30 October 2009

akhirnya, terbuka sudah....

semua fb dan blog aku except mail yahoo.
Ya Allah! seminggu lebih aku tak boleh bukak internet, rasa tak lengkap aktiviti harian aku. tak tau nak buat apa. masa banyak aktiviti boleh diupdate, tak boleh bukak blog. sampai aku tulis kat fb mungkin blog aku bersawang. memang bersawang.
abah dah balik tadi. naik ketapi dari Sg.Buloh kul 8.30 malam. abah mai dengan paklang hantar angah ke Shah Alam. angah pun dah slamat sampai kat Kuching. sms yang aku dapat petang tadi, 'menakutkan'. tah hape2 adik aku tu.
esok dah start exam untuk students sesi petang. kelas pertama aku kena jaga, ya, macam biasa, kelas 1K. jenuh la esok aku nak susun budak2 'istimewa' tu. exam start lambat, budak jadi malas sebab dah abis silibus.
dah nak cuti weh! yang penting aku tak jaga spm/stpm tahun ni. huahahahaha. bagusssss! baru cuti sakan walaupun sebenarnya cuti tahun ni lebih pendek.
aku tengah sronok ni. berukband aku dah bertukar jadi broadband balik! i lap u la!

22 October 2009

*malam ini*

Aku nak tengok teater tapi takde geng! Waaaaa.
Skarang kan tengok bising pasal kemunculan teater CUCI The Musical. Aku tringin nak tengok. Tapi aku takde geng. Kawan aku tak minat. Dayah p tengok dulu. Ko tak cakap kat aku weh!
Anyway, tadi abah call nak datang KL sabtu ni coz nak antar Angah. Kumpul kat sini before fly to Kuching. Hotel apa tah. Rasanya Blue Wave Hotel, Shah Alam. Tak penah dengar pun. Check in kul 2.30 pm, Isnin ni. Aku keje la. Pakcik offer nak antar. So, sabtu aku amik depa, rehat kat rumah sat, pastu trus g Klang, rumah pakcik.
Pastu, tengok la apa nak wat. Ingat macam nak g antar sampai KLIA. Tak bleh la kot. Keje weh! Keje!
Adik aku dapat ngajar kat SBP. Harap2nya kurang la masalah disiplin macam yang aku alami tiap2 hari. Cabaran dengan budak2 pintar plak la. Mmmmmm. Mana2 pun ada cabaran. Sama je.
Aku mintak tukar tu, apa citer ek? Dapat ke? Tak ke? Sabar...tunggu 6hb ni.
Aku tengok ntv7 skarang. Ada rancangan deco but in mandarin la sebab ni program dari Singapore. Cantik gak. Tiap minggu ada tema sendiri dan depa fight sapa menang dapat terus perabot dan decoration yang dah dibeli. Kalau kalah, barang kena angkut balik. Designer dia kelakar: Mark and Brian. Malam ni tema tahun 1920-an, art deco. Barang2 kaler gold, simetri. Tak minat sangat. Aku suka deco macam hotel, minimize, tak crowded, barang2 yang bentuk pelik2, brand new. Kalau masuk Ikea memang aku suka. Aku suka design macam tu. Tak serabut.
Melalutttt! Tak de motif btol! Suke ati ah.
Rumah idaman....bila nak dapat ni? Rumah sewa pun tak kira la asalkan rumah aku, tak share dengan orang lain (dengan laki aku je). Aku nak deco sendiri, perabot pilihan. Setakat ni, pilihan kami sama.....ek. Moden but minimize and simple with a bit wierd shape. Uishh. Mengada btoi!

Bitter Heart - Zee Avi

Sun rays come down as seen when they hit the ground,
Children spinning around till they fall down down down.
I wait for you: it's been two hours now,
You're still somewhere in town,
Your dinners getting cold.
I rest my case you are always this late,
And you know how much I hate waiting around 'round 'round,
Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside,
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide,
Bitter heart, my bitter heart is gettin' just a little fragile,
Bitter heart, bitter heart of mine.
And then you come and tell me the same reason as you did yesterday,
So tell me whats her name.
Doo doo da dum, doo doo da dum, doo doo doo doo doo doo da da dum dum, da da da da dum, da da da da dum, da da da da dum.
Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide,
Bitter heart, my bitter heart is just getting a little fragile,
Bitter heart, bitter heart of mine, of mine, of mine, of mine, of mine, of mine.

