin gak ko tak boleh trima gurauan.

Kami usaha nak berbaik. Malah lepas balik sekolah pun aku ada msg, ko kata ko terasa sikit tapi boleh terima sebab kita dah biasa bergurau macam tu. Tapi kenapa jumaat tu ko buat2 tak nampak kami? Even kami tegur baik2. Kami tegur ko buat tak dengar. Pastu larikan diri kat tempat cikgu2 lain. Kami balik tempat pas kelas ko terus bangun. Ko nak lari ke? Ke marah kami ke? Benci kami ke?

Sebelum balik rumah, kami ber3 dah decide takkan bergurau 'kasar' dengan ko. Hari Isnin ni kami kan buat macam biasa, tegur kau, kami bergurau. Tapi maaflah kawan kalau gurauan antara kami bertiga dengan gurauan dengan ko mungkin agak sopan. Dah tak sama.

Ko post kat FB kata ko down mood. Harap2 takkan kekal down sampai next week. Harap ko jadi macam biasa. Mungkin ko pun ada prob lain.

Jangan sampai ada lagi sorang dalam geng kita yang lebih tua dari kita tu merajuk dengan ko. Dia tegur ko buat bodoh je. Ko tau perangai dia macamana kan? Takkan ko nak tak bertegur sapa pasni?

Harap semua dapat fikir dengan waras. Aku not into sapa2. Aku dasar berkecuali. Kalau terus2an macamni, mungkin akan ada yang makan hati lagi. So, nasihat aku, sudah2 la.

Kenapa perlu tambah sakit ati kalau kita boleh elak?

29 January 2010

~Sahabat~

Buat seseorang antara sahabat kami:

Sahabat,
jangan cepat makan hati,
sebab adakala bergurau itu perlu,
kalau tidak,
hidup kita sunyi.

Sahabat,
jangan kau melarikan diri,
sebab hakikatnya,
sahabat memang letaknya di hati.

Sahabat,
jika ada gurauan yang lekat di hati,
rasa mengoyak jiwa,
harap maafkan.

Sahabat,
sampai bila kau ingin begitu?
menepis tiap kali ditegur?
lari bila kami muncul?
pandang kami umpama pandang angin lalu?

Sahabat,
mungkin di lain hari,
gurauan kami takkan seperti semalam,
sebab kami bertapis ayat,
risau lari kau lebih dahsyat.

Sahabat,
tidak kira apa kau buat,
kami tetap sayang kau,
sahabat.

28 January 2010

~Seronok jadi cikgu? Boleh jumpa banyak jenis manusia~

Hari2 biasa dengan tugas2 biasa.

Baru siap buat (edit) borang cegah ponteng untuk next months. Boring plak. Ida pun dah tido. Esok nak p jalan2 dengan my BBF tapi hala tuju tak decide btoi2 lagi. Slumber je!

Pastu, esok petang ada POT LUCK! First time for this year. Actually, ni plan cikgu2 pulau borneo. Borneo? Ni gelaran kat cikgu2 yang dok kat bahagian belakang my staff room. Sebab ada pintu gerbang lain nak ke kawasan tu, kami panggil tu Pulau Borneo. Kire aku ni dok akt semenanjung la. Hahaha!

Kak Raja dah officially amik jawatan pengerusi pot luck dari Kak Ida. Dia la cadang nak buat ni. LAgi puna da birthday Kak Yusanita skali. ADUN Borneo. Nak dapat berita dengan cepat dan kedengaran begitu 'drama', you should hear it from Kak Yusanita. I'm impress! Kagum giler. Sapa2 pun akan terpukau nak dengar.

Zati cadang tema cinta...Ada ke makan2 tema cinta? Wow! Mula dengar macam kelakar. Zati kata dia baca ke dengar tah (aku yang kurang pay attention) ni dari Dr. Fadzilah Kamsah. Ooooo. I see....

Oh, lupa. Tadi aku ajar PS kat 2 Amanah. Rupa2nya anak2 sekarang tak pandai guna warna air! How pity! Kalau zaman aku dulu2, kami kena guna water colour time PS kat sekolah menengah. Pensel warna tu tahap budak skolah rendah je dulu2. Geram tengok depa tak tau nak campur kaler, tak tau nak cairkan kaler, aku join sekaki. Huh! Lepas gian. Baru korang tau, cikgu Sains can make a nice drawing and nice colouring! Hahaha. Astagfirullah....

Kelas Sains...ya...1B quite good for now. Walau pun bukan semuanya bijak2, tapi cooperation, good commitment, enthusiasm... I like that attitude! Make me eager to give them more! Feriza...dia sangat teruja dengan Sains (ya, I can see that). Tapi dia suka merepek! Tu yang gua talak tahan. tah hape2 dia jawab. Soalan tak abis lagi dia dah menyampuk. But, this will colour my day this year.

