30 November 2009

Hari2 cepat berlalu

Boleh lupa lak nak bayar duit keta. Patutnya 28hb tiap2 bulan kena bayar. Raya kan. So, tadi kuar dengan mak, Angah, Pipah p pekan pastu terus bank-in duit keta kat Maybank. Sebelum tu p Longwan. Longwan tu hape? Longwan tu kedai yang murah! Gila kentang kalau p situ rasa nak borong 1 kedai je. Macam2 ada. Dari baju, tudung, barang plastik sanpai ke sabun mandi dan sabun basuh pun ada. Aku beli kain pario hitam putih nak pakai dengan kebaya baru aku. Hehehe.
Aku dah siap jahit manik kat baju kurung pahang biru-pink aku. Siap kat tangan je la. Leher belum lagi. Baju tu kosong, letak manik nak bagi nampak 'grand' skit (grand ke?). Kain beli kat Nilai pas balik kursus kat PD dulu.
Esok aku balik KL. Nak kena buat streaming untuk budak2 Ting.1 dan PA 2010. Kak Ida pun tak bersalin lagi. Boleh mintak tunjuk ajar. Berguru tak abis lagi. Pagi tadi kol kat office, sekolah rendah dah hantar result upsr. Result tu la yang aku nak kena guna untuk streaming. Kak Faizah office pelik aku pegang jawatan tu padahal jawatan LADAP tu pun dah cukup banyak keje. Nasib badan. Orang percaya kerja kita, terima aje la.

29 November 2009

Kalau pun aku tak cantik, jangan la sampai SMS dan sindir gambar2 aku di FB. Malu sangat ke tengok aku? Takut aku perasan cantik, perasan cute. Tak rasa macam tu pun.

~Raya Korban 2009~











black, pink, blue and white

I've change my template AGAIN. It's too boring to see the same pattern for a long time. Now I used black, pink, blue and white. All are my favourite colours!
Simpler than before.
My mission: Write all the activities in school next year so that other teachers or teacher-to-be can share it. As I mentioned before, next year I'll be ass. S/U LADAP (not as S/U again, just assistant) and my new position as Penyelaras Ting.1.
---->Is that a mission? -_-'

28 November 2009

Dugaan datang lagi

Aku dengar, Tuhan menguji mengikut kemampuan kita. Apa yang kita lalui, semua tu kita mampu hadapi. Ada orang kata, garis tangannku tunjuk hidupku penuh liku. Sekarang aku baru 26 tahun. Panjang lagi ke liku hidup aku? Mampu ke aku tahan?

Walau sekarang pun ada masa aku tak sanggup nak lalui. Aku tengok orang lain, aku cemburu, kenapa orang tu nampak gembira sangat, bahagia? Aku? Ada masa aku bahagia, sangat bahagia. Tapi bila aku sakit, ati macam ditoreh2. Aku nak cerita pada siapa? Tak boleh. Ni cerita aku sorang. Orang lain mungkin akan kata aku ego, tak mau kongsi, mungkin orang boleh tolong. Aku tak mau.

Aku ni bodoh ke? Ada ke kawan2 aku yang fikir aku ni 'bodoh', 'poyo'? Walaupun aku tak lah tau maksud poyo tu sebetul2nya, aku tau bukan bagus sangat ada 'poyo' tu.

Aku sekarang bukan Fizah yang se'happy' dulu. Luaran, bila orang tengok orang kata aku happy. Dalam, aku je tau.

Aku benci orang tanya aku, "bila nak kawen?". Benci! So, jangan tanya aku. Aku tak tau jawapan tu.

Benci!

Benci!

Benci!

Seronok tengok kawan2 aku yang dah nak ke jinjang pelamin. Sibuk cari barang, jumpa kawan2 sembang pasal barang2 nak kawen. Beli barang kat mana, tempah mana, katering amik mana, baju, mekap, door gifts, pelamin. Aku tak tau nak sembang apa kalau orang bukak cerita tu. Aku tak suka. Diam. Bila dah nak kawen, mesti la cerita hal nak kawen kan. Tak boleh ke cerita benda lain bila dengan aku? Terasa jugak bila orang cerita semua tu sebab aku tak tau aku bila, nak cakap apa. Bila orang cerita pasal kawen, mesti aku diam. Benci!

Tuhan uji aku, kiranya Tuhan masih sayang aku. Aku dapat benda lain selain LELAKI. Aku ada kerja tetap. Aku happy dengan kawan2. Tempat keje aku seronok. Rumah sewa aku selesa. Aku keje kat KL bukan kat pedalaman. Aku ada kereta, senang nak pegi mana2. Family aku sayang aku. Kalau aku sunyi, aku boleh main dengan anak kawan2 aku.

Tuhan uji aku dari kecil. Tapi, semua tu aku tahan. Boleh hidup sampai sekarang. Ada yang aku teringin nak dapat tapi aku tak dapat. Aku dapat benda lain.

Kawan, doakan aku boleh lalui semua liku2 hidup. Doakan aku bahagia dengan keluarga aku sendiri. Insyaallah.....

26 November 2009

Raya old school, raya sekarang

Selepas balik kampung ari Isnin, rasa malas nak update di sini walau pun banyak aktiviti dibuat. I'm too lazy to write something here...hehehe.

Esok raya haji. Tapi biasa la, bila dah tua2 ni tak terkinja2 sangat nak raya (tua ke?) Mak aku biasa la. Sama je dulu dengan sekarang. Raya je mesti wat koi raya. Layan je le. Tapi kali ni kira sikit la. Mak wat 2 jenis je. Kalau tak....haiiii. Tadi buat ketupat palas. Rajin tak kami? Orang sekarang raya haji tak rajinnyer nak buat ketupat palas bagai. Mak aku nak wat gak. Kalau tak, tak rasa raya kata mak. Layan jugak. Tapi kali ni kira sikit, sebab wat 1kg pulut je (bagi aku macam banyak gak tu).