Check out this song by Zee Avi. Very relaxing. Nice music score.
bitter heart

21 October 2009

~sej.a.dah ber.d.ri~

sejadah berdiri? dah banyak kes jadi. apa pendapat korang? betul ke tipu? kalau nak kata petunjuk akhir zaman....ya, mungkin ya. kalau kata ada yang nak cari publisiti pun....ya, mungkin ya.
apa pun, kalau ni betul2 jadi, takkan korang tak takut?

ni berita semalam:

PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.
Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.
Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.
Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.
"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.
"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya.


baca ini jugak

20 October 2009

sorang+migrain

Tengok Gossip Girl.
Like Serena.
Bukan sexy nya dia.
Suka watak nya yang boleh masuk dengan semua orang, jadi kesayangan semua orang, cantik, pandai bergaya.
Then, aku suka Dan: hensem (hahaha), cool, baik.
Ari ni mc coz I have some kind of headache (naaa..... migrain!).
Dah ambil ubat.
Dah makan ubat.
Tapi tak boleh tido.
Sorang.
Ida tak balik lagi.
Dia pun dapat mc 2 hari coz kena diarhea.
Malam ni aku sorang lagi la.

19 October 2009

entry takde tajuk

sudah pulang.
keta kecik aku pecut 120km/j average.
kena saman mampus le.
penat drive.
cuaca sangat mendung dari kampung sampai masuk selangor.
sedap skit drive.
ida balik esok.
crk.
sekarang ni wat aktiviti tak berpekdah.
tengok cerita p.ramlee.
surf internet.
msg2.
eh, msg2 tu penting :)
internet tak bagus.
kejap2 ilang.
nak bagi ngantuk ni.
nak tidor.
mimpi sesuatu yang indah.
huhuhu.
mimpi dapat tukar ke...indah tu.

18 October 2009

home sweet home

i'm in hometown now!!!!!
peace in my beloved home sweet home.
all the kittens welcomed me. hehehe
5 kittens with 1 new 'kitten angkat', black one.

angah just know that she will be posted to kuching.
nangis!
once she know she got friends who will be posted there, so, ok lor.

she'll be 'pokcik kayo'.
list the allowance that she'll get.
hahaha.
how 'tamak' that?
i told her, i can go there next time but she has to pay for my flight ticket!
i like!
smile with the meaning.....'boleh blah!'

15 October 2009

hari 1st = hari last

Mengantuk!
Perlu tidor!
Hari pertama ke sekolah selepas berkursus selama 3 hari merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti Deepavali.
Malas, penat nak ke sekolah memang ada.
Tapi tuntutan tanggungjawab, aku pergi jua.
Mengajar (sebenarnya lebih kepada ulangkaji) kelas2 hardcore....1H, 1K.
Layan je la budak2 tu.
Esok cuti.
Aku ada plan.
Hehehehehe (gelak keji yang penuh bermakna).
Aku nak g buat roadtax la.....pergggghhhh.
Macam best sangat aktiviti tu.
K, kena zzzzzzzzzz.
Ngantuk sangat.
Bubbye.

kisah tegak bulu roma aku!

Kursus Pemurnian Data KMLDP SU LDP_Astana, PD_12-14 Oktober 2009.

Day 1:
Bertolak pukul 3.30 pm ke Selayang Mall sebab dah janji untuk jumpa Kak Ros di situ je. Ida yang hantar. Bila sampai je, Kak Ros memang dah sampai situ about 5 min. Gerak ke Sri Gombak, amik Kak Kirah. Pastu terus ke Petronas kat Jalan Kuching, amik Kak Pah. 3 persinggahan, bukan 7.
Sampai ke PD around 6pm selepas beberapa persinggahan. Dalam perjalanan aku disogok dengan beberapa kisah momok di tempat yang kami bakal tido untuk 2 malam. Harap2 bukan bermalam di blok 3. Memang environment kat tempat tu menyramkankan, mungkin tambah seram sebab cerita Kak Pah tadi.
Malam terus ada slot. bukan slot aku, tapi slot Kak Wan, pengenalan. Ini wanita yang dah lama menjadi JU LDP. Memang talk yang diberi in high confident.
Kul 10 lebih naik bilik, kami wat kerja2 menge'burn' cd nota. Aku tak suka sangat burn banyak2 cd guna laptop aku. Bau hangit, cian cd drive aku penat! Hahaha. Kul12.30, dah penat, kami masuk tido. Aku macam biasa sebilik dengan Kak Pah. Tak boleh tido. Terbayang cite2 tadi la ni. Terlelap, kul 2 aku terjaga sebab dengar bunyi perabut disusun may be kat aparment sebelah or atas apartment kami. Tapi yang sure nyer, no one there! Ilusi, katakan itu ilusi je....Pastu lelap lagi. Then, kul 2 pagi terjaga. Macam dah lama je tido rasanya. Angin kuat, ribut, bunyi macam angin masuk ikut tingkap bilik di kanan dan depan katil kami. Sangat kiat, bunyi pelik, dinding macam dihentam, goyang, gegar. Pokok agak jauh dari dinding apartment, agak mustahil nak hentam dinding macam tu. Ribut! Macam2 doa, ayat kursi, ayat Quran aku baca. Aku ingat aku je tak boleh tido, Kak Pah pun tak boleh.