Students yang tarik perhatian aku this year:

1) Feriza (1B) - sebab kuat merepek :))
2) Paviteran (1B) - eager to try to answer all my questions. Tak sabar nak angkat tangan jawap soalan. And more, he's talk like expess bus, laju giler!
3) Calvin (1B) - he's well prepared before class. Kadang2 wat muka like...'argh! that's sooo boring teacher'.
4) Ng Jun Yhip (1F) - tahun lepas kat PA. Dia sangat teruja sebab tahun ni sekelas dengan budak2 melayu. Tak habis2 nak ushar awek melayu kelas tu. And more, sangat minat melayu sampai ikut bdk2 lelaki melayu ke surau time solat Asar.
5) Farahin (1F) - sebab sebelum ni aku suka beli laksa mak dia kat pasar malam. Blur!
6) Azizun (1F) - 1st time tengok aku ingat dia adik Gregory yang aku ajar last year. Skali dia budak melayu...Islam. Tapi memang muka diorang sama. Ari sukan dua2 masuk kawad kadet polis and berdiri sebelah2, memang macam Mr.Klon!
7) Wong Zhiung Qhint (1I) - dah memang aim dia dari hari pendaftaran sebab nama pelik! Pastu rumah sukan Persona. Dia pendiam but suweeeetttt!
8) Lai Kar Hin (1I) - aku akan panggil dia everytime masuk 1I. Sebab bila baju di kat luar, alasan dia ' panasla teacher'. Tapi kalau kenal, dia budak kelakar.
9) Er Jun Qing (1K) - Can't stop talking? Isn't he's tired?
10) Law Jia Yi (1K) - or this year known as Stella. Gangster kampung la ni. Cakap kuat, melawan kuat, merayap pun kuat.
11) Chong Thiam Fook (1K) - muka macam gengster, rupanya baik dan boleh diminta tolong. Suka tugas bagi buku pas aku marking.
12) Alex (1K) - sangat suka bergurau.
13) Kah Yie (1K) - she's so suweettt!

Ini antara yang tarik perhatian aku sepanjang this month. Ada lagi yang lain. Tak larat nak tulis. Adakalanya budak2 ni memang suka tarik perhatian cikgu tak kira guan cara apa pun. Merepek mengarut pun cikgu perasan dia. Baik, pandai of coz cikgu perasan dia. Nakal, suka cari gaduh...lagi2 la cikgu akan perasan dia. So, pendek kata buat baik ke buat jahat, tu semua cara nak tarik perhatian orang kat depa...

26 January 2010

~FB aku tak bleh bukak...lagi sekali~

FB tak boleh bukak! Oh, heaven! Baru nak tengok gosip2 terkini lagi sensasi, jem plak. Oh, heaven! Kalau tak bukak macamana nak tau sambungan gosip Kak Non bijak sembunyikan badan bila nak amik gambo? Hahaha. So suweettt!


Aku baru baca sampai pg142 of 444. Eh, I'm not mention it here ke before? Sejak baca P/s: I Love U, aku dah tertarik nak baca novel English (sebab bahasa aku makin rosak di'manglish'kan, aku sedar diri dan cuba nak jadi celik English). Syok rupanya. Walaupun novel yang aku beli bukan la tahap cintan cintun novel orang2 kita, novel English ada tarikan tersendiri la.


Sekarang aku cuba meng'khatam' novel ini : Remember Me? by Sophie Kinsella. Tadi tengok e-mail, and guess what...this year ada movie yang sama tajuk dengan novel yang aku tengah merangkak nak abiskan ni (eh, sama sangat ke? half sama). Remember Me, My Love. Novel ni dah difilemkan la kot? Eh, giler confident kata movie tu adalah sama dengan novel ni. Hahaha.


Klah.


Wehhh. Geram ni. Apasal FB aku tak boleh bukak??????

24 January 2010

~Hei u 2 girls! stop pissing on my lovely sis~

Entri ini entri penuh kemarahan!

Hei 2 cikgu yang buat adik aku menangis. Wach out u girls! Adik aku tu pun cikgu, jangan sebab dia sangat berjiwa lembut, suka hati mak bapak korang nak buli2 dia. Barang sama2 beli, sama2 la guna, sama2 la jaga. Ingat adik aku tu kuli batak tukang basuh pinggan mangkuk korang yang berkulat dah tu ke? Dah la dia masak korang sental sampai abis tak tinggal kat tukang masak. Apa punya cikgu macam tu?

Mesin basuh? Apa aku heran mesin basuh tu. Tapi beli sama2, guna la sama2. Ni korang conquer, biar minah sorang ni terkulat2 je tengok. Tau la adik aku tu kuno skit bab guna mesin2 ni. Dah dia kata tak reti guna, dah ditanya nak guna macamana 'binatang' tu elok2 korang wat dekkkk jer. Dah tu tiap kali cuti, orang lain tak celik bijik mata korang tinggal dia sorang2 kat rumah tu, pastu jadi kuli batak cuci pinggan mangkuk segala. Korang nak p jalan mana pun lantak le, kaki korang. Agaknya kena culture shock sebab banyak pegang duit, pastu jauh dari family. Cikgu kat Sarawak kan dapat banyak elaun. Syok la jalan sakan. Takpa, aku tau adik aku takkan culture shock and most...dia bukan minah boros!

