28 June 2009

combine sekali je~

Lama tidak menulis. Mungkinkah kerana terlalu busy??? Hahahaha. Ye jugak la.
Jumaat:
Hari Jumaat jadual adalah biase2 aje. 4 waktu. 2 sebelum rehat, 2 lagi lepas rehat. Sabtu skolah ganti weh! Adalah tidak bagus sekali ye.... Ari cuti telah digunakan untuk kemudahan di hari kemudian. Ganti cuti raya. Takpe! Cuti raya 1 week...I like!
Kitorang plan nak g maen bowling lepas Isyak malam tu. Yela, kena pikir gak kami yang sesi petang ni. P 10 orang...plus 2 orang babies. Anak Na'imah and Kak Fiza. 10 orang ni termasukla husband2 kawan2ku itu ya. Sporting kan kitorang. Dah jadi geng dah skarang. Tinggal aku, Ida dengan Gee je yang single mingle lagi. Coming soon la jugak kan....
Aku maen dengan hudoh sekali la. Lebih ke longkang dari pin (O_O)
Cekgu pun ada benda gak tak pandai kan.Bukan semua teror. Sebelah kitorang memang makcik-giler-teror-terorist la. Aku rasa dia kecian tengok kami kot. So, dia menurunkan ptua2 yang bagus untuk dipraktikkan. Makcik kate:
1) Aim arrow kat tengah, jangan tengok pin.
2) Bila dah baling, tangan naek arah kul 12
3) And then, tangan genggam macam nak shake hands.

::bagi korang yang dah teror maen, abaikan la teknik ni. Ini bagi budak baru belajar je::
Pas ilmu diturunkan...nah...bleh plak jatuh banyak pin. Oh makcik! Nape tak ajar kami awal2? Adakah salah makcik itu? Tettttt. TQ la makcik ajar kami. Yang best, dia tanya kami ni student U mana? Ida malu2 je nak jawap,

"kami cekgu"

Dalam ati....malu siot....cekgu maen bowling baling ke bulan je. Hampeh ah!

Sabtu:
adalah hari ganti ye. Budak mai pun ada la sekangkang kucing. Skit sangat la. Majoriti beberapa belas daripada 35-40 pelajar. Sabtu ramai budak tuisyen la, kelas muzik la, tengok tv la. Sekolah ganti ni memang ganggu schedule budak2 tu di hari minggu lah. Aku ingat combine kals tapi Kak Siti kata tak yah. Masuk kelas masing2 je. Budak bapak la boring. Nak blajar, ada la 10 orang datang 1 kelas.Kurang 1/2 kelas tak mrngajar la jawabnya. Aku yang jaga budak ni pun boleh ngantuk, budak lagi la. Budak laki maen lompat sapa paling tinggi. Pempuan salin lagu dalam buku pas tu nyanyi. Bila cekgu tengok malu2 unta lak.
::kite pun penah alami ni dulu. Aku siap ada buku tbal lagi tulis lirik lagu. Siap ada index lagi!::
Guna jadual ari Jumaat. Kelas mula 12.40-5.00 petang. Boleh balek awal. Masa aku dengan Kak Ida nak p solat, ada sorang budak datang 2.20 petang. ::anak murid aku gak la ni::
Sah konfius-fius budak ni. Btol2 guna jadual ari Jumaat ni! Masuk skolah kul 2.30 petang! Kan dah bagi surat siaran cakap 12.40 mula skolah. Hai la budak! Kul 5 semua kalut nak balek. Sama naek je cekgu dengan budak.
::bukan kena dahulukan budak ke? Cekgu balek lambat skit dari budak. Naaaaaaa. Ari patut cuti, balek cepat adalah wajib!::
Malam g Mydin beli barang masak sebab family adik Ida nak singgah tidor kat rumah kami. Nak antar adik ipar dia masok UKM.
::apasal orang kita ni...nak masok U sorang, yang antar 1 batalion!::

Ahad:
Pagi g rumah Noor makan nasi dagang mak dia buat. Sedap wo mak dia buat. Tengok baby dia sekali. Apa nama tah? Tak salah aku Irfan kot. Sama nama prof aku kat USM dulu, Dr. Irfan. Cute dan puteh!
Pastu menyinggah rumah Farhana. Anak dia memang brutal giler kentang la. Kena air panas sebelah tangan ari Khamis ari tu tapi dia cool je maen2 macam tak sakit apa2. Kita yang tengok rasa seriau!
Kul 2 g kenduri kawen kawan aku kat skolah ni. Sampai2 memang kagum la tengok pelamin dengan kemah kenduri. Bapak punya grand! Merah-puteh. Tapi pengantin pakai pink.Kira boleh la. Pink tu kan asal dari warna merah gak dalam roda warna!


26 June 2009

DAYA TARIKAN MAMAT BERNAMA NARUTO

Balek skolah tadi adalah sangat mengantuk ye. Maka perlulah merehatkan mata yang chumil ini. Tapi kerana tuntutan idup tak dibuat lagi, aku dengan rela hati mengira jam, bila kah masuk waktu Maghrib seterusnya menunggu Isyak.

Hari ni ada pasar malam dekat2 skolah aku. Tapi sebab tadi ada pot luck, perut ku sudah gumbira diisi dengan pelbagai jenis nutrien, aku tidak perlulah menapak ke sana men'sedekah'kan sedikit wang kepada penjual2 makanan di sana.
:: rugi la makcik jual popia basah tu sebab aku tak p beli popia dia 2 hengget macam slalu::

Sampai rumah sah pukul 7 ye. Memberi salam tapi tidak berjawab.
'mana pergi ini minah?'

Rupa2nya dia bersuka ria dalam toilet. Hahaha! Rutin biasa, balik skolah , masuk rumah, aku trus masuk bilik melepaskan semua beban di bahu.
::merupakan beg isi bahan sekolah, botol air brand tuperware saiz XL, dan handbag itam lama aku itu::

Terus melepak di depan tv sambil tangan menekan remote control menukar channel mana yang agak2 best. Akhirnya, what the???? Apa kes bleh lupa! Ari ni kan ada Naruto. Layan je la versi BM pun walau aku prefer Japan punyer version. Rasa macam tengok Nobita dan Doremon je sebab suara orang yang sama je kan. Kalau la ada ramai yang kerja dalam bidang alih suara ni.....

Apasal aku macam tak tengok lagi episod ni ek? Baru tringat yang aku ada tertinggal 3 episod ::macam 3 je:: masa tengok dvd Naruto dulu. Inilah padahnya kalau terlalu menyokong cetak rompak ye. Bila tukar tokey cetak rompak, episod yang diorang wat dah 'lari'. Contoh, kalau tokey sebelum ni stop sampai episod 100 kat Naruto kena blasah dengan Sakura, blom tentu tokey baru sambung episod 101 kat kepala Naruto benjol dan dia terbenam 7 kaki dalam tanah lepas kena blasah tadi. Mungkin episod 101 tu tetibe je kuar Naruto tengah makan ramen. (-_-')

Tu la yang jadi. Hasilnya, aku tak tengok lagi episod yang kuar kat tv3 ari ni. Terpaksa la layan yang alih suara ni. Bila dia alih suara, sebenarnya ayat2 dia dah 'lari' skit2 dari asal. Lawak dia pun dah 'lari'. Dan yang penting, terlalu skemata ye ayat2nya. Bagus untuk pembelajaran kanak2 tapi tak bagus untuk aku yang menghayati setiap scene dan lawak Naruto ini.