Day 2:
Bangun2 semua share cerita. Semua tak boleh tido except Hing. Dia tau ribut, tapi boleh tido. Jeles btoi! Kak Ros sebilik dengan Kak Kirah. Kak Ros lagi best. Siap menjerit Allahhu akbar! Kuat, badan terhempas kat katil. Dia kata dia nak cakap tapi tak boleh. Kak Pah dengar orang berdehem2 kat tingkap bilik, aku x dengar plak yang tu. Bunyi angin pelik, aku dengan Kak Pah yang dengar lebih sebab tingkap bilik kami ada di 2 penjuru, kanan dan depan katil.
Turun ke hall. Hari ni taklimat oleh En. Ahmad PPD Gombak (kewangan), Pn.Chua (garis panduan) dan Ust.Faizal (KMLDP). Kami JU2 sambung keje burn cd sambil main FB. Keje 2 in 1, pengurusan masa berkesan. hehehe. Macamana nak menempuh malam ni?
Malam, dinner besar2an. Makanan pun banyak dari biasa. Sembang2, kul 10 dah naik bilik. Dok 1 bilik ramai2, sembang, dengar cite yang lucu2 tentang maid akak2 ni. Nak dapatkan mood untuk tido. Harap malam ni lena. Agak2 apa jadi. Better or worse? Lagi teruk! Ribut, bunyi angin lagi menyeramkan. Yang penting, kami tak boleh tido, ditambah dengan sakit perut! Mungkin keadaan apartment di teluk, angin datang dari pelbagai arah menghentam dinding menyebabkan orang tak mau dok kat apartment tu. Bunyi jagi sangat menyeramkan. Dahla sebelum ni apartment2 tu ditinggalkan lama sebelum ditukar pengurusan kepada orang lain. Sebelum ni Sunshine, sekarang Astana. Antara tu.....aku tak tau la.

Day 3:
Semua tak sabar nak balik. Pagi ni slot Kak Kirah dengan aku. Sebab cirit birit, kami share slot ni. Asalnya aku nak jaga power point je, bagi Kak Kirah cakap. But, half way, aku bagi talk sebab Kak Kirah nak g buang 'hasil'. Saya pun rasa nak membuang gak kak! Slot habis kul10 am. Makan pagi, pastu kami bergegas balik bilik, tukar baju, amik beg, blah. Tak sanggup nak dok lama2 kat situ. Lif kat sini pun tak mengalu2kan pengunjung. Keje nak kepit orang je.
Yang penting, sakit perut tidak menjejaskan mood untuk jalan2 kat Nilai 3! Aku sambar 2 kain ela: 3m viscos bidang 60", 4m kain kosong 2 tone nak wat kurung pahang. Pastu, gila, sambar lagi black kebaya pasang. All for RM130. Dah la. Aku lagi gila tengok kain pasang dari blouse mahal, karpet, tikar buluh and bunga. Belum masa kot aku nak beli benda2 ni. Rumah kat kampung dah ada barang ni. Lagi pun aku rasa susah nak muat tikar buluh tu daha keta comel aku walaupun aku minat sangat nak beli (mak dah ada 2 tikar buluh yang besar. mana lagi mau hampar?)
Sampai rumah kul 5.30pm. Kak Ros hantar sampai depan tangga apartment aku. Lega sampai rumah sendiri!

13 October 2009

Semalam tak boleh tido.
Macam2 bunyi ada.
Tido kejap pastu terjaga.
Pagi, bila bangun semua share cerita.