Aku tak boleh dengar adik2 aku nangis. Kalau kata aku sangat protective, may be. Sapa suka tengok family member nangis? Ini plak minah berjiwa lembut ni pendam2 lastly dah tak larat pendam, nangis kat mak aku. Damn btul la!

Last week nangis sebab nak balik sebab tak de kawan, sorang2, geng rumah 2 orang (ke ekor?) tu tak peduli kat dia. Ni tadi nangis sebab diorang buli dia. Tolong jangan amik kesempatan kat adik aku yang sangat rajin dan pembersih tu untuk jagi tukang kemas kat rumah yang sama2 korang duduk. Please la. Kata cikgu, mana manners korang?

Sebelum ni aku agak marah kat adik aku tu yang sangat tak reti survive kat tempat orang (sebelum ni kira berkepit dengan mak aku jer la). Sekarang aku tau kenapa dia tensyen sangat mengajar kat Sarawak tu. Bukan sebab sekolah tu atau environment yang tak bagus, tapi dapat kawan yang kencing kawan. Dulu mula2 nak posting, punya la baik, nak wat apa2 semua wat sama2. Pas dah sebulan dua kat sana,bertanduk2 plak.

Adik aku kata may be korang nak pindah dok kat luar, tak mau dok kuartes tu lagi.
"Weh, Angah, hang takut sangat ker dok sorang2. Kalau aku better dok sorang kalau dapat member macam hampeh!"

Angah,

Try survive sorang2. Jangan harap kat orang sangat. Belajar berdikari. Kalau terlalu baik dan pikir pasal orang lain, jadi mcam sekarang la. Susah depa nampak hang, senang....mana depa p?
Kalau takdak depa, hang takkan mati kering kat rumah tu pun.

Aku sangat marah!!!!

~p/s no. 1~

p/s : psssstttt

Get sleep now dear coz u have something to do tomorow. Decorate ur sweet room
so u feel like u don't wanna go out from it!

22 January 2010

~Percayalah~

Bila happy, aku:

* Share the happiness
* Cakap banyak
* Suka senyum
* Menyanyi
* Buat semua kerja dengan (agak) tip top
* Tulis blog (hehe)
* Contact family member
* Call the luv one
* Buat kerja2 seni (like?)
* Tengok gambar2 lama (maka akan lebih senyum lebar)
* Shopping! (tak terkawal)
* Kuar dengan bbf
* Makannnnnn


Bila tension and sad, aku:

* Tiba2 jadi pendiam (sangat diam, better jangan tegur)
* Buat kerja sorang2
* Senyum pun kurang
* Makan (sungguh tak tahan jika terus makan pipi jadi bertambah tembam)
* Window shopping sorang2 (heaven)
* Baca novel
* dengar lagu sedih (maka bertambah la sedih dan jiwang)
* Tidoq (kan bagus, tak kacau orang)
* Tulis blog


Kan ada overlapping di situ.
Percayalah, walau anda gembira atau sedih, mungkin ada perkara yang sama anda akan buat. Tapi dalam mood yang berbeza la. Makan dengan ceria bila happy, makan dengan kegeraman tahap dewa bila sedih. Benda yang sama tapi mood berbeza.


Hai la,
Kenapa rasa nak beli baju baru sebab dah boring tengok baju dan stail lama?


Ops!
Lari topik.


Apa2 pun, percayalah. Perempuan akan selalu tak puas hati pasal baju, kasut, kecantikan.... Walau diri dah cantik, tetap rasa ada yang kurang.
(apatah lagi saya yang memang serba kekurangan ni -_-')


Kenapa parut masih tak hilang2 walau saya dah cuba macam2 benda?
Arghhh! Tensyennnnn!
Bukan tidak mencuba, tapi hasilnya kurang, and I'll keep trying +_+
Everythings......(except surgery la)


Percayalah,
Akan ada saja benda yang perempuan takkan puas hati.
Walau rakan2 gelar aku taiko driver, hahaha (sila daftar diri untuk rally wanita +_+)
Saya tetap macam perempuan lain yang sukar nak puas hati.
Insaflah....T_T


Kalau la secantik ini......

21 January 2010

~So u think u can dance?~

I hope so......

That I have a smooth move of dancing. Never mind if just my future husband can see it. Never mind if I just dance alone now. I love body moving (dance....). I like zapin (eventhough I didn't know any of its move).

I like traditional....song, dance. Coz it has some sort of touching value. The 'lenggok', 'lentik'. Owh!

Why tetiba teringat menari ni?

If zaman sekolah rendah selalu menari, sekarang tidak lagi. Dah lama tak meliuk-lentukkan badan ikut irama lagu kecuali gerakan sumbang bila dengar lagu2 best. Tapi lebih kepada gerakan rambang kaki dan head banging! Huh! Kalau la reti menari. Sapa nak jadi cikgu tari saya sila angkat tangan senyap2.