::panjang gak kan ulasan Naruto ini. Adakah siapa2 yang menyampah nak lempang2 aku?::

Bila Naruto dah abis, aku dengan pantas melompat ke bilek bersiram. Kul 8 tu. Maghrib, Maghrib tak lagi! Tunggu Isyak skali. Pas siap, tak sabar2 kepala aku nak cari bantal je. Maka, cekgu pun zzzzzzzzzzzzzzzzzz!
Bubbye!
~nenenenenenene~

Tepon berbunyi kul 10.30. Aku wat reminder nak bangun kul 12, tapi kul 10.30 dah kena kejut. Oh! Abang aku nak g melepak dengan member lama kitorang. Bagus ya begitu....aku bukan queen control. Tapi kami dah terbiasa nak pergi mana2 mesti cakap.
::G ber** je kot malu2 arnab nak cakap::

So, sampai la sekarang aku tak boleh tido! Bagus kan. Angguk cepat!

24 June 2009

PUASA OH PUASA! LALALALALALA~

Aku posa ari ni. Wah! Bagusnya! Anak sapakah ini???
Ala, korang patut tanya posa apa kan. Tak kan tak tau plak. Ganti la weh! Ni dah bulan berape dah. Ogos dah Ramadhan kan...Oh! Apakah motif aku merepek ini? Aku nak cakap aku puasa je tadi.
Cuaca hari bagaikan begitu memahami situasi aku yang berpuasa. Dari pagi mendung je manjang. Kat skolah tadi siap ujan lagi.
Ari ni giliran mengambil attendance budak2 pempuan solat di surau. Jangan tak tau, kitorang siap wat attendance kat budak2 tu. Sapa tak solat, kena la denda apa yang patut.
Ari tu kami dah denda skali. Budak laki biasa la...kena rotan. Coz budak pempuan tak boleh sesuka hati sesedap rasa nak dirotan, hukuman ditukar kepada wat karangan yang tajuknya dipilih khas oleh ustazah.
"Mengapa Saya Perlu Solat?"
Panjang karangan lebih kurang 300 perkataan je. Ada sorang student pempuan ni siap mintak kena rotan lagi sebab tak mau tulis karangan panjang tu. Oh! Mana boleh kan. Sanggup dirotan daripada tulis karangan yang ilmiah tu.
Petang esok tu kami baca la karangan yang budak2 tu hantar. Bijak mengarang tapi belum tentu diorang nak buat macam dalam karangan tu kan. Siap kluar dalil2, hadis lagi. Ada 1 skrip tu siap macam tulisan orang lain je. Tak tau la tulisan mak dia ke kakak dia. Yang penting 3x ganda lagi cantik daripada tulisan dia. Tapi nak kata bijak ke ngok ke kan....separuh tulisan cantik, separuh tulisan ala2 tak cantik...kan dah sah2 orang lain tolong tulis! Kagum aku!
Oh! Panjangnyer!
Aku ke surau waktu rehat. Solat zohor and then just stay there tunggu asar plak. Gap tu apa lagi, tido la kejap. Mujurlah ari ni kelas tak banyak dan tak dapat relief. Bleh la rehat2 skit. Dan cuaca pun begitu memahami (^_^')
Bagusnye!!!!

TRANSFORMERS:REVENGE OF THE FALLEN

Ari ni musti berduyun2 manusia masuk cinema melayan citer box-office ni. Haiii!! Aku pun nak tengok gak!
Kak Azwa dah beli tiket ni 2 ari lepas dah. Siap wat iklan bagi aku brasap lagi kat kantin skolah. Beli 4 tiket, g tengok dengan anak2 skali dia kata. Aku pun ajak la Kak Noli. Brasap dah aku tengok tiket tu. Aku dah tngk 1st punya so musti kena sambung yang 2nd ni.

Aku dah siap warning lagi kat Kak Wa,

"Jangan citer apa2. Orang nak tengok sendiri :p"
"I I chip!"
::angguk dengan laju sekali. Hahaha:: (-_-")

Yang tak puas atinyer....
~nenenenenenene~ henset aku berbunyi dengan jayanya. Huu....

B : Assalamualaikum~
A : Waalaikumussalam~
B : Hai awak. Wat per?
A : Tak wat pe. Tengok e-mail je.
B : Awak....orang balik lambat la malam ni. Nak kol ke?
A : Ala....kan orang cakap nak kol malam ni. Takpe la. Awak balik, orang kol la. Awak balik kul berapa?
B : Orang balik lambat la malam ni.....
:: Then, aku dengar gelak jahat bertanduk. Tak puas ati ni::

A : Ooooooooo. Tau!!!!! Tak aci! Tak aci! Awak g tengok Transformers tak tunggu orang! Tak aci! Waaaa.
Dan......

B : Huahahahahahahaha :D

Keji btol la gelak itu!
Tak aci la awak. G tengok dengan member. Nanti awak kena teman gak orang g tengok Transformers tu!

A : Tak kire! Nanti awak kena tengok lagi skali!
B : Kalau ada lagi la nanti! Hahahaha

Aku tak kire!!!!
Kena tengok lagi skali gak!!!!!
Tension btol la (O_o)
I'm so sad. No theme to write. My neurones stuck already. I miss him so much. He said he's so tired. No extra chit-chat tonight. He want to sleep. But, really....I miss him so much. I want to see him, bus yes, I know Icannot see him coz we're so far now. Long distance luv.
I cannot sleep, so my mind keep thinking of him.
I know I'm not such a romantic woman. He always says that. Sometimes, I cannot catch if he got 'sentap' and 'merajuk' mood.
Now, he's in that mood again! He said I always don't know what to do when he's like that.
Some1 help me plzzzz!
I'm sick of being like this!!!