11 October 2009

seng-gut-gut

Seng-gut-gut!!!!!
Tu citer semalam la.
Ari ni aku masak laksa!
Lama tak masak laksa.
Wat laksa kuat sardin tin je.
Xpenah rasa?
Try le.
Sedap wooo!
Nak wat pun cepat.
Dah skip keje2 siang ikan, rebus ikan, perisi isi ikan.
Kan senang.
Petang ni nak pegi jalan2...open house membe skolah.
Rumah aku?
Sama je...i close my house.
Rumah bujang mana ada banyak barang nak wat open house.
Kat kampong boleh la.

09 October 2009

sudah bertukar menjadi homo sapiens yang malas menggerakkan jari untuk tekan keyboard mengupdate blog ini. kenapa ya? 1) tugas lain lebih penting, 2) waktu terluang hanya untuk tidur, 3) memang malas!
boleh pakai alasan2 tu?
esok dan lusa adalah hari rumah terbuka. tapi rumah aku sama je, still will be rumah tertutup. lagipun ramai kawan yang serik nak datang sebab pakgad memang sangat dedikasi. kenderaan tanpa sticker tidak lepas ke dalam pagar kawasan apartment. interview untuk masuk kawasan ni macam interview nak cari kerja. lama!
tulat, aku akan ke PD lagi. menjalankan tugas pertama sebagai JU. layak ke aku? aku rasa ramai lagi cikgu2 senior yang layak. tapi, think it in positive way la. terima, wat keje. kawan aku kata cita2 aku untuk bertukar mungkin terkubur je. dayah, jangan doakan aku macam tu. aku nak tukar. huaaaa!

08 October 2009

Da Kursus @ PD


~La Santai Di Pantai~



~Kursus yang sempoi~


~JU LDP sekolah menengah Gombak~

A Road To Be A Better Teacher

Dah bersawang, berlalang agaknya blogku ini?
Lately, aku sangat busy.
Facebook pun singgah kejap, baca, tak de tindakan susulan.
3.10.2009 yang lalu aku handle kursus perkembangan staf sekolah aku (terakhir untuk tahun ni) dengan kehadiran 111 guru termasuk GSTT.
Alhamdulillah, teramai setakat ni.
4.10.2009, dalam pukul 3.30 petang, aku bertolaj ke PD untuk Kursus Pemurnian LDP School Based Untuk JU Selangor. Sebelum tu, aku pegi rumah Sue, ada open house.
Tunpang kereta Kak Ros dari SMK Sri Gombak dengan Kak Shakirah SMK Sg. Pusu untuk ke PD.
Tak kenal pun Kak Ros ni.
Ari nak pegi baru berkenalan.
Aku jadi JU?
Sungguh tak sangka.
Sepatutnya guru2 SU LDP senior patut diutamakan.
Tah apa kriteria yang menyebabkan aku dipilih pun aku tak tau.
Setakat ni, aku wakil Gombak yang termuda.
Dok sebilik dengan senior2 yang dah berkahwin, mula2 agak 'ginjal' la.
Lama2, boleh masuk sebab kakak2 ni sangat sempoi!
Actually bagi aku, ini bukan kursus but more to divide the work among us.
Sapa jadi penceramah, ajk pendaftaran, sijil, bahan, PA systems....
Sebab tu rasa enjoy je.
Abis slot, kami g lepak tepi pantai waktu petang.
Nasihat member2 office kat sekolah..."Fizah, jauhi pantai!".
Masalahnya bila baca SMS tu, Fizah ni baru naik dari lepak kat tepi pantai.
Thanks friends.
Aku ada rakan2 yang prihatin.
Kursus ni tamat 6.10.2009.
Balik dari kursus, kami singgah Nilai 3.
Ni la 1st time aku pegi situ.
Patutla ramai yang 'giler' shopping kat sini!
Banyak choice!
Tapi bagi aku, ada barang yang murah kat sini, ada gak yang lebih murah kat hometown aku.
So, kena bijak memilih la.
7.10.2009, aku ke sekolah macam biasa.
Budak2 petang dah dicutikan bergilir2 sejak last week.
Ari ni PMR dah mula.
Sunyi je sekolah aku.
Kalau tak, macam tongkang pecah, ribut!
Kami cikgu2 dapat buat banyak aktiviti dan keje2 yang tergendala sebab budak tak ramai.
Aku sambung keje2 LDP.
Ingat pesan boss LDP aku di PD, dah jadi JU LDP, LDP kat sekolah kena more to tip top la.
Huissshhhh, berat tu....hehehehe.
Aku dah penah nangis, aku dah penah diam sebab tahan marah, dah ada orang yang merajuk sebab aku busy sangat, mak aku kol pagi2 tak tido lagi menghadap keje, aku dah rasa macam2 sejak pegang jawatan ni.
Harap berbaloi2 la semua tu.
Komen2 dalam FB, mmmm....rakan2ku memang prihatin.