Menyanyi? Yang ni masih buat memandangkan set karaoke serba mak nika kat rumah, harta abah. Kat mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Sapa ajor nyanyi? Abah aku gak. Tapi low tone aku takla sesuai untuk lagu2 Ziana Zain, Siti Nurhaliza. Hanya layak untuk lagu irama Malaysia dan lagu tradisional memandangkan liuk-lentuk yang mampu dikawal. Haha. Aku tak layak untuk lagu bernada tinggi (sedar diri). Lama tak nyanyi ni. Gian ke? =_=

Layan ni ye. Sangat terpesona dengan tarian Heidi and Travis ni

20 January 2010

~Why FB become so boring?~

Last year, aku excited sangat berFB. But recently, FB become sooooo boring. Dah takde idea untuk tulis shoutout yang vogue da vas. FB bukan la untuk tulis aktiviti harian, or apa korang nak buat. That's so boring! Argh. But, the worst, aku pernah buat entry macam tu. Sebab tu aku borng skarang ni.

Bah ramai member yang tak active FB. Mungkin dah ada perasaan macam aku. Ladang yang aku addicted sangat tahun lepas dah terbengkalai. Habis bunga2 aku, sayur2 aku.... Adik aku kata, "Tanam pokok tipu wat pe. P tanam pokok betoi le." Takpe, skarang aku dah tak usik pun ladang aku tu.

Sekarang, aku just bukak FB tengok comment kawan2. Ada yang best, aku comment balik. Kalau tak, aku baca aje. Kadang2 tak buka terus. Dulu...tiap ari nak tengok FB. Sekarang, tak tengok pun takpe.



K, lari topik sikit ye.... tinggalkan FB yang boring itu.

Siang tadi telan ubat migrain, overboard tido. Kan dah tak boleh tido ni. Esok nak pegi sekolah awal.

Esok orang PPD nak turun ke sekolah aku. Arggghhh! Apasal la orang2 PPD ni rajin2 sangat nak mai tengok sekolah aku yang cun tu? Haha. Silakan, jemput la datang wahai encik2 PPD. Kami mengalu2kan kedatangan anda. Haha. Poyos je.

Ala, ada orang observe ke tak, sama je. Cikgu, cikgu jugak. Kalau dah pilih keje ni, jalankan la amanah. Jangan time ada orang survey, giler2 prepare induction set bagai. Kalau takde orang observe, taram je mengajar tah hape2. Moga tahun ke-3 ini aku jadi cikgu yang lebih baik dari tahun lepas. Aminnn.

Doakan juga budak2 tahun ni yang masih nampak baik tak bertaring akan terus baik sampai bila2. Jangan lepas 2-3 bulan tumbuh taring, naik tanduk. Aminnn.

~Rumah saya~

Tenangnya kalau boleh sampai ke sini
l
l
l
l
V

The Legend International Water Homes, PD.
PD dengan saya bukan la jauh sangat.
Tapi kekangan lain.
Orang honeymoon best la p sana!
Hahahaha.
Mula2 tengok kat blog Ceeramoon, terus kata...'Wwowww! Aku nak p sana!'
Ko tengok la. Ada private pool.
Kalau ko nak berbikini ke sexy 18sx ke, lantak kau le labu!
(Bila aku boleh dapat pool dalam rumah ni?)
Tapi masalah gak, I mana reti berenang.
Takkan tempat baek punya macam ni nak guna pelampung kanak2 ribena tu.
Apa kelassss!
Wah, makcik teruja betul tu.
Bukak je pintu terus nampak air.
Kan tenang tu.
Penat2 tension tengok buku budak, tengok la kolam, tengok pokok, terus tenang jiwa raga.
Kot rasa tension giler panas, terjun je dalam pool tu.
Kalau aku ni, rasanya, buat pool tahap budak skolah je la kot.
Saya cikgu yang tak reti berenang. (Berenang? Nak apung badan pun fail!)

Toilet kena cun (Sebab I suka mandi lama2!)

Berangan la ko Fiza!

Rumah kecil tiang seribu, rumah besar tiang 1.

Walau tinggi mana pun angan2, sila berpijak di dunia nyata.

Aku bukan bisnesswoman, dan aku memang fail kalau bab berbisnes.

Aku tak macam Dayah kaki bisnes.

Aku bukan mimpikan rumah bungalow yang hebat.

Aku cuma impikan rumah atas tanah, bukan atas angin.

Aku tak berkira tentang keluasan, asalkan family aku selesa, OK la tu.

Ada rezeki boleh la tambah bagi bertambah cun.

Rumah besar2 kalau sunyi, suram je, nak wat pe.

Rumah sederhana besar lagi senang nak jaga dari rumah besar2 tu.

Lain la kalau ada maid.

(Setakat ni aku tak berminat ada maid!)

19 January 2010

~E-mail je, kawan~

Migrain!!!!!!!!!


Dan......
Date line kena hantar report ke PPD adalah........
hari ini!


Gilos!


Dapat surat petang semalam kul 5.30,
pastu kena hantar report sebelum 20hb ke PPD! (that's mean hari ni la, encik!)