CINTAN-CINTUN

Hari tu kita gaduh.
Saya main-main.
Awk ingat betul-betul
Tak tau nk buat mcmana lg
Lantak awk lah
Semlm kita berselisih..
Saya buat dunno
Awak pandang saya
Saya buat dunno jugak
Degilnyer saya..
Saya nmpk awak
Saya nk panggil
Tapi awak x toleh
Sebab saya panggil awak dalam hati
Bodohnya saya..
Awak tegur saya
Saya buat dunno
Tapi awak xtahu happynya saya
Saya dengar awak cerita
Awak kata dah jatuh cinta
Sedihnyer saya
Awak keluar tgk wayang
Saya pun
Awak keluar dengan dia
Saya tengok aje
Awak call saya
Mengacau betul.
Tgh tido lah
Saya layankan aje
Awak ckp awak dah putus
Saya senyum sampai ke telinga
Tapi awak tak nampak
Saya cakap..
Kesiannya awak..
Hipokritnya saya
Hari ni hari jadi saya
Tapi awak luper
Saya sedih.
Tapi takpe.
awak bukannya sesiapa
Awak mintak maaf
Saya senyum aje
Saya kata tak kisah
Awak belanja tgk national treasure
Isk tak romantik nyer
Tapi best per
Saya dapat bunga
Cantik suker sgt
Tapi tak tahu sape pengirimnya
Awak nampak
Awak terus balik
Saya panggil awak
Tapi awak tak toleh
Saya Cuma nak bgtahu
Awak.!!!!!LORI!!!!!!!!!
Saya kejar awak
Awak terus jalan
Saya tolak awak.
Awak jatuh.
Saya nampak lori
Betul-betul depan saya
Kalau ia sempat
Saya nak bagitahu.
Awak..
SAYA SAYANG AWAK
***
Buka je mata saya kat spital..
badan kena balut
mcm hantu bungkus..
tak pun mcm mumia
sakit macam rasa nak mati je..
awak duduk depan saya
mata awak basah
saya nak cakap kat awak
‘jangan nangissaya idup lagi..’
awak tak dengar
sebab suara tak kuar
awak pegang tangan saya
awak bersuara
” awak.. jangan mati..”
“Saya sayang awak..”
saya nak senyum..
tapi.. aduh…, sakit!
saya senyum je dlm hati..
sayang gak awak kat saya
tak nak la saya mati..
::ini lagi 1 entry yang kreatif la. bleh la nak sedih n then senyum. apakah????::

TIPS HILANGKAN STRESS

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibacakan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azandan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.
::Untuk perkongsian bersama kerna aku ambil ni dari halaqah.net::

21 June 2009

Mereng Sorang2 Pas Report Card Day Tadi

Tak de apa nak tengok. Tengok je la mentor kat tv3 tadi. Esok Ida balik la. Ni hasil 'repekkan' aku semalam sebelum tdo.

Tak de keje kan. Aku tak pandai wat kat kening yang bersepah tu. Hehehe! Boring gak melepak sorang2 kat rumah ni


Hari ni ialah hari Report Card kat skolah aku. Aku berganti2 dengan Kak Zainon untuk jaga kaunter kelas 1 Hormat. Aku kan ajar gak kelas ni - Science. Aku handle dari jam 10.00-11.30pagi. Masa kemuncak la ni. Orang baru bangun di hari Ahad yang indah ni kan.


Ada sorang budak laki kelas tu memang sangat tak faham BM. Kite cakap dia macam blur je. Mak dia kata diorang memang jarang guna. Selaku guru yang prihatin ::cewah:: aku pun bagi la nasihat, tips2....bagus mak dia.


Macam2 peel manusia la bleh tengok tadi. Ada parents yang memang tak tau langsung anak dia keje ponteng je. Tau pas dapat surat amaran disiplin je. Ada yang g tangkap anak dia dengan geng ponteng sampai ke komuter tah baru balik jalan2 dari mana tah. Macam2 budak2 skarang kan. Kesimpulan tadi yang aku dapat, banyak budak problem kelas ni adalah anak2 peniaga. Mak bapak kerja keras nak sara kluarga, kurang masa dengan anak2, anak2 wat prangai. Kurang asam tul! Nak salah 100% kat anak pun tak leh gak. Diorang kurang perhatian, nak tarik perhatian orang lain la. Ada students kelas tu yang memang kita nampak sangat2 manja. Rupanya dari baby dijaga oleh nenek. Mak bapak bizi manjang. Nak salahkan sapa ek? Dua2 pun ada salah la kalau bagi aku.


Kul 1.15 baru aku balik. Terus g care4 beli barang2 rumah yang dah kering sebelum cuti. Mood nak memasak still berbaki sejak balik dari kampong. Hehe. Jangan malas2 masak! Nanti cian plak kat laki aku kan. ^_^


Esok kita masak!


Tadi aku try ini--------------------------------------------->

Sedap rupanyer! Btol la awak kata tu. Awak? Hahaha. Siapa itu 'awak'???

Petang pas balik care4 aku relex je. Online depan tv lagi! Amboi! Nampak sangat ciri2 relex yang ketara. Bukan slalu dapat macam ni. Slalunya ari cuti ada je keje skolah aku bawak balik rumah. Ni pun sedang online depan tv. Hebat bukan!

Fiza_sensei ^_^

SELAMAT HARI ABAH ^_^

terutama kepada my beloved abah. Abah saya tak tau guna komputer. Kalau dia nak tengok gambar, citer dalam pc dia akan kerah tenaga anak2 dia tolong buka. Dia tenyeh 'tikus' je.

Hobi abah ialah karok. Dah banyak menang adiah. Kat kampung dan sewaktu dengannyer, sapa yang tak kenai pakngah. Skarang abah dah tak keje sangat. Aku tak bagi. Tapi kadang2 dia wat gak. Tahun ni abah dah 66 tahun! Dia jadi wat sewa set karok kat kenduri. Biarla. Tu hobi dia!

Kadang aku boring gak. Kadang2 tu sound gak, udah2 la karok tu. Rasa nak runtuh dinding rumah. Semua kami dah lali dengar.

Bila abah dok 2 orang dengan mak, dia kata dia dah sangat senang skarang. Dulu arwah atok penah cite, dulu family abah susah. Abah pernah lalu zaman Jepun. Tapi budak2 lagi, tak tau apa sangat. Makan ubi kayu. Arwah atok cakap dulu2 rumah pun dari buloh je. Kalau malam2 boleh nampak harimau jalan2 kat luar. ~orang dulu2 kan dok area utan lagi~

Sedih bila dengar. So, abah rasa dah sangat2 senang skarang. Abah skolah pun tak abis. Nak sara family. Kawen pun lambat. Abah tak reti bawa keta. So, bil aku sulong and bleh beli keta dia sangat bangga. Asal cuti je aku jadi driver g jalan2. Huhu

Kalau g mana2, abah naek moto je dengan mak. Sampai orang kampung pun tau mak dengan abah romentik. G mana2 pun mesti sama2. Kalau dia g lepak dengan geng kat kedai kopi kegemaran, ~tak lama jadi besan dia gak tokey kedai tu. Anak dia dengan adik aku~ abah mesti beli apa2 bawak balik kat mak kat rumah. Romentik kan!

Aku ada 1 citer yang kalau aku ingat sure aku nangis. ~macam skarang -_-~Tahun 2001 aku dapat masuk KMPP. 1st time dok hostel tu. Masa tu susah sangat nak balik. Asal nak balik je kena p merayu2 kat En. Manap bhgn HEM kot dia tu. Sebulan skali aku balik. Asal dengar anak dia nak balik abah syok sangat. Aku kol cakap aku leh balik sendiri sebab aku tengok nak ujan. Jauh abah nak mai amik. Aku abis kelas tengah hari kalau Jumaat. Tapi mak kata abah dah kuar p amik aku time aku tepon tu.

Masa nak balik, ujan lebat. Abah mai naek moto je. Sebab ujan makin lebat, kami redah gak balik. Sepanjang jalan aku nangis. Nyesal excited sangat nak balik ari tu!

