30 July 2009

The bengangest thing! Think positive!

Pressure is all around my head! If I can go far from work for just a couple of day, forget all the papers and files that I have to face.....It would be very nice. Go to sleep...while I open my eyes, I see the blue sky, landing on a nice green grass, with colourful lollipop in my hand. Then, I take my coolest guitar ever and play a relaxing songs while waiting for my love to come and sit beside me!
What a wonderful dream! When will I get it!
After long time nothing new in this blog, huhhhh, now I'm starting writing bout a boring topic. Huhhh.
Me, now, I'm finishing updating my Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) file (yesterday nite loh, I slept 3.00am!). Like I have a strong instinct telling me that 'U should by hook or by crook, settle up-date all the data/papers/reports in that file!' Just like I though before, when I'm in school, my Penolong Kanan 1(PK1) asked for that file. Thanks Allah I've done it before.
I told her, " Fizah baru siap update semalam je Kak Ros."
She said, " Nasib baek dan update. Hahaha."
She very kind, humble, generous etc.....
1st work - settle!
Tomorrow I will pass-up my report on MAKLUMAT PELAKSANAAN DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA KPM BAGI TAHUN 2009.
It not an easy work to complete the task coz I have to go 1 by 1 facing senior and super senior teachers that jest looking at my paper bagging for their 'bilangan hari berkursus'. I put it beside relief book so that all the teachers can see the paper. But sadly, they just look! JUST LOOK WITH NO ACTION! Bengang beb! That's means I have to go to each of them that 'cannot see or cannot write' before 1 by 1. Boleh plak bagi hari!
Just now, I'm finishing the report so that tomorrow I can give it to Kak Azmah before they deliver to PPD.
2nd work - settle!
1 work more. This 1 not settle yet. My PATS file! (-_-")
What PATS is stand for???Program Anjakan Terbilang Selangor. If I'm not mistaken la. Hahahahaha.
This 1 is in process!
So, work harder Teacher Hafizah!
Lastly, I'm always remember this....
'Kerja memang takkan habis, but can be reduced. Jangan pressure sangat coz it will make things get worst. Seronokkan diri baru kita enjoy our work.'
Sometimes, kita memang ada masa felt very weak, tak boleh handle nicely. Masuk kelas tengok muka budak tak mau belajar, kita jadi down....but, take it positively la kan. Semua deserve to learn and have apportunity to learn. Teacher can encourage but cannot blaming. Let them enjoy their young age. Tapi kalau over excited, aku pun bertanduk gak. Depends on the situation la. Takkan budak pijak kapla pun just say let them be what they want!

xoxo,
Fiza_sensei
02:53am

salin baju untuk orang lain?

TukAr bAju!!!
TukAR bAjU a.k.a LaYoUt!
Tadi mum called. Mak cakap mak jumpa gambar aku time kecik2 dolu dalam album arwah paksu Man. Actually aku ada simpan gambar2 tu tapi x tau dah ilang mana since kami pindah rumah dulu. Pastu, masa Form 3 rumah aku banjir. The pictures dah ilang.
Banyak! Gambar aku muka ala2 barbie doll la tu. Hahaha. Later aku balik hometown aku amik gambar tu and post di sini ^_^

27 July 2009

Aku nak belajar maen gitar!!!!
Sapa bleh tolong???
Dah lama pendam.
Nak challenge diri buat benda baru!

21 July 2009

Harry Potter n d 1/2 Blood Prince






Semalam aku tengok Harry Potter 6. Akhirnya....Ari Ahad sebelum ni nak g tengok cinema full house! Ni sebab trailer dia yang nampak...uummmpppphhhh.
Prof. Snape jahat ke baik sebenarnya? Geram aku! Dah la gaya dia n suara dia bercakap semacam je.
Ending the 'hampeh'est of all. Apasal Prof. Dumbledore janggut panjang tu bleh mati plak? Ending macam director mati kawan aku kate.
Oh tak berbaloi2 wo tengok bila sampai kat ending dia yang........
(sila sambung sendiri)

19 July 2009

ketinggalan btol!


Aku baru tengok citer Transformers-Revenge Of The Fallen!
Best except bab awek berlari tunjuk lurah dendam.
Laki suka ah!
Memang guna pempuan habis2an nak bagi laku citer.
Apa kalau xde babak macam tu tak leh jual citer ke?

semut dan padi

Ikhlas......
seperti seekor semut hitam
di atas sehelai kain hitam
di waktu malam yang pekat
payah untuk dilihat
tapi jika disentuh
dicari
kita tahu ia ada.
Membuat kebaikan
seperti menanam padi
antara padi nanti pasti kan ada lalang.
Namun
jika ditanam lalang
pasti lalang penuh merimbun
jangan kau mimpi mencari padi.
Sama juga berbuat baik
antara kebaikan
pasti akan ada yang hasad dengki
walau baik yang dibuat
pasti buruk juga yang dicari.