Ingat time raya masa kecik2 dulu. Rajin giler berjalan. Tak kira la rumah sapa pun. P je singgah sebab nak kumpul duit raya. Skarang mana ada. Kat rumah aku ni pun, anak2 sedara je yang datang. Budak2 skarang tak mau jalan2 kumpul duit raya dah ke? Kalau dulu, dapat 10 sen, 20 sen 1 rumah pun dah cukup suka. Kumpul sampai poket baju kurung kembung. Balik antar duit, pastu jalan lagi. Budak skarang, kalau kumpul kan dapat banyak. Koman2 1 rumah dapat RM1. Kalau kembung poket dengan duit RM1, tak ke dapat ratus2 ringgit?

Pastu, kita dulu kalau g jalan2 rumah orang, tak sampai ati nak mintak duit raya je. Mesti makan minum skit. Cian orang dah buat air. Walau pundi kencing dah full, tinggal nak membuang je, sumbat gak. Tak sampai ati non. Sekarang....budak2 bagi salam (bagusss), pastu, "kak, kami tak mau makan dah kenyang. Nak duit raya je." Mangkuk btoi! Berani kan.

Weh! Pastu, mana pegi show sarkis macam kita kecik2 dulu? Aku rasa sebab tu la kot kita keje p jalan2 kumpul duit raya je. Apa barang tengok sarkis. Bukan best pun. Baik p jalan2. Sekarang, jangan kata budak2, aku ni pun nak tengok tv je. Cerita best2. Abis 1, sambung lagi. Channel pun dah banyak. Tak macam kita kecik2 dulu. Ada tv1, tv2, tv3 je pun.

Beza kan raya zaman kita kecik2 dengan sekarang. Raya Aidilfitri dah makin boring, Raya Aidiladha tambah2 lagi boring. Cuti pun sehari je kan.

Tapi alhamdulillah, tak kira raya apa pun, kawan2 aku still ada untuk reunion. Tetap kumpul bila raya. Tetap boleh jumpa. Walau ada yang dah tak boleh datang tiap2 kali reunion sebab ada keje lain bila dah kawen, nak kena g rumah mertua, jadi pelayan kat rumah, tapi kami tetap boleh contact. Balik kampung aku masih ada kawan. Harap2 kekal sampai bila2. Macam kecik2 dulu, kalau wat buku biodata mesti nak tulis 'FRIEND FOREVER'. Harap jadi macam tu la. Aminnn. Buku biodata? Takkan korang tak de kot?

Anyway, aku ulang balik phase yang selalu kita tulis zaman budak2 sekolah dulu: FRIEND FOREVER k ^_*

I luv all my friends.
Muuuuaaaaaahhhhhhh.
Hah, muntah le korang sekarang!

21 November 2009

Aktiviti 21/11/2009

Penat selepas sehari tak berada di rumah.
Pagi di sekolah - Report Card Day
Petang di Lagend Hotel - Hi tea.
Penat tapi happy.
Aku dapat hamper yang jadi rebutan ramai!
Hahahaha.
Gambar takde lagi sebab tak bawak camera.
Ada dalam camera kawan.
Dalam henset ada skit tapi sure blur je kalau transfer ke sini.
Nanti aku letak k.

19 November 2009

pot luck


Ari ni ada pot luck. Kami masak ramai2 kat rumah Kak Nolie. Aku g dengan Kak Ida. Tu pun, kul 10.30 pagi baru sampai. Makan2 dulu, Kak Nolie wat spegeti. Pastu, Kak Siti plak sampai. Kul 11 kot, baru Kak Ma sampai dengan Zati. Tu pun Zati kuar balik sebab nak cari sotong dia tu, nak wat kerabu sotong. Pot luck ari ni temanya makan tengah hari.

Kak Ida wat laksam. Aku pun tolong dia. Nak belajar buat. Kuah senang, laksam dia yang renyah sikit. Kena rebus satu2. So, dengan berpandukan arahan Kak Ida, aku buat kuah laksam. Laksamnya Kak Ida yang bancuh. Aku tak pandai la.

Ok, ini resipi laksam ^_^ Tadi kami wat dalam kuantiti yang banyak. NI aku anggar untuk beberapa orang makan la k.

Kuah:
1 kg ikan sardin -rebus, ambil isi sahaja, mesin dengan santan4 ulas bawang kecil -mesin
1 inci halia - mesin
1/2 sudu makan lada hitam - tumbuk
3 keping asam keping
sepeket santan pekat - cairkan
garam
gula

Laksam:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
air panas
air

Hiasan:
1) taugeh
2) kacang panjang
3) daun kesum
4) bunga kantam
*2, 3, 4 - dipotong halus

Sambal:
cili merah
belacan
garam
limau

Cara2:

Kuah:
1) Campurkan isi ikan, bawang merah, halia, lada hitam yang telah dimesin ke dalam periuk.
2) Masukkan baki santan ke dalam periuk. Cairkan ikut keperluan.
3) Masak hingga menggelegak. Kena sentiasa kacau kuah.
4) Masukkan asam keping.
5) Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6) Masak hingga pekat.

Laksam:
1) Gaulkan tepung beras dan tepung gandum.
2) Masukkan air. Gaul hingga rata.
3) Guna sedikit air panas. Kemudian, guna air biasa. Adun cair seperti buat tepung untuk kulit ketayap.
4) Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. (bila masak, kita nampak ada gelembung2
5) Sejukkan sekejap. Gulung laksam.

Cili:
Buat macam nak buat sambal je.

Siapla laksam. Aku kena tulis sini untuk ingat resipi ni. Buat sekali, pastu dah tak buat, bleh lupa wo.
Sharing is caring kan. So, try la.
Sedap!