Pas balik KMPP, aku tulis citer ni dalam jurnal. Miss Kazrina time tu ajar aku BI. Dia suh kami wat jurnal, tiap2 ari kena tulis. Ni private. student tu dengan Miss Kazrina je tau. Aku tulis citer tu. Dia panggil aku jumpa dia pas kelas. Aku nangis kaw2 punyta tak segan silu punyer la. Banjir kilat ke aku tak tau la. Buruk tul time tu -_-
Dia cakap blajar sungguh2. Balas jasa mak abah.

Last aku jumpa Miss Kazrina time aku 2nd year kot kat USM. Masa tu dia dah kawen ^_^. Dia sangat happy jumpa student dia yang nanti bakal jadi cekgu macam dia.

Apa citer la cekgu aku tu skarang? Kat KMPP lagi kot kan.

Skarang kalau mak abah nak apa2 ~dan aku mampu bagi~ , aku bagi je.



Thank you mak abah!
I luv u sooooo muchhhhhh



20 June 2009

pembantu guru


NUTP cadang guru diberi pembantu guru untuk melaksanakan tugas2 pengkeranian. Suka btol aku kalau dapat pembantu. Skarang ni pembantu guru terdapat di sekolah pendidikan khas dan prasekolah je. Skarang dicadangkan untuk diperluas hingga ke sekolah menengah.

Sehari di bilik guru memang mengurangkan nafas orang2 yang bukan terlibat dalam dunia perguruan ni. Meja yang sekangkang kera dipenuhi buku2, kertas2, fail2 etc. Kire berat mata memandang, berat lagi la aku yang menanggung. Tambahan bila saat2 genting. Contohnya, esok report card day kat skolah aku. 1 week before, semua guru tunduk kepala sampai tahap nak cium meja la. Tak yah brangan nak cari meja cekgu yang kosong. Semua penuh. Mujurla tahun ni aku bukan guru kelas.
OK! Meh aku senaraikan tugas guru kelas
::yang aku ingat je la ni::
1) kumpul semua markah students untuk setiap subjek
2) key-in markah dalam lembaran markah
3) tulis markah dalam buku rekod kemajuan pelajar
4) kumpul semua kertas jawapan budak
5) letak kertas jawapan budak dalam fail ::1 students, 1 file::
6) masa report card day, kena jumpa parents dan citer a.k.a layan macam2 soalan parents
::ni saat genting bila jumpa macam2 peel manusia::

Ni yang aku ingat la. Tahun lepas aku pun guru kelas gak. Tahun ni tak dah sebab aku jadi S/U Perkembangan Staf dan AJK Disiplin sesi petang.
OK! Ni plak tugas2 aku sepanjang minggu lepas untuk hari penting esok:
1) sambung semak kertas jawapan budak
::yang mana tak siap semak time cuti skolah ari tu la::
2) bagi markah subjek yang aku ajar kat guru2 tingkatan
3) isi buku adab pelajar
::ni memang tulus ikhlas la aku isi. biar mak bapak diorang tau prangai anak2 depa::
4) tak dilupakan...pengurusan fail PEKA Sains
::alhamdulillah...semua ok::

IKLAN!
Aku tengah tengok majlis tauliah Palapes kat UTM dalam Buletin Utama! Tapi tak nampak muka adik aku pun. Cian dia aku tak g tengok. Musim kegawatan poket aku +_+

sambung.....
5) update fail disiplin budak
::coz esok kaunter disiplin akan dibuka::
6)tulis surat amaran disiplin pelajar untuk dipos kepada parents

Banyak kan tugas pengkeranian guru...kalau tak tahan stress boleh nangis. Kita bukan ajar 20 orang pelajar je. Macam aku tahun ni ada 225 orang pelajar. Setiap sorang ada peel tersendiri. Aku ajar Form 1. Memang time depa 'berchenta' tak mau blajar je sebab ingat baru abis UPSR, Form 1 tak penting.

Ini bukan sesi mengeluh....ini pemberitahuan sebab banyak orang pikir kerja guru seronok dan senang. Masuk pagi, tengahari dah balik. Guru sekarang banyak cabaran. Bukan calang2 orang yang boleh jadi guru cemerlang ::walau position tu terlalu banyak kekosongan::

Aku juga tak yakin aku mampu jadi guru cemerlang dari segala segi. Ada masa aku pun cepat nak naek angin. Bila tiba masa itu, istighfar la banyak2....

Kalau diminta pendapat, aku sokong cadangan NUTP tu. Biar guru lebih masa untuk persediaan p&p. Bukan lebih kepada jadi kerani. Kalau kerani boleh wat keje sambil duduk mengadap komputer dalam bilik berhawa dingin, guru plak duduk di bilik guru wat keje kerani. Bila loceng berbunyi terkejar2 plak nak ke kelas mengajar.

Give us more space for our priority...teaching. Teaching is our passion. To all teachers around the world, thank you teacher. Be strong! Coz if we are weak, our students will be weaker than us. Keep in mine, we are great2 teachers than will make a great2 man next 5, 10, 15 years. Who knows, our 'kids' will talk proudly as future Prime Minister?
::panjangnyer khutbah::

Kesimpulannyer, aku sokong la NUTP tu. ^_^
Tu je motif aku cakap banyak ni.

~pinky itu aku!~

Kembali ke warna asal aku...boring bila aku tengok kaler lain. Aku nak kene guna gak kaler pink ni. Baru aku rasa aman dan tenteram. Pendek kata, pink itu aku. Ari sudah gelap.
Mak aku cakap malam ni musti tengok brita. Kot2 ada news pasal adik aku yang tauliah Palapes kat UTM kuar. Tadi mak aku tunggu kat Buletin 1.30 tak de. So, malam ni dia kerah semua anak dia tengok brite.
Mak! Mak!
I miss U la mummy!
Baru seminggu balik dari cuti kat kampong aku dah down lagu ni. Huuu +_+
Hosmet aku tak de ni. Aku macam orang ilang bini je. Cakap dengan dinding. Cian aku kan

~::THE CLIMB::~

I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin,

You'll never reach it,
Every step I'm taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
I got to keep trying
Got to keep my head held high
There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down but
No I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm going to remember most yeah
Just got to keep going
And I, I got to be strong
Just keep pushing on, cause
There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb (yeah)
There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb (yeah yeah ea ea)
Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith
Whoa a oh oh
~keep in mind that tomorrow is brighter than today~

18 June 2009

Semalam...

Semalam aku tak update apa2 pun. Coz this week aku agak bizi. Jebon tul la! Kata pentaksir kawasan nak datang next week....aku pun check fail PEKA budak dengan moderate speed je coz nak 'balance'kan dengan checking paper exam ang give marks to cekgu2 lain.
::Ahad ni report card day::
Semalam, dah la aku penat tercungap2 berlari2 anak dari tingkat 3.....turun blok....panjat lagi ke blok bilik guru. Wah! Ini sangat tidak best la. Nasib baek aku dah check semua time cuti skolah dulu. Ni just nak update, check budak mana yang takde fail lagi je.
::sapa takde fail???? 1)budak yang tak datang time aku wat fail dalam kelas diorang. 2)budak yang kena gantung 2 weeks aritu ::
Kesimpulannya, semalam aku tido dengan pen di tangan, fail sebagai bantal.
::bapak punye keras fail tu tapi aku bleh lena tdo. pastu skarang aku sakit badan! hepl me!!!!::
Arini aku mesti g skolah awal la ni. Konfom! Bila dah settle baru lega.
Btol la apa Kak Mas a.k.a PK Petang cakap semalam dalam refleksi...