18 July 2009

Hari yang memenatkan!

17 July 2009

sehari sebelum.....

Semalam tido lambat, sekali pagi tadi dapat call berita TAK best!Terus terbantut tak boleh tido. Nasib baik skarang dah settle semua benda tu.
1st call aku dapat dari Kak Hasnah office cakap budget makanan untuk kursus dah diturunkan dari RM15/person ke RM12/person. Dalam kepala otak aku ni menjerit2....KENAPA?????? Sebelum ni aku g meeting cakap boleh claim RM15! Patut naikkan, ni terbalik plak dah. Kak Hasnah minta aku betulkan kertas keje yang aku dah hantar ke dia tu. Dia plak akan call En.Awi kantin untuk sediakan invoice baru. Maknanya, aku kena la kurangkan jenis makanan yang disediakan esok. OK! Bleh diuruskan.
Konon nak la sambung tido sebab mata pun berat je ni. Tah macam mana aku boleh terlintas je nak call penceramah2 esok nak confirm dah dapat surat jemputan ke x. Aku call Tn.Hj. Ghazali yang nak bagi ceramah pengurusan ESQ tapi dia x angkat. Ada meeting kot. So, aku sms je la. Dalam ati dah risau.
After that, aku call En.Megat, penceramah pengurusan masa berkesan. Dia angkat. Tapi, bad news! Dia sekarang ada kat Pangkor dan confirm esok tak boleh mai. Aku dah terdiam dah. Dia cakap yang surat tak sampai. Boss dia antar ke Pangkor, dia pun terpaksa p la. Surat mana sampai dulu, yang tu la dia p dulu. Aku memang dah terdiam xtau nak kata apa dah. Mata dah bergenang ni! Aku citer la aku dah bagi ppd wat surat after aku confirm dengan dia 2 weeks before. Rupanya Kak Biah PPD baru faks semalam. Macamana la aku nak wat. Program tu esok. Semua pun dah tau. En.Megat cakap dia akan tolong. Dia minta Tolong En.Mat PPD cari pengganti dia. En. Mat p meeting plak. Tapi dia ada la bagi nama sorang cikgu skolah lain yang boleh ganti. Aku call cikgu tu tak dapat2. Dalam ati dah kecut2 dah ni. Jangan tak dak sapa ganti dah la.
Aku mintak tolong Kak Biah tolong cari penceramah ganti. Pagi tadi keje aku wat call ke merata tempat la nak cari penceramah ganti. Aku call office nak cakap dengan PK1 nak bagitau je tapi dia ada kelas. Macamana la aku boleh ngok sangat nak cakap kat Pengetua. Dia tak faham pun! Aku nak cakap je. Tak suruh dia cari pengganti pun. Nak mintak nasihat nak wat pe. Trus aku kena bambu dalam tepon. Kuat giler! Aku rasa orang office mesti dengar! Dia memang tak boleh paham orang lain la kot. Pas aku letak tepon aku trus nangis! Sedih tau! Kite dah susah payah wat keje, sebab salah orang lain, kita kena marah!
Last choice, aku call Kak Ina kaunselor sekolah mintak tolong dia. Aku memang tak wat back up la sebab penceramah memang dah confirm! Last2 jadi macam ni! Aku nangis kat Kak Ina ::malu siot (T_T")::
Kak Ina cakap minta tolong dari Pn Chiah and Rozi ::kaunselor skolah aku gak:: bincang back up plan. Walau pun jadi bidan terkejut, depa sanggup. Thanks friends!
Pastu Kak Biah call. Dia nak tolong cari penceramah ganti. Mesti dia tringat salah dia antar surat lambat tu.
Lastly, lepas berhempas pulas call merata2 macam orang minta sedekah, dapat la gak ganti penceramah untuk esok. Alhamdulillah.....
Harap program esok takde apa2 masalah dah. Cukup la hari ni aku dikelilingi masalah sebab kursus ni. Aku penat la macam ni. Tapi ramai yang tak faham pun. Cikgu2 asyik tanya kul berapa kursus tu abis esok. aku cakap petang, siap tarik2 muka lagi. bukan aku yang nak buat. Aku ni pun menurut perintah je.
Tolong la faham!