Nur Hidayah Mohamad Yusof
huaaaa, jd JU tuuuu

Liza Azhari
bravo n congrate!!!

Azarina Kamalul Azam
Baguih..lagi la tak dak alasan nak mintak tuka!

Jarina Abdul Rahman
bagus lah jadi ju ladap. all the hard work was worth it kan. di iktiraf.


Norzaini Abdullah
tahniah! hepi tengok ckgu muda yg aktif..jgn menolak tugas yg diberi..itu pengalaman..

Nor Addha
tak sia-sia nangis hari tu.........baguslah JU ladap tahniah


Nor Addha
betul........release the pain absorb the energy...........the energy never dies...boom boom boom (black eyed peas)


Next week aku akan ke PD lagi.
Antara penceramah untuk slot dalam kursus LDP.
Layak ke aku?
Doakan yang trbaik dalam hidup.
Amin!

02 October 2009

apa perkara bengong yang terjadi semalam?

semalam...

aku g skolah pas 2 ari tak hadir. isnin g meeting, selasa mc sebab diarhea. huhu. bila aku g skolah rabu, memang la bz sangat. mana nak check barang untuk kursus, wat pemplet, riso nota kursus, buku rekod tak tulis lagi. eeeee. serabut. tapi, alhamdulillah siap jugak. kadang2 pressure tu penting. kalau tak, keje tak siap.

petang semalam ada perhimpunan nak cakap pasal PMR, cuti deepavali. masa perhimpunan kak siti tanya pasal laporan disiplin alya. aku dah wat. esok kak siti nak. tapi kena tambah laporan untuk 3 budak yang main kaca ari selasa. main kaca? aku tak tau pun? yela, aku mc.
dah la teringat kursus dah dekat. pastu jadi ajk robotik lak. ni kena wat laporan disiplin lagi. huh!

so, pas balik skolah aku trus ajak ida kuar cari makan. tensyen je cari makan, mana pipi tak bulat? makan penting. dah makan baru leh wat keje kan.

peristiwa bengong aku cakap semalam tu jadi pas kami balik dari makan ni la. kami makan kat damansara damai. pastu aku nak isi minyak nak get ready kot2 esok kena drive sendiri g pusat sains negara. kami p kat stesen minyak kat situ. aku ni poyo je. kata kat ida suh dia tolong isi while aku g bayar n nak cucuk duit (aku nampak atm kat dalam kaunter dia). dengan confident aku masuk tak tengok board atas pintu. g kaunter, ulur duit nak isi minyak. pastu aku tengok apasal kaunter ni pelik. pastu awek cashier tu kata, "kak, nak isi minyak bayar kat kaunter kat luar." skali aku tengok....wah, bongek la! ni 7e! mamat kelantan mana tak dok bratur kat atm tu baek punya kata, 'malu ah tu.' bengong! sah2 la aku malu. wat bodoh je. aku usyar kat luar. kaunter minyak tu btol2 je sebelah kanan keta aku.

mamat kelantan tu blah (student kolej mana tah). aku pun p kaunter. aku tengok ida dok picit pam tu dari tadi. sure tak kuar. aku tak bayar lagi. p kat kaunter, mamat yg jaga kaunter tu kata,"kawan akak dok picit pam dari td lagi." hahaha. siap promote kawan dia lagi. aku malu tak abis lagi. tengok gitu2 je la budak2 2 orang tu.

p atm, amik duit, masuk keta, cite kat ida. minah ni bantai gelak. patut la dia kata dia picit tak kuar2 minyak, aku bayar untuk pam mana? aku p bayar kat mana? huh. bengongggg!

01 October 2009

pengalaman 'malu-giler-sioooottttt' aku tadi pas makan.
memang tebal macam tapak kasut la muka aku.
kaler apa pun tak tau la.
boleh tak kata, 'apa la bangang sangat rhope itu?????'.
tapi bila pikir balik, hahahahaha....salah aku.....
ari ni tak de mood nak update blog.
cukup la intro sependek ini unto reminder.
esok aku update!!!!!!!