"Kadang2 kite kena work hard bukan work smart. Bila siap keje baru kite akan rasa lega dan sangat puas ati."

~kerja kuat! work hard! uishhh.aku tak sabar nak g tengok citer ni~

Macam kes aku ni la.
Tadi my bee tepon aku. Hehehe. Suke je. Gatal kuasa 3!
Dia baru balik keje. Kat kedai nasi kandaq...tapau. Cian...dari semalam tak makan. Bizi dia kata. Keje berteman mesin kan. Tak pe mesin tak leh cakap, tak leh menjawab kalau kite marah dia. Tapi dia citer tensyen gak keje situ. Cian bee....

Luv u!

Dah 3 entry tak de gambar. Sori, aku tak de mood nak letak pic lama je. Bukan tak cumil...aku pening nak letak yang mana. Hahaha. Bleh trime ke?

Tak pe la....cian korang. Aku letak gak aaaa....^_^


~nanti bile siap keje, cenggini le kot rupenyer. yahoooo!~

Bye!

16 June 2009

GOOD AFTERNOON TEACHER!

"Assalamualaikum cekgu."
"Waalaikumussalam."
"Hi teacher."
"Hi."
"Hello teacher."
"Hello."
"Good afternoon teacher."
"Good afternoon."

Kalau korang jadi cekgu, tiap2 ari bleh dengar students cakap cenggini. Biasa la kan. Budak2 ni kite kena didik jadi orang berbudi bahasa
::tapi memang ada lagi yang tak reti bahasa dan yang buat2 tak tau bahasa::
Hari ke-2 pas cuti panjang....
Kalau dulu2 kita skolah, cekgu mesti tulis hari ngan tarikh kat blackboard kan. Tapi skarang bezanya aku tulis kat whiteboard. Tiada lagi habuk2 yang bakal melekat kat tangan, tudung dan baju. Tangan cekgu2 ni pun tak la jadi sekasar batang pokok!
Tuesday:
16th of Jun 2009:
Sebelum rehat aku tak de kelas. Dan yang paling penting....tak de relief! Hehehe. So, boleh la aku sambung keje terbengkalai balai tu. Sambung isi markah plajar. Konon nak check PEKA Sains budak. Tidak lah cukup masa ku untuk semua itu
::Weh! Next week Pentaksir Kawasan nak mai check! Mampuihhh!::
Kul 2.30pm aku stop dulu la keje2 tu. G solat dulu coz pastu dalam kul 3 turn aku meronda. Aku slalu cakap kat Kak Noli
"Ok Kak Noli. Gerak dulu. Nak g jalan2 cari masalah"
"Baguih la tu!"
Aku ni tah camna sesat jadi AJK Guru Disiplin sesi petang tahun ni. Aku tengok tak de plak ciri2 garang, budak takut giler dengan aku. Aku masuk klas ada gak budak yang main2.
::situasi biasa (0_0")::
Sebelum jadual dirombak, turn aku meronda ari khamis. 1 ari je. Pas jadual rombak sebelum cuti ari tu, Cekgu Azmi letak aku meronda cari masalah tu 2 ari: Selasa ngan Rabu. Adus, saket kapala!
Slalu budak tengok aku jalan2 ari khamis, ari ni aku ronda depa wat pelik plak. Yang wierd lagi, budak yang dok bersepah dalam kelas lari dok tempat time aku samdar kat pintu blakang kelas depa.
::aku memang suka stop kat pintu blakang. senang tengok semua::
So, arini takde problem besar. Biase2 je.
Patutnye aku ronda waktu ke-4, Cekgu Ridzuan waktu pertama. Tah camna, aku tersama2 meronda dengan dia. So, divide kawasan la. Jimat masa dan tenaga. Hehe
::cakap je la aku malas. Dush! Dush!::
3.35pm: rehat.
3.50pm: kelas aku bermula.
Straight 3.50pm-6.45pm. Aku terpaksa tinggal kelas nak lari g solat.
::ini pun situasi biase cekgu2 sesi petang::
3.50-5.05pm: 1 Hormat (Science)
I just give back all the question paper that i mark and do discussion and correction. ::cewahh! kelas sains kan. korang ni!::
Budak2 kelas ni memang terserlah nakal tahap 6 jahanam la. Kebanyakan budak peralihan tahun lepas ada dalam kelas ni. Yang tak faham BM dan BI pun ramai. Aku ni cakap macam ayam dengan itik. Siap guna isyarat tangan lagi tu!
Tapi thanks Allah. Ari ni budak2 ni tak kacang hantu sangat. Masih terkawal.
Opss! Sebelum kelas mula tadi, budak kata ada students nak gaduh. Dah siap kumpul kat koridor kelas sebelah. Ada 3 ekor budak luar lagik! Berasap la aku yang a.k.a guru disiplin a.k.a kerani disiplin ni. Dengan gaya macho menutup kecut sebenarnya aku menghayun langkah ala2 gorila. Halau semua masuk kelas, halau budak luar tu turun blog.
::macam ganaz giler je....halau konon...cis!::
Rupanya ada cekgu kelas sebelah tadi tu dok duduk baek punya wat tak tau kot2 ada bom ke kat luar kelas dier tadi! Brasap aku tengok muka cekgu tutttt itu. Bleh dia wat dekkkk je yek. Pelik aku!
5.05-6.15pm: 1 Dedikasi (Sains)
Kelas aku blakon semalam tu la. Ari ni cekgu tak tersyasyul lagi. Hehehehe. P&P lancar selancar tok kadi nak bagi orang menikah. Siap bleh bergurau sende lagi dengan 'anak2'ku itu. Cekgu kan sporting beb!
Sesi mari melukis graf.
"Check ur graph. Draw a straight line according to the numbers in the table given. Next question, u can get the answer from ur graph."
Pakat2 menonggek la aku dari meja ke meja 'menggraf' dengan budak2.
Kringggggg!
Next class plzzzz.
6.15-6.45pm: 1 Gigih + 1 Fitrah (Pend. Moral)
1 masa je. Dengan pantas aku bagi soklan exam suh diorang check apa yang patut. Tak sempat nak wat pe sangat tambah2 waktu akhir. Bontot diorang dah macam ada cacing nak kuar je. Kalut nak balik! Pada hal kalau kuar awal pun blom tentu bas skolah tu gerak awal kan!
Lega!So, SMKTE....
see u tomorrow :P

sehari pas cuti skolah...di skolah

Hari pertama skolah after 2 weeks holiday. Memang berbaloi...yeke? Yang betulnya...memang penat. Ari ni masuk 3 kelas = 6 waktu. Moral and Science of coz. Tak wat pe sangat la. Discuss soalan2 exam je. Cakap banyak sampai masuk klas 1D Science aku cakap pun dah gaya orang gelong je. Tadi Moral cakap BM, Science cakap BI....kadang2 tersyasyul gak teman. Hahahaha...budak2 pun dah boring tu. Keje tanya ada assembly ada ke tak je. Diorang tak suke assembly. Pemaleh nak berdiri budak2 skarang!
Tadi...cannot forget nyer citer. Bikin malu serata alam je. Tengah discuss questions Science le ni. Subjective Q, paper 2. Soklannyer:

Q:Discribe the shape and volume of a liquid:
A(yang spatutnyer):
no fixed shape. follow the shape of it container
fixed volume.
Aku tulis: no fixed volume.