And the most fantastic news, I'm on MC's today.
Migrain rasa nak pecah kepala.
Apa2 pun, saya akan buat malam ni dan terus e-mail (nasib baik tak perlu serah by hands)

16 January 2010

~Rindu~

Rindu

Rindu

Rindu
Rindu
Rindu
Rindu family,
Rindu orang itu,
Rindu kawan2 lama,
Rindu nak study lagi,
Rindu masakan mak,
Rindu makanan kat Penang,
Rindu kucing2 kat kampung,
Rindu tempat dating lama.
Macam2 rindu T_T

14 January 2010

~Saya semakin suka seni~

Semalam saya study seni. Hari ni saya masuk kelas 2A (pertama kali masuk kelas ni, pertama kali mengajar PS). Mula2 agak gugup sebab sebelum ni hanya mengajar Sains dan PM. Ada sorang pelajar 1C tahun lepas yang memang saya pernah mengajar Sains. Dia tanya,"cikgu ingat saya tak?". I said, "of coz dear." Dia pelajar Sains paling pandai dalam kelas tu dulu, mana mungkin saya lupa :P

Conclusion:
Kelas PS success (for the time being la). Sebab ni bukan subjek teras, saya pun tak mau buat budak2 tu stress. Nota skit2, pastu buat aktiviti - lukis, warna, arca, kad etc. Kalau dah abis keje saya izinkan je buat homework lain asalkan tak berjalan2 dan tak bising. Setakat tadi, budak2 tu enjoy buat lukisan.

This year, ada student perempuan dalam kelas tu yang perasan saya boleh guna kedua2 tangan untuk menulis dan melukis. Actually, saya menulis guna tangan kanan, lukis je tangan kiri. Saya rasa mak saya berjaya halfway je la pas selalu mengetuk dan merotan tangan saya time kecik2 kalau saya tulis guna tangan kiri. Mak kata menulis sama macam makan, kena guna tangan kanan. So, saya berjaya guna tangan kanan untuk menulis, melukis tetap tak boleh ubah. Saya kidal. Memang takkan dapat ubah semua untuk guna tangan kanan. Even, nak pegang pisau pun tak boleh guna tangan kanan. So, sekarang saya dapat menulis menggunakan kedua2 tangan, kalau penat tangan kanan boleh guna tangan kiri. Tapi tulisan tangan kiri dah tak sekemas tangan kanan la sebab dah lama tak practise.

Oh! Melalut ke laut dah cerita kebolehan menggunakan 2 tangan. MasyaAllah! Saya bukan riak.Tidak! Ini kebetulan, kesan rotan mak saya! ^_^

Tadi, saya enjoy dalam kelas seni tu. Tak sabar nak main warna next week!

Kelas Sains? Ya, saya memang cinta Sains. Walaupun saya major Chemistry during my study, kalau tanya nak imbang persamaan kimia pun saya tentu amik masa yang lama. Orang kata practise make perfect! Saya suka (saya cinta) Bio dan Kimia, tapi saya dah lama tinggal subjek2 tu. Saya rindukan Bio! Kalau further study, saya nak master dalam Bio. Tahla, cinta pada Bio lagi tinggi dari Kimia.

Sekarang saya dapat PS plak selain main subject saya - Sains. Ini subjek untuk relaks2 dan enjoy ^_^. Hope so!

13 January 2010

~Jangan ganggu saya sedang study~

Sekarang saya sedang study subjek Pendidikan Seni Ting.2 untuk esok. Dah lama menceburkan diri ke alam science stream, seni2 saya dah lama hilang. Kalau dulu zaman sekolah saya sangat berseni dengan manik2 yang dibuat kerongsang, gelang, cincin pelbagai bentuk, suka melukis (tapi tak suka mewarna); sekarang saya rasa otak saya tepu memikirkan apa yang nak diajar esok. Nak buat benda pelik2 yang tak pernah budak2 tu jumpa, tapi apa ya?

Esok nak ajar tajuk garisan. Garisan- menimbulkan ton, jalinan, bentuk dan pergerakan.
Nak lukis atau nak buat benda yang boleh dipegang, dirasa macam arca? Esok kita melukis je la ye anak2ku.