~Alza~








Lawa kan.
Tetibe aku terbekenan.
Hahahaha

18 November 2009

~Menuntut ilmu batin????~

Ari ni aku menuntut ilmu dari Kak Ida.
Tuntut ilmu Penyelaras.
Kak Mas kata aku maintain pegang LADAP.
Kena jadi Penyelaras Ting. 1 tapi disiplin dah ditarik, bagi kat Wani.
Mampu ke aku nak handle dua2 jawatan?
Aku risau tak boleh bagi komitmen 100% kepada dua2 tugas.
Risau ada yang tak terurus.
Aku rasa aku macam minat je nak jadi Penyelaras Ting.1 tu.
Keje baru, belajar benda baru.
LADAP tu pun best jugak sebenarnya.
Berbanding tahun ni, tahun depan dah ada panduan yang lengkap.
Senang sikit la nak urus.
Dalam cuti ni kena buat perancangan btol2.
Mampu ke aku ni?
Berat tu dua2 jawatan tu.
Lagi pun, cikgu2 yang pegang jawatan Penyelaras Ting. sebelum ni tak pegang jawatan lain.
Tak kisah le jadi penyelaras tingkatan berapa pun.
Ni, aku dapat 2 tugas, yang dua2nya berat.
Kenapa la tak boleh bagi salah satu kat cikgu lain?
Macam gila kuasa plak.
Bukan mengeluh, aku risau tak terkejar!
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran (eh, btoi ke ni? hahaha)
Tadi, aku belajar buat streaming.
Susah jugak, kena buat banyak kali.
Mula2, stream budak PA tahun ni yang akan ke Ting.1 2010.
Pastu, stream budak2 yang dapat keputusan BM D dan ke bawah dalam UPSR.
Buat retan.
Pastu, baru boleh stream semua.
Tunjuk kat pentadbir.
Kalau tak setuju dengan list tu, aku kena ulang stream balik sampai depa setuju.
Tempek kat dinding untuk rujukan.
Uishhh!
Patut la Kak Ida boleh ingat nama budak2 tu dengan nama bapak sekali!
Banyak kali ulang benda yang sama.
Budak2 kali ni ramai nama yang pelik2 susah nak sebut.
Pastu, lelaki lagi ramai dari perempuan.
4:1, bayangkan!
Macamana la keadaan dalam kelas tahun depan?
Laki lagi ramai tu!!!!!

16 November 2009

Pengesahan Pelajar Ting.1 Dan PA 2010

Menjadi bidan turjun semasa pengesahan pelajar Ting.1 dan PA 2010. Patutnyer tugas cikgu2 lain. Tapi disebabkan ramai yang terlibat dengan mesyuarat pengawas SPM dan STPM, kena la kami ganti kat dewan tadi. Aku, Lydia, Kak Ma ---->bidan terjun yang berjaya!
Tak macam tahun2 lepas, kalau pengesahan pelajar dari SJKC Desa Jaya, 1 family turun. Dari atuk, nenek hingga ke baby datang sekali. Bayangkan bising dan sesaknya dewan pengesahan tu. Tadi hujan lebat, yang datang pun just mak bapak dengan pelajar tu je. Takle sesak nafas aku! Alhamdulillah hujan lebat. Hapar esok petang hujan lagi ^_* sebab esok ada pengesahan untuk sekolah kebangsaan dan sekolah2 lain.
Patutnya kena amik surat penempatan dan surat beranak. Ada plak yang lupa bawak, lupa photostat la. Nasib baik ada kedai photostat kat depan sekolah ni. Ada parents yang cerewet, dengar je la depa dok komen2. Tapi berbanding tahun lepas, parents tahun ni lebih ok la. Tak ramai yang marah2 tak tentu fasal. Senyum je. Kan senang hati kita nak uruskan keje pengesahan.
Ramai jugak yang minta tukar sekolah. Ada yang rumah jauh, ada yang nak pindah rumah. SJKC Desa Jaya (SJKCDJ) tu sangat besar. Bayangkan tahun 6 ada 20 kelas! Pelajarnya pun bukan dari area Taman Ehsan dan Desa Jaya je, tah dari Maluri, Manjalara, Damansara.....semua berpusu2 nak anak skolah kat situ. Bila dah belajar kat SJKCDJ, automatik nama akan dihantar ke sekolah aku walau pun alamat rumah jauh dari sekolah.
Tahun depan aku jadi Penyelaras Ting.1, aku akan berurusan dengan budak2 ni la. Streaming nama untuk 10 kelas mengikut keputusan UPSR. Esok aku nak menuntut ilmu kat Kak Ida. Berat tanggungjawab tahun depan. LADAP tu pun belum tentu ada orang lain ambik. Kalau dua2 aku pegang, lebih teruk dari aku pegang LADAP dengan disiplin tahun ni rasanya. Apa2 pun...redha je la. Saya yang menurut perintah -_-

15 November 2009

Kawan-Kawan

Kita perlu guna FB untuk cari kawan2 kiter.
Kenapa kawan2 aku penting?
1) Takde kawan----> sunyi.
2) Senang buat keje.
3) Boleh happy2.
4) Boleh tanya pendapat bila nak membeli belah.
5) Boleh tolong ingatkan aku jangan membazir.
6) Tempat luah perasaan.
7) Geng makan2.
8) Kejut aku pagi2 sebab suka terlajak bangun tido malam lewat sangat.
9) Teman jalan2.
10)Tempat share berita happy and sad.
11)Nasihat kawan penting.
12)Geng melalak ngan tengok wayang.

Ni yang terlintas setakat ni la. Banyak! Kawan2...i luv u!