Meraba budak2 tu. Si Pava (aku panggil Parameswara kat budak banyak cakap ni) pelik. siap tunjuk ketas dia lagi kata aku silap tanda kot. dia tulis fixed volume aku bagi 1 mark.
Pening2...aku ni siap nak potong markah dah...aku tengok balik jawapan aku tulis kat whiteboard.
OMG!
Ni kalau aku dok sorang2 sah aku tampar pipi aku laju2 selaju light speed. Ko giler! Bagi skema salah!
So, dengan muka takder salah dan confident aku cakap kat budak2 tu:

"OK! Now look carefully to this answer. Is it correct?"

Garu kepala laju2 la budak2 tu. Dah confuse. Ape kes teacher ni bleh tanya soklan bodoh time wat correction ni? Apakah yang dipikirkan olehnya?
Pastu si Parameswara dengan takut2nyer try jawap diikuti budak yang dapat highest mark dalam kelas tu:

" Teacher, I think we have a fixed volume."

Muke cuak macam tunggu masa harimau nak makan je budak dua orang tu.

"Ya. Correct! I thought U cannot see. See, I just test U 1 easy question U confuse like that oredy. Confident if ur answer is correct k. Now I know U didn't sleep in my class! Hehe."

Hahaha. Confident giler. Padahal sendiri wat salah. Mana bleh tunjuk kite salah beb depan budak2!
Kena cepat pikir alternatif. Sebab tu dulu kat U korang blajar ada pemikiran kritis....kene cepat bertindak walaupun tadi dah gaya2 nak kantoi salah sendiri.
Ari ni ada assembly. Muke sekor2 dah rupa apa dah. Aku rasa time aku skolah dulu suke perhimpunan lama2 sebab takyah study! Jahatnyer aku dulu :p
Tadi pun aku denda 3 ekor budak. Banyak cakap tulis kurang. Sekor tu tak tulis langsung! Aku ni jarang nak marah2 ni. Marah2 sayang tu ada la.
::baek la tu konon::
Budak2 ni dah menguji kesabaran aku ni. Brapa kali saya sudah bilang, diam, tulis jawapan. Dok tak dengar gak. Tah brapa kati taik telinga tah.
So, dengan nada paling baek dan rendah tanpa tengking2 aku ambik ketas jawapan diorang dan trus cakap dengan manjanyer dan mata yang ala2 boleh kuar dari soketnyer:

"U 3. Get out of my class. Now!"

Ternganga2 budak2 tu dan lain2nyer. Mana penah Cekgu Hafizah yang baek ati ini halau budak kuar kelas.

" I mean it. Now..."

Tak tengking pun. Sekor aku letak kat luar pintu depan, sekor kat luar pintu depan. Sebab ada 2 pintu sebelah kanan kelas je (tak de kat sebelah kiri kelas), sekor lagi aku suh diri kat depan kelas. Tapi tengok la dinding kelas yang cantik tu. Nak kire kuman? Inilah masanya...
Yang kat luar tu plak kene tengok view yang cantik kat taman skolah. Bukan tungok kelas. Diam 1 kelas. Tadi aku main mata je. Kasi jegil2 tahap nak kuar bijik mata! Buat penat aku je nak menjerit tengking pas puas mengasah vocal kat 2 kelas sebelum tu. Aku brani denda sebab tau lagi 15 minit assembly. Kalau tak mana bleh suh anak orang moden ni kene denda lama2. Kan aku plak glamer masuk paper! Tah yah ler. Aku ni low profile je.

15 June 2009

bleh ke?

This is weird, but interesting!

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it

14 June 2009

2 ari tak on9...

Apa aku buat???
Hari2 sebelum balik ke pangkal jalan...
Aku mendapat berita paling aku tak boleh lupa...
Dilayan umpama puteri...
Aku dapat simcard baru. 019 gak...subline dia.
Katanya untuk kami berdua senang nak contact.
Langkah permulaan untuk berjimat.
Pasni aku kena catu duit aku ::aku ni agak boros sebelum ini::
Sebab apa???
Hahahaha.
Abang kesayangan aku dah brani cakap pasal kawin ni.
Musykil! Ya! Yang amat sangat!
Btol la dia akan cakap sendiri tanpa perlu kita tanya kalau btol dah sampai seru kan.
Oh!
Thank you Allah
Lewat doa aku tiap masa dikabulkan juga :)
:: Btol la awak. Orang tak leh lupa ari awak brani cakap semua ni.130609::

12 June 2009

::mengong ini Muthu::


*MUTHU & THE INTERVIEWER*

Interviewer: 'What is your birth date?'

Muthu : '14th October.'

Interviewer : 'Which year?'

Muthu : 'Every year.'

*****

*MUTHU & HIS MANAGER*

The Manager asked Muthu at an interview... .

'Can you spell a word that has more than 100 letters in it?'

Muthu replied: 'P-O-S-T-B-O- X.'

*****

*MUTHU & LONDON TRIP*

After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife,

'Do I look like a foreigner?'

Wife: 'No! Why?'

Muthu : 'In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'. . that's why.'

Wife : ?????????

*****

*MUTHU & TOURIST*

A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village...

Muthu said, 'No sir, only babies were born here.'

*****

*MUTHU & HIS EXPERIMENT*

Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to 'WALK! WALK!' The cockroach walked. Then he cut off it's second leg and told the same. The cockroach walked. Then he cut off the third leg and did the same. Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk! But the cockroach didn't walk.

Suddenly, Muthu said loudly, 'I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf.'

*****

*MUTHU & DRIVER*

When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror.

Muthu shouted, 'You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive.'

*****

*MUTHU GOES TO HOTEL*

Muthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin.Then when he had finished, he started washing the basin. Seeing this, the manager asked what was he doing. Muthu pointed towards the signboard

'* WASH BASIN * '

*****

*MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART*

Interviewer : 'Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you escape?'

Muthu: 'It's simple.. I will just stop my imagination. '

******

Oh... Lastly.... I forgot ............ the funniest...


At a political rally, Muthu was arrested. Why????????? ??? Because a lady journalist with a badge which read '*PRESS*' pinned on the right part of her blouse walked past him... and he did it!