12 January 2010

~Apa khabar cikgu hari ini?~

26 Muharram 1431H
Pagi:
Latihan rumah sukan. Dari pukul 8 sampai pukul 9.30. Berdiri di tengah padang dengan rakan-rakan guru membuat pemilihan pelajar untuk 100m, 200m, 400m, 4 x 100m dan 4 x 400m. Tahun ni dah tak ada kategori P1-3 dan L1-3. Dah tukar. Tinggal lelaki bawah 18 dan 15 serta perempuan bawah 18 dan 15. Masalah biasa waktu pemilihan pelajar. TAKDE PELAJAR! Masa tulis nama nak masuk acara, berduyun-duyun, beratur panjang. Tapi bila haripemilihan, berapa kerat je yang datang. Sama la kes dengan budak-budak kawad kaki. Masa tulis nama nak join, ramai betul. Masa latihan, tak sampai 10 orang. T_T
Tengah hari - petang:
Sekolah macam biasa. Kelas bermula dengan 1B (2 masa). Last week dapat masuk 1 masa tapi mengajar tak sampai 15 minit sebab banyak betul gangguan. Hari ni mula kenal pelajar sedikit demi sedikit. Tu pun sebab panggil nama untuk tulis jawapan di whiteboard. Setakat ni, saya nampak pelajar lelaki lebih aktif dan agresif untuk belajar. Banyak soalan, pelbagai bentuk jawapan. Kadang-kadang kita yang dewasa tak terfikir pun benda tu, tapi boleh diterima.
Pelajar perempuan agak pasif. Kena tanya sorang-sorang, walk around the class, baru nak cakap, tu pun malu-malu je. Ada beberapa orang yang agak aktif bertanya, tapi majoriti adalah pasif. Vocab agak lemah. Nasib baik saya memang tinggal kamus BM-BI-BM kat sekolah. Tak larat nak jawab soalan vocab dan terjemahan, saya suruh sorang pelajar ambil kamus dan suh cari sendiri perkataan-perkataan yang depa tak tau. Bukan saya malas nak jawab, tapi biarlah budak-budak ni belajar jadi independent dan bukan mengharap guru 100%.
Kelas 1F; OK. Ada sorang pelajar lelaki Melayu baru datang hari ini dan saya letakkan di kelas 1F memandangkan UPSR result =2B, 2C,1D, pelajar sederhana. Hari ni ada 1 masa je dengan 1F, maka tak banyak benda boleh diajar, lagi-lagi hari ni waktu saya sama dengan waktu pelajar keluar solat asar. Lengang kelas, tinggal ~10 pelajar Cina dan 2 pelajar India je.
Kelas terakhir, kelas 1K. Masyaallah, tahap dewa mencabar. Kelas ke-2 hujung, ramai budak-budak peralihan tahun lepas dan yang penting semua dah boring dan tak sabar nak balik. Bising betul! Kelas ni ada Orientation Prog. For Science And Mathematics In English (OPSME). Bagi saya, OPSME ni buang masa dan takde kepentingan sangat pun. Macam kelas vocab untuk Science and Math, ada pre-test dan post-test. Budak cepat boring! Nanti-nanti diorang lupa jugak perkataan-perkataan tu. Lagi bagus terus mengajar ikut silibus. Nanti silibus tak habis, marah plak....cikgu jugak yang kena. -_-
Malam:
Pas solat terus mengantuk. Makan sambil layan Naruto (kesayanganku). Last-last hilang mengantuk, sebab tu saya boleh post entry ni. Hahahaha.
Tadi bawa balik katelog Giacomo terbaru 2010. Geram tengok set pinggan mangkuk dan cawan. Tapi harganya....huish...RM300-400++/ 1 set. Juling mata sekejap. Tapi sebab bayar ansur-ansur, mungkin boleh dipertimbangkan ^_^. Nak beli barang-barang rumah? Buang tabiat dah ni. Ciri-ciri menuju ke alam itu dah datang sedikit demi sedikit :P .Malunya saya! Banyak barang yang saya berkenan, tapi semuanya masih mengikut stail Inggeris. Saya memang jatuh cinta dengan English stail. Cantik, putih, suci. Mungkin akan ada warna-warna lain dalam rumah saya nanti, tapi bukan warna garang yang pastinya.

11 January 2010

~Hari pertama, minggu ke-2 bersekolah~

25 Muharram 1431H


Semalam tak boleh bukak blog ni. Asal bukak je, keluar error. Wah! Geram saya. Semalam berjaya menyiapkan senarai nama pelajar Ting.1 dan PA untuk Borang Cegah Ponteng bulan Januari. Harap2 ada lagi pelajar yang bertukar sebab kelas terlalu ramai. Susah nak control dan pelajar pun susah nak concentrate their study.

Tahun ni saya dapat 2 kelas yang ada pelajar Melayu after 2 years without Malay students. Berbelit lidah nak sebut nama. Kenapa mak bapak sekarang bagi nama panjang2 dan canggih2 belaka sampai nak panggil pun tergeliat lidah? Kena la panggil nick name @ nama glamour. 5 kelas darab ~40 pelajar....ramai tu nak kena ingat nama. Pengajaran kat sini, nanti letak la nama anak yang pendek2 dan senang disebut. Jika tidak, cikgu2 akan panggil short name je.

Disebabkan sukan sekolah just around the corner, kelas jadi tergendala bila ada senior2 yang 'melawat' dari kelas ke kelas untuk urusan rumah sukan. Sumbangan untuk rumah (yuran rumah sebenarnya, tapi tak boleh guna perkataan 'yuran'), cari ahli kawad kaki, cari peserta tarik tali etc. Tadi, saya masuk ke 1 Bestari dengan semangat yang berkobar2 nak mengajar (memandangkan ni la 1st time saya masuk kelas tu sebab tempoh menyiapkan senarai nama streaming yang lama), tapi down sebab ada pelajar2 Ting.2 (2-3 orang) yang tengah promote persatuan kat dalam kelas tu. Pas siap tu, ada lagi yang datang nak cari ahli rumah kuning. Dah la tadi 1 masa je kat kelas tu. Dari melaksanakan perancangan p&p dengan jayanya, jadi sesi 'mari berkenalan dengan Sains dan buku2 latihan yang perlu dibeli'. Rosak lesson plan saya!