~post-morterm~

Kalau melayan Facebook memang aku tak tido malam le jawabnya. Tengok gambar kawan2 sekolah. Ramai jugak cekgu2 senior skolah aku yang melayan Facebook ni.
::termasuk big boss aku::
Tak de motif nak menulis. Cuma tadi ada meeting post-morterm PMR untuk guru2 Ting.1,2. Ting.3 diasingkan sebab di sesi pagi. Our meeting started at 11.30am.
Macam2 soalan kluar la. Kenapa pencapaian menurun?
::yang naik dia takla tanya sangat....biasa la tu kan::
Kalau turun, pastu nak wat pe?
Berapa % sasaran kerja dah tercapai?
Berapa % kita target untuk pencapaian akhir tahun?
Kalau kita tengok balik, memang sistem p&p sekolah di Malaysia sekarang berasaskan peperiksaan. Budak belajar pun pikir nak skor straight A, nak lulus exam. Niat dah macam tu, lepas exam sure lupa apa yang dah belajar kan. Belajar untuk exam je.
Ada cadangan PMR nak dimansuhkan nanti. Penilaian berasaskan sekolah. Guru sendiri yang bagi markah. Bukan 100% bergantung kepada exam la. Guru akan nilai adab, penglibatan ko-ko, pelajaran dalam kelas.....semua aspek la. Guru ada kuasa. Mungkin ini dapat membentuk pelajar yang lebih berkualiti dari segi JERI (jasmani+emosi+rohani+intelek). Baru la murid hormat guru lebih sebab guru tu yang akan tentukan markah dia. Bukan exam semata2.
Ni pun pendapat aku je la....
Dari sudut pandangan guru, of coz, beban kerja guru akan bertambah.
::sekarang pun dah sedia menimbun kan::
Guru kan enovatif dan kreatif. Guna la tu untuk kesenangan semua pihak.
Masa majlis APC ari tu, seronok tengok muka2 ceria guru2 Gombak yang dapat anugerah.
::ceria diri dihargai, jasa dikenang, dapat duit....hahaha::
Tu tanda penghargaan gak kan!

16 July 2009

Ini bukan entry Tahun Baru Cina!

Kalau dah pakai uniform,
sama warna,
sama jenis,
apa lagi???
Kalau bukan kumpulan nasyid,
atau mentara kenduri,
mesti AJK apa-ke-bende-tah
yang jugak kena buat kerja.
We are not the red kebaya group
(Of coz la....we're not wearing kebaya after all. We're in baju kurung!)
We are the members of 'AJK Sijil dan Cenderamata for APC 2008
a.k.a Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008.
This award belong to the great teachers and staffs in education sector in year 2008.
Not me!
I'm not enough great to be in that list.
(Hope so^_^)
From what I know, they will receive RM1k
(pretty much ha!)
A good teacher will do their best just not because of the reward (money)
but the satisfaction that we got when someone show their appreciation is the real reward.
Of coz money is important la (I never say no to that fact)
Without money, how do I live???
But,
if you got your money every month
but you cannot enjoy what you are doing right now (I mean your job)
so, it still zero.
Do the same things almost everyday.
See the same faces everyday.
Boring aaa!
Conclusion:
When you enjoy doing your job,
you can get more than you can imagine.
APC gives you money and certificate,
but u get satisfaction as a real reward regarding to your passion.
BACK TO THE PIC:
Itu gambar geng aku yang bertungkus-lumus menyiapkan sijil2 dan semua cenderamata untuk penerima bertuah hari itu.
PPD silap calculation la.
Tempah 700 tapi we are more than that.
May be depa lupa kira Pengetua dan Guru Besar.
So, kami sebagai AJK yang baik hati, dedikasi dan berwibawa ini tak dapat pun cenderamata yang kami buat tu.
Tak de la kenangan hari tu selain gambar2 sahaja.
Apa la nasib!
Sakit badan tak ilang lagi
(tu boleh kira as cenderamata x?)
Kami yang gagah perkasa ni la yang angkut semua cenderamata dari bilik yang disediakan sampai ke dewan.
(Math aku memang lembap. 100m ade tak? Ke lebih tah jarak dewan dengan bilik tu)
Bayangkan kami angkut 700 beg cenderamata dan 614 sijil yang berat.
(sijil saje x berat la, tapi bila +cover sijil tu.....uishhh...berat!)
Berat mata memandang,
berat lagi bahu kami yang memikul barang2 tu!
Apa2 pun, majlis berlangsung dengan lancar
even ada somewhere yang sangkut skit.
Thanks to all my mighty group members!
You are great!
^_^
6 of us are the AJK.
Stand in the middle is our Pengetua a.k.a big boss
(sebab tu warna kureng sama!hahaha)