Haha. Mengong! Mengong!

mari wat laksa penang+kedah


Kepada sesape yang nak try skill memasak korang yang dah agak2 melarikan diri tu, sile la try ni.
Aku pun tak bleh nak classify laksa ni Penang punyer or Kedah punya actually.
Sebab:
1) Laksa Penang slalu letak nanas *tapi aku tak letak sebab aku tak suke rasa kuah laksa sejati itu ilang *
2) Laksa Penang agak pedas, laksa Kedah tak *kuah kaler agak merah sebab banyak cabai*
3) Laksa Kedah sangat pekat sebab letak isi ikan dengan sangat banyak
4) Laksa Penang slalu ada daun pudina *baru fresh!*
5) Laksa Penang makan dengan otak udang *bukan diambik dari kapla udang. Jika anda pikir macam tu, sila ketuk kepala sendiri laju2*

Itu la differences yang dapat aku pikiaq buat masa ni.
*ni bagus untuk soalan exam: state the differences between Penang's laksa and Kedah's laksa(5 marks)*

Kire apa yang aku nak ajar ni is mix of both laksa la. Hahahaha....
Anda bleh beza mana periok and kuali?
Bleh beza pisau ngan parang?
Kalau bleh tu kire bleh paham la apa aku nak melalut ni....

Mix Laksa Utara

Bahan2 untok kuah:
Ikan kembong - rebus!
Cili kering
Bawang besar
Air
Belacan
Asam keping
Daun kesom *kalau ko cakap daun wat laksa pun apek kat market tu tau*
Bunga kantan
Garam
Gula
Ajinomoto (kalau nak letak la)

Laksa speket-rebus gak!

Sayor2 hiasan *kalau tak mau, tak yah letak*:
Timun
Bawang besar
Daun salad
Daun pudina
Telor rebus
Cili padi
Limau nipis
Nanas *aku tak minat pun nak letak ni*
Otak udang a.k.a petis udang

::Ni aku ajar untuk sepeket laksa la ek. Laksa cap apa korang punyer pasal la. Aku guna cap EKA::

Macamana nak wat?
1) Rendam 10-15 cili kering dan 2 ulas bawang besar yang siap dikupas dan dicincang kecik2 selama ~10-15 min
*klu nak pedas tambah cili kering lagi ek*
2)Rebus 10 ekor ikan kembong yang montel2 yang dah siap disiang
* jangan ko letak idup2 dengan ta** skali. Aku pun geli nak makan*
Tambah 2 keping asam keping and sdikit garam masa korang rebus. *rasa dia lagi best dari korang rebus ikan tu bodoh2 je*
Rebus sampai ikan masak.
*~15-20min la slaku aku wat bergantung kepada banyak mana air korang simbah*
3)While nak tunggu ikan rebus tu masak, blender cili kering dengan bawang merah tadi sampai halus, comel, cun.
4) Ikan kembong rebus dah masak!
OK! Nak cepat sejuk korang letak je bawah kipas menggunakan power kuasa 3! Pas sejuk, bleh la perisi isi ikan, asingkan isi dengan tulang.
PERHATIAN! Air rebusan tadi jangan buang! Aku nak gune balik jap g.
5) Ini la masanyer air rebusan tadi aku nak gune. Kuarkan cili yang korang mesin tadi dari blender. Then, masukkan isi ikan and sedikit air rebusan tadi.
*jangan blend lama sangat nanti ikan hancus, tak best la laksa korang!*
6) Pas blend isi ikan, blend plak tulang ikan. Guna air rebusan tadi gak ek.
*yang ni nanti kite tapis la. Jangan la dengan tulang2 skali korang nak masak. Tamak sangat tu!*
7) Siap blend semua ni, korang campak je dalam periok saiz ~ rim tayar saiz 16".
8) Tambah air ~setengah periok.
9) Campak ~1" belacan *tak digalakkan guna blacan yang dah siap bakar tu. Kurang best*
10) Masuk garam dan aji secukup rasa, gula sesudu makan, 5 -6 keping asam keping
*yang ni korang bleh adjust ikut anak tekak korang. Yang aku bagi ni selera tekak aku la*
11) Tunggu sampai kuah korang ni mendidih dan naik bau, masukkan daun kesom dan bunga kantan
*bleh je nak letak awal2 pun*
12) Kalau korang dah boleh bau wangi dan kuah tu dah berapa kali mendidih, kirenyer kuah tu dah masak la. Adjust la sendiri rasa kuah tu mengikut selera sendiri.
*Kalau ikut aku susah plak aku nak g rumah korang sorang2 nak rasa!*

Siap (1)-(12) maknanyer siapla kuah laksa korang tu.

Laksa yang sepeket tu korang bleh rebus sama time dengan wat kuah. So, bile kuah masak, laksa korang pun masak time tu gak. Bleh trus melantak hasil kerja korang tu.
Reti tak nak rebus laksa???
Aisayyyy!
Rebus air dalam periok saiz ~saiz periok kuah korang. Bila air dah mendidih, baru masuk laksa.
*kalau masuk laksa sbelum air mendidih, aku tak konfem la laksa tu tetap ada rupa laksa. Kut jadi bubur cha2 je*
Lama gak rebus laksa ni. Bleh test la laksa tu liat ke tak. Yang pasti lebih dari 1/2 jam.
Sayor2 hiasan tu korang bleh la potong macam yang korang slalu tengok bila beli laksa kat kedai.
*kalau korang nak potong bentuk luv, bunga2 pun Aiman tak kesah!*

Hamik kau...panjang giler. Chef Wan pun tak ajar details giler tahap ini!
p/s ; kalau jadik cakap kat aku. Kalau tak jadik,korang diam2 and cube la lagik ek.

10 June 2009

Kehidupan rasmi bagi orang2 yang bercuti panjang ini ialah makan, tdo, membelai laptop, merapu menyakat orang, berjalan2 melihat keindahan alam serta membuang duit yang semakin kering.
Bagus kan?
Kalau la ditakdirkan aku ada setahun cuti, maka tidak syak lagi badan aku ni akan mengembang dengan jayanya sekembang belon yang dipam dengan helium.
Nasib baek cuti 2 minggu je wooo!
Kalau x...ramai yang tidak akan mengenali kecomelan aku ni.
Sebab semakin comel dan chubby!
Oh! Tidak!
Aku rindu nak tengok 43kg terpampang kat mesin timbang kat supermarket cam dulu2!
Aku rindu nak tengok 25inci pinggang aku bila mak aku jahit kain baju kurung aku!
Sebab kini aku makin melebar!!!!!
Doakan aku kembali ke bentuk asal sebelum berlakunya pengoksidaan melampau saat ini...

xde isi crite

Hari ni makan, tdo, tngk tv, on9....keje rasmi orang2 yg bercuti dan pemalas giler. Tiap ari keje jalan2 je so ari ni aku nak bermalas-malasan la.

Ops! Lupa! Ari ni aku makan sedap. Semalam telah mendapat bekalan siput belitong *aku panggil siput sedut coz ko kene sedut klu nak makan* dari Ida. Dia kata adik dia g cari.
Siput ni akan melekat kat batang pokok bakau masa air laut pasang. Bile air dah surut, boleh la g amik. *rumah Ida tepi laut*

Aku dah lama xjumpa siput ni. Kadang2 sgt aku tengok kat market *aku bx spesis rajin ke market*

Kitorang masak lemak cili api. Sedaplah x terhengga.
So, ni kire aktiviti aku arini la. Makan dan makan dan makan!