14 November 2009

~kan kubawa diri ini~

Hahaha. Takde le jaoh pun aku bawak diri. Aku g Jusco Kepong tu je tadi. Sorang2! Yela, sorang je. Ida g sekolah kelas meja, tetibe aku rasa malas nak join. Kadang2 kita perlu space untuk kita sorang. Tak libatkan orang lain. Layan diri. Aku nak cari asam laksa sebenarnya. Last week ingat nak makan kat 1 Utama pas tengok movie tapi dah kenyang, trus balik.
Jusco tu kecik je. Skali pusing dah abis. Aku g cuci duit mata je. Beli pencuci kasut muka dah dah tinggal lagi 5% je lagi. Kena la beli baru kan.
Bila duit kuranggggg ada, hajat nak cuci mata tu memang terlaksana dengan jayanya walau pun banyak godaan di kiri kanan aku. Bukan godaan dari lelaki gojes (aku tak tringin laki superb gojes. payah!), tapi godaan daripada baju cun,novel2 yang hot2! Arrrggghhhh. Lama dah tangan aku ketaq nak pegang novel baru ni. Tadi aku jumpa novel yang aku cari sebelum ni-Laskar Pelangi, kisah 10 orang budak. Aku dah tengok movie dia. Selalunya movie tak se'detail' novel asal. Sebab tu, WAJIB ye aku dapatkan nanti. RM28 je. Tapi tadi, ati aku cakap,'takpe, nanti beli sekali dengan 9 NYAWA. baca la puas2!' Aku kan baik. Aku ikut le kata ati aku yang lebih mengarah ke 'berjimat-terutama-bila-poket-makin-kering' ni.
Kawan aku kat sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah nak kawen cuti sekolah ni. Aku panggil Ina. Bakal husband dia pun memang geng aku jugak malah aku kenal dari sebelum tadika lagi, Mazrul. Nikah 11/12/2009, majlis 12/12/2009, majlis bertandang 13/12/2009. Ala, sekampong je pun. Yang tak bleh blah, aku lah pengapitnya ari itu ye! Aku bukak suke interprem muka ni. Tapi jika dah di'cop' untuk jadi pengapit sejak ari depa bertunang....apakan daya. Demi BFF kan. Yang penting pengapit kena sedondon kan! T_T Aku ni pemalu weh! +_+
Kawen jugak depa ni. Bercinta bagai nak rak sejak Darjah 6 jangan tak tau. Alhamdulillah la. Aku ni bile ek? Cikgu2 skolah aku kate, kalau nak pindah ko g kawen le. Waduh!=_= Kan terasa lagi diri ini.....

~sembilannyawa~


9 NYAWA
Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Murshid


Aku dah lama tunggu novel penulis kesayangan aku ni. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Tengok sinopsis, ya, macam menarik ^_^.
Sejak sibuk ni, aku jarang dah baca novel. Tapi nak tinggal terus novel2 ni tak boleh le.
Aku amik sinopsis dan gambar tu dari sini. Kalau ada yang minat RAM, boleh singgah ke blog ni.


Sinopsis:



INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.


HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa?

Tak jadi pegi SOGO and all da plan...cancelled.
Banyak kes jadi.
Semua orang dah ilang mood nak g hi-tea.
Aku tak tau apa jadi pasni.
Personal matter?
Aku nak rasa macam orang lain jugak.
Macam kawan2 yang mengajar kat sekolah lain.
Jeles?
May be.....
Kenapa kami kat sini tak boleh wat jamuan dengan students kami?
Kenapa kami takde gambar2 yang cool dengan students kami?
Kenapa kami macam di'anaktiri'kan sebab kami ni cikgu sesi petang?
Kenapa cikgu2 pagi selalu mempertikaikan kami tak kira apa kami buat?
Kenapa orang kata kami kerja senang sebab ajar budak2 hingusan je?
Kenapa cikgu pagi kata kami tak banyak keje kat sesi petang padahal diorang tak penah ajar petang?
Kenapa ada sesetengah cikgu je yang macam 'gila kuasa' padahal ada yang tak dapat jawatan apa2?
Kenapa students tegur cikgu yang mengajar dia untuk tahun tu je?
Banyak soalan 'kenapa' kadang2 tak bagus sebab nampak macam kita salahkan takdir.
Semalam,
kami beria2 banyak cadangan pasal hi-tea.
Sebab selalu di'anaktiri'kan, kami plan nak wat hi-tea kami sendiri.
Nak wat door gifts, present exchange....
Tema pinky.
Happy yang bial pikir balik...terlalu happy!
Hari ni,
semua dah takde mood nak join.
Sebab?
Bila orang atasan masuk campur, arahan jadi lain.
Kami yang di bawah patut tunduk dan patuh.
Ada beberapa krisis.
Maka, sesetengah guru sangat 'hot' bila majlis kena combine under 1 roof.
Kedengaran pelik.
Tapi tak boleh salahkan sapa2 sangat.
Sebelah pihak dah lama memendam rasa.
Sebelah pihak macam 'kurang kesedaran diri'.
Maaf kalau terasa.
Adakah orang2 yang 'tak kisah' macam aku kena pilih nak join ke mana2 belah?
Aku....pilih jalan tengah.
Biarkan......
Aku kata kat Farhana, "asalkan badan aku tak sakit, biarkan. Pikir banyak2 nanti kita yang sakit. Sapa tak penah terasa? Terasa ari ni, esok lupakan je la. P mai pun tiap2 ari kena mengadap muka depa gak."
Cian Kak Nolie.
Cian Kak Ida.
Cian Farhana.
Cian Lydia.
Cian Zati.
Ni yang aku tau.
Yang tak tau?
Aku?
Kadang2 cian gak.
Tapi tu la, aku pikir kalau aku makan ati lama2 pun benda tu akan buat aku tambah sakit ati dan membenci orang je.
Aku nak rasa jadi kesayangan semua orang macam housemate aku si Zaraida ni.
Sapa tak sayang dia? Ramai.
Sapa benci dia? Tak de.
Senang kan.