Kelas2 lain ok je. Mula dengan kelas 1 Ikhlas (2 masa) diikuti kelas 1 Bestari (1 masa) dan last dengan kelas 1 Fitrah (2 masa). Kelas 1I tu pun baru pernah masuk sekali minggu lepas. Bising! Mungkin last week tu saya masuk last period, semua dah penat dan excited nak balik. Tumpuan pun dah hilang. Hari ni bagus je. Dengar dan boleh buat latihan yang diberi walau most of the time kena translate BI ke BM (dan may be after this tu BC!). Budak2 sekarang makan suap! Tak reti cari sendiri! Yang tak boleh lupa, saya ajar pasal natural phenomena. Nak diorang identify the examples belong to natural or non-natural phenomena.

Ini ayatnya:
A bird is flying

Saya minta sorang budak tulis jawapan kat whiteboard (budak laki la ni). Sambil jalan dia kata "wa, your bird is flying!". Mau saya tenyeh je kepala. @##%$^%^%&$#
"Joking! Joking!" Tau plak takut bila kena usha lama2.

Kelas 1F dah banyak kali saya masuk. Kelas ni majoriti budak2 Melayu. Ramai layor buruk dalam kelas ni! Ye, tau, niatnya nak bergurau tapi kadang2 tak kena masa la. Kelas ni jugak la ada ramai yang blur. Dah tulis pun tak faham, vocab; of coz sangat lemah. Yang paling sabar kena tunggu, majoriti lambat menulis! Salin pun lambat, ini kan pulak nak settlekan exercise dalam kelas. Banyak perlu dibantu. Harap makan baik masa akan datang. Amin. -_-

Esok pagi ada latihan rumah Persona. Ala, Persona keta keluaran Proton tu. Rumah kaler ungu. Tak pernah jumpa rumah sukan kaler ungu sebelum ni. Malasnya!

09 January 2010

Lega! -_-

Sejak buka sekolah, saya jarang2 dok kat meja saya. Selalunya (tiap2 hari sebetulnya), saya dok di bilik peperiksaan buat sreaming budak2 Form 1 dan Peralihan (PA) 2010. Seminggu menghadap nama2 yang sama, berulang2 kali. Ada saja yang tak betul. Ada nama yang tertinggal, ada yang bertukar2 kelas. Nak muntah tengok Excel sheet yang banyak. Macam tu keje penyelaras rupanya. Samapai ramai yang tegur tak nampak muka saya sejak hari pertama. Soalan2 feveret sepanjang 1st week sekolah dibuka:

" U tukar pagi ke?"

" U pagi ke petang?"
"No. I petang."
" Wa, awal2 sudah datang aaa."
-_- "Ada keje."

"Woi, penyelaras baru, samapai tak nampak muka hang."

"Tukar tempat ke? Tak nampak kat tempat lama pun."

"Ada tukar lagi ek kak nama budak2 dalam kelas 1 tutttttt?"


Argghhhhh!
Kalau lama lagi, saya boleh muntah hijau tengok nama2 budak tu. last retan, ada 463 orang students Form 1. Ada beberapa nama yang unik2 saya dah boleh ingat. Muka je tak kenal.

Hari Khamis baru boleh kuar senarai nama pelajar mengikut kelas (ni betul2 dah tak perlu edit dah).

Pas siap.... muka berseri2. Dah boleh tegur semua orang. Dah tak jadi robot yang jalan laju2. Dah tak jadi pelari pecut jika tertinggal something kat bilik guru. Dah kendur otot2 muka, boleh senyum (sebelum ni aura serius je). Sebelum ni PK Petang kata, "Cian penyelaras kita. Keje kuat. Kang nak letak jawatan lak."

Sekarang dah tak macam tu. Hehehe. Siap keje paling penting awal tahun ni. Cuti minggu ni kena buta borang cegah ponteng. Isnin dah nak guna.

Tadi g jalan2 ke IKEA. Bukan beli barang. Cuci mata. Kak Nolie dengan Kak Non yang beli barang. I kan suka cuci2 mata ni. Sorry, takde gambar di sana!

08 January 2010

~Mengapa Yahudi bijak?~

Saya ada terbaca text ini. Saja untuk berkongsi dengan semua. Betul ke faktor-faktor ni turut menpengaruhi otak manusia? Segi pemakanan, ye, saya percaya. Apa-apa pun, mari kita kongsi. Yang baik kita ambil ^_^.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

06 January 2010

Busy di awal tahun. Stop! Stop! Nanti kurangggg sibuk baru sambung layan blog. Sekarang masa untuk kerja, kerja, ha ha.