*ada orang tu kata aku dah chubby! Nahi! Aku nak slim dan kekal chumil (x_x)*

pic ni xde kaetan dgn entry pun. just nak tunjuk betapa aku hepi mkn ari ni je

08 June 2009

kepala pening

Ari ni aku ke SP. Kenduri Aimi n Mahyuddin. Kawen gak depa ek. Dulu bukan main lagi Aimi wat2 xlayan. Skarang jadi laki ko gak. Hamik kau!
Aku g dengan Ida. Kami join amik gambar depa. Romantik walaupun kayu. Kayu pun ada seni aku tengok. Ni macam papan lapis kat kedai. Lurus je. Memang kayu. Tapi Aimi memang dah sound awal2 depa dua kayu. Xtau nak wat gaya apa.
Bila aku tengok depa jalan pegang tangan....hai...romantiknyer! Aimi kata malam semalam 1st time depa kuar dua pegang tangan. Rasa macam 1 dunia tengok! Mmmmmm. Aku bleh bayangkan....
syokkan!
Selamat Pengantin Baru Aimi!


Kurang lagi sorang geng2 bujang kat skolah aku :(



balik time!

07 June 2009

mood mendownload lagu

Mood mari mendownload lagu dah datang! Hehehehe.
Aku main sapu je lagu apa pun ni. Download dulu baru dengar! Adakah konsep ini bagus?
Ni salah 1 lagu yang aku amik la. Best lagu ni

BAU - ANGGUN (OST MERAH PUTEH)
meski hati tak rela
bila dunia tak lagi untukku
sampai waktunya aku sendiri
hidup yang ku tak pasti
langkahku terhenti
tak mampu berlari
saat tangan yang digenggam
engkau lepaskan
aku bernafas tanpa udara
tangisku tiada air mata
kerana semuanya berlalu menghilang
dan tak akan kembali
ku cuba menutup mataku
bila ku lelah untuk hidup
namun semuanya berubah di saat engkau hadir..
kau yang anggun
kau yang telah membuat aku kembali
ke jasadku yang telah mati dan
kau sinarku
cahaya yang terang
untuk perjalanan yang lurus didunia sementara
mengejar masa itu pasti
buat aku
dan bersyukurku akannya.

hari orang kawen

Hari ni hari orang kawen. Aku bile ek? *tetibe je gatal. Apa kes? Huhu*
Sempena hari kawen bestpren aku time skolah dulu, aku telah sediakan sekotak hadiah yang 'besar-saiz-kotaknya' *tapi xmakna hadiah sebesar kotak tu. Jahat x aku?*
To: Ciklah n Faidz
Semoga berbahagia.
Selamat pengantin baru!
Hihihi.
Aku penah letak pic Ciklah kat entri sebelum ni. Dia memang cute *bestpren aku musti cumil macam aku gak*.
Ok...aku citer dari mula hari ini....
Pagi aku bangun kul7.## pagi *aku off maaa*.
Ina sms:
Wei, hang kalau nk tngk anak Ijah mai la pg ni aku ad umh dia teman dia. mak ch aku xdk..
Weh! Aku plan semalam nak bagi mandi 'baby silver' aku tu ari ni. Siap nak wax kasi kilat memancar2! Kentot btoi la minah ni. Potong stim tul.
Kerana mengenangkan bila lagi aku nak g tengok baby Ijah tu, aku gagah jugak la p rumah dia. Mak Ijah xdak. Adik Ijah kawen kat Melaka. Cian la minah tu kena tinggaI dalam pantang. Apa la adik itu! Anak dia nama Amar Wajdi. Pelik kan. Tapi sangat cumil!Bila nangis muka trus merah. Hahahaha. Ni kategori 'Hulk' gak kot.
Tadi sebelum g rumah Ijah aku telah berjaya melancarkan misi memujuk Watie datang cini. Lama dah xjumpe dia. Last time jumpe pun last year. Aku nak gak tengok kot2 dia dah mengatasi kecumilan aku ni. Hahahaha.
Mula2 macam dah xjadi mai dah tadi coz Ina cakap nak g kenduri kul3 pas Acham si tunang dia tu balik keje. Tersentot la si Watie tu takut xde bas nak balik SP. *ye ye je Ina cakap Watie mai naik moto. jauh tu...*
Time kat rumah Ijah kami layan cite melayu *aku xtau tajuk pe* kat Astro Oasis. *xtau tajuk pun aku bleh layan sampai habis gak. haha*
Elok je cite abis, Watie pun sampai kat stesen bas. *pandai budget masa!*
Disebabkan Ina nak balik,*ada ati nak jalan kaki balik rumah* aku angkut dia skali g stesen bas amik Watie. Tapi...ada 1 secret baek punya.
Weh! Aku xmandi lagi!
Laaaa, kentot la hang Ina!
Amik Watie,
hantar Ina balik rumah,
colek Watie bawak lari rumah aku.
Hahaha
Waaaa! Lama xjumpa!
Merepek2, mandi, siap2 g kenduri.
G naik keta Acham-Gen2 Merah yu!
Kul 3pm:
Berbekalkan keta Gen2 Merah....aku, Ina,Watie, Acham (d driver....hahahaha. marah tunang dia karang) n Shahril (my B) bergerak ke rumah kenduri 1: rumah Faidz
Oppsss! Aku lupa! Disebabkan dia naek keta lain aku terlupa nama dia plak. Apit Johnny telah membawa aweknyer bersama2. Hahahaha!
Kalau ikutkan dekat la sangat degan rumah aku...tapi aku x kira, nak gak naek Gen2 merah gak!
B....i miss u la....lama xjumpa. Encemnyer u!
Kitorang semua 1 geng skolah menengah. So, skali jumpa memang havoc la!
Xmau cakap banyak, layan je la pic2 cumil ini!
Ujan lebat giler! Budak2 laki berotak kuning dah pikir lain dah wo!
Pic indah dengan pengantin baru!

Pic indah lagi!



Aku dengan Watie yang malu2 unta nak bergambar!

Apit n aweknyer!


Ina n Acham tunang dier!
Aku n Shahril!
XXL size!
Aku n Ciklah!
Pas rumah Faidz, kami gerak ke rumah Intan plak. Ari ni ari pengantin pink ke hape? Dua2 rumah kitorang g kaler pink! Janji ke? Kalau kawen 6/6/09 wajib pink! Hahaha. Kat rumah Intan sat je. Masa ni ujan pun dah reda. Watie pun kalut nak balik. Risau gak anak dara nak jalan sorang2 nanti. So, kitorang pun balik la. Acham antar aku, Watie n B kat rumah aku. Aku berjaya pujuk B ikut aku antar Watie g stesen bas. Hehe....makcik suke btol ni!
Watie, Intan, Ina, Aku

Pas antar Watie, kami g kedai borong kegemaran. Beli pelbagai jenis makanan ringan untuk anak2 buah dia yang tercenta. Family dia wat gethering Ahad n Isnin ni.

Best kan! * kalau la aku bleh ikut...aura gatai ku! eeee, dah!dah!*
G kat tepi sungai, snap2 pic lagi. Giler gambar!