13 November 2009

~~selamat hari jumaat~~

Minggu ni, aku buat keje disiplin. Nak siapkan dan kalau boleh trus je antar Isnin depan. Pastu nak menuntut ilmu daripada Penyelaras Ting.1 sebab aku bakal pegang jawatan tu next year. Next week gak aku nak me'riso' borang2 penting LADAP. Before aku lupa, kena bagi senarai AJK LADAP next year sebab ada perubahan dalam AJK. Ada penambahan guru cemerlang, guru kaunselor....
Hari ni hari Jumaat! Last working day for this week. Ramai suka ni. Hehehe. Nak Pegi awal skit ari ni. Dah jamji nak g lunch dengan Kak Ida. Next year tak boleh dah. Kak Ida dah pindah! T_T
Esok!!!!
Ha, best ni. Aku kan suka jalan2 ni. Macam dah plan semalam, aku, Kak Nolie, Zati (tah sapa lagi nak ikut pun bleh) nak g Jalan TAR dan SOGO nak cari barang untuk door gifts hi-tea nanti. Hi-tea combined le.....Tak leh wat le apa kami plan mula2 dulu. Tapi aktiviti kami untuk cikgu2 petang tetap on! Itu yang penting ye. Apa ingat cikgu2 petang tak boleh wat something happening ke? Tolong skit! Huh!
Pastu, selain door gifts, kami nak wat present exchange. Best! Sapa mau join????

11 November 2009

~baru!panas dari ladang!~

Semalam Kak Ida MC sebab g check up baby kat hospital. Dan yang penting.....Kak Ida dapat tukar ke Kundang. Waaaa! Ilang mak kutu, ilang ketua port luck...
Tadi Kak Ida g sekolah. Ada yang nangis. Kak Nolie la start, pastu Kak Elly. Aku ngan Lydia maintain lagi. aku dah cakap, jangan nangis depan aku sebab aku SENANG (ye, senang sangat!) nangis T_T.
Kak Siti dok pikir2 sapa nak kena ganti Kak Ida jadi Penyelaras Ting.1. Pikir dari semalam tak tau nak bagi kat sapa. Pastu Kak Mas cakap tugas penyelaras tu aku le kena amik. Aku ganti Kak Ida, Kak Mas tarik tugas disiplin bagi kat cikgu lain. Banyak keje gak, rasanya lebih kurang je banyak keje dengan jadi penyelaras disiplin skarang. LADAP setakat ni Kak Mas kata pegang dulu sebab aku dah jadi JU daerah. Hai....Kak Mas, tolong le pujuk pengetua tukar kat cikgu lain. SU LADAP tu patut Ketua Bidang starting next year. Pengetua je tak mau tukar suh aku sambung gak. Ye la, saya yang menurut perintah -_-'
So, next year, jawatan yang aku pegang (wajib pegang):
1) tokeySU LADAP (again...)
2) Penyelaras Tingkatan 1

Huhuhu.

Keje penyelaras akan bermula cuti sekolah ni...streaming pelajar Ting.1 dan Peralihan 2010!

Waaaa.....LADAP gue!

Kena riso borang2 yang nak guna next year. Borang profil guru nak guna masa 1st meeting untuk sesi 2010. Kena antar borang ke bilik riso minggu ni.

~baik punya perli dalam meeting~


Kerja perlu siap sebelum Jumaat ni:

1) Laporan Disiplin Sesi Petang 2009
2) Surat buang Tang PC

Tadi dapat tugasan baru. Kena siapkan laporan disiplin. Aku memang amik minit tiap2 meeting. So, takde la problem nak wat laporan tu. Rujuk minit aku, rujuk surat gantung & buang, insyaallah boleh siap cepat je.

Ingat nak prepare bahan2 untuk LADAP next year. Next week la ni baru boleh start. Sambung lagi la keje aku tahun ni ke next year sebab tak dapat tukar T_T.

Tadi ada refleksi terakhir untuk 2009. Banyak peringatan la. Apa kena buat before cuti. Meja semua kena clear or pengetua akan buang semua yang tinggal. So, tanggung sendiri le kalau next year ada barang yang hilang. Meeting pertama untuk sesi 2010 mula 28/12/2009.

Tadi pengetua bleh teringat nak cari aku plak. Masa syok2 cakap tu dia cari, "Mana Fizah. Saya baca dalam FB dia sedih tak dapat pindah. Nak dok bawah ketiak mak dia la tu." Waaaa, puan. Cian saya. Siap cakap tahniah aku tak dapat tukar tu yang tak tahan tu. Hehehehe. Puan pengetua aku -_-'

Ari ni aku wat keje2 disiplin je ni. Update fail penalti. Penalti 1 Jujur je yang terusik ari ni. Tu pun nak termuntah dah tulis :P Pastu, cari fail rekod buang-gantung 2009 untuk buat laporan disiplin. Kak Mas kata wat je la 3 copies. Ok boss! Baik kan aku? Hehehehe.

10 November 2009

Facebook patut ada layout, baru cun~

Ye, seperti tajuk di atas, FB patut ada layout skarang!
Thanks to Atiqah for this info.
Cepat try kalau nak FB korang cun.
Senang je.
Selamat mencuba^_^

1. log in ke akaun anda
3. install plug in di situ
4. klik facebook layout kemudian pilih layout di webhttp://www.pagerage.com/.
5. refresh profile facebook anda!

09 November 2009

~kegilaan baru D3000~

1st time tengok Nikon D3000, aku dah jatuh cinta ^_^

Smart. Harga kat Malaysia RM1785.00. Tu tak dapat accessories lain la. Kalau nak tambah lens yang power lagi, tambah le budget. Bagi yang baru mula nak guna DSLR, try la D3000 ni. Senang, sebab ada easy guide.

K, ini aku dapat info pasal D3000 ni.
The Nikon D3000 a camera that combines Nikon technology with simplicity never before found in a camera so advanced. The D3000 features a new Guide mode, intuitive in-camera assistance that allows even first-time users to transform everyday moments into stunning pictures.

The D3000's intelligent Guide mode helps you take your photography to new heights, revealing techniques you thought were the exclusive realm of professional photographers but which you can now call your own. Artistry like blurring backgrounds or freezing fast-moving action is easily accomplished with the D3000.