14 July 2009

Penat!
Sakit badan!
APC punya angkara.
Kami yang wat cenderamata tapi kami x dapat.
Cian kan.
Kalau la esok boleh cuti....
Tapi esok ada mesyuarat disiplin.
HUAAAAAAA!
Nanti la update.
Malam ni nak rehat je.
Gambar pun x load lagi.
Ada dalam digicam lagi.
Kami punya baju warna merah.
Bila amik gambar ramai2 dah rasa macam Tahun Baru Cina je!

13 July 2009

ari birthday yang memenatkan

Bukan penat party ke, celebrate birthday ke, makan2 ke? Tapi penat wat keje. Tadi dari pagi berkampung kat PGC. Esok ada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 G*****. 614 orang dapat anugerah. Aku ni AJK bahagian sijil dan cenderamata. Penat la nak angkut, isi barang dalam beg cenderamata. Esok interframe muka kat atas stage plak. (nampak ke? padahal aku mintak keje back stage je! hahahaha)

Esok baju merah giler mak ngah! Nanti la aku letak. Baju sponser by pengetua aku dengan harga tutttttt. Hahahaha! (tudung xde kaler tu. Kena derma duit kat kedai tudung yang berhampiran la tu jawapnya!) Pagi tadi sampai sana dalam kul 10. Wat keje sampai kul 3.30 baru balik. Penat loh!

Balik dari PGC terus mencari tudung. Dapat! Dengan harga RM10. Ala, tudung bunga2 biasa tu je sebab baju tu plain colour. Tapi, di samping membeli tudung, aku mendapat ilham kilat untuk membeli barang lain plak. Guess what???



Elianto flat brush for blending=RM10





Elianto eye blander=RM8





Elianto eye primer=RM24


Hahahaha. Itu le hasilnya! Beli adiah untuk birthday sendiri.


Total=RM42. Tambah RM4 aku dapat teddy bear Elianto. But, aku tinggal dalam keta. Tak amik gambar plak tadi. Lupe!

Aku dah penah beli 2 brushes Elianto. For this time, that brand quite ok la (for me!). Tak kuase aku nak beli MAC mahal2 tu. Ni pun success gak!Bekas eye primer tu cute! Macam mirror plak although tu sah2 bukan type of real mirror. Cute! Aku dah mula kumpul make-up things ni skit2. Lama2 penuh la box aku tu.

Nanti adik aku grad aku nak conteng muke dia. Hahahaha!


09 July 2009

PPSMI...Say no plz. Can I?

2012....
No PPSMI!
What a bless?
Kita dulu pun blajar Sains ngan Math guna BM.
Ok je.
Takde plak dengar ada orang mati blajar guna bahasa sendiri.
Yang penting hati.
Kalau btol niat nak blajar boleh je.
Ni skarang aku tengok ada je budak yang brabuk speaking London.
Tapi, time nak jawab soalan, ke bulan jugak.
Reti cakap BI tak semestinya tau aplikasi dalam p&p.
Memang bila sambung study kita akan guna banyak buku written in English.
Tapi, memang boleh survive la.
Kalau dedah awal2 tapi tak berkesan (kureng), so, watpe nak continue?
Kalau cekgu semangat tinggi melangit nak ajar fully in English tapi budak terkebil2 tak paham sepatah haram tak guna gak kan.
Bagi aku, apa yang penting ilmu tu disampaikan tak kisahla dalam bahasa apa pun.
Walaupun sekarang aku dah guna 3-4 bahasa, kalau betul aku boleh sampaikan ilmu tu kat budak, aku puas.
BI+BM+translate ke BC+bahasa isyarat ayam itik
~ada gak budak yang bila kita cakap dia tengok kita macam alien. Tak paham aku kata apa. Budak pekan ni, bukan aku ajar anak orang asli. Anak orang asli skarang lagi pandai daripada budak2 bandar~
Thanks Timb. PM dan semua yang memahami^_^