04 January 2010

~Cikgu-cikgu, selamat mengajar semula~

18 Muharram 1431H


Pencarian rak untuk diletakkan atas meja di bilik guru dah tamat. Akhirnya saya beli rak tu di Carrefour je. Beli 3! Tamak ke? bukan saya punya semua tu. Saya punya 1 je. Lagi 2 belongs to Zati dengan Kak Zainon. Diorang mintak tolong beli kalau saya nak beli rak. 1 rak berharga RM13.90. Macam tau-tau je bukak sekolah ni bakal ramai beli rak tu, diorang naikkan harga. Sebelum ni tak sampai RM10 pun tau. Ari tu tengok kat Mydin, RM9.90 je. Akibat malas nak buang masa drive patah balik ke Mydin (yang confirm susah nak parking), saya beli je la kat Carrefour tu walau harganya mahal skit dari Mydin.

Sekarang dah 1.52 pagi. Perlu tidur kerana esok bermula hari penting. Saya bakal busy menyambut baki pelajar yang tidak mendaftar semasa hari orientasi yang lepas. Kan sikit je ari tu. So, esok mesti ramai.

Semangat saya nak pergi sekolah. Lama tak bekerja, kadang-kadang ada jugak rasa malas tu. Hahaha. Tapi sekarang memang teruja nak balik sekolah. Terujaaaa! Perkataan tak ingat.....Passion! Passion perlu ada. Saya tak dapat bayangkan kalau saya bekerja selain dari jadi cikgu. Macamana ek? Kalau la saya ikut niat lama(cita-cita semasa zaman matriks KMPP) nak jadi ahli farmasi, saya tentu dah bosan kekeringan dalam bilik kecil berisi ubat, hidu bau ubat. Tak boleh. Saya suka kerja yang melibatkan ramai orang (bukan orang yang sama pastinya) dan tempat yang berlainan. Cikgu je la sesuai....

Ok, Cikgu Fiza, selamat bertugas semula. Lalaalalala~

Wish saya kepada semua cikgu Malaysia,

Selamat mengajar semula. Semoga tahun ini lebih berjaya. Tabahla dengan karenah pelajar yang makin tutttttt. Zaman makin moden, perangai makin mundur....

(Esok bergaya sakan untuk tambah semangat baru. Hahahaha)

01 January 2010

~Siap keje malam ni~

Azam nak menjadi lebih baik untuk 2010 (bahagian kerja!), hias buku rekod mengajar untuk menaikkan semangat kerja! Siap melawakan buku rekod mengajar 2010, halfway. Sepatutnya tak boleh balut dengan pembalut corak2 tu sebab tak nampak logo serba mak nenek yang dah ada kat kulit buku tu. Tapi saya tak boleh la tengok plain plastic tu je. Rasa tak cukup sifat. Hahaha. Saya musti balut! Tapi pembalut tak beli lagi, boleh gitu? Esok saya akan terjah mencari pembalut lawa-lawa. Tadi dah siap buat design moto, misi, visi sekolah yang kena ditempek dalam buku rekod. Then, saya buat Science Form 1 yearly plan, check list, timetable. Lain-lain, sambung esok plak.

Sekarang, tengok Mr. Bean kat TV3. Tensyen sangat ke prof. tu sampai jadi pelakon yang tah hape-hape tu? Minat tu, bukan sebab tensyen ke hape ke. Seriously, view dalam movie ni cantik-cantik.

~Selamat Tahun Baru 2010~

Selamat Tahun Baru 2010! Its not too late to wish kan. Lately, blog bersawang sebab sangat malas meng'update'. Not because less story to write, lazy, that's the good answer for it. ^_^

Last week past, ada sederet meeting yang saya attended. Banyak benda kena dengar. Dan jawatan baru untuk 2010! Mesyuarat guru kali pertama pada 28/12/2009 hingga ke petang. Dapat jadual mengajar 2010. I'll teach 4 classes for Science subjects (1B,1F,1I and 1K) and 1 class of Pend. Seni (2A). Tah kenapa saya sangat excited dapat ajar seni (coz I luv seni I think^_^). Then, 30/12/2009 ada orientasi pelajar baru Ting.1 dan Peralihan (PA). Saya incharge kaunter pendaftaran pelajar baru yang tak mendaftar bulan 11 ari tu je. Tak ramai. Pelik bin ajaib! Last year saya tak menang tangan jaga kaunter ni tau! So, we will continue on Monday. Mesti ramai Isnin ni. Meeting akademik dan ko-k on Thursday. Cuak! Patut datang kul9, tapi datang lambat. Salah kami ke? Kata meeting start kul 10.30 pagi, then last minutes change to 9 am! Saya plan datang kul 9.30 am dengan Kak Nolie sebab nak breakfast je. Nasib baik terlepas 1/2 jam je. Tapi cuak le. Kalau la boss panggil, "mana penyelaras ting.1?" WaaaaaT_T

Isnin ni mula la sesi persekolahan. No more holiday! Starting this year, makin rajin le saya ke sekolah sebab every week ada aktiviti ko-k dan kelas tambahan untuk pelajar PMR. Tak kasi can nak rehat dan bersuka ria la ni. Dah kalah keje office plak rasanya!

Azam?
Patut jadi lebih baik dari 2009 tak kira dari apa segi pun. Kerja, family, healthy, wealthy(?), beauty... everything (hope so la). Moga 2010 menberi lebih kebahagiaan kepada setiap insan ^_^