The D3000 packs all the innovation and advanced engineering for which Nikon is famous into a light, compact body. And with the D3000, advanced doesn't mean difficult. Its leading-edge technology resides behind a user-friendly interface that makes it extraordinarily simple to take the kinds of photos you've always wanted to take.

Features

1) 10.2-Megapixel DX-format Imaging Sensor: Delivers extraordinary image quality for breathtaking prints up to 20 x 30 inches.

2) Includes 3x 18-55mm Zoom-NIKKOR VR Image Stabilization Lens: Legendary NIKKOR optical quality and fast, accurate autofocus means vivid color, striking contrast and crisp detail, while VR image stabilization assures your sharpest pictures ever.

3) Nikon's Smallest D-SLR: Beautifully styled-Ready to go where life takes you.
Easy-To-Use-Featuring Nikon Guide Mode: Intuitive controls and the on-board Guide Mode assist you every step of the way.

4) Split-second Shutter Response: Eliminates the frustration of shutter delay, capturing moments that other cameras miss.

5) Continuous Shooting up to 3 Frames-Per-Second: Capture fast action, precious moments and fleeting expressions confidently.

6) 6 Automatic Exposure Scene Modes: Just set the Mode dial to Portrait, Landscape, Child, Sports, Close-up or Night Portrait for stunning results in otherwise challenging conditions.

7) 3-inch Color LCD Monitor: Bright, high-resolution, 170-degree wide-angle viewing for easy picture review and sharing.

8) In-camera Image Editing: The Retouch Menu provides creative freedom, without the need for a computer, offering 13 easy editing functions, including Trim, Red-eye Correction and Soft Filter.

9) Nikon EXPEED Image Processing: Assures breathtakingly rich image quality, managing color, contrast, exposure, noise and speed.

10) Automatic Image Sensor Cleaning: Ultrasonic process and exclusive Airflow Control combats the accumulation of dust in front of the image sensor, safeguarding image quality shot after shot.

11) 11-point Autofocus: Fast and accurate autofocus delivers razor-sharp pictures.

12) 6 Personal Picture Control Settings: Choose from Standard, Neutral, Vivid, Monochrome, Portrait, or Landscape to apply a personal look and feel to your pictures.

13) Active D-Lighting: Restores picture-enhancing detail in shadows and highlights.

14) ISO sensitivity from 100 - 1600: Exceptional results, even in challenging low-light situations.

15) 18-55mm Lens: Compact 3x zoom lens covering the most frequently used focal range of 18 to 55mm.

16) 18-55mm Lens: Vibration Reduction (VR) minimizes image blur caused by camera shake, enabling sharper pictures, hand-held, at shutter speeds up to three stops slower than would otherwise be possible.

17) 18-55mm Lens: Optical design, optimized for use with Nikon DX-format D-SLRs for superior performance.

18) 18-55mm Lens: Hybrid aspherical lens element minimizes various types of lens aberration.

19) 18-55mm Lens: High-performance Nikon Super Integrated Coating (SIC) offers superior color reproduction, while substantially reducing ghosting and flare.

20) Versatile and compact 3.6x Zoom-NIKKOR brings the action to the photographer. Ideal for portraiture, family, sports, nature and wildlife.

21) Nikon's VR (Vibration Reduction) reduces the effects of camera shake, allowing hand-held shooting at up to 3 shutter speeds slower than would be possible for dramatically sharper images.

22) An ED (Extra-low Dispersion) glass element minimizes chromatic aberration, contributing to superior optical performance.

23) New compact rod-type Silent Wave Motor (SW) enables ultra-high speed auto focusing with exceptional accuracy and super-quiet operation.

So, cool...^_^

Sangat sesuai untuk beginner yang nak guna DSLR. Layannnnn....


Fizz,
go to sleep now
u have to wake up early tomorrow morning
bank in urhouse rent payment
sleep
now!
My eyes,
please
make me sleep well
don't open up before tomorrow morning.
Friends,
bubbye

08 November 2009

Isteri Si Pengembara Masa


'it just happened.'

'i don't want u to spend ur life waiting.'

'i can't stay.'

'i know.'
Cadangan asal nak tengok Papadom (walau dah lewat bebenor) tak tercapai jugak sebab ada seats depan giler je yang tinggal. Apa orang lain semua tempah tiket online ke? Cepat tu tiket abis abis!
Memandangkan pagi tadi aku dengar Sinar.fm cakap citer Time Traveler's Wife best, aku pun suggest cerita tu ok gak kalau nak tengok. Aku, Emon and adik dia: Lizah. Hall 5, seat 3,4,5 kat belakang skali. Baru best. Apa barang melangut kat depan screen tu.
Mula masuk biasa la, iklan banyak. Pasni ada banyak citer best nampak. Hehehe. Pe lagi.....^_*