08 July 2009

Naruto Shippuuden
Japanese name:
Naruto Shippuuden
Japanese name:
ナルト 疾風伝
English name:
Naruto Hurricane Chronicles
Dates:
February 15, 2007-
Broadcast time:
Thursday, 19:30-20:00 (7:30-8:00 pm)
Number of episodes:
75+
Animation Studio:
Studio Pierrot
Production Company:
Broadcaster:
TV Tokyo (TX)
Creator(s):
Masashi Kishimoto (manga)
Series Director:
Hayato Date
Episode Director(s):
Producer(s):
Tomoko Gushima, Fukashi Azuma (TV Tokyo), Ken Hagino (Studio Pierrot)
Planning:
Junki Takegami (series composition), Satoru Nishizono (series compostion), Yasuyuki Suzuki (series compostion)
Storyboard(s):
Writer(s):
Art Director:
Shigenori Takada
Character Designer(s):
Tetsuya Nishio, Hirofumi Suzuki
Animator(s):
Yasuhiko Kanatsuka (director), Dae Hoon Kim (director), Zenjirou Ukulele (director) >
Backgrounds:
Music:
Sound:
Voice Actors (regular characters):
Junko Takeuchi (Naruto Uzumaki), Noriaka Sugiyama (Sasuke Uchiha), Chie Nakamura (Sakura Haruno)
Genre(s):
adventure, ninjas, martial arts, school
Home Videoinformation:
Note(s):
This series continues Naruto (2002).

~hero ku~

Naruto

Japanese name:Naruto
Japanese name:ナルト
English name:Naruto
Dates:October 3, 2002-February 8, 2007
September 10, 2005- (United States)
Broadcast time:Thursday, 18:30-19:00 (6:30-7:00 pm) (original broadcast time)
Number of episodes:220
Animation Studio:Studio Pierrot
Production Company:
Broadcaster:TV Tokyo (TX)
Cartoon Network (United States)
Creator(s):Masashi Kishimoto (manga)
Series Director:Hayato Date
Episode Director(s):
Producer(s):Tomoko Gushima, Noriko Kobayashi (TV Tokyo), Hiroshi Hagino (Studio Pierrot)
Planning:Katsuyuki Sumizawa (series composition), Junki Takegami (series composition)
Storyboard(s):
Writer(s):
Art Director:Shigenori Takada
Art Design:Takuya Kawami (color)
Character Designer(s):Hirofumi Suzuki, Tetsuya Nishio
Animator(s):
Backgrounds:
Music:
Sound:
Voice Actors
(regular characters):
Junko Takeuchi (Naruto Uzumaki), Noriaka Sugiyama (Sasuke Uchiha), Chie Nakamura (Sakura Haruno), Kazuhiko Inoue (Hatake Kakashi), Toshihiko Seki (Iruka)
Genre(s):adventure, ninjas, martial arts, school
Home Video
information:

Note(s):In addition to the tv series there have also been two Naruto feature movies: Naruto: Dai Katsugeki!! Yuki Hime Shinobu Houjou Datte Bayo! (2004) and Gekijyouban Naruto Daigekitotsu! Maboroshi no Chiteiiseki Dattebayo! (2005).

This series is continued by Naruto Shippuuden (2007).

ujan jugak akhirnya malam ni walau tak lebat. aku rindu time ujan lebat dan kita perlu tarik selimut untuk tido.
~sebab kl sangat panaz~

07 July 2009

tido-bangun-keje-sahur-tido

Kali ni turn aku buat soklan ujian PM a.k.a Moral Ting. 1. Skit je. 10 soalan objektif, 3 soalan subjektif. So, total ialah 40 markah.
A/40 x 100%= B%
Ala, macam tak biase. Dolu2 zaman skolah kan korang pun teror kire ni gak kan.
Aku pose tadi. Balik skolah, berbuka.....tik tok tik tok......kul 9 aku dah kebabom dah. Tapi aku bangun balik kul 11 tadi wat keje. Cemerlang btol la! Hahahaha.
Stop jap. Sahur!
k, sambung balik.
Skarang tak tdo g ni. Dah kul 5 pagi weh! Baru pas sahur je. Aku nak lelap jap sementara masuk subuh. Aku dah pesan Ida. dia nak g skolah, ketuk pintu aku sampai bunyi ala2 nak roboh. aku takut terlajak tido je ni.
Mata dah ngantuk. so, tido dulu le.
Memang terbaek. Makan pas tu tido. Sapa ajaq???