Ini sinopsis yang aku dapat dari internet : A Chicago librarian suffers from a rare genetic disorder that sends him hurtling through time whenever he is under extreme duress; despite the fact that he vanishes at inordinately frequent and lengthy intervals, he attempts to build a stable future with the beautiful young heiress he loves. Eric Bana and Rachel McAdams star in this dramatic fantasy, which is directed by Robert Schwentke and based on the best-selling book by author Audrey Niffenegger.
Henry (Eric Bana) keje as a librarian. Then, 1 day, ada sorang awek nama Clare (Rachel McAdams) nak cari bahan untuk kajian dia. Skali dia tegur macam dah kenal lama dengan si Henry padahal bagi si Henry tu macam 1st time tengok je. Rupa2nya, Clare tu dah banyak kali jumpa Henry tapi dalam version yang tua skit la sebab Henry tu time treveler. Dia ada genetic disorder yang sebabkan dia tiba2 ilang dan pergi ke zaman kecik, zaman muda, zaman tua dia. Masa Henry umur 30-an, dia selalu jumpa Clare (masa tu Clare kecik lagi). Masa Henry jadi traveler, dia naked (kwang3x). Pas travel, dia akan cilok je baju sape2 1st dia jumpak.
Dating2, pastu diorang kawen. Masa pas kawen, kesian gak la kat Clare tu. Tetiba je laki dia ilang p travel mana tah. Tensyen gak macam tu. Tengah nak happy2, tetiba ilang, ko tak sakit ati? Clare pregnant, risau giler mamat tu takut anak dia traveler gak. Clare keguguran tapi pastu pregnant balik. Ada la citer aku skip ni (nak tengok sendiri la). Henry g jumpa anak dia, Alba, masa umur Alba 10 tahun. Dan, Alba pun sama. Time traveler, tapi genetic dia dah bijak skit. Alba boleh control mana nak pegi, lama mana, bila nak balik, tak macam Henry yang terkapai2.
Ok, cukup la. G tengok sendiri. Apa2 pun, citer ni best. Berbaloi la RM11 aku ari ni. Ada part klakar, romantic, suspen, sedih. Ye, sedih giler....
1) Henry travel jumpa mak dia sebelum mak dia mati. Henry tak boleh cakap dia anak mak dia. Sapa nak pecaya tiba2 ada sorang mamat umur 30-an kalau dia cakap dia anak kita padahal anak kita tu baru umur 3 tahun?
2) Alba (10 tahun) travel jumpa dengan diri dia masa umur 5 tahun dan cakap ayah dia akan mati masa umur dia 5 tahun.
3) masa dia nak mati, dia dah well-prepared la. Siap ucap selamat tinggal.
4) mati sadis sebab kena tembak.
5) Henry dah mati. Tapi masa idup, dia travel ke masa depan jumpak Clare dengan Alba pas dia mati.
Aku tak citer semua ni. Ada lagi part best lain. Ada part yang laki normal takkan wat punya! Gua yakin ni! Banyak part touching citer ni. Sampai pakcik cina sebelah aku sob sob sob gua cakap lu! Hahahaha. Klakar gak! Aku? Of coz awek berjiwa lembut ni cepat nangis maaaa!!!!!!

07 November 2009

sharing is caring ^_^ v

'Old age is like a bank account. You withdraw from what you've put in.'

5 simple rules to be happy:
1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

I took this quotation from 1 blog while blog walking. I like it.
If we want to be happy the next day, we have to prepare it starting from today. Enjoy each of our day, make the memories memorable that you can recall when you're old.

Then, 5 ways to be happy. Mmmmm....Lets us see....

Free your heart from hatred:
Hahaha. All of us (jangan tipu!) have someone that we prefer not to see, we want to avoid (if we can). But, control ourselves not to hate them too much (jangan marah sampai mati). If you make sins with person, only that person can forgive you. Allah will not forgive unless that person forgive you first. Before this I admit I had some persons I didn't like to know, to see, to hear about them. But, growing older, forgiveness is the best. So, I feel happier now. Let them be if they didn't like you forever. As if you forgive and forget you have less chance to 'sakit hati'. 'Dia tak kacau aku, dia tak guna duit aku, let he be what he want to be.' Easy? Ya, not so easy to start.. T_T

Free your mind from worries:
Waaa. This one cannot. So many things I have to think....personal life, work, family. Arrrrgggghhhh. Sometime it make me stress. Not good! Notttt good at all! If I'm worrying, I'll be so clumsy. He told me so. This one, I should try harder next time. I want to be happy too! ^_*

Live simply:
Ya, I simply enjoy my life. Before this, ya, quite boring. When it came to Saturday and Sunday, I brought back all my undone work at school, finished it at home. My world seem stuck to work. I'm not a workaholic person but I couldn't stand to see so many work undone and still so many work to come next. Stress! Now, I enjoy my life. When it's time to work, I work, time to rest, I leave my work, time to enjoy....ya, I do so! :P

Give more, Expect less:
I think this two comes together. He always said, he gave more but I returned it less! I'm not too stress coz I always expect less. So, sometimes I couldn't realize that I give to other person too little. When they give more usually they expect to get more. +_+

06 November 2009

tak jadi tukar angin

result tukar dah kuar
dan hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
TAK DAPAT
Permohonan pertukaran ke Kedah TIDAK diluluskan
huahahaha

tidak boleh katakan TAK NAK!

aku tringat nak makan asam laksa ni. ahhhh! kronik jika hantu laksa kurang dapat bekalan laksa. kalau boleh tiap2 ari nak sampai muntah tengok baru berenti gamaknya. masalahnya aku tak pernah kata TAK NAK kepada laksa.

dulu masa aku darjah 2 ,ekonomi meleset. abah pun kurang ada keje. biasa la kerja tukang. sapa nak wat rumah masa gawat kan? ko kenal ada orang nak wat rumah masa ekonomi gawat? so, abah join venture dengan kawan dia bukak gerai makan. menang laku la. mak masak. kalau pagi ada nasi lemak, nasi tumis, lauk2. tengahari lauk. dan yang penting ada laksa. bayangkan aku boleh telan laksa tiap2 ari. pagi sekolah biasa, petang sekolah agama. aku tak balik rumah cari nasi pun. makan kat kedai, mandi kat kedai. yang pasti dan aku takkan lupa tiap2 ari aku makan laksa. kadang2 sampai berapa ari tak makan nasi. kena paksa makan nasi. ye, aku kena paksa ngan mak abah makan nasi. payah tul la masa tu sebab tiap2 ari laksa ada. aku prefer laksa lagi dari nasi.
malam ni aku tringat makanan aku yang 1 tu!

esok kena cari!!!!

selama ni aku dok masak laksa penang je. asam laksa tak penah try lagi. so, for sharing, ini la resipinya...mari kiter cuba jadi ke tak. sebab ni aku dapat dari internet je, copy and paste ^_^

ASAM LAKSA

Bahan2:
1 bungkus laksa kering, [direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga empuk ketepikan ]

Bahan Kuah:
1/2 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar halus
8 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan [belah 4]
3 tangkai daun kesum air rebusan ikan
Garam secukup rasa
1 batang serai [ketuk pecah2]
1/2 cawan jus asam jawa
1 s/b otak udang/petis
sikit minyak
garam

Bahan A (Dikisar halus):
5 cm belacan
10 tangkai cili kering yang direbus
1 inci lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/b belacan
Bahan Sayuran/ulaman(Dihiris halus):
1 bawang timun
2 biji bawang besar
1/2 biji nanas
2 biji cili merah daun selum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji telur rebus [belah 2] jika suka

Cara membuat kuah:
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, jus asam jawa, daun kesum, petis, dan bunga kantan.
3. Masak sehingga mendidih. Rasakankan garam secukupnya.
4. Renihkan sehingga pekat.

Note: aku tak pasti dengan numbering untuk amount yang diberi. macam sikit je plak. ikut logik dan selera korang la k.

berita ceria selalu tergendala

dah 2 hari rasa sakit. aku tahan. bukan tak penah rasa. ada jugak time aku study dulu. ada yang penah tengok selain family aku. tapi tak ramai tau sebab aku tak cakap. sakit aku suka diam berbanding mulut bising macam selalu.
semalam ada yang kol. mungkin dia rasa aku tak main2 sakit bila sakit ati je. bagulah. senang skit ati ni bila dengar ada yang prihatin.
mood menanda kertas esspecially Pend.Moral's papar down to the bottom. rasa lama je masa untuk tanda 1 kertas.
esok cuti. nak rehat je. last week plan nak hang out ngan Emon. macam tak jadi je. tapi lama2 dok dalam rumah je, kepala pun pening. i need more fresh air even KL is less in fresh air.
yesterday i've got in advance congrats from Kak Fiza. ceh! perli ke hape? ingat senang nak dapat tukar. kalau btol dapat, bonus le tu. aminnnnn.
kalau dapat tukar, dekat dengan family (even Angah dah fly to Kuching T_T), dekat dengan tutttttt.... hahaha. apa2 result pun aku redha je sebab aku tak mengharap miracle happen for those who not yet a married woman like me.
kata orang, result tukar kuar ari ni. tapi bila bukak kat e-tukar, penyelenggaraan sedang dibuat. hape kes ye? ramai sangat bukak sejak semalam sampai kena selenggara balik? nanti le kita check ye.
so, tajuk entry tu bleh terima ke? hahaha. macam tak masuk je. blah la!

macam2 jenis sakit

sakit lagi!
aku tak suka rasa ini.
aku tak boleh tido
aku rasa tak selesa
badan sejuk
ati panas
l
l
l
l
l
l
v
asthma.
tapi ada orang yang percaya
ingat tipu ke rasa sakit?
ingat suka ke rasa sakit?
kan bagus kalau tak sakit

01 November 2009

jalan2 cari hanger (tapi melalut beli benda lain gak!)

layan my starz LG sorang2. Ida dah tido. ngantuk la tu. esok skolah pagi. aku petang, releks ahhh. esok pun budak dah exam.
kelakar tul uji bakat my starz. tah sapa2 tah yang nak masuk try nasib jadi artis. memang kerjaya pilihan la. ada yang boleh nyanyi, menari macam pompuan. ada yang boleh nyanyi tapi nak amik spm (gatai plak nak try walau spm dah tinggal tak berapa hari). ada plak yang agak boleh nyanyi tapi tak reti english langsung. payah! maknanya, nak jadi artis skarang pun bukan main redah jadi je. yang tak tahan, komen juri plak! siapa anda nak komen2? hahahaha. sabar makcik. anak yang masuk, makcik yang over!
aktiviti hari ini -----> window shopping!
kul 10am kuar dari rumah, g isi minyak, amik emon. g d curve. 1st, kena cari tempat makan.lapar weh! makan kat kopitiam. roti toasted dengan milo. ok la. tapi bagi aku agak mahal la harganya, sesuai la dengan tempat tu. d curve....what do u expect?
sambung jalan2 kat luar je sebab weekend kan ada gerai2 kat luar tu. pastu jalan2 kat ikea coz aku nak cari hanger untuk tudung and shawl aku yang berlambak2 tu (banyak ke?). jumpa pun. rm25! amik 1. hehehe. ambil katalog ikea for 2010. aku suka design ikea. agak2 kalau la pindah tempat lain, ada tak kedai perabut yang jual perabot dan barang2 design ala2 ikea? aku memang minat gaya macam tu. perabot kaler putih, rak yang simple2, simpan dalam kotak pastu susun je ikut citarasa kat rak or almari. wardrobe guna sliding door or just ada langsir je tutup.....uish...i like. senang citer, ko tengok la katalog org je ikea tengok susun atur kat sana. semua aku minat esspecially using black and white colour. nice!
apa ni? aku dah minat nak tengok barang2 rumah. ada rumah sebijik best ni! hahaha. aku tak harapkan rumah besar. asal aku selesa, ok la tu. appartment scale pun ok. tapi hopefully 'rumah-atas-tanah' bukan 'rumah-atas-angin'. aku nak bukak pintu boleh pijak rumput karpet tu. indah!
melalut lagi!
nak citer aku p jalan2 dengan emon je. hahaha. merepek meraban ke angan2 tu pe hal? penat jalan2 kami makan kat apa-nama-kedai-tu-tah-tapi-ada-word-nyonya. aku makan asam laksa, emon curry laksa. but, i prefer more asam laksa kat food court one utama. lagi best. nyum nyum.
nak balik dalam kul 4.40pm, rupanya kat luar ujan lebat. dok dalam bangunan mana la nak tau ujan kat luar tu kan. then, balik!
bubbye.