06 July 2009

akhirnya~

With a lot of struggles, i am finishing my discipline reports for those who will be 'gantung' and 'buang' school. Full 33 pages with:
13 gantung sekolah
3 buang buang sekolah
Bukan senang nak wat tau. Kena check betul2 tarikh, masa, kesalahan, tindakan. Check dari fail penalti, dari borang cegah ponteng. Mata yang besar berseri bertukar jadi malap dan sepet macam kartun iklan 'eye-mo' tu la. Dah le rabun kan O_O~
Dah siap print. Esok kena fotostat bebanyak je untuk Mesyuarat Lembaga Disiplin sesi petang. Katanyer next week la. But, depends on Pengetua gak. Mana la tau kot2 ada meeting ke hape ke last minutes kan.
So, selamat memboringkan diri la untuk aku and the geng. Meeting sure lama punyer. Ramai orang nak cakap, budak nak bela diri lagi. Huuuu

05 July 2009

Kemalasan meng'up-date' blog yang menjadi2. Jari2 malas menyentuh keyboard (untuk berfoya2) yang menangis minta dibelai.
Semangat kerja yang sangat tinggi kerana perlu menyediakan laporan yang berkajang2 untuk sesi 'gantung' dan 'buang' budak2 yang kureng-minat-belajar-tapi-minat-main2 next week.

03 July 2009

Sudah agak ketuaan begini baru teringin belajar menconteng muka (T_T)
Kini aktiviti ini telah menjadi kegilaan aku. Walaupun tidah dapat bermapan2 ke sekolah, +belajar/main2/melaram sorang2 dalam bilik+
tapi aku rasa puas gak la. Ada gak aktiviti baru aku buat sejak 2-3 bulan ni. Latest, aku beli palette 78. +adakah ini permulaan untuk terjebak secara serius sedangkan sebelum ni aku dah ada produk maybeline yang cinonet2 tu?+
Kegilaan baru. Dan, sejak bulan lepas, aku teringin nak belajar petik gitar. Nampak cool dan bermutu tinggi je. Dah lama minat. +minat tanpa ada pergerakan ke arah itu+
Annoy???
Aku buat untuk aku la. Rasa nak kembali belajar somethings.
+rindu zaman jadi budak2 sekolah dan zaman skema budak U dulu+
Malam ni aku tak rasa nak menconteng. Tunggu this weekend bila aku dah rasa relax skit. Baru mood mendatang!
Weh! Geng aku ni tak de dengar plak plan nak berbowling malam sabtu ni. Selalu gian sangat!

wish no.2

~ This~

~And this~

~The same thing~

~But in different angle~

~so, my 2nd wish accomplished ^_^ ~

01 July 2009

keanggunan terserlah kalau cekgu tak pakai spek?

Adus! Ini boleh dikira sebagai komen membina daripada anak murid atau kutukkan pedas juri2 awam kecik di sekolah?
"Cekgu jangan pakai spek tau. Lagi cun maaa" (^_^)
atau,
"Cekgu, ada tertinggal sesuatu tak? Ari ni cekgu tak pakai 'itu' (merujuk kepada spek ala2 old school aku). Lagi 'leng-loi' maa" 2x (^_^)
atau,
"Mata cekgu nampak lagi besar kalau tak pakai spek" (-_-')
+ yeke? klentongan yang kurang berjaya ye. setau aku aku ni golongan sepetes+
Tapi ada 1 budak pelik,
"Cekgu, ari ini ada tinggal barang aa? Bole nampak ka? Kasi U punya 'abang' antar itu la. Mata U nampak besar, banyak takut tengok oooo" (T_T)
+versi anak-apek-baru-blajar-BM+
2x pelik,
1st, mata aku besar, orang takut nak tengok
2nd, suruh 'abang' aku kat rumah antar. Tetttttt....abang????Skali lagi...abang??? Di rumah???? Ada ke??? (O_O)

insomnia melampau!

Apa kes aku susah tido malam ni? Tiap ari macam ni. Malah, mataku makin terang bersinar bercahaya warna pelangi la. Kalau aku pekerja shif malam, sure bos sayang la. Tak terhangguk2 je cium meja. Pekerja contoh la kirenyer!
Ni la hikmah aku dibagi keje waktu petang. Masuk 1.15pm, balik 6.45pm +kalau tak de meeting @ benda2 yang menyebabkan aku sebok merajinkan diri p skolah awal+
Buatnya aku keje pagi! Pakai ah! Tiap pagi mata aku macam tumpah sirap je. Sirap limau 1! Disebabkan aku keje petang, mata aku dah kembali fresh la lepas beberapa jam berenang-berjogging-menyelam kat bilik aku. Kan dah segar semula